jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

Undang-undang

PEMBUNUH SOSILAWATI AKAN TERLEPAS TALI GANTUNG?

Kematian

Kematian - cuba difahami setiap agama mengikut cara tersendiri.

1. Saya mengikuti berita pembunuhan Datuk Sosilawati sejak beliau mula dilaporkan hilang sebelum Aidil Fitri baru-baru ini.

2. Hari ini saya membaca berita dari Malaysia yg menunjukkan beberapa suspek telah dibawa ke mahkamah yang menunjukkan proses pendakwaan di mahkamah sedang bermula.

3.  Tetapi, masyarakat perlu di”celikkan” tentang undang-undang dan prosesnya.

4. Di dalam perbicaraan di mahkamah undang-undang, beban pembuktian terletak di atas bahu pihak pendakwaan untuk membuktikannya melampaui keraguan yang munasabah. Salah satu elemen yang sangat penting untuk membolehkan pihak pendakwa berjaya dalam kes mereka ialah memastikan rantaian keterangan tidak terputus.

5. Dengan bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang kebanyakan, untuk menuduh seseorang, mestilah wujud pertalian yang kuat antara suspek, mangsa, barang bukti dan segala fakta yang berkaitan.

6. Contohnya, jika mangsa mati dibunuh dengan pisau tetapi senjata yang dijumpai ialah gunting maka itu tidak akan membantu kes pendakwaan. Jika pada alat pembunuhan yang disyaki terlibat terdapat cap jari yang bukan milik suspek, ini juga akan menggagalkan kes pendakwaan.

7. Oleh sebab itu, apabila mayat mangsa dimusnahkan sama ada secara pembakaran atau seumpamanya, ini akan menyukarkan pihak penyiasat dan pendakwaan walaupun tidak mustahil untuk membina bukti dengan kecanggihan teknologi ilmu pada zaman ini.

8. Pembuangan abu mayat mangsa yang dibakar beserta barang bukti lain ke dalam sungai menjadi salah satu faktor yang akan mencabar kemahiran pihak pendakwaan. Jika ianya dibuang ke laut ia akan menjadikan kawasan pencarian pihak penyiasat seolah-olah tiada sempadan dan tentu sekali akan melemahkan kes pendakwaan. Tetapi bagi penjenayah, mereka tidak akan mengambil risiko untuk membuangnya ke laut kerana waktu perjalanan yang lebih lama, memerlukan bot atau seumpamanya dan semua ini akan mendedahkan mereka kepada disyaki dan ditangkap.

9. Suspek utama juga akan terlepas jika keterlibatan beliau hanya setakat “memberi arahan” dan tiada keterlibatan lain secara jelas. Tambahan pula jika tiada suspek lain yang bersetuju untuk “berpaling tadah” (bahasa kasar kepada bekerjasama) kepada pihak pendakwa untuk menjadi saksi pendakwa bagi membantu mensabitkan kes terhadap tertuduh-tertuduh yang lain.

10. Sama ada kesemua suspek atau tertuduh dalam kes ini akan terlepas daripada tali gantung atau tidak, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. tetapi saya percaya bahawa para pembaca sekalian dapat menghidu apa yang saya cuba maksudkan. Ini kerana setiap tuduhan perlu disokong dengan bukti! Semoga Allah mengampuni dan mengasihani kesemua mangsa yang terlibat.

Sekian.

ahmad jailani abdul ghani

ustjai.wordpress.com

13/10/2010


MINTA POLIS TANGKAP KES MAHKAMAH SYARIAH?

Gereja

Janganlah Mahkamah Syariah kita menjadi seperti kebanyakan bangunan gereja di UK, yang megah tetapi lesu.

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

1. Saya percaya ramai di kalangan orang-orang awam tidak menyedari setakat mana kuasa pihak polis dan penguatkuasa pejabat agama apabila berlaku perlanggaran perintah Mahkamah Syariah.

2. Sering berlaku, apabila ada individu yang dianggap telah melanggar perintah, seperti perintah mufaraqah, perintah hak jagaan anak dan seumpamanya, ada segelintir masyarakat hairan kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.

3. Malah tidak keterlaluan, ada yang mendesak peguam agar menyuruh pihak polis supaya mengadakan sekatan jalan raya apabila bekas suami atau isteri mereka melarikan anak yang telah diberikan kepada mereka melalui perintah mahkamah yang jelas.

4.  Mungkin mereka tidak sedar bahawa jenis kesalahan tersebut tidaklah begitu serius sehingga perlu diadakan sekatan jalanraya.

5. Sebenarnya, setiap perlanggaran perintah mahkamah, sama ada kita setuju atau tidak, memerlukan prosiding lain yang disebut sebagai perlaksanaan dan/atau penguatkuasaan.

6. Antaranya ialah, prosiding komital dan/atau tunjuk sebab.

7. Sebenarnya mahkamah syariah tiada kuasa untuk mengarah pihak polis untuk membuat tangkapan, kerana itu ada pesalah kes syariah yang mendapat penerangan peguam syarienya,  bukan sahaja berani, malah dengan senyum simpul sengaja melanggar perintah mahkamah syariah.

8. Sebagaimana mahkamah syariah juga tiada kuasa untuk mengarah jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan sebagainya.

9. Apa yang berlaku sekarang, pematuhan kepada perintah mahkamah syariah oleh sebilangan jabatan kerajaan dan syarikat swasta hanyalah kerana budibicara majikan yang terbabit sahaja.

10. Selagi pihak berkuasa, tidak meletakkan semua pihak tersebut, di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, selagi itulah kita dapat melihat berapa ramai orang yang mempunyai perintah mahkamah syariah di tangannya tetapi hanya mampu berputih mata.

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com




AKIBAT WALI ENGGAN

Cinta yang diduga, jika dapat melepasinya, akan dapat kenikmatannya

Cinta yang diduga, jika dapat melepasinya, akan dapat kenikmatannya

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Apabila membaca berita di bawah, saya terasa ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca weblog saya ini. Tiadalah niat di hati saya untuk membongkar keaiban orang atau bertepuk tangan di atas kesusahan orang lain, namun, yang penting kita sentiasa melihat ianya sebagai pengajaran yang sangat berguna untuk kita semua.

2. Saya ingin memberi amaran dan ingatan kepada diri saya sendiri tentang kewajipan menutup aib sesama manusia sebagaimana dua nas berikut:-

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana, jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azza wa Jalla. (hadith ini direkodkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadraknya, hadith no: 7615 dan beliau berkata: “Hadith ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (Imam Bukhari dan Imam Muslim) tetapi mereka berdua tidak mentakhrijkannya”. Ini dipersetujui oleh Imam al-Zahabi).

Sesiapa yang menutup (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupnya di dunia dan akhirat. (Sahih Sunan Ibn Majah, hadith no: 2078)

3. Tetapi apabila kes di bawah ini dilaporkan dalam akhbar, malah tuan empunya diri juga pernah membuat kenyataan media secara terbuka, maka saya berpendapat ada baiknya saya membuat sedikit ulasan. Namun demikian, ingin saya nyatakan dengan tegas, bahawa saya tidak pernah mengenali secara peribadi kesemua mereka yang terlibat, juga tidak mengetahui hujung pangkal kisah mereka. Maka ulasan ini hanyalah satu kenyataan berdasarkan pengalaman sebagai seorang peguam suatu ketika dahulu, untuk memberi pengetahuan yang bermanfaat sahaja kepada orang awam.

