jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

Archive for July, 2009

BACAAN FATIHAH

Beautiful Recitation of Surah Al-Fatihah by Sheikh Fahd Saalim Al-Kanderi:-

Advertisements

KATA PERBUATAN

Hidup berumahtangga adalah sesuatu yang enak, sayang sekali jika anda menghancurkannya

Hidup berumahtangga adalah sesuatu yang enak, sayang sekali jika anda menghancurkannya

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
07/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Seorang guru Bahasa Malaysia mempunyai masalah dengan isterinya lalu berkata kepada isterinya, “Kalau you tak kata sayang kat I sampai subuh esok , jatuh talaq”. Beliau berkata demikian dengan nada mengugut isterinya.

Si isteri tetap enggan mengungkap kata sayang pada suaminya sehingga hari esok. (Si isteri memang berharap agar talaq jatuh). Tetapi yang agak aneh, walaupun pada malam itu, si isteri enggan kata sayang pada suaminya, mereka tetap melakukan hubungan kelamin.

Beberapa lama kemudian, si isteri memfailkan permohonan untuk mengesahkan perceraian secara taaliq talaq (perceraian yang berlaku secara perlanggaran syarat yang dibuat suami)

Hakim bertanya kepada suami, “Benarkah kamu bertaaliq seperti itu?” Si suami jawab, “Ya”. Hakim bertanya lagi “Benarkah isteri kamu tak kata sayang pada kamu pada malam tu sehingga subuh esoknya?”

Si suami menjawab, “Yang Arif, walaupun isteri saya tak kata sayang pada saya melalui mulut beliau, tetapi Yang Arif, dalam Bahasa Malaysia “kata” mempunyai banyak “kata”. Ada kata nama, ada kata sifat dan ada kata perbuatan. Walaupun dia tak kata sayang pada saya melalui mulut, tetapi dia ada kata sayang melalui perbuatan dia yang melayan saya pada malam tu….”

Hehehe geliga otak si suami (walaupun cerita ini benar, tetapi terdapat fakta yang telah diubah untuk mengelak peribadi sebenar dikenali)

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
07/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com


BILL FOR MALAYSIAN COURTS TO ADOPT SHARIAH COUNCIL RULINGS ON ISLAMIC FINANCE CASES

SHARIAH ADVISORY COUNCIL RULINGS BIND HIGH COURT'S JUDGE

SHARIAH ADVISORY COUNCIL RULINGS BIND HIGH COURT'S JUDGE

KUALA LUMPUR, July 1 – The Dewan Rakyat (Parliament of Malaysia) today approved the Bank Negara Malaysia Bill 2009 in a relatively incident-free session unlike during the deliberation of several bills before it which saw intense debate among the members.

The two-day debate on the bill went on smoothly, with issues like credit reference companies such as Credit Tips Off Sdn Bhd, illegal money lending activities or “ah long”, Islamic finance, insurance and credit cards taking centre stage.

On credit reference companies, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Husni Hanadzlah said the government would table the Credit Reference Agency Bill in the next Dewan Rakyat sitting to tighten the monitoring of companies providing the service.

On Islamic finance, Ahmad Husni said, the Bank Negara Malaysia Bill 2009 would provide the necessary recognition to the sector.

Under the bill, he said, the decision made by the Islamic Finance Syariah Advisory Council would be binding on the court which referred to the council matters pertaining to Islamic financial system.

“We will also continue to promote the Islamic finance sector abroad,” he said when winding up the debate on the bill today.

On third party insurance for motor vehicles, Ahmad Husni said, those who bought the coverage should not be forced to buy personal insurance.

The bill, among other things, seeks to define Bank Negara’s mandate and functions in line with the current economic and financial situation.

Among the mandates spelled out in the Act are to encourage fiscal stability and spur the country’s economy. The sitting continues tomorrow. – Bernama


Malaysia court backs Islamic officials in ‘bodysnatch’ case

Agence France-Presse – 7/6/2009 4:27 AM GMT

Malaysia’s high court has ruled that a Sikh man converted to Islam before his death, over the objections of his family who are demanding the return of his body, his lawyer said Monday.

