jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

BEER HALAL

WINE BUATAN CAPPADOCIA, TURKI

WINE BUATAN CAPPADOCIA, TURKI


Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
13/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com


1. Nampaknya heboh sehari dua ini tentang BIR HALAL atau tanpa alcohol yang dikaitkan dengan minuman malt tanpa alcohol berjenama ISTAK oleh Malaysian Iranian Corp. Sdn Bhd (MICSB). Pelbagai pandangan diberikan tentang isu ini. Kebanyakannya tak suka istilah BIR HALAL.

2. Berdasarkan website Answers.com, perkataan “beer” diberikan definisi berikut:-

a) A fermented alcoholic beverage brewed from malt and flavored with hops.
b) A fermented beverage brewed by traditional methods that is then dealcoholized so that the finished product contains no more than 0.5 percent alcohol.
c) A carbonated beverage produced by a method in which the fermentation process is either circumvented or altered, resulting in a finished product having an alcohol content of no more than 0.01 percent.

3. Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.

4. Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.

5. Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

6. Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

7. Walaupun saya cenderung kepada fatwa Al-Qaradawi tetapi saya tahu ia tetap kontroversi sebagaimana fatwa-fatwa beliau yang lain.

8. Biasalah masyarakat kita, terlalu sibuk dengan isu minuman atau makanan beralkohol (mungkin kerana kesedaran beragama atau lebih kepada adat?), tetapi bila kita maklumkan kepada mereka bahawa “tapai” (orang Kelantan suka makan) pun ada alcohol (ethanol) mulut mereka pun ternganga… Hmmm.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
13/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

30 responses

  1. zack

    For those yg dah biasa minum the real beer, tak mungkin akan beralih kepada beer halal istak ni.

    So,this Istak is for those yang nak sangat rasa minum beer, tapi takut lah plak dosa haramnya.

    Btw, the purpose of drinking beer is basically to get wasted/drunk. hahaha.

    13/05/2009 at 4:30 pm

  2. halal atau haram buat nama beer buat apa?? dah xde nama lain yg komersial??

    nama tempe tak glamer pon kaya raya tokey tempe…

    semua nak tiru org kapir…

    err maaf ustaz, emo skit…hehe

    21/05/2009 at 1:06 am

  3. dATOK kAY, tmn g.perahu

    di syurga pun ada minuman yg namanya ARAK, so its not the name that matter but the content

    21/05/2009 at 10:48 am

  4. joe

    kan hukum cakap yang mabuk tuh haram…isunya, cuma soal mabuk atau tidak…sebab tuh ada fatwa alcohol yang 0.5% tuh jadi tak haram sebab tak boleh jadi mabuk…guna perkataan ‘beer’ tuh, ada korang bising pada ‘root beer’ atau ‘ginger beer’?(A&W)…adoyaii…pastuh bising pasal corak botol plak…dah memang kat sana dorang design botol macam tuh…dah macam ‘adat’ orang luar design botol bunga2 nak kasik cantik…yang korang sensitif kenapa? saper yang letak patern, botol arak mesti bunga2? dah tuh, kenapa ada alcohol drink ‘jolly shandy’ tin macam tin oren? poyo betul korang nih

    08/07/2009 at 9:20 am

  5. kadang kadang orang melayuni kecohje lebih,maklumler istakni syiah,,,beer ni istilah yang digunakan bagi minuman berasaskan barli,,,,,istak bil ni halal,,,,alkoholpun takder,,kita kecoh pasal syiah guna beer,,tapi yahudi guna root beer,,gingerbir,takderpun persatuan pengguna islam kecoh,,serupa juga air tuak,,dikelantan halal,,,tapi air tuak di sarawak tak halal,,dah namanyer halal beer,,,kan sama ginger beer,,,root beer

    31/08/2009 at 9:22 pm

  6. dekat kedai arab dan iran di cyber jaya ramaijer melayu minum minuman maltni,dari jenama istak,,delster,,,barbican,,sumer tulis 0.0% alcohol,,,tapi takderpun kecoh,,kebanyakan yang kecoh ni kadang-kadang dari kampungjer,,,,,,