4. Apabila seseorang ingin berpoligami, secara kebiasaannya akan mendapat tentangan sama ada daripada isteri pertama, keluarganya, anak-anak dan/atau keluarga isteri kedua.

5. Apabila bakal bapa mertua menentang, sedangkan persetujuannya diperlukan dari sudut syarak dan/atau undang-undang, maka si suami mempunyai beberapa pilihan.
a. membuat permohonan “wali enggan” di mahkamah syariah (tentunya tanpa gentar dan secara ‘gentleman’)
b. bernikah di luar negara (biasanya Thailand) kemudian didaftarkan semula atau tidak
c. bernikah dalam negara tetapi “menyamar” sebagai “teruna”.
d. bernikah dengan cara sindiket.

6. Cara “b” , “c” dan “d” dipilih oleh sesetengah orang dengan alasan ianya mudah di peringkat awal, susahnya kemudian. Lautan api sanggup ku renangi, gunung-ganang sanggup ku daki demi mendapatkan kekasihku yg ku cintai. Segala kesusahan akan ditanggung kemudian.

7. Cara “c” dilakukan oleh segelintir orang kerana maklumat pernikahan tidak didaftarkan secara “online” atau “centralised” menyebabkan ianya dapat dilakukan dengan mudah (kepayahannya ada, tetapi dianggap minimum). Sebagai contoh andaian, seseorang yang bernikah dengan isteri pertamanya di Kelantan, dapat bernikah dengan isteri keduanya di negeri lain dengan mengaku sebagai teruna, kerana rekod pernikahannya di Kelantan tidak dihubungkan keseluruh negara.

8. Cara “d” dilakukan biasanya dengan membelakangkan terus hukum hakam agama, mereka bernikah sekadar untuk mendapatkan “sijil”. Dan sijil ini pula ada ketikanya sukar dikesan kepalsuannya.

9. Kekecohan kemudiannya timbul apabila pihak berkepentingan (isteri pertama, keluarganya atau keluarga isteri kedua) mendapat tahu berita pernikahan tersebut. Kadang-kadang, “rahsia” pernikahan tersebut dibocorkan sendiri oleh isteri kedua lantaran “tidak sabar” untuk melihat suaminya “berperang” dengan isteri pertama, dengan harapan isteri pertama akan meminta cerai, dan ini akan merealisasikan hasratnya untuk membolot suaminya hanya untuk dirinya seorang.

10. Pernikahan sindiket mungkin sukar dikesan jika “network” yang digunakan sangat “bagus”.

11. Apabila mahkamah dilibatkan untuk mendapatkan perintah “dipisahkan” antara kedua-dua pasangan pengantin baru itu, kadang-kala perintah mahkamah tersebut menjadi tidak berguna. Ini kerana perintah mahkamah ada ketikanya sangat “vague” dan tiada perincian.

12. Apa maksud dipisahkan? Apakah sekadar bertemu, berbual dan/atau “berkhalwat” seketika terus boleh dianggap melanggar perintah mahkamah?

13. Apatah lagi jikalau dalam kes di bawah, di mana pasangan itu “dikurung” atau dipaksa jangan keluar sehingga keesokan harinya oleh pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan pernikahan tersebut. Memaksa pasangan itu untuk berada dalam rumah sehingga ke hari esok akan menjadi alasan yang berpihak kepada pasangan tersebut bahawa mereka tidak sengaja untuk tinggal bermalam dalam satu rumah, lantaran mereka dipaksa. Malah siapa tahu bahawa itu boleh menjadi “pucuk dicita ulam mendatang” kerana mereka dikurung semalaman di dalam rumah tanpa ada pihak ketiga. Jika ada pihak ketiga pula, itu akan menyebabkan usaha membawa mereka ke komital prosiding akan gagal seratus peratus.

14. Saya berpendapat, pasangan tersebut dengan mudahnya dapat melepasi komital prosiding di mahkamah nanti. Wallahu A’lam.

KOTA BHARU: Suasana tegang menyelubungi perkarangan rumah isteri kedua bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abd Kadir, 35, di Kampung Telipot di sini, semalam, apabila dikepung sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan terbabit yang didakwa enggan mematuhi perintah mahkamah syariah mengarahkan mereka dimufarakah (dipisahkan) sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Berita selanjutnya di sini,

http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20091229071847/Article

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani
http://www.ustjai.wordpress.com


HUJAH YANG KELAKAR

Saya dan Iffah di hadapan St Mary's College

Iffah Permata Harapan Ayah

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

3 Dis 2009

Pagi ini dengan kesejukan yang mencengkam sekitar 4 darjah celcius, tiba-tiba saya dapat melupakannya begitu sahaja lantaran membaca akhbar online The Star yang saya lampirkan di penghujung tulisan saya ini.

Masakan tidak, ianya (bagi saya) sangat kelakar bagi seorang peguam untuk berhujah dengan fakta sedemikian. Boleh anda bayangkan, seorang peguam dalam kes rogol, yang berjalan di ruang legar mahkamah dengan berpakaian serba hitam yang hebat dan mungkin membawa beg hitam, petah dan lantang berhujah di mahkamah termasuk soal balas pegawai penyiasat polis dan doktor pakar di dalam dewan mahkamah, membaca dan mengkaji bidang Obs & Gynae (agar setanding dengan ilmu pakar O & G, tiba-tiba, ketika menggulung hujah di mahkamah, begitu “berani” mengeluarkan hujah sebegitu.

Peguam yang bijaksana itu berhujah bahawa terdapat keraguan yang munasabah (reasonable doubt) dalam keterangan mangsa rogol (anak). Anak itu mendakwa warna alat sulit perogol (suspek, bapa kandung, astaghfirullah) adalah gelap (hitam?) sedangkan warna kulit bapanya (suspek) adalah cerah. Mungkin peguam yang bijaksana itu cuba meyakinkan mahkamah bahawa jika kulit kita cerah maka warna alat sulit kita juga cerah.

Saya mempunyai 2 anak lelaki dan ramai anak-anak saudara dan anak-anak kawan yang berjantinakan lelaki, anda mungkin setuju dengan saya, jika saya mengatakan bahawa adalah “biasa” warna alat sulit lebih dot dot dot berbanding warna kulit. Saya juga amat yakin hakim bicara itu juga biasa melihat “fenomena” ini.

Namun begitu, saya juga tidak menyalahkan peguam terbabit, kerana saya juga amat biasa dengan suasana kes yang sangat tidak menyebelahi kita, maka kita akan mengeluarkan semua “ledakan peluru” dengan harapan agar salah satu peluru itu mungkin akan mengenai sasaran walaupun sebenarnya kita sendiri tidak yakin ia akan mengenai sasaran. Kenapa? Sebab banyak kali (pengalaman saya sendiri) peluru yang kita pasti takkan mengenai sasaran, tiba-tiba peluru itulah yang kemudiannya tepat mengenai sasaran. Itulah hakikat perbicaraan di dunia yang fana’ ini.