In the latest “bodysnatching” case in predominantly Muslim Malaysia, the court backed Islamic authorities who said that Mohan Singh, a 41-year-old film director who died of a heart attack last month, was a Muslim.

“The family is very disappointed with the ruling as they wanted to get his body and cremate him under Sikh rites, but it was expected and we are now rushing to appeal,” family lawyer Rajesh Kumar told AFP.

“We are hoping that the family will be allowed to appeal but the Muslim authorities now have custody of the body and they are expected to rush a Muslim burial by today, which will make the situation worse,” he said.

Kumar said that presiding high court judge Rosnaini Saub had refused to grant a stay order on the ruling, which would have allowed the body to be kept at a hospital morgue pending the appeal.

“This makes it very hard because if we win on appeal, it would be difficult to exhume the body from a Muslim graveyard as that would upset Muslims.”

Kumar said Islamic authorities claimed that Mohan, who had directed some local films, converted to Islam in 1992, although Kumar’s family say he was a practising Sikh when he died and his religion was marked on his identity card.

Conversion rows are common in Muslim-majority Malaysia, and wrangles between relatives and Islamic authorities over the remains of people whose religion is disputed have helped raise ethnic tensions.

The issue has stoked fears of the “Islamisation” of the multicultural country, which is also home to large ethnic Chinese and Indian communities.

SUMBER,
http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=3438341


SAUDI ALLOWS ISRAEL TO ATTACK IRAN?

F-16A Falcon milik Royal Netherlands Air Force model yang sama dimiliki oleh Israel Defense Force

F-16A Falcon milik Royal Netherlands Air Force model yang sama dimiliki oleh Israel Defense Force

Jangan mudah percaya berita ini tetapi menarik untuk dibaca dan banyak perkara untuk direnung.

Saudi Arabia has indicated to Israel that it would not protest use of its airspace by Israeli fighter jets in the event the government resolves to launch a military assault against Iran, according to a report which appeared in the British newspaper The Sunday Times.

The Prime Minister’s office issued a statement in response Sunday morning, saying that “the Sunday Times report is fundamentally false and completely baseless.”

According to The Sunday Times, Mossad chief Meir Dagan held secret meetings with Saudi officials, who gave their tacit approval to Israel’s use of the kingdom’s airspace.
Advertisement

“The Saudis have tacitly agreed to the Israeli air force flying through their airspace on a mission which is supposed to be in the common interests of both Israel and Saudi Arabia,” The Sunday Times quoted a diplomatic source as saying last week.

The report also quoted John Bolton, the former U.S. ambassador to the United Nations, as saying that it would be “entirely logical” for Israeli warplanes to fly over Saudi Arabia en route to bombing nuclear targets in Iran.

Though any Israeli attack would be roundly condemned by Mideast leaders at the UN, Bolton said Arab leaders have privately expressed trepidation at the prospect of a nuclear-armed Iran.

“None of them would say anything about it publicly but they would certainly acquiesce in an overflight if the Israelis didn’t trumpet it as a big success,” Bolton told The Sunday Times.

Sumber berita,
http://www.haaretz.com/hasen/spages/1097882.html


LUPA & LET BYGONE BE BYGONE

Melancong dan bermain ski di Harrachov boleh melegakan tekanan dan membantu melupakan masalah

Melancong dan bermain ski di Harrachov boleh melegakan tekanan dan membantu melupakan masalah

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
05/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Tidak sedikit berita yang tersiar sebelum dan selepas kematian Jacko berkenaan dengan pelbagai ubat yang diambil oleh beliau untuk menghilangkan kesakitan, mendapat ketenangan atau mengawal tekanan. Kita juga mengalaminya, bebanan kerja (work load), tarikh akhir (due date), masalah dengan orang awam (client / customer), perkara-perkara peribadi, rumahtangga, kewangan dan sebagainya.

Sudah tentu kita tak boleh melarikan diri dari masalah tersebut. Kita terpaksa berhadapan dengannya. Masalahnya, kita telah cuba selesaikannya, namun masih gagal. Apa yang sepatutnya kita lakukan?

