jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

S.51(1) UNFAIR TOWARDS CONVERTS

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

26/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

Saya amat percaya, terdapat pihak tertentu yang sedang berusaha untuk memburuk-burukkan golongan “muallaf”. Kita akan dapati, malah, telah dan sedang mendapati bagaimana golongan yang baru memeluk Islam ini bukan sahaja tidak diberi bantuan yang selayaknya, tidak diberi simpati atau sokongan, lebih dahsyat daripada itu mereka dituduh sebagai golongan yang ingin lari daripada tanggungjawab, jahat malah dipandang sebagai penjenayah!

 

Kita sepatutnya mengambil sikap terbuka dan berbaik sangka terlebih dahulu dengan golongan seperti ini. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam salah satu fatwa beliau telah menyebut bagaimana Nabi SAW tidak menunggu waktu solat atau bulan Ramadhan untuk melihat sama ada golongan “muallaf” yang memeluk Islam di hadapan baginda akan beramal dengan Islam atau tidak. Sesiapa yang ingin memeluk Islam, maka pintu agama ini dibuka seluas-luas yang mungkin tanpa disusuli soal selidik yang pelik-pelik atau menyusahkan.

 

 

Dengan memeluk Islam, anda menjadi bersih seperti bayi yang baru lahir

Dengan memeluk Islam, anda menjadi bersih seperti bayi yang baru lahir

 

 

 Berbeza dengan keadaan kita di Malaysia. Undang-undang Sivil menjadi suatu undang-undang yang melindungi warga bukan Islam tetapi menjadi tidak adil kepada warga “muallaf”. Undang-undang yang saya maksudkan ialah Seksyen 51 (1) Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 atau dalam bahasa Inggerisnya “Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976”.

 

Seksyen 51 tersebut dengan tajuk “Dissolution on ground of conversion to Islam” memperuntukkan antara lain:-

(1) where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.

 

Hakim Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi dan terakhir) Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman yang mengetuai panel hakim seramai tiga orang tersebut bersama-sama dengan Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Azmel Ma’amor, di dalam kes Subashini lwn Saravanan telah membuat keputusan bahawa perintah pembubaran perkahwinan sivil yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dengan sebab pemelukan Islam oleh si suami tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang di Mahkamah Tinggi Sivil melainkan setakat menjadi keterangan fakta bahawa pernikahan tersebut dibubarkan berdasarkan Undang-undang Islam.

 

Oleh itu, pernikahan mereka sewaktu mereka berdua masih lagi Hindu, masih lagi kekal wujud sehinggalah Mahkamah Tinggi Sivil membubarkannya melalui petisyen perceraian yang boleh difailkan oleh pasangan yang tidak memeluk Islam, berdasarkan Seksyen 51 (1) Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian), 1976.

 

Berdasarkan keputusan itu juga, Mahkamah memutuskan bahawa pernikahan tersebut tidak akan dibubarkan secara automatik jika salah seorang pasangan memeluk Islam.

 

Isu utama di sini ialah, Seksyen 51 (1) tersebut hanya memberi hak kepada pasangan yang tidak memeluk Islam untuk membubarkan pernikahan sivil tetapi tidak memberi hak yang sama kepada pasangan yang memeluk Islam untuk berbuat demikian. Sudah tentu ini tidak adil apatah lagi jika sekiranya pasangan yang tidak memeluk Islam dengan sengaja tidak memfailkan petisyen perceraian maka ini akan menyebabkan pernikahan tersebut masih wujud selagi mereka berdua masih bernafas!

 

Kenapakah undang-undang sivil tidak memberikan hak yang sama kepada pasangan yang memeluk Islam untuk membubarkan pernikahan tersebut? Bukankah orang yang memeluk Islam sepatutnya diberi pembelaan? Bukankah dengan menjadi orang Islam maka pasangan yang memeluk Islam akan mendapat keistimewaan lantaran Islam adalah agama negara ini.

 

Dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dengan tajuk “Agama bagi Persekutuan” dinyatakan:-

 

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

 

Jika sekiranya, maksud agama persekutuan / negara hanya setakat bermaksud untuk membolehkan bacaan doa oleh mufti dalam upacara rasmi kerajaan, maka saya percaya bahawa peruntukan Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak akan berada pada nombor 3 dalam Perlembagaan, malah tidak layak langsung untuk berada dan disebut dalam Undang-undang Perlembagaan! Sudah tentu Islam sebagai agama persekutuan mempunyai nilai yang sangat agung sehingga menyebabkan ianya diletak pada tempat yang ketiga dalam Perlembagaan Negara yang merupakan undang-undang tertinggi negara!

 

Justeru itu, saya menyarankan agar golongan muallaf diberikan keistimewaan (termasuk pindaan terhadap S.51(1)) sebagaimana yang diajar oleh ajaran Islam dan bukannya dipandang dengan penuh prejudis!

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

26/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

2 responses

  1. harmony

    Salaam.
    Maaf cakap tetapi hakikatnya jabatan Agama Islam adalah salah satu civil service dept. YG PALING LEMBAB dan TIDAK Islamik dalam practise mereka!

    Pernah saya terpaksa menunggu pegawai jabatan agama >1/2 jam (walaupun ada temujanji) utk menikahkan pasangan muallaf sedangkan pegawai tersebut pergi minum petang! Bila sampai di pejabatnya, tak bagi salam kpd kami yg lama menunggu, apatah lagi nak apologise! Dia ingat kita tak tau dia pergi minum kot (rakan sekerja dia yg jujur yg bg tau!). Bila nak baca khutbah nikah, katanya “kita baca ringkasan aje la; sebab dah lambat!” Oh… minum ptg setengah jam tak nak ringkas kan…. jawabla nanti kat Allah! Soal nikah bukan soal remeh…. so not surprising betapa banyak kes perceraian.

    Lepas tu, bila pergi ambik marriage cert. hampir 3 minggu kemudian (walaupun kami diberitahu akan siap dlm 2 minggu) , kami disuruh dtg balik sebab kadhi x sign lagi! Hari tu dia x ada di pejabat (he is indispensable but yet did not make proper planning)…. sabor je le….

    Pernah saya highlight kes saudara baru yg ditimpa musibah dan tidak dpt bantuan. Pegawai tu kata kami akan ziarah hanya bila ada aduan (instead diorang cari kes!). What the heck was I doing then??? saya bg tau dia, baca kisahnya dlm akhbar (Inggeris) hari itu, dimana MIC bg bantuan RM1K kpd muallaf tu. Pegawai tu had the cheek to ask, “ada no. telefon dia tak?” Ya Allah! Tolong la…….. dia org ni pegawai ke, apa???? Tak guna otak langsung!!!

    Saya cadangkan cuba hadhiri sesi mahkamah syari’ah dan bandingkan dgn mahkamah civil. Anda akan terperanjat tengok cara pengendalian kes! Mana lebih Islamik cara pengendaliannya??

    Semoga Allah mengampuni kita diatas kejahilan dan kezaliman kita semua…. ameen.

    03/05/2009 at 9:35 am

    • ustjai

      Harmony,
      Saya setuju termasuk komen ttg mahkamah sivil kdg2 lebih islamic drp mahkamah syariah. Kelemahan ini sangat memalukan. Tapi, ada juga saya tengok pegawai agama yg cekap. Disebabkan ramai (tak semua) yg buat kerja tak bagus, akhirnya pejabat agama dapat nama yg busuk ini.

      03/05/2009 at 10:25 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s