jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

Archive for November, 2011

KENAPA BILA BERJAYA, KITA JADI JAHAT?

Ucai dan kawannya Ma'ab berbangsa Libya. Bila berjaya, janganlah dihampakan hati orang yang mengasihi kita.

Ucai dan kawannya Ma'ab berbangsa Libya. Bila berjaya, janganlah dihampakan hati orang yang mengasihi kita.

1. Kenapakah kita apabila kaya, berjaya, pangkat tinggi, berkuasa, dimuliakan manusia, tiba-tiba kita berubah menjadi jahat, zalim, berpoya-poya, lupa diri?

2. Apabila kita kaya dan berjaya, kita khianati isteri yg suci dan setia, sebaliknya mulai mendampingi wanita-wanita jahat?

3. Apabila kita kaya dan berjaya, kita menjadi kedekut dan zalim pada sahabat/keluarga yg dahulunya membantu kita, mengalah dlm byk perkara dan memberi ruang seluas-luasnya utk kita berjaya.

4. Apabila kita di kemuncak kuasa, kita menjadi zalim dan tidak berhati perut.

5. Apabila kita dijulang oleh manusia, kita menjadi pencerca, suka memaki hamun, dan memandang hina orang lain.

6. Inilah yg diperingatkan oleh Allah.
Ingatlah! Sesungguhnya insan tetap melampaui batas.
Dengan sebab dia melihat dirinya serba kaya (sudah cukup apa yang dihajatinya).
Ingatlah, sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan). (Al-Alaq:6-8).

7. Kenapakah kita enggan mengikut contoh Nabi Sulaiman a.s. yg dianugerahkan kerajaan dan kelebihan yg sangat hebat oleh Allah tetapi tetap mengingatkan dirinya dgn katanya, yg disebut dlm Al-Quran,

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. (Al-Naml:40).

8. Justeru, tidak lah rugi, malah sangat menguntungkan jika kita sentiasa ingat dan insaf siapa diri kita sebenarnya.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

15 Nov 2011

Darlington, England.

Advertisements

ADA KETIKA BAIK, ADA KETIKA JAHAT.

Ucai Naik Donkey, seronoknya!

Ucai Naik Donkey, seronoknya!

Saspen ye Cai, dapat naik Donkey. Ayah ingat ke tidak pada syurga dan neraka ketika melihat Ucai terhibur ini?

Saspen ye Cai, dapat naik Donkey. Ayah ingat ke tidak pada syurga dan neraka ketika melihat Ucai terhibur ini?

Ada ketikanya kita begitu bersemangat utk solat, khusyuk ketika melaksanakannya, puas selepasnya, terasa begitu hampir dgn Rabb.
Datang pula ketika rasa berat utk ke masjid, tumpuan dlm solat tersasar hingga lupa bilangan rakaat dan terasa tiada apa2 yg kita dpt.
Ada ketikanya datang perasaan rajin belajar atau bekerja. Tapi ada ketikanya datang perasaan malas, tiada semangat utk meneruskan apa yg kita sedang lakukan.
Ada ketikanya terasa tenang jiwa ini, tetapi ada waktunya datang pula perasaan betapa kotornya jiwa dan gundah gulananya perasaan kita.

Ini mengingatkan saya kpd hadith baginda Nabi SAW

عن أبي عثمان النهدي ، عن حنظلة الأسيدي قال ( وكان من كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم ) قال :
لقيني أبو بكر فقال: كيف أنت ؟ يا حنظلة ! قال قلت : نافق حنظلة. قال : سبحان الله ! ما تقول ؟
قال قلت : نكون عند رسول الله صلى الله عليه وسلم . يذكرنا بالنار والجنة. حتى كأنا رأي عين.
فإذا خرجنا من عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ، عافسنا الأزواج والأولاد والضيعات. فنسينا كثيرا.
قال أبو بكر: فوالله ! إنا لنلقى مثل هذا. فانطلقت أنا وأبو بكر ، حتى دخلنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم.
قلت : نافق حنظلة. يا رسول الله ! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” وما ذاك؟ ” قلت : يا رسول الله ! نكون عندك.
تذكرنا بالنار والجنة. حتى كأنا رأى عين . فإذا خرجنا من عندك ، عافسنا الأزواج والأولاد والضيعات. نسينا كثيرا.
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” والذي نفسي بيده ! إن لو تدومون على ما تكونون عندي، وفي الذكر ،
لصافحتكم الملائكة على فرشكم وفي طرقكم . ولكن، يا حنظلة ! ساعة وساعة ” ثلاث مرات .
رواه مسلم في صحيحه .