Saya teringat tulisan seorang ulama terkenal di bidang tasawwuf (Imam Ghazali, jika saya tidak silap). Beliau menyatakan sifat lupa ada yang mazmumah (tercela) dan juga ada yang mahmudah (terpuji). Sebagaimana sifat marah juga terbahagi kepada dua kategori tersebut. “Marah” menjadi terpuji apabila kita marah kepada maksiat. Tetapi “marah” juga menjadi tercela apabila kita marah-marah tanpa sebab.

“Lupa” adalah tercela jika ia melibatkan lupa buat kerja, lupa hafalan Quran, lupa maklumat dan sebagainya. Tetapi, “lupa” adalah terpuji jika kita dapat melupakan perkara keduniaan ketika kita solat. Solat mengajar kita untuk memperkuatkan “lupa” kepada perkara yang tidak perlu, mempertingkatkan konsentrasi dan menajamkan focus serta kekebalan perasaan daripada ingatan yang tidak perlu.

Sepatutnya, dalam hidup yang penuh dengan pelbagai ujian ini, kita mempunyai kekuatan untuk lupa perkara yang sering mengganggu benak pemikiran kita. Apabila berada di rumah, lupakanlah segala kerja di pejabat. Jika berada di pejabat, lupakanlah segala pertengkaran dengan suami atau isteri sekejap tadi di rumah.

Segala kesilapan lampau yang sudah berlalu, usah dikenang-kenang. Lupakannya sebaik mungkin, lemparkan sejarah hitam lampau sejauh-jauhnya daripada kita. Kita adalah manusia, yang pasti ada dosa, noda, kesilapan dan kekurangan. Kita hanyalah mentimun. Melanggar pun sakit, dilanggar pun sakit.

Setiap perkara yang dijadikan Allah SWT tidak sia-sia termasuk sifat lupa. Perbetulkan penggunaan “lupa” yang dicipta oleh Allah SWT untuk manfaat para hamba-Nya. Tanpa lupa, kita sukar untuk bertahan di dunia ini. Tanpa lupa, kita akan sentiasa terkenang kekasih lama, tanpa lupa, kita akan terbayang-bayang celoteh anak kecil kita yang telah terkorban akibat kecuaian kita, tanpa lupa, kita akan berdendam dengan ayah ibu yang pernah memukul kita dengan melampau pada zaman kita kecil, tanpa lupa, kita akan bermusuhan dengan rakan yang pernah melakukan kesilapan terhadap kita, tanpa lupa, kita akan dihantui oleh noda dan dosa dahsyat yang pernah kita lakukan.

Apakah masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan dengan membunuh diri? Sanggup membunuh diri kerana kecewa dengan sikap suami, isteri atau orang tersayang? Jika kita tidak mampu berhadapan dengan sikap pasangan kita, apakah kita mampu berhadapan dengan malaikat Allah selepas kita membunuh diri? Kalau kita tidak kuat untuk hidup di dunia, maka apakah kita kuat untuk melalui kehidupan di alam barzakh?

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, ayuh, gerakkan langkahmu, jangan dikenang perkara lalu, lupakan segala perkara yang mengganggumu, hidup mesti diteruskan. Let bygone be bygone.

LOS ANGELES – Questions about Michael Jackson’s use of prescription drugs are intensifying after a powerful sedative was found inside his home.

The drug Diprivan, an anesthetic widely used in operating rooms to induce unconsciousness, was found in Jackson’s residence, a law enforcement official said Friday. Also known as Propofol, it’s given intravenously and is very unusual to have in a private home.

The official spoke on condition of anonymity because the person was not authorized to comment about the matter.

A Los Angeles Police spokesman, Lt. John Romero, declined to discuss the case. “It’s an ongoing investigation,” he said.

The cause of Jackson’s death has not been determined. Autopsy results are not expected for several weeks.

MORE NEWS HERE,
http://news.yahoo.com/s/ap/20090704/ap_on_en_mu/us_michael_jackson

Sekian.