KUALA LUMPUR: A 14-year-old girl, who accused her father of rape, has been consistent in her account of the crime, a prosecutor told Ampang Sessions Court.

DPP Khairunnisa Hazwani Omar submitted that the victim, who is the eldest of two siblings, had been traumatised over the rape.

“She cried many times when she testified in court as she explained to us what her father had done to her. Her story has been consistent,” she submitted yesterday, saying that it was impossible that a daughter would want to frame her biological father for rape.

The businessman claimed trial to raping his daughter at 7am in March 2006 and midnight on April 23 that same year in his house in Kajang.

She submitted that the victim was afraid and did not know what to do due to their relationship.

“This is a sinful act which was committed by the father who is supposed to take care of her and that warrants the court to call him to enter defence over the charges,” she said.

She argued that the accused who is divorced from his wife had gone to the girl’s room on both occasions and raped her, causing her to suffer pain.

She said the victim told her mother about the rape on May 14, 2006 and lodged a report the next day.

The girl was taken to Selayang Hospital and was examined by Dr M. Menaga who prepared a medical report about her condition, she said.

Boestamam Ahmad, lawyer for the accused, said the girl had given questionable testimony about the skin colour of her father’s private parts.

“The victim claimed that his private parts is dark but he is fair-skinned. We submit that the failure of the prosecution’s witnesses to prove this allows the court to apply the adverse inference principles under the Evidence Act.”

“The court could presume that his private parts is fair due to his skin colour,” he said.

Besides that, he said the medical report tendered in court was considered forged as it was signed by another person and not by Dr Menaga.

Boestamam submitted that the prosecution should have called the girl’s brother if he was said to be at home on that day.

He said investigating officer Insp Mariam Jamillah Azami had failed to conduct a thorough investigation over the matter as the mattress, pillow, bedsheet and towel allegedly used to wipe the semen was not seized to support the claims.

Sessions Court judge Suzana Hussin will decide on Dec 17 whether the prosecution had establish a prima facie case.


DR ASRI, JAIS & UNDANG-UNDANG KABUR

Dunia

Banyak ketikanya, kerana dunia, manusia berbalah

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

19 Nov 2009

Dr Asri telah dituduh mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Disertakan undang-undang tersebut seperti berikut:-

Seksyen 119. Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

    (a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini; atau(b) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Jika diperhatikan kepada undang-undang ini, kita akan dapati terdapat persoalan (kekaburan) yang perlu diteliti.

Pengecualian hanya diberi kepada 2 keadaan, pertama, budibicara mutlak majlis agama, dan kedua, pengajaran agama kepada ahli keluarga.

Dalam banyak keadaan, pada pandangan saya, undang-undang perlulah jelas dan tidak kabur agar tiada pihak yang teraniaya dan kedaulatan undang-undang terpelihara.

Maksud saya, berdasarkan undang-undang ini, semua orang yang mengajar agama adalah salah kecuali tertakluk dalam dua pengecualian tersebut. Ini bermakna, jika saya mengajar tentang Islam kepada kawan saya di rumah saya, ia akan termasuk ke dalam kesalahan jenayah. Mungkin juga, saya boleh ditangkap jika mengajar anak saya tentang cara solat atau berwuduk jika saya dan anak saya itu berada di R&R (kerana itu bukan kediaman saya!). Banyak lagi kemungkinan lain yang boleh disebut di sini yang akan menyebabkan masyarakat umum akan berada dalam kegelisahan kerana kekaburan yang ada pada undang-undang.

Masyarakat berhak mengetahui secara jelas apa sebenarnya yang dikehendaki oleh kerajaan atau pihak berkuasa agama tentang sesuatu peraturan yang mengikat mereka.

Jika pihak berkuasa agama gagal memberikan panduan (atau undang-undang) yang jelas, maka ia mungkin akan menjadi perangkap undang-undang yang berbahaya kepada rakyat jelata lantaran tiada pengetahuan yang jelas terhadap standard sebenar undang-undang.

Pengalaman saya “berperang” di mahkamah sivil dan syariah selama 12 tahun menunjukkan, bukan setakat orang awam, malah ada pihak pendakwa syarie sendiri tidak tahu membezakan antara khalwat dan berkelakuan sumbang. Jika pegawai yang menangkap atau pegawai penyiasat dalam kes “mengajar agama tanpa tauliah” boleh memberi keterangan di mahkamah bahawa wajib seorang bapa mempunyai tauliah untuk mengajar anaknya di rumah sendiri, atau sebagaimana pegawai polis menjadi saksi di mahkamah mengatakan bahawa apabila 3 orang berkumpul walaupun ianya terdiri daripada ayah, ibu dan anak, perlu kepada permit polis, maka apa lagi orang awam yang tidak mengerti apa-apa. Jika golongan yang sepatutnya terlatih, tetapi tidak faham perkara asas, bagaimana mungkin kita dapat mengharapkan rakyat jelata tidak teraniaya.

Justeru itu, mungkin, menjadi sebab kenapa mahkamah A memberi keputusan yang berbeza berbanding mahkamah B, sedangkan fakta kes dan undang-undang semuanya sama.

Adakah kita ingin menyalahkan masyarakat yang tidak menghormati kita sedangkan kita yang menggubal undang-undang yang tersangat kabur malah kadangkala sangat membingungkan.

Ruh (semangat) undang-undang perlulah sesuai dan menyokong bukan sahaja Perlembagaan Negara (seperti kebebasan bersuara, beragama dan mendapat pendidikan), malah lebih penting dari itu selari dengan penyebaran Islam yang mana Islam adalah agama negara.

Nasihat terakhir saya ialah, janganlah kita termasuk dalam perangkap, kita merasakan apa yang kita lakukan ini betul kerana arahan atau sokongan pihak tertentu, tetapi sebenarnya, arahan atau sokongan tersebut itulah yang kemudiannya membawa rebah.

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk,

Joseph Burstyn, Inc. v. Wilson, 343 U.S. 495, 72 S. Ct. 777, 96 L. Ed. 1098 [1952]

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

19 Nov 2009



ANAK KASIHANKAN AYAH

Isteri dan anak-anak untuk dikasihi bukan dizalimi

Isteri dan anak-anak untuk dikasihi bukan dizalimi

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
19/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Berdasarkan statistic pada tahun 2005, kes rogol direkodkan sebanyak 1,931 dan diikuti kes cabul, 973 dan liwat, 71 kes. Pada tahun 2006, kes rogol meningkat kepada 2,041, manakala cabul (1,066) dan liwat (71 kes). Pada tahun 2007 pula, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan, cabul (2,228) dan liwat, 101 kes. Angka itu terus meningkat pada 2008 iaitu 3,405 bagi kes rogol dan cabul (2,107) dan 130 kes liwat.

