jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

ATATURK

DEPAN MAUSOLEUM OF KEMAL ATATURK

DEPAN MAUSOLEUM OF KEMAL ATATURK

Saya berada di halaman kompleks kubur Ataturk, Anitkabir yang terletak di Ankara ibu negara Turki. Setiap tetamu negara Turki akan dibawa melawat kubur Ataturk sebagai tanda penghormatan kepada Bapa Turki Moden itu. Malah setiap pemimpin baru Turki yang mengambil alih tampuk pemerintahan Turki dimestikan menunjukkan penghormatan di sini tidak terkecuali, Erdogan dan Abdullah Gul

Main Entrance of Mausoluem

Main Entrance of Mausoluem

Mausoleum ini dibina dengan campuran dan kepelbagaian gaya termasuk gaya senibina Hittite (ingat ceramah saya tentang Palestin?) dan Anatolia purba. Setiap wilayah di Turki menyumbangkan batu masing-masing bagi pembinaan kompleks ini. Mayat Ataturk tidaklah berada pada batu “catafalque” yang dipamerkan itu sebagaimana sangkaan orang ramai, tetapi ditanam dalam sebuah bilik atau ruang jauh ke bawah batu tersebut.

100_1195

Wah! Ustjai nak join askar Turki ka? Itulah, saya tersenyum seronok bersama-sama dengan pengawal mausoleum. Pada asalnya, mayat Ataturk tidak disolatkan dan tidak ditanam, kerana “kasih” dan taasubnya rakyat Turki kepada pemimpin mereka itu, sambil menunggu kompleks maqam ini siap. Kemudian, selepas dinasihati oleh beberapa pensyarah universiti bahawa Ataturk seorang Islam yang wajib disempurnakan mayatnya mengikut ajaran Islam, barulah ianya disolatkan dan ditanam.

 

PERTUKARAN PENGAWAL

PERTUKARAN PENGAWAL

Apabila saya memasuki muzium yang terletak bersebelahan dengan kubur Ataturk saya dapati mereka (Turki) berjaya mewujudkan perasaan pentingnya mengorbankan “darah” demi negara. Suasana peperangan, suara orang menjerit, letupan bom saling bersahutan cukup menjadikan semangat saya berkobar-kobar untuk mempertahankan negara saya Malaysia tercinta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s