jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

MINTA POLIS TANGKAP KES MAHKAMAH SYARIAH?

Gereja

Janganlah Mahkamah Syariah kita menjadi seperti kebanyakan bangunan gereja di UK, yang megah tetapi lesu.

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

1. Saya percaya ramai di kalangan orang-orang awam tidak menyedari setakat mana kuasa pihak polis dan penguatkuasa pejabat agama apabila berlaku perlanggaran perintah Mahkamah Syariah.

2. Sering berlaku, apabila ada individu yang dianggap telah melanggar perintah, seperti perintah mufaraqah, perintah hak jagaan anak dan seumpamanya, ada segelintir masyarakat hairan kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.

3. Malah tidak keterlaluan, ada yang mendesak peguam agar menyuruh pihak polis supaya mengadakan sekatan jalan raya apabila bekas suami atau isteri mereka melarikan anak yang telah diberikan kepada mereka melalui perintah mahkamah yang jelas.

4.  Mungkin mereka tidak sedar bahawa jenis kesalahan tersebut tidaklah begitu serius sehingga perlu diadakan sekatan jalanraya.

5. Sebenarnya, setiap perlanggaran perintah mahkamah, sama ada kita setuju atau tidak, memerlukan prosiding lain yang disebut sebagai perlaksanaan dan/atau penguatkuasaan.

6. Antaranya ialah, prosiding komital dan/atau tunjuk sebab.

7. Sebenarnya mahkamah syariah tiada kuasa untuk mengarah pihak polis untuk membuat tangkapan, kerana itu ada pesalah kes syariah yang mendapat penerangan peguam syarienya,  bukan sahaja berani, malah dengan senyum simpul sengaja melanggar perintah mahkamah syariah.

8. Sebagaimana mahkamah syariah juga tiada kuasa untuk mengarah jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, syarikat-syarikat swasta dan sebagainya.

9. Apa yang berlaku sekarang, pematuhan kepada perintah mahkamah syariah oleh sebilangan jabatan kerajaan dan syarikat swasta hanyalah kerana budibicara majikan yang terbabit sahaja.

10. Selagi pihak berkuasa, tidak meletakkan semua pihak tersebut, di bawah bidang kuasa mahkamah syariah, selagi itulah kita dapat melihat berapa ramai orang yang mempunyai perintah mahkamah syariah di tangannya tetapi hanya mampu berputih mata.

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com



2 responses

  1. Zul

    Assalamualaikum ustaz, moga dirahmati oleh Allah, boleh ulas sikit berkenaan penggunaan nama Allah yang diputuskan oleh mahkamah tinggi baru2 ini bukan dari segi perlembagaan tapi dari pandangan agama islam. T kasih.

    01/01/2010 at 3:12 pm

  2. shazril

    rasa betul. sbb mahkamah syariah suk negeri manakala JKSM masih lagi dibawah Jabatan Perdana Menteri.

    17/01/2010 at 10:15 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s