Saya teringat pada suatu ketika, seorang isteri telah melantik saya sebagai peguambela kepada suaminya yang dituduh merogol anak mereka sendiri. Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang akan membawa kepada hukuman minimum 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun penjara. Sebenarnya sukar untuk saya menemui kes seperti ini, iaitu isteri melantik kita untuk mempertahankan suaminya yang didakwa telah menzalimi masa depan anak secara kejam seperti itu.

Dalam sesi temubual saya dengan anak guam tersebut, beliau menafikan bahawa beliau telah merogol anak tersebut yang ketika itu masih bersekolah rendah.

Semasa sesi perbicaraan, pakar perubatan memberi keterangan yang menunjukkan bahawa selaput dara (hymen) anak tersebut tidak koyak (masih utuh) tetapi beliau telah membuat kesimpulan (inferen) bahawa rogol tetap boleh berlaku kerana sifat keelastikan hymen yang berbeza di antara setiap individu disokong pula dengan beberapa kesan cedera di sekitar bahagian sulit anak tersebut. Berdasarkan beberapa fakta lain, doktor tersebut mempertahankan pendapatnya bahawa telah berlaku penetrasi pada alat sulit anak tersebut.

Saya mendapati juga terdapat beberapa laporan polis dan kaunseling sekolah yang menyokong dakwaan rogol berkenaan.

Apabila tiba giliran anak tersebut bercakap di mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bertanya kepada mangsa (anak tersebut), “Apa yang ayah kamu lakukan kepada kamu?” Mangsa jawab, “ayah tak buat apa-apa”. Terkejut TPR tersebut dan saya perasan hakim bicara juga terkejut tetapi beliau cuba menyembunyikannya. TPR tersebut tanya lagi, “kalau ayah kamu tak buat apa-apa, kenapa datang sini?” Mangsa hanya mendiamkan diri. Saya dapat mengagak bagaimana “berpeluhnya” TPR pada pagi itu.

Ringkasnya, kes tersebut digugurkan. Saya terserempak dengan anak tersebut di luar mahkamah dan bertanya, “kenapa adik cakap macam tu?”. Kanak-kanak tersebut menjawab, “Kesian kat ayah”.

Hati saya menjadi tidak menentu, kalau anak kasihankan ayahnya, kenapa ayah tidak kasihankan anaknya?

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
19/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com


S.51(1) UNFAIR TOWARDS CONVERTS

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

26/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

Saya amat percaya, terdapat pihak tertentu yang sedang berusaha untuk memburuk-burukkan golongan “muallaf”. Kita akan dapati, malah, telah dan sedang mendapati bagaimana golongan yang baru memeluk Islam ini bukan sahaja tidak diberi bantuan yang selayaknya, tidak diberi simpati atau sokongan, lebih dahsyat daripada itu mereka dituduh sebagai golongan yang ingin lari daripada tanggungjawab, jahat malah dipandang sebagai penjenayah!

 

Kita sepatutnya mengambil sikap terbuka dan berbaik sangka terlebih dahulu dengan golongan seperti ini. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam salah satu fatwa beliau telah menyebut bagaimana Nabi SAW tidak menunggu waktu solat atau bulan Ramadhan untuk melihat sama ada golongan “muallaf” yang memeluk Islam di hadapan baginda akan beramal dengan Islam atau tidak. Sesiapa yang ingin memeluk Islam, maka pintu agama ini dibuka seluas-luas yang mungkin tanpa disusuli soal selidik yang pelik-pelik atau menyusahkan.

 

 

Dengan memeluk Islam, anda menjadi bersih seperti bayi yang baru lahir

Dengan memeluk Islam, anda menjadi bersih seperti bayi yang baru lahir

 

 

 Berbeza dengan keadaan kita di Malaysia. Undang-undang Sivil menjadi suatu undang-undang yang melindungi warga bukan Islam tetapi menjadi tidak adil kepada warga “muallaf”. Undang-undang yang saya maksudkan ialah Seksyen 51 (1) Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 atau dalam bahasa Inggerisnya “Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976”.

 

Seksyen 51 tersebut dengan tajuk “Dissolution on ground of conversion to Islam” memperuntukkan antara lain:-

(1) where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.

 

Hakim Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi dan terakhir) Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman yang mengetuai panel hakim seramai tiga orang tersebut bersama-sama dengan Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Azmel Ma’amor, di dalam kes Subashini lwn Saravanan telah membuat keputusan bahawa perintah pembubaran perkahwinan sivil yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dengan sebab pemelukan Islam oleh si suami tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sivil melainkan setakat menjadi keterangan fakta bahawa pernikahan tersebut dibubarkan berdasarkan Undang-undang Islam.

 

Oleh itu, pernikahan mereka sewaktu mereka berdua masih lagi Hindu, masih lagi kekal wujud sehinggalah Mahkamah Tinggi Sivil membubarkannya melalui petisyen perceraian yang boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk Islam, berdasarkan Seksyen 51 (1) Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian), 1976.

 

Berdasarkan keputusan itu juga, Mahkamah memutuskan bahawa pernikahan tersebut tidak akan dibubarkan secara automatik jika salah seorang pasangan memeluk Islam.

 

Isu utama di sini ialah, Seksyen 51 (1) tersebut hanya memberi hak kepada pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membubarkan pernikahan sivil tetapi tidak memberi hak yang sama kepada pasangan yang memeluk Islam untuk berbuat demikian. Sudah tentu ini tidak adil apatah lagi jika sekiranya pasangan yang tidak memeluk Islam dengan sengaja tidak memfailkan petisyen perceraian maka ini akan menyebabkan pernikahan tersebut masih wujud selagi mereka berdua masih bernafas!

 

Kenapakah undang-undang sivil tidak memberikan hak yang sama kepada pasangan yang memeluk Islam untuk membubarkan pernikahan tersebut? Bukankah orang yang memeluk Islam sepatutnya diberi pembelaan? Bukankah dengan menjadi orang Islam maka pasangan yang memeluk Islam akan mendapat keistimewaan lantaran Islam adalah agama negara ini.

 

Dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan tajuk “Agama bagi Persekutuan” dinyatakan:-

 

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

 

Jika sekiranya, maksud agama persekutuan / negara hanya setakat bermaksud untuk membolehkan bacaan doa oleh mufti dalam upacara rasmi kerajaan, maka saya percaya bahawa peruntukan Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak akan berada pada nombor 3 dalam Perlembagaan, malah tidak layak langsung untuk berada dan disebut dalam Undang-undang Perlembagaan! Sudah tentu Islam sebagai agama persekutuan mempunyai nilai yang sangat agung sehingga menyebabkan ianya diletak pada tempat yang ketiga dalam Perlembagaan Negara yang merupakan undang-undang tertinggi negara!

 

Justeru itu, saya menyarankan agar golongan muallaf diberikan keistimewaan (termasuk pindaan terhadap S.51(1)) sebagaimana yang diajar oleh ajaran Islam dan bukannya dipandang dengan penuh prejudis!

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

26/04/2009

www.ustjai.wordpress.com


REBUT ANAK & CUSTOM RELIGION

 

 

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

25/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

TUG OF WAR (tarik tali) kini berlaku sekali lagi di antara pasangan suami isteri yang mana salah seorangnya memeluk Islam. Tug of War yang berlaku, tentu sekali melibatkan perebutan hak jagaan anak dan hak untuk menentukan status agama anak-anak mereka yang terlibat.

