jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

Archive for November, 2009

DOSA, TAUBAT & SADDAM

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

www.ustjai.wordpress.com

23/11/2009

Sepatutnya kita mengajar masyarakat tentang sifat Allah yang Maha Menerima Taubat. Tiada dosa yang tidak diampunkan Allah jika kita benar-benar bertaubat kepadanya.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya tentang seorang sahabat yang bernama Abdullah tetapi mendapat gelaran himar. Dia banyak menggembirakan Nabi SAW. Tetapi dia mempunyai sifat yang tidak baik iaitu minum arak. Pada suatu ketika, dia dibawa ke hadapan Nabi SAW untuk disebat lantaran kesalahan minum arak. Para sahabat yang lain mengutuk beliau ketika mana dia disebat. Lalu baginda menegah perbuatan mencerca Abdullah itu dengan mengatakan bahawa hati Abdullah sangat kasih kepada Allah dan Rasul.

Ramai orang soleh yang melakukan dosa, atau juga orang kebanyakan yang sangat jahat dalam kehidupannya, tetapi di penghujung kehidupannya, dia mencari Allah SWT. Kewajipan kita ialah sentiasa berbaik sangka dan berdoa agar orang yang derhaka itu diampunkan dosanya oleh Allah SWT, apatah lagi jika terdapat tanda-tanda taubatnya.

Mari kita lihat pandangan Shaikh Yusuf Al-Qaradawi tentang Saddam Hussein yang sangat zalim itu tetapi terdapat tanda-tanda taubat di penghujung kehidupannya. Semoga kita berkasih sayang sesama manusia dan menghindari persengketaan.

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

www.ustjai.wordpress.com

23/11/2009

Advertisements

DR ASRI, JAIS & UNDANG-UNDANG KABUR

Dunia

Banyak ketikanya, kerana dunia, manusia berbalah

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

19 Nov 2009

Dr Asri telah dituduh mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Disertakan undang-undang tersebut seperti berikut:-

Seksyen 119. Kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi—

    (a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini; atau(b) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Jika diperhatikan kepada undang-undang ini, kita akan dapati terdapat persoalan (kekaburan) yang perlu diteliti.

Pengecualian hanya diberi kepada 2 keadaan, pertama, budibicara mutlak majlis agama, dan kedua, pengajaran agama kepada ahli keluarga.

Dalam banyak keadaan, pada pandangan saya, undang-undang perlulah jelas dan tidak kabur agar tiada pihak yang teraniaya dan kedaulatan undang-undang terpelihara.

Maksud saya, berdasarkan undang-undang ini, semua orang yang mengajar agama adalah salah kecuali tertakluk dalam dua pengecualian tersebut. Ini bermakna, jika saya mengajar tentang Islam kepada kawan saya di rumah saya, ia akan termasuk ke dalam kesalahan jenayah. Mungkin juga, saya boleh ditangkap jika mengajar anak saya tentang cara solat atau berwuduk jika saya dan anak saya itu berada di R&R (kerana itu bukan kediaman saya!). Banyak lagi kemungkinan lain yang boleh disebut di sini yang akan menyebabkan masyarakat umum akan berada dalam kegelisahan kerana kekaburan yang ada pada undang-undang.

Masyarakat berhak mengetahui secara jelas apa sebenarnya yang dikehendaki oleh kerajaan atau pihak berkuasa agama tentang sesuatu peraturan yang mengikat mereka.

Jika pihak berkuasa agama gagal memberikan panduan (atau undang-undang) yang jelas, maka ia mungkin akan menjadi perangkap undang-undang yang berbahaya kepada rakyat jelata lantaran tiada pengetahuan yang jelas terhadap standard sebenar undang-undang.

Pengalaman saya “berperang” di mahkamah sivil dan syariah selama 12 tahun menunjukkan, bukan setakat orang awam, malah ada pihak pendakwa syarie sendiri tidak tahu membezakan antara khalwat dan berkelakuan sumbang. Jika pegawai yang menangkap atau pegawai penyiasat dalam kes “mengajar agama tanpa tauliah” boleh memberi keterangan di mahkamah bahawa wajib seorang bapa mempunyai tauliah untuk mengajar anaknya di rumah sendiri, atau sebagaimana pegawai polis menjadi saksi di mahkamah mengatakan bahawa apabila 3 orang berkumpul walaupun ianya terdiri daripada ayah, ibu dan anak, perlu kepada permit polis, maka apa lagi orang awam yang tidak mengerti apa-apa. Jika golongan yang sepatutnya terlatih, tetapi tidak faham perkara asas, bagaimana mungkin kita dapat mengharapkan rakyat jelata tidak teraniaya.

Justeru itu, mungkin, menjadi sebab kenapa mahkamah A memberi keputusan yang berbeza berbanding mahkamah B, sedangkan fakta kes dan undang-undang semuanya sama.

Adakah kita ingin menyalahkan masyarakat yang tidak menghormati kita sedangkan kita yang menggubal undang-undang yang tersangat kabur malah kadangkala sangat membingungkan.

Ruh (semangat) undang-undang perlulah sesuai dan menyokong bukan sahaja Perlembagaan Negara (seperti kebebasan bersuara, beragama dan mendapat pendidikan), malah lebih penting dari itu selari dengan penyebaran Islam yang mana Islam adalah agama negara.

Nasihat terakhir saya ialah, janganlah kita termasuk dalam perangkap, kita merasakan apa yang kita lakukan ini betul kerana arahan atau sokongan pihak tertentu, tetapi sebenarnya, arahan atau sokongan tersebut itulah yang kemudiannya membawa rebah.

