jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

Archive for January, 2012

Zaman Remaja Yang Baik

 

Gereja di Bowburn

Gereja di Bowburn, England - tempat saya dan kawan2 Malaysia anjurkan program agama dan keluarga.

 

1. Bila saya membaca kata2 hikmah Imam Al-Shafie;
ومن طلب العلا سهر الليالى
(Sesiapa yg mencari ketinggian/kemuliaan, maka hendaklah dia berjaga malam)

2. Ingatan saya terus terbang ke alam persekolahan menengah saya di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu (1984-1988). Waktu itu, sangat manis mengenang pergaulan saya dgn kawan2. Di kala remaja, kita sudah tidur sama2 di surau asrama sekolah selepas usrah ringkas, bangun di tengah malam, solat, sujud, berdoa kpd Allah, belajar hingga larut malam / di awal pagi ketika ramai pelajar yg lain dibungkus dgn kain selimut. Disiplin yg tinggi seperti ini di kala kita masih remaja sangat mengkagumkan.

3. Hadith Nabi SAW menyebut; Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada remaja yang tidak mengalami keruntuhan akhlak pada dirinya (Riwayat Ahmad)

4. Nabi SAW juga bersabda “Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan muda, sesungguhnya hati mereka sangat lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” (Riwayat Bukhari).

5. Moga kita semua istiqamah (kekal berterusan) dgn amalan yg masih sedikit ini.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

29 Januari 2012

Darlington, England.

Advertisements

PUJIAN ADALAH KURNIA UTK HAMBA YG SOLEH

LUMIERE DURHAM 2011

LUMIERE DURHAM 2011 - Saya melompat girang kerana dipuji 🙂

1. Sebentar tadi, saya berkhutbah di Masjid Universiti Durham. Sepanjang 2 tahun 4 bulan saya di UK, ini adalah kali ke 4-5 saya berkhutbah di masjid trsbt. Walaupun jarak rumah dan masjid kira2 40 minit dgn menaiki kereta tetapi kerana minat yg mendalam, saya sentiasa bersemangat utk memenuhi jemputan sebegini. Isi khutbah berkisar tentang persaudaraan sebagai ajaran asas/utama dalam Islam. Jika bergaduh pun, sepatutnya kita hanya bergaduh seperti “abang dan adik”, air dicincang takkan putus.

2. Selesai solat Jumaat, datang seorang “Pak Arab” memuji khutbah saya yg menyentuh ttg punca perbalahan umat Islam ialah antaranya perbezaan kefahaman dan interpretasi terhadap sesuatu dalil dari Al-Quran dan hadith. Setiap kali saya berkhutbah / ceramah, akan ada yg datang memuji. Mereka akan memuji suara saya yg lantang, isi khutbah/ceramah atau bacaan Al-Quran saya. Saya tidak tahu sama ada mereka memuji saya dgn jujur atau tidak, tapi yg pentingnya saya akan tersenyum lebar kerana dipuji.

3. Hari ini, saya balik ke rumah dan membelek Jami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam oleh Ibn Rajab Al-Hanbali, tajuknya, mendapat pujian dalam amalan yg dilakukan secara ikhlas. Jika kita melakukan amalan dgn ikhlas krn Allah kemudian kita mendapat pujian, dan kita gembira dgn kurnia dan rahmat Allah trsbt, maka pujian itu tidak akan memudaratkan niat kita yg ikhlas.

4. Imam Muslim meriwayatkan hadith Abu Zarr bhw Nabi SAW telah ditanya tentang seorang lelaki yg telah dipuji kerana melakukan amalan baik. Baginda menjawab “Itulah berita gembira yg segera utk org mukmin”.

5. Manakala Al-Termizi dan Ibn Majah meriwayatkan hadith Abu Hurairah bhw seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah! Seorang lelaki melakukan amalan, lalu dia merahsiakannya. Apabila perkara itu diketahui oleh org lain, dia berasa bangga”. Nabi SAW menjawab,”Dia mendapat 2 pahala, iaitu pahala rahsia/tersembunyi dan pahala nyata”. Hadith ini disahihkan oleh Ibn Hibban.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

20 Januari 2012

Darlington, England.


UMUR AISYAH KETIKA BERKAHWIN DGN NABI SAW

Gadis atau kanak2?