 

 

Yang menjadikan isu ini semakin “panas” ialah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, menyatakan bahawa apabila salah seorang daripada suami isteri berkenaan memeluk Islam, maka anak tersebut hendaklah dibesarkan mengikut agama lazim / asal (common religion) pada waktu perkahwinan berkenaan.

 

Alasan yang menyebabkan keputusan ini dibuat, boleh difahami melalui kenyataan beliau seterusnya apabila beliau menyatakan bahawa “agama sepatutnya tidak dijadikan alat untuk pasangan terbabit melarikan diri daripada tanggung jawab kekeluargaan. Pemelukan ke dalam agama lain bukanlah suatu alasan untuk membubarkan sesuatu pernikahan secara automatik” (Religion should not be used as a tool to escape marriage responsibilities. Conversion is not grounds for automatic dissolution of a marriage – The Star).

 

Saya difahamkan bahawa keputusan ini dibuat kerana berlaku satu lagi kes yang sama melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi di Perak.

 

Mohd Ridzuan atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, asalnya beragama Hindu, tetapi kemudiannya memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anak-anaknya iaitu Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, kepada agama Islam pada 12 April 2009 dan telah memohon hak penjagaan anak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh sedangkan isterinya (Indra Gandhi) masih lagi beragama Hindu. Adalah difahamkan pihak isterinya telah memohon bantuan campur tangan kabinet sehingga menyebabkan Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut.

 

Baby pun tension kalau mak & ayah dia bergaduh

Baby pun tension kalau mak & ayah dia bergaduh

Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara ini dalam Perkara 12 dengan tajuk “Hak berkenaan dengan pendidikan”, memperuntukkan antara lain:-

 

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

 

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

 

Maka kita dapat memahami bahawa agama seorang kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun hendaklah ditentukan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya iaitu salah seorang daripada mereka lantaran wujudnya perkataan “atau” yang memisahkan antara ketiga-tiga pihak yang disebut itu. Oleh itu, dalam kes ini, suami tersebut berhak untuk menukar agama anak-anaknya

 

Apabila kita melihat kepada Seksyen 95, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (terpakai hanya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan).

Dengan tajuk “Keupayaan masuk Islam” dinyatakan seperti berikut:-

 

“Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan-

(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau

(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya”

 

Justeru itu, kita dapat memahami bahawa ia memperuntukkan, antara lain, bahawa kanak-kanak yang belum mencapai usia 18 tahun boleh memeluk Islam jika sekiranya mendapat restu daripada salah seorang, sama ada ibu, bapa atau penjaganya.

 

Malah dalam kes yang menjadi “landmark” dalam menentukan siapa yang berhak menentukan agama seseorang anak iaitu kes Subashini Rajasingam lawan Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2-1 telah memutuskan bahawa bapa tersebut (Saravanan) mempunyai hak atau kuasa untuk menukarkan agama anaknya kepada Islam berdasarkan peruntukan Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

 

Dalam penghakiman oleh Yang Amat Arif Dato’ Bentara Istana Dato’ Nik Hashim bin Nik Ab. Rahman, Hakim Mahkamah Persekutuan, dalam kes tersebut, beliau memutuskan bahawa salah seorang daripada suami atau isteri mempunyai hak untuk menukar agama anak mereka kepada Islam. Perkataan “parent” di dalam Artikel 12 (4) Perlembagaan Persekutuan adalah bermaksud “single parent” (The word ‘parent’ in Article 12(4) of the FC, which states that the religion of a person under the age of 18 years shall be decided by his parent or guardian, means a single parent) Maksudnya, salah seorang daripada ibubapa tersebut berhak dan boleh menukarkan agama anaknya, tanpa perlu persetujuan kedua-dua ibubapa. Oleh itu, Artikel 12 (4) PP, tidak boleh dibaca sebagai memberikan hak memilih agama anak kepada kedua-dua ibubapa sebaliknya memadai salah seorang daripada mereka.

 

Jika kita mencari fatwa ulama’ pula, saya mendapati terdapat fatwa daripada “Lajnah Da’imah Lil Buhuth Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta” (m/s 195) yang dianggotai oleh Sheikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, Sheikh Abdul  Razzaq Afifi dan Sheikh Abdullah Bin Ghadyan, yang memutuskan bahawa seorang wanita yang telah memeluk Islam lebih berhak terhadap hadhanah (hak jagaan) anak beliau berbanding suaminya yang beragama Kristian, selagi mana wanita itu kekal sebagai Islam dan suaminya berterusan sebagai Kristian. Dan anak tersebut dihukum sebagai beragama Islam kerana mengikut agama ibunya. Ini disebabkan seorang yang bukan Islam (kafir) tidak boleh menguasai orang Islam berdasarkan dalil Al-Quran, Surah Al-Nisaa’, ayat 141:-

وَلَن يَجۡعَلَ ٱللَّهُ لِلۡكَـٰفِرِينَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ سَبِيلاً

Maksudnya; “dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”

 

Namun begitu, mungkin golongan bukan Islam akan bertanya, apakah Islam suatu agama yang langsung tidak memberi peluang kepada mereka untuk menjaga dan seterusnya mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka?

 

Sebenarnya, di kalangan fuqaha Islam, golongan ulama mazhab Shafie dan Hanbali yang mensyaratkan hadhanah diberikan kepada ibubapa / penjaga yang beragama Islam, manakala ulama mazhab Hanafi dan Maliki membenarkan hadhanah diberikan kepada ibu atau bapa yang bukan beragama Islam tanpa mengira mereka ahlil kitab atau tidak.

 

Dalil yang dipegang oleh ulama’ yang membenarkan hadhanah kepada golongan bukan Islam ialah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain (lihat Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, Dar Al-Fikr, Juzuk 7, m/s 727) , berkenaan seorang kanak-kanak yang disuruh memilih antara bapanya yang muslim atau ibunya yang musyrik, sedangkan dia cenderung kepada ibunya yang musyrik. Maka berdoalah Nabi SAW agar Allah SWT memberi petunjuk kepadanya, lalu hati kanak-kanak itu berubah dan memilih bapanya yang muslim. Tetapi hadith ini ditolak oleh Sheikh Dr Wahbah Az-Zuhaili dengan mengatakan bahawa ianya mansukh (dibatalkan) berdasarkan doa Nabi SAW tersebut.

 

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, saya percaya bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan pertelingkahan ini ialah mahkamah syariah dan biarlah mahkamah syariah yang akan menyiasat dan membicarakan isu hadhanah ini untuk kemaslahatan anak tersebut. Perbicaraan di mahkamah syariah tidaklah bermakna bahawa pintu hadhanah “terkunci mati” kepada  ibu atau bapa yang bukan beragama Islam kerana masih terdapat banyak pandangan fuqaha yang masih memberi ruang kepada mereka, kerana isu utamanya ialah kemaslahatan anak dan bukannya kemaslahatan ayah atau ibu!