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
05/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com


MICHAEL JACKSON & HUSNUL KHATIMAH

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
01/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Apabila Michael Jackson meninggal dunia, pelbagai reaksi dapat kita lihat di seluruh dunia. Aneka ragam ditunjukkan oleh manusia bagi menyatakan kekaguman mereka terhadap Michael. Apatah lagi dengan berita kontroversi Islamnya Michael, maka ramai yang bertanya tentang proses pengkebumiannya. Bapanya menyatakan bahawa pengkebumian Michael hanya akan dibuat selepas keluarnya keputusan “post-mortem” kedua.

2. Michael yang sebelum itu beragama Kristian bermazhab Jehovah’s Witnesses menyatakan tentang perasaannya yang tidak tenang walaupun dia adalah penghibur terkemuka dunia tetapi dirinya sendiri tidak terhibur. Saksi Jehovah adalah satu kumpulan dalam agama Kristian yang mempunyai pro dan kontra. Bagusnya kumpulan ini ialah mereka mengkufuri Triniti (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus). Bagi mereka, Tuhan hanya satu bukan tiga. Kepercayaan ini adalah selari dengan kandungan asal Kitab Injil. Tetapi yang tidak baiknya kumpulan ini ialah mereka membuat ramalan tentang hari Qiamat, iaitu pada 1914, 1925 dan 1965 yang mana terbukti kesemuanya adalah karut.

3. Tetapi bagi saya, ini semua mengingatkan kita kepada proses kematian itu sendiri.

4. Ia berlaku kepada semua manusia. Manusia yang jahat seperti Firaun, Qarun, Abu Lahab dan Abu Jahal, semuanya telah mati. Sebaik-baik manusia seperti Rasulullah SAW dan para Anbiya yang lain juga telah wafat. Semua kita tanpa kecuali akan berhadapan dengan saat ruh bakal direntap oleh malaikat maut.

5. Umar Al-Khattab yang sangat jahat pada zaman kafirnya, malah pedangnya pernah terhunus untuk membunuh Nabi SAW tetapi wafat dalam husnul khatimah. Malah beliau menjadi Khalifah Islam Kedua. Khalid Al-Walid yang pernah mengepalai tentera Musyrik Makkah menentang Nabi SAW dalam Perang Uhud, malah menjadi penyebab kekalahan kepada tentera Islam, tetapi kemudiannya mati dalam keadaan beriman kepada Allah. Bukan sedikit peperangan yang diterajuinya setelah menjadi hamba Allah yang beriman.

6. Imam Muslim meriwayatkan bagaimana Amru bin Al-As menangis dengan tangisan yang panjang ketika hampir saat kematiaannya. Lantaran ketakutannya kepada api neraka. Kenapa? Kerana pada zaman belum Islamnya, beliau sangat memusuhi Nabi SAW sehinggakan tiada manusia yang paling ingin dibunuhinya melainkan Rasulullah SAW. Hindun binti Utbah yang pernah cuba menelan hati Saidina Hamzah yang telah syahid tetapi kemudiannya memeluk Islam, sanggup menerima segala syarat daripada Nabi SAW termasuk tidak akan mensyirikkan Allah SWT dan mati sebagai salah seorang sahabiyah mengikut pandangan para ulama termasuk Ibnu Abd Barr.

7. Maka, soalannya ialah, pernahkah kita jahat seperti mereka? Pernahkah kita ingin membunuh Nabi SAW? Pernahkah kita berperang menentang Nabi SAW? Pernahkah kita menjadikan Nabi SAW sebagai orang yang paling kita benci? Jawabnya, tidak pernah! Kita tidak pernah melakukan kejahatan seperti yang pernah mereka lakukan. Tetapi isunya ialah, kenapakah mereka lebih mulia daripada kita?

8. Kerana “Islamnya” kita tidak sehebat dan setinggi “Islamnya” mereka. Oleh itu, bagi sesiapa yang pernah bergelumang dengan dosa, walau sebanyak mana dosa yang anda pernah lakukan, pesan saya, jangan mengalah, perhatikan nama-nama besar yang telah saya sebutkan tadi, lihat dosa-dosa mereka, kemudian lihat cara kematian mereka.

9. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah. Dan janganlah Engkau mematikan kami dalam su’ul khatimah.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
01/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com