Hanzalah Al-Usaidi r.a. yg merupakan sahabat dan penulis nabi menceritakan bhw Abu Bakar berjumpanya dan bertanya “Apa khabar kamu, wahai Hanzalah?”. Aku jawab “Hanzalah jadi munafiq”. Berkata Abu Bakar, “Maha Suci Allah! Apa yg kamu cakap ni?” Aku jawab, “Kami berada bersama-sama dgn Rasulullah SAW, dia mengingatkan kami tentang neraka dan syurga sehinggakan seolah-olah aku dapat melihatnya dgn mataku sendiri. Tapi bila aku keluar dari majlis Rasulullah SAW, aku bermain-main dgn isteri dan anak-anak dan melakukan urusan lain, aku jadi lupa kebanyakannya (nasihat/pengajaran drp Rasulullah).

Lalu Abu Bakar r.a. berkata, “Demi Allah! Kita mengalami perkara yg sama.” Maka aku dan Abu Bakar pergi berjumpa dgn Rasulullah SAW. Aku berkata,” Hanzalah telah menjadi munafiq, wahai Rasulullah!” Rasulullah bertanya, “Kenapa macam tu?” Aku menjawab, “Engkau mengingatkan kami tentang neraka dan syurga sehingga seolah-olah kami dapat melihatnya dengan mata kami sendiri. Tapi bila kami keluar dari majlis bersama engkau, bergurau bermain dgn isteri dan anak-anak serta melakukan beberapa urusan lain, kami jadi lupa kebanyakannya.”

Maka jawab Rasulullah SAW, “Demi Tuhan yg nyawaku berada dalam genggaman-Nya, jika kamu semua dapat kekal dalam keadaan seperti berada disisiku dan sentiasa dalam keadaan berzikir, nescaya para malaikat akan menemanimu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tapi Hanzalah, setiap sesuatu itu, ada masanya (Rasulullah SAW mengulanginya sebanyak 3 kali).

Ini menunjukkan bahawa kita sebagai insan biasa, ada ketikanya akan lalai dan leka drpd apa yg diajarkan oleh baginda Nabi SAW. Bukanlah ganjil, malah tidak keterlaluan untuk mengakui bahawa tahap leka itu akan sampai ke peringkat menyebabkan kita akan melakukan dosa dan noda.

Namun, itulah insan yg tidak ma’sum daripada silap dan salah. Apa yg penting, setiap kali kita tergelincir daripada landasan yg benar, setiap kali itulah kita kembali kepada kebenaran.

Ini kerana, “tarik tali” antara kita dan syaitan akan tetap berterusan sehingga qiamat.

Oleh itu, sentiasalah kita perbaharui taubat dan perbanyakkan istighfar (mohon ampun kpd Allah) setiap masa.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

12 Nov 2011

Darlington, England.


Bila manusia yg baik, memilih menjadi jahat pada penghujung hidupnya.

 

Perjumpaan di rumah rakan dari Turki.

Perjumpaan di rumah rakan dari Turki.

Sedihnya bila manusia yg baik pada peringkat awalnya, tetapi kemudian memilih untuk merosakkan dirinya sendiri pada penghujung kehidupannya.
“Sesunnguhnya, segala amalan berdasarkan kesudahannya” (Hadith Bukhari)
“Janganlah kamu kagum dgn seseorang sehinggalah kamu melihat bagaimana kesudahannya. Kerana sesungguhnya, seseorang itu beramal dgn tempoh yg panjang drp umurnya atau masanya dgn amalan yg baik. Jika dia mati dlm keadaan itu, dia akan masuk syurga. Namun kemudiannya dia berubah, lalu melakukan amalan jahat. Sesungguhnya seseorang itu pula beramal dlm tempoh yg panjang drp umurnya dgn amalan jahat. Jika dia mati dlm keadaan itu, dia akan masuk neraka. Namun kemudiannya dia berubah, lalu melakukan amalan yg baik” (Hadith Imam Ahmad, isnadnya sahih).