 

 

 

 

BERITA DARI THE STAR:-

IPOH: The High Court here has granted kindergarten teacher M. Indira Gandhi interim custody of her three children and an injunction preventing her husband from entering their home.

 

It is the first victory for the 34-year-old woman who is battling to have her children returned to her and to ensure that they remained Hindus, and not Muslim converts.

 

Judicial Commissioner Ridwan Ibrahim, who presided over the matter in chambers yesterday, also ordered the police to assist Indira Gandhi in carrying out the court orders.

 

He set May 12 for an inter parte hearing of the matter to allow Indira Gandhi’s husband, K. Patmanathan, 40, to give his side of the story.

 

Indira Gandhi’s counsel Augustine Anthony said that the matter of the children’s religion would be handled at a later date, pending the court’s decision after May 12.

 

A tearful Indira Gandhi said she was happy with the outcome and would be happier once all her children were with her.

 

In Indira Gandhi’s supporting affidavit, she claimed that on April 4, Patmanathan stormed into her house in First Garden here, used force against her and their children Tevi Darsiny, 12, Karan Dinish, 11, and Prasana Diksa, one, before taking off with the three children’s birth certificates and the youngest daughter.

 

Indira Gandhi later discovered her husband had converted to Islam on March 11 and was now known as Mohd Ridzuan Abdullah.

 

Indira Gandhi also claimed her children’s schools were notified by the Syariah Department that her children had been converted and now had Muslim names.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/25/nation/3772340&sec=nation

Sekian.

 

 

 

 

 

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

25/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

 

 

 


NIKAH SIAM: DO’S & DON’TS

Oleh:-

Ahmad Jailani Abdul Ghani

23/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Nikah Siam, dua patah perkataan yang membawa juga dua pengertian, suka dan duka. Ianya disukai oleh kedua-dua bakal pengantin tetapi kerap menjadikan “isteri tua” menjadi duka. Ia diminati bukan sahaja oleh orang kampung, penganggur, mat rempit tetapi juga digemari oleh tokoh korporat, datuk-datuk yang pastinya berkedudukan dan berpengaruh dalam masyarakat.

 

Maka saya mengambil peluang ini untuk memberi panduan mudah kepada semua pihak yang terlibat, sama ada suka atau duka. Bagi bakal pengantin, panduan ini berguna untuk mereka memastikan lamunan cinta atau “angau” mereka selama ini menjadi realiti. Manakala bagi bakal “isteri tua” panduan ini berguna untuk menjadikan khayalan bakal pengantin tersebut kekal sebagai “bintang berjalan di bumi”.

 

Saya mempunyai pandangan tersendiri, kenapa saya tidak bersetuju dengan “Nikah Siam”. Namun, itu akan dibincangkan kemudian. Okay, let’s go…

 

DO’S

 

1. Pastikan tempat yang akan anda dan pasangan anda berkahwin itu adalah tempat yang masyhur di kalangan mereka yang sudah melaluinya. Kerap terjadi sindiket penipuan yang menyebabkan pernikahan tersebut tidak sah dan tidak dapat di daftarkan.

 

2. Pastikan anda melepasi sempadan dan bukannya jurunikah yang masuk ke Malaysia.

 

3. Anda perlu menentukan sama ada pernikahan “Siam” ini perlu didaftarkan atau anda langsung tidak berniat untuk mendaftarkannya. Kerana langkah-langkah antara kedua-duanya banyak berbeza. 

 

4. Sebaik-baiknya menyeberangi sempadan dengan menggunakan dokumen perjalanan yang sah untuk memudahkan urusan di mahkamah kemudian.

 

5.Sebaik-baiknya menyeberangi sempadan bersama-sama dengan dua lelaki warga Malaysia yang boleh menjadi saksi di mahkamah nanti. Kalau pergi dengan rombongan ramai-ramai lagi bagus.

6. Ambillah gambar foto banyak-banyak dalam tempat nikah dan di luar tempat nikah. Ia boleh dijadikan bukti di mahkamah.

 

7. Selesai akad nikah, anda perlu hadir ke konsulat / kedutaan di sana.

 

8. Pastikan semua maklumat dan ejaan dalam surat nikah siam itu betul, lengkap dan tepat. Nikah sindiket kerap kali mudah dihidu dengan melihat kepada ejaan.

 

8. Banyak lagi.. (saya akan cuba update nanti)

 

DON’TS

 

1. Jangan sekali-kali bernikah di Malaysia tetapi surat nikah siam (jurunikah siam masuk ke Malaysia)

 

2. Jangan biarkan jarak antara pengantin perempuan dengan wali bapa kurang 2 marhalah (80km) jika bapa tidak izin. Risikonya, nikah tidak sah.

 

3. Jangan nikah “bawah pokok”. Biasanya, dilakukan oleh sindiket. Kalau pernikahan itu dibuat oleh sindiket, ianya tidak sah. Tidak sah bukan sebab bawah pokok, tapi sebab sindiket.

 

4. Jangan pergi hanya berdua kerana ia kerap menimbulkan masalah dari segi pembuktian di mahkamah

 

5. Bersambung….

 

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

23/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 


WHERE IS YOUR GERAN TANAH?

By,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

13/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

1. Where is your “geran tanah” (issue document of title)? Under your safekeeping? Where? Your safety box? Are you sure? You have to prepare yourselves if one fine day, you go to the respective land office, make the land search and find out that you are no more the owner of your land whether it is “sekangkang kera” or “sejauh mata memandang.” BEWARE!!!

 

Baiti Jannati

Baiti Jannati

LANDMARK’S CASE IN MALAYSIA EXPLAINS THE CONCEPT

OF DEFERRED INDEFEASIBILITY OF TITLE

2. The decision of the Federal Court in 2001 with regard to deferred indefeasibility, shocked our nation, because the effect of the said decision, land owners may, after wake-up in the morning, find themselves no longer owning their landed properties, without any fault, doing or knowledge on their part, and their issue document of title (IDT) are under their safekeeping!!!

 

3. The above mentioned case is ADORNA PROPERTIES SDN BHD V BOONSOOM BOONYANIT @ SUN YOK ENG [2001] 1 MLJ 241. The facts of the case are as follows:-

Mrs Boonsom Boonyanit (“BB”) is the registered owner of two valuable pieces of land in Tanjung Bungah, Penang. She was and still is in possession of the two original documents of title. She is a Thai national and never enggage any lawyer or anyone to sell the properties. BB paid all quit rents and assessments from the time she became the owner of the said land.

 

4. One woman claiming herself as BB used a forged passport and two false statutory declarations and obtained the replacement titles from the Land Office. She signed the Memorandum of Transfer and sold the properties to Adorna. The real BB was completely unaware of all these acts of the imposter. The imposter sold the two pieces of  land to Adorna for almost RM 1.8 million.

 

5. In 1989, BB commenced an action in Penang High Court, against Adorna for an order that Adorna’s registration as proprietor be cancelled from the Register of Land Titles since she is still the registered proprietor of the properties.

 

6. However, Adorna contended that they are bona fide purchasers for value without notice of the fraud or forgery and therefore had acquired indefeasible titles to both the lands.