    14/09/2009 at 10:02 pm

  7. khoirulmukmin

    dah kalo was2 n menimbulkan kekcohan…ade baek nye kite elak bnda2 ni,sbgai mnjaga nama islam…

    kalo ikut kan x seiya (x manis/elok d pandang) sbgai org yg beragama islam meminum bnda2 yg bleh mndatangkan syubahah sbb bnda yg kite x pasti dan tkut akn keharamannya mesti d elak…

    kite x layak utk mnetapkan hukum pd bnda2 halal-haram sperti membandingkan arak dunia ngan arak syurga…itu berlainan saudara islamku…
    ape yg pnting kite dahulu kan pndapat ulama terdahulu…ulama muktabar dr yg mutakhir
    Bkan x bleh mngikut pndapat ulama mutakhir tp ulama muktabar lebih aula utk d ikuti sbb diorang berilmu bkan pada zaman sperti kite yg penuh ngn fitnah dunia ni…

    waALLAHu a’lam…

    16/11/2009 at 10:26 pm

  8. Rain

    Saya masih ragu terhadap kehalalan air minuman Barbican Premium Malt Beverage. Manufacturer die adalah Aujan Idustries co. Saya masih simpan air minuman tersebut dan tidak minum selagi saya yakin bahawa air itu halal. Minuman ini telah di kilangkan di Dubai. Boleh atau tidak tolong jelaskan tentang kehalalan minuman ini…..

    25/02/2010 at 8:38 am

  9. Taufq

    In the UK there are two types of so called Non-Alcoholic Beer:

    1. Non- Alcoholic Beer
    2. Alcohol Free Beer

    The former has in definition to be <0.5%aclvol, this type of beer is mainly produced by most of the main stream brand such as Carlsberg Hineken etc. Especially at football matches.

    The latter has an alcohol content of 0.0%aclvol, the main brad of this beer is Cobra and a few German and Dutch brands.

    I have personally tried these out of curiosity and based on Al-Qaradawi's interpretation. What I can say is it is foul!!!! Unless I want to get pissed out of my head I don't see the need for it. Its a bit like smoking, foul at first but once you're hooked you are hooked!!

    I totally agree if we were really into not drinking for the sake of alcohol why is it we still take tapai and nira??? Surely these have a higher content of alcohol than these non-alcoholic drinks.

    Drinking and driving is kewl as long as the drink ain't alcohol!

    29/03/2010 at 10:31 am

  10. bobzz

    ape2 pun terpulang pd individu tue sendiri
    air yg halal pun ley jd hukum nyer haram klo kite minum n wat2 mcm mabuk…
    so nak minum juz go on n enjoy wit da beverage
    x payah la nak berlagak mcm minum beer
    tu yg negative nyer
    maklum la org2 kite nie kan suke menunjuk2
    cool..
    btul x ustaz…

    28/07/2010 at 1:04 am

  11. lalalapupu

    kalau rase xmo minum xper…,
    masing2 ade pandangan….
    asalkan minuman tue x memabukkan x menjadi masalah…

    kalau x silap benda tue akan jatuh haram jika memabukkan air nira sndri pun kalo dah lama simpan xleh minum sbb leh memabukkan…. betulkan kalau sy silap….

    yg menjadi isunya skrg nie pengeluar menggunakan istilah beer pada label… kalau x silap hanya delster jer…. tp ade logo halal lak kat label tue….., mcm barbican derang just tulis malt drink….istak pun same kalau x silap…

    malta ramai x minum sbb yg buat tue kilang arak…, padahal kite semua tau yg air tue x memabukkan…., nk wat cmner dah guiness yg buat… kite sndri pun x beli….

    tepuk dada tanya hati…, kalau nk minum boleh x minum pun boleh….

    04/11/2010 at 7:31 pm

  12. dara

    In fact, Barbican Beer contains a lesser quantity of alcohol than some soft drinks. Annexure ‘D1 and Annexure ‘D2 ‘ states that Barbican Beer contains .03% alcohol. According to Annexure C Sparletta Lemonade contain .04% alcohol; Raspberry contains .033%; Pineapple contains .04% and Cream Soda 05%. Thus, all these flavours have more alcohol than some of the beers which our Ulama regard to be haraam.

    dari http://books.themajlis.net/node/287

    26/11/2010 at 9:08 pm

  13. el

    kalau dah ragu2, syubhah..tak boleh gak minomnye.huhu

    06/12/2010 at 2:45 pm

  14. fadli

    i want to know is that HARAM if we drink anglia shandy or jolly shandy?..bcoz the alcohol contains only 0.5%..so it is HALAL if we drink that beverage drink?

    13/12/2010 at 9:24 pm

  15. lukman

    salam, akh… boleh tak jangan dibiarkan soalan tentang a&w root beer tergantung. ana keliru skrg. sekiranya ana keliru, tentu ramai lg yang keliru sekiranya diorg cetek ilmu. bukan ke haram dibiarkan perkara seperti ini diputarbelit atau dibiarkan tgantung.. wassalam

    18/01/2011 at 5:41 am

    • ustjai

      Boleh enta nyatakan yg mana satu enta keliru?

      31/01/2011 at 8:58 pm

  16. akira

    so, halal tak air barbican ?

