jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

SECOND CHILD SYNDROME

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

18/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

 

1. Adakah kita pernah memerhatikan anak-anak kita secara serius? Adakah pernah kita membandingkan anak-anak kita? Pernah tak kita dapati bahawa mereka berbeza di antara satu sama lain? Anak-anak yang lain cergas dan bijak, tetapi seorang anak kita ini “sedikit berbeza”. Mungkin anak-anak kita yang lain pada usia tertentu, sudah pandai bercakap, mengira dan lain-lain, tetapi anak kita yang seorang agak perlahan atau terlalu perlahan.

 

2. “Psychiatrist” barat menamakan hal keadaan ini sebagai Sindrom Anak Kedua (Second Child Syndrome) atau Sindrom Anak Tengah (Middle Child Syndrome). Kenapa dinamakan Sindrom Anak Kedua? Kenapa ia kerap berlaku kepada anak kedua? Saya permudahkan untuk kita senang memahaminya.

 

3. Biasanya, apabila kita dianugerahkan Allah SWT anak pertama, kita menjadi sangat gembira. Ya! Sangat gembira kerana dia adalah anak pertama. Kita menjadi tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa parasnya, cantik ke tidak, “mengikut” rupa kita atau isteri dan sebagainya. Apabila dia lahir ke dunia, kita juga menjadi tidak sabar untuk mengambil gambarnya, membeli pakaian dan permainannya, tidak sabar menunggu dia memanggil kita “ayah” atau “ibu” dan lain-lain.

 

 

 

 

Penyejuk Mata Ayah & Ibu

Penyejuk Mata Ayah & Ibu

 

 

 

 

4. Dalam keadaan gembira tersebut, mungkin ketika anak itu baru berusia dua atau tiga bulan, tiba-tiba suatu pagi, isteri kita memanggil kita dengan suara yang agak cemas. Kenapa? Sebabnya, dia membuat sendiri “pregnancy test” dan mendapati “positif”. Kenapa cemas? Sebab kita mungkin tidak merancang atau bersedia untuk anak kedua. Kita mungkin lantaran usia masih muda ketika itu 24 atau 25 tahun, banyak perkara kita mentah. Lalu berita mengandungnya isteri kita itu tidak disambut dengan ceria, malah mungkin kita terlintas di hati untuk menggugurkannya!

 

5. Sepanjang kandungan anak kedua, anak itu tidak dialu-alukan oleh si ibu dan si ayah. Si ibu tertekan sepanjang tempoh tersebut. Lebih malang jika si ayah juga mengenakan tekanan kepada si ibu justeru masalah-masalah berkaitan atau tidak. Maka lahirlah si anak itu dalam keadaan dia dibenci atau (lebih manis) tidak disukai oleh si ibu dan si ayah. Dia dibesarkan dalam keadaan “terpaksa”. Maka berlakulah “second child syndrome” tersebut.

 

6. Ini juga dipersetujui oleh psychiatrist barat. Sebagai contoh:-

Alfred Adler, an Austrian psychiatrist who lived around the same time as Sigmund Freud, was one of the first theorists to suggest that birth order may influence personality. He suggested that birth order leaves a life-long impression on one’s style of life, the way s/he deals with friendship, love, and work. Other things that influence a person are parental attitude, illnesses, disabilities, gender, and the social, economic and religious situation of the family”.

Untuk membaca sepenuhnya, klik dibawah;

http://www.surfnetparents.com/second_child_syndrome_birth_order_and_personality-4571.html

 

6. Di sebabkan sikap ibubapanya, anak tersebut mengalami pelbagai masalah sewaktu pembesarannya. Sedarkah kita, bahawa masalah anak itu sememangnya berpunca daripada kita? Insafkah kita akan kebenaran hadith Nabi SAW bahawa ibubapalah yang bertanggung jawab menjadikan anaknya itu yahudi, nasrani dan majusi? Sedarkah kita sememangnya anak itu putih bersih, sebaliknya kita yang menghitamkannya? Artikel Dr Amran Kasimin baru-baru ini mungkin menarik untuk dibaca. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

 

 

SEKIAN

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

18/04/09

www.ustjai.wordpress.com

 

4 responses

  1. zack

    Thanks for the article Ustad, really help.
    aku da foward to my wife.

    21/04/2009 at 2:54 am

  2. assalamualaikum…terima kasih ustaz.saya follow ustaz and saya link topic ini dalam entry saya..terima kasih ustaz.

    06/10/2009 at 5:04 pm

    • ustjai

      tkasih kerana sudi

      09/10/2009 at 10:19 pm

  3. Linda

    Assalam ustaz…anak kedua saya mungkin mengalami simdron ini,saya sedar tentang kesilapan saya sewaktu mengandungkan dia …saya cepat naik angin,saya dapati dia lambat pick up. Dan cepat baran..Alhamdulillah dengan izinNya saya tidak terlambat berkat usaha dan doa padaNya dia dah boleh membaca diusia 6 tahun…mungkin saya letak harapan yg tinggi padanya kerna anak no 1 sangat jauh beza….dia sangat independent….berani…cuma satu saya lihat dia tak boleh duduk diam…ade saje yg nak di buatnyer….kalu saya bagi satu tugasan untuk dia…dia boleh lakukan…tapi penatlah kite asyik nak kawal pergerakan dia….apepun dialah anak yg paling sayang sayang…..kerna ‘kerugian’ saya sewaktu mengandungkan dia….

    14/07/2012 at 10:42 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s