 

7. Penang High Court (Justice Vincent Ng as he was then) dismissed BB’s claim stating that Adorna had acquired an indefeasible title over the properties by virtue of Section 340 (3) NLC with regard to deferred indefeasibility, which protects any title or interest acquired by any purchaser in good faith and for valuable consideration.

 

8. BB, then appealed to the Court of Appeal, whereby the Court allowed her appeal. The Court ordered the Registrar of Land Titles to cancel all entries made in the Register of Titles in favour of Adorna and restore BB as the registered owner. The decision of the Court was delivered by Justice Dato’ Gopal Sri Ram and he set out the true interpretation of deferred indefeasibility. The Court of Appeal held inter-alia (10):-

 

·        The standard of proof to be applied in civil forgery suits is the balance of probabilities.

·        The words ‘any purchaser’ in Section 340 of NLC refers to a subsequent and not to an immediate purchaser, hence creating a deferred indefeasibility which benefits subsequent purchasers. The title of an immediate purchaser is defeasible if tainted by one or more of the vitiating elements set out in section 340 (2) but creates an exception in favour of a bona fide purchaser who take his title from such a registered proprietor.

·        By virtue of Section 340, a registration by forgery is of no effect.

·        In Malaysia, under Section 340 of NLC, deferred indefeasibility applies. The registered proprietor who by registration of a void or voidable instrument does not acquire an indefeasible title. The indefeasibility is postponed until the time when a subsequent purchaser acquires the title in good faith and for valuable consideration.

 

9. According to this true interpretation, deferred indefeasibility is when “A” by fraud or forgery acquired a landed property. He then sold the property to “B” a bona fide purchaser. Then “B” as the second registered owner after “A”, sold the property to “C” another bona fide purchaser. “C” as the third registered owner is now having indefeasible title because the title deferred to him.

 

10. Unfortunately, when Adorna appealed to the Federal Court, the Court reversed the decision of the Court of Appeal and upheld the Penang High Court decision.

 

MAYDAY FOR JUSTICE!!!

 

11. The above mentioned case gave great impact and prejudice to the credibility of our justice system and government in the eyes of people (rakyat). Our nation would have no more confident with the system and government, because the court’s decision itself (not the thief) deprived their properties while they are at no fault.

 

12. The court is the sacred place for the people to get justice and protection. But now, it turns otherwise. Both legislature and judiciary have to do something and work hand in hand to protect the interest of the nation!!!

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

13/04/2009

www.ustjai.wordpress.com


AZILAH, SIRUL & ALTANTUYA V KHALIFAH ALI, YAHUDI & BAJU BESI

Ahmad Jailani Abdul Ghani

10/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

1. Walaupun saya tak pernah mengenali Azilah & Sirul apatah lagi wanita cantik Mongolia, Altantuya, tetapi hati saya terasa “something” apabila membaca berita tersebut. Digantung sampai mati mandatori di tempat yang akan ditentukan dengan menggunakan tali gantung.

2. Di zaman kini, tiada lagi mayat yang terjelir lidahnya lantaran tali gantung terlalu pendek. Tiada lagi mayat yang terputus kepalanya lantaran tali gantung terlalu panjang. Dengan ilmu moden yang dianugerahkan Allah SWT, pesalah hukuman gantung akan ditimbang berat badannya, lalu tali gantung akan disesuaikan panjang, pendeknya, maka pesalah akan mati dengan “lebih sempurna” iaitu patah tengkuknya dan mati serta-merta.

3. Azilah & Sirul mempunyai peluang untuk merayu dua kali lagi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan (terakhir). Saya berpendapat mereka mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang di peringkat rayuan di atas beberapa kelemahan yang berlaku di peringkat mahkamah tinggi.

4. Mereka berdua didapati bersalah dengan keterangan tidak langsung (indirect evidence), keterangan mengikut keadaan (circumstancial evidence).  Tiada keterangan langsung dalam perbicaraan tersebut. Di dalam Undang-undang Al-Quran & Al-Sunnah, secara spesifiknya Qisas, mensyaratkan dua saksi lelaki yang adil, jika tiada maka mereka hendaklah dibicarakan mengikut undang-undang ta’zir yang tidak membolehkan mereka dihukum mati. 

5. Saya teringat kisah popular Khalifah Ali & baju besinya. Khalifah Ali kehilangan baju perangnya yang diperbuat daripada besi. Kemudian didapati baju perisainya itu berada pada tangan seorang Yahudi. Aduan dibuat kepada Hakim Syuriah. Ali berkata, “Baju besi yang ada pada orang Yahudi ini adalah kepunyaanku sejak dahulu.” Hakim Syuriah berkata kepada orang Yahudi itu; “Bagaimana, Ali telah menyatakan bahawa baju besi yang ada di tanganmu itu adalah miliknya?”

6. Jawab orang Yahudi itu; “Tidak, baju besi ini adalah kepunyaanku.” Hakim Syuriah bertanya kepada Ali; “Apakah ada bukti di tangan Amirul Mukminin yang menunjukkan bahawa baju besi itu kepunyaan Amirul Mukminin?”

Jawab Ali; “Ada! Puteraku Hassan dan Hussain tahu betul bahawa baju besi itu kepunyaanku sendiri.”

7. Hakim Syuriah berkata; “Kesaksian anak sendiri terhadap ayahnya tidak dapat diterima menurut hukum yang berlaku..” Selanjutnya, hakim Syuriah berkata; “Kerana Amirul Mukminin sendiri tidak boleh membuktikan dengan pengakuan dua orang saksi yang sah, maka aku memutuskan bahawa baju besi ini adalah milik orang yang memegang sekarang iaitu Yahudi tersebut.”

8. Seperti yang kita tahu, Yahudi itu kemudiannya memeluk Islam kerana kagum dengan keadilan undang-undang Islam. Mungkin kita disebabkan geram, kerana Altantuya dibunuh kejam, akan mengatakan “biar kena gantung, padan muka”. Tetapi Islam tidak mengajar kita sedemikian rupa. Bukti mestilah kukuh. Di dalam undang-undang buatan manusia, ia mestilah beyond reasonable doubt, manakala dalam undang-undang Islam, ia mestilah pada tahap “yakin” iaitu 100%.

9. Lihatlah hadith Aisyah r.a. sebagaimana yang dikeluarkan oleh Al-Termizi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain yang bermaksud, “Hindarkan hukum hudud Allah daripada orang-orang Islam setakat kemampuan kamu. Dan jika kamu menemui jalan keluar bagi orang Islam, maka bukakanlah jalannya. Sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam pengampunan (membebaskan pesalah) ada lebih baik daripada tersilap dalam menjatuhkan hukuman (terhadap orang yang tidak bersalah). (Al-Asybah wa Al-Naza’ir, Al-Suyuti, Dar Ihya’ Al-Kutubi Al-‘Arabiyyah, 136). Moga kita diberi petunjuk oleh Allah bagaimana keadilan sebenar.