    02/02/2011 at 5:25 am

    • ustjai

      Saya dapati isu berkenaan dgn air barbican berkisar tentang sama ada wujud kandungan alkohol di dalamnya. Jika wujud, adakah peratusan kandungannya berupaya membawa kesan mabuk. Jika kita tahu tiada kandungan alkohol, najis atau sebarang mudarat di dalamnya atau peratusannya terlalu kecil sehinggakan jika kita meminumnya tiada sebarang kesan mabuk, maka saya berpendapat ia tidak haram.

      08/03/2011 at 7:57 am

  17. Salam Semua,

    Kita selalu berfikir bahawa sesuatu makanan atau minuman tu halal atau haram dari segi ‘Ingredients’ nya, Tapi kita selalu lupa tentang dari hasil mana duit yg kita dapat untuk membeli makanan tersebut juga mempengaruhi halal/haram sesuatu makanan…fikirkanlah…

    06/02/2011 at 8:06 am

    • marikan md yusof

      akum,saudara,ada benar juga kata saudara jangan fikir bab makan minun,saudara ni mungkin dilahirkan macan tu,maaf kalau bahasa saya kasar,kerana makan minunlah hati kita gelap dalam apa2 jua,barang yang bersih dan halal belum tentu suci,jika masakan yang kita makan itu dimasak oleh orang yang bukan islam atau muslim dah pasti tidak boleh dimakan,saya tidak pandai bab2 agama tapi itulah ajaran yang saya berlajar dari orang tua saya,yang haram tetap haram.saudara perlu banyak bertanya lagi dalam hal2 halal,haram.

      03/06/2011 at 10:10 am

  18. Syaiful

    Salam,

    Kita selalu pertikai masalah halal atau tidak makanan itu dari segi kandungan makanan sedangkan ia boleh jadi haram kerana akhlak si pengguna. Contoh jika Ali meminum air biasa tetapi menganggapnya arak, maka air itu menjadi haram. Jika niat kita meminum barbican beer kerana nak merasai rasa arak saya khuatiri ia jatuh kepada haram.

    04/03/2011 at 7:24 pm

  19. ina

    salam,
    pdpt sy..terserah pd pgguna tu sdiri..jika dia rse haram…jgn mnum..yakin pd diri la..mcm sy, bila tgk pd kandungn botol tu, ia xmenkonpiuskan..cume perkataan dan bentuk tu jer bt org keliru akn kehalalan nyer..ok

    12/04/2011 at 1:34 pm

  20. liyana

    salam,

    bg sy.. wlupun kandungan % adalah tidak menyebabkan kemabukkan… tetapi selagi ianya menimbulkan syubhah.. hukumnya tetap haram…
    wallahhua’lam…

    kerana byk jer beer yg manufacturer non-muslim mengandungi % yg serupa dgn ISTAK,BARBICAN etc..

    klu nak cerita %.. bermakna… kalaulah carlsberg beer tu alcohol nyer equal or less than 0.5%, bermakna muslimat & muslimah bolehlah minum…

    come on… mcm kita ni org muslim takde benda lain utk diciptakan utk memenuhi tuntutan nafsu berdasarkan lunas² islam jer… balik² tiru musyrikin…

    org musyrik pyer lah bangga… tak dpt bagi minum beer pun tak per.. asalkan ciri² ke arah kebaratan tu ader…

    dgn adenyer ISTAK BARBICAN dan yg sewaktu denganyer.. maka terserlahlah bahawa pemikiran org islam telah dikuasai dgn pemahaman barat…

    tak payah jauh… kenalan keluarga sy (mualat yg lahir & membesar di mekah) minum ISTAK & BARBICAN (botol ala² botol arak) depan kitorang dgn penuh rase bangga .. yerlah.. nampak mcm ade kelass kot rasernyer… kan tengah IN benda² mcm ni…

    dari sudut psikologinyer… anak² kecil yang telah kita didik bahawa arak adalah haram & majoriti botol arak mempunyai bentuk yg sama, menjadi keliru dan semakin keliru.. semakin membesar semakin keliru fikirannya.

    kalau yerpun nak jugak mcm mat saleh… cuba cari idea istilah lain… yg melambangkan identiti islam… ini tidak…

    kita kene ingat.tak semua org arab itu islam, kdg² mereka hy menggunakan latar belakang bangsa mereka utk mengelirukan kita.
    dan juga kene igt,mereka lebih arif bab arak-meng-arak ni.. sebab itu dulu ade arab jahilliah.. takde pulak panggil kristian jahiliah ker, hindu jahiliah ker.. sebab diorg adalah kaum pertama di muka bumi ini…

    wallahua’lam..

    yg baik itu datang nya dari ALLAH SWT & dan buruk itu datangnya dari diri kita sendiri…