Kak Chik di tengah2 antara Iffah & Nabhan. Dia berusia 6 tahun waktu ini. Dia sudah gadis atau masih kanak2?

Saya baru membaca satu kajian oleh Al-‘Allamah Habibur Rahman Al-Kandahlawi yg dihantar oleh sahabat lama saya dari Oman. Asalnya ia ditulis dlm Bahasa Urdu tetapi telah diterjemah kpd bahasa Inggeris dan Melayu.

Isunya :-

1. Apakah benar usia Ummul Mukminin Aisyah r.a. adalah 6 tahun ketika berkahwin dgn Nabi SAW dan berusia 9 tahun ketika tinggal bersama baginda.

2. Apakah benar Khadijah r.a. berusia 40 tahun ketika berkahwin dgn Nabi SAW.

3. Apakah benar Fatimah r.a. berusia 9 tahun ketika berkahwin dgn Saidina Ali r.a.
Jawapannya:-

1. Aisyah r.a. berumur 16 tahun ketika berkahwin dgn Nabi SAW dan berusia 19 tahun ketika mula tinggal bersama baginda.

2. Khadijah r.a. berumur 25 tahun ketika berkahwin dgn Nabi SAW.

3. Fatimah r.a. berumur 19 tahun ketika bernikah dgn Saidina Ali r.a.

Ringkasan hujah bagi umur Aisyah:-

1. Bertentangan dgn fitrah manusia.

2. Bertentangan dgn aqal yg waras.

3. Tiada contoh / tidak menjadi amalan di negeri Arab / negeri-negeri panas.

4. Riwayat ini bukanlah hadith Nabi yg sahih. Ia adalah kata2 Aisyah atau Urwah (Tabi’in). Riwayat ini lebih cenderung sbg cerita sejarah.

5. Riwayat ini dibawa oleh Hisham (anak Urwah) selepas fikirannya bercelaru.

6. Hanya perawi Iraq yg merekodkan riwayat ini.

7. Aisyah r.a. mengatakan beliau masih kanak2 yg bermain ke sana ke mari ketika turun ayat 46, Surah Al-Qamar pada tahun ke-4 kenabian. Sedangkan riwayat Hisham mengatakan Aisyah lahir pada tahun ke-5 kenabian.

8. Aisyah mampu mengingati dgn jelas peristiwa hijrah Abu Bakar ke Habshah.

9. Aisyah mengelap luka dan hingus Usamah bin Zaid yg dikatakan sebaya dgnnya.

10. Aisyah turut serta dalam peperangan Badar.

11. Aisyah turut serta dalam peperangan Uhud sedangkan kanak2 lelaki berusia 14 tahun tidak dibenarkan berperang.

12. Aisyah lebih muda 10 tahun berbanding Asma (kakaknya). Sedangkan ketika Hijrah, Asma berusia di antara 27 atau 28 tahun.

13. Imam Al-Tabari berpendapat Aisyah lahir di zaman Jahiliyyah.

14. Aisyah termasuk di kalangan golongan yg awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam lama lebih awal drp Umar Al-Khattab.

15. Abu Bakar berniat mengahwinkan Aisyah sebelum hijrah ke Habsyah.

16. Aisyah digelar sbg gadis (bikr) dan bukan kanak2 semasa dicadangkan utk bernikah dgn Nabi SAW.

17. Nabi SAW tidak tinggal bersama Aisyah bukan kerana isu umurnya terlalu muda tetapi kerana masalah mendapatkan mahar.

18. Persetujuan gadis utk berkahwin adalah diperlukan apabila gadis tersebut cukup umur (baligh).

19. Kebolehan luarbiasa Aisyah mengingati syair yg biasa disebut di zaman jahiliyyah.

20. Kemahiran beliau dalam ilmu sastera, salasilah dan sejarah sebelum Islam.

21. Keinginan mendapatkan anak dan naluri keibuan yg ada pada Aisyah.

22. Beliau menjadi ibu angkat kpd Bashar yg berusia 7 tahun selepas perang Uhud. Adalah janggal jika Aisyah yg didakwa ketika itu berusia 10 tahun tiba2 menjadi ibu angkat kpd Bashar yg berusia 7 tahun.

23. Tidak menjadi amalan di Tanah Arab dan masyarakat bertamaddun berkaitan pernikahan kanak2 perempuan bawah umur.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

ustjai.wordpress.com

06/01/2012

Darlington, England.