 

Petikan daripada The Star Online:-

Altantuya murder: It’s death for Azilah and Sirul

SHAH ALAM: Chief Inspector Azilah Hadri, 32, and Corporal Sirul Azhar Umar,36, were found guilty and sentenced to death for the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu three years ago, wrapping up the country’s longest trial ever.

Justice Datuk Mohd Zaki Md Yasin, said the prosecution had proven the case against them beyond reasonable doubt.

He said their defences were essentially ones of denial and of blaming each other and as such, were irreconcilable and unbelievable.

“Thus they have failed to raise any reasonable doubt in the prosecution’s case which I find to be irresistibly conclusive on account of the physical and circumstantial evidence adduced before me.

“I therefore now sentence you, Azilah and Sirul Azhar, to death and both of you will henceforth be kept in lawful custody until you are brought to a lawful place where you will be hung by the neck until you are dead,” he said.

The defense counsels said they would appeal.

Azilah, is represented by two counsels, Datuk Hazman Ahmad and J. Kuldeep Kumar while Sirul Azhar, is represented by Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican and Ahmad Zaidi Zainal.

In elaborating the sole defence of C/Insp Azilah who testified under oath in January, Justice Mohd Zaki said the first accused had contended that he did not utter those statements relating to the scene which were admitted by the court as evidence of information leading to discovery of facts.

“That he (C/Insp Azilah) was not at the scene of crime at the relevant dates and times and instead claimed that he was somewhere in Wangsa Maju as per his notice of alibi, and that he was not the last person to be with the deceased for he had handed her over to the second accused on the night in question to send her back to Hotel Malaya,” he said.

However, Justice Mohd Zaki noted that C/Insp Azilah did not call any of his witnesses to support his defence and his alibi.

“The law relating to the non-calling of a witness by the defence is well settled,” said the judge.

On the defence of Kpl Sirul who gave his statement in dock on Feb 4, the judge said Kpl Sirul claimed that he was made “the scapegoat”.

“Kpl Sirul claimed that he did not utter all the statements relating to those personal belongings of the deceased which were admitted by this court as evidence of information leading to the discovery of facts under Section 27 of Evidence Act.

“He claimed that he was not at the crime scene but was instead having tea at Devi’s Corner in Sri Hartamas and having “sahur” at Kampung Baru, Kuala Lumpur and that the deceased had never been handed over to him by the first accused for her to be sent back to Hotel Malaya,” he said.

Justice Mohd Zaki said the law relating to the weight to be attached to the unsworn statement from the dock, which was not subjected to cross-examination by the prosecution, was also likewise settled.

“The weight to be attached to this category of defence may not be the same as one attached to the defence upon evidence on oath,” he said.

However, he said the court must consider it for whatever it was worth having regard to the other evidence available and to see whether the defence had succeeded in casting a reasonable doubt in the case.

In Thursday’s proceedings, Justice Mohd Zaki only read out the final four pages of his 283-page draft judgment.

Kpl Sirul and C/Insp Azilah had claimed trial to murdering the Mongolian beauty between 10pm on Oct 19 and 1am on Oct 20, 2006 at Mukim Bukit Raja here.

The two were ordered on Oct 31 to enter their defence.

Last October, political analyst Abdul Razak Baginda was acquited without his defence being called of abetting in the murder of the 28-year-old Mongolian woman.

Eighty-four witnesses out of 198 witnesses had testified in the trial that took 165 days to complete recording their evidence.

In an immediate response, lead prosecutor DPP Tun Abd Majid Tun Hamzah said it was a fair decision saying that the prosecution had strong circumstantial evidence against both accused.

“Of course, the battle is not over yet. It will be a fight at the Court of Appeal and Federal Court. Only if the Federal Court affirms the decision, is it settled. Let’s wait and see at the appellate court,” he said with a smile.

For now, DPP Tun Abd Majid said the prosecution was satisfied as their hard work had paid off.

“As far as the prosecution is concerned, there was no involvement of anyone else, politically or otherwise,” he added.

Lawyer Datuk Hazman Ahmad, for C/Insp Azilah, said he would file an appeal against the court ruling, probably by next week.

Counsel Hasnal Rezua Merican, acteing for Kpl Sirul, said he would file an appeal against the court decision.

Among those present in court included Mongolian translator Enkhjargal Tsetsgee, who sent a text message to Altantuya’s father over the verdict.

Earlier, over 60 media representatives were screened to the courtroom at 8.50am.

C/Insp Azilah, clad in blue checked long-sleeve shirt and black pants, walked to the courtroom at 9am and jovially chatted with his fiancee Nur Azila Baharuddin and hugged his friend.

Shortly later, Kpl Sirul, attired in black shirt with a matching dark coat and black pants, came and shook hands with his police friends.

In the high profile trial that hogged the local and international media, the duo were charged with murdering Altantuya, who was 28 then, between Lot 12843 and Lot 16735 Mukim Bukit Raja near here, between 10 pm, Oct 19 and 1 am, Oct 20, 2006.

Initially they were tried together with the executive director of Malaysian Strategic Research Centre (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, who was charged with abetment in the murder of Altantuya.

However on Oct 31, 2008, the political analyst walked out a free man after the court found that the prosecution had failed to furnish proof on an important element on the abetment charge.

Abdul Razak since has left to United Kingdom and is said to be taking up a PhD at Oxford University.

While Azilah and Sirul Azhar — who pleaded not guilty — were hoping to be released, the prosecution went all out to prove they were the ones behind Altantuya’s murder and the disposal of her remains using explosives.

The prosecution team consisting of Deputy Public Prosecutor Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup and Hanim Rashid, stressed in their submissions that Azilah and Sirul Azhar were the people behind Altantuya’s murder.

Based on the evidence gathered from prosecution witnesses, the explosive used to blow up Altantuya’s body was probably placed in her mouth.

Manoj noted at the end of the prosecution’s case that both accused had the motive to kill and it was a preplanned crime.

Manoj noted that several circumstantial pieces of evidence that the prosecution tried to prove were never denied, explained or answered by both defendants.

“Several of the strong evidence deduced from the testimonies when spun together will make two ropes that are strong enough to hang each one of them.

“The prosecution has proven beyond reasonable doubt on the actions of the duo calls for their conviction on the murder carried out with the common intention,” he had said.

Azilah, who started his testimony on Jan 15, stated that he had no motive to kill or destroy the woman and instead he only met Altantuya to advise her politely not to harass Abdul Razak or create a ruckus outside the latter’s home.

Azilah also told the court that he was ordered by a superior, DSP Musa Safri to help Abdul Razak and thus he would not have done something stupid like killing — especially seeing he was a policeman.

While defending himself Sirul Azhar broke down a few times and claimed he had been made the sacrificial lamb in the murder.

The case has set many records including being the most number of days for hearing (159 days) and 84 witnesses at the prosecution stage and two at the defence stage, and it remained the high profile case for almost two years before Abdul Razak was released.

According to records, Azilah has been incarcerated at the Sungai Buloh Prison for 891 days while Sirul Azhar 895 days.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/9/nation/20090409093431&sec=nation

Ahmad Jailani Abdul Ghani

10/4/2009

www.ustjai.wordpress.com