Untuk bacaan tambahan, sila rujuk,

Joseph Burstyn, Inc. v. Wilson, 343 U.S. 495, 72 S. Ct. 777, 96 L. Ed. 1098 [1952]

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

19 Nov 2009



TATAPAN KELUARGA TERSAYANG & SAHABAT YG DIRINDUI

Inilah foto rumah kami untuk tatapan keluarga tersayang dan rakan2 yang dirindui di tanahair. Rumah kami adalah teres 2 tingkat, 3 bilik tidur, 3 stor (termasuk stor di atas loteng yg cantik), 1 ruang tamu, 1 ruang makan/keluarga, 1 dapur dan 1 toilet.
I

RUMAH KAMI

“Baby” di hadapan rumah kami. Sebagaimana biasa, dia ni nakal skit, orang sejuk, tapi dia selamba je.

RUMAH KAMI

BAHAGIAN HADAPAN

Inilah rupa dan bentuk bahagian depan rumah kami (teres 2 tingkat). Berdasarkan sejarah Bowburn, rumah ini dibina pada tahun 1906, manakala rumah2 lain di Steveanson Street, Clarence dan sbgnya dibina 3-4 tahun selepas itu. Anak-anak tanya, Ayah, rumah ni takde hantu ka? Lama sangat umurnya.

Belakang Rumah

Belakang Rumah

Belakang rumah. Pintu dapur menjadi pintu utama. Sebab risaukan keselamatan si kecil. Ayah je yang boleh keluar masuk pintu depan.

RUANG TAMU

RUANG TAMU

Ruang tamu. Anak2 ni tak pernah jumpa arang. Macam rusa masuk kampung hehe

BILIK KAKAK & BABY

BILIK KAKAK & BABY

Bilik anak dara sunti, Alhamdulillah, selesa untuk mereka berdua.

BILIK AAN, THE HERO

BILIK AAN, THE HERO

Bilik Aan ni untung sebab dekat dgn boiler (belakang budak dua orang tu). Tak perlu heater. Cukup dgn haba yg dijana oleh boiler tu untuk memanaskan bilik ni.

Bilik Aan

Bilik Aan

Ucai tumpang posing atas katil Abg Aan. Abang Aan tak marahkan?

Ruang makan

Ruang makan

Ruang tengah / meja makan. Tu, Baby bawa bear besar tu, muat ke kerusi?

Dapur

Dapur

Dapur. Ni lah tempat Umi sediakan makanan untuk kami sekeluarga. Di sini juga tempat kami dapatkan haba untuk panaskan badan sewaktu Umi masak. Maaf Umi, kami ambik gambar ni tanpa kebenaran Umi.

Sewa rumah ni GBP420 sebulan termasuk air (gulp). Setakat ni elektrik dan gas kami bayar pakai top-up (prepayment) hehe. Purata letrik GBP30 sebulan dan gas pula GBP60 sebulan. Fuuhh.. dahsyat. (lawyer tak boleh ngaku takde duit haha).

Toilet

Toilet

Laaa.. toilet pun tunjuk?? Ya, terpaksa tunjuk sbb nak ingatkan saudara saudari yg mai rumah kami supaya jangan seronok seronok basuh kaki. Nak basuh kaki sila masuk dalam bath tub, sbb kat sini takde lubang alirkan air tu keluar.


RASUAH “ISLAMIK”

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

18 Nov 2009

 

1. Apabila saya mendapat tahu bahawa TG MB Kelantan membatalkan hasratnya ke Makkah yang ditaja oleh pihak tertentu, saya antara orang yang gembira dengan keputusan tersebut. Saya tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu niat sebenar pihak yang menaja tersebut tetapi saya suka berkongsi pengalaman yang pernah dilalui di Malaysia.

2. Saya suka menamakan isu ini sebagai rasuah “Islamik”

3. Perkara ini tidaklah pelik di kalangan orang yang terlibat dalam bidang marketing. Kita “terpaksa” memberi, untuk membolehkan kita menerima. Di dunia ini, itulah kelazimannya. Seorang peguam yang hebat di mata masyarakat, tetapi ada ketikanya adalah berwajah “sardin” dan muka papan sekeping kerana mengemis kes-kes diberikan kepadanya.

4. Saya pernah pada suatu ketika, pergi berjumpa dengan seorang pengurus cawangan bank dengan niat supaya firma guaman saya akan mendapat sokongan dalam bentuk pemberian kes-kes perbankan. Pengurus tersebut tanpa segan silu mencadangkan agar saya sebagai peguam/pemilik firma tidak perlu terlibat secara langsung dalam kerja marketing, memadai untuk saya menggaji kakitangan perempuan berbangsa cina yang cantik untuk membuat kerja marketing bagi pihak saya.

5. Begitu juga, apabila saya cuba berbaik-baik dengan pegawai penguatkuasa undang-undang, dengan tidak semena-mena, dipanggilnya dua orang kawannya (perempuan seksi) untuk duduk bersama kami sambil menyatakan bahawa aktiviti malamnya adalah “massage”. Saya syak, dia cuba menguji saya.

6. Seorang ibu ayam, pernah menawarkan “ayam” uzbeknya kepada saya. Lalu saya menolak, tetapi dia cuba memujuk saya dengan mengatakan bahawa bahawa pak haji lain pun mengambil “ayamnya”.

7. Apa yang saya maksudkan dengan rasuah “Islamik” ialah apabila pihak berkepentingan yang ingin melakukan kerja marketing seumpama itu melihat “targetnya” adalah pak haji, tok lebai atau orang berkopiah yang mungkin tak dapat dikalahkan atau ditawan dengan wang atau perempuan. Maka sudah menjadi kelaziman, umpan yang ditawarkan adalah pakej umrah, haji atau lawatan ke tempat bersejarah Islam. Maka si yang diumpan merasakan itu bukan rasuah kerana pergi haji atau umrah adalah amalan kebajikan.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

18 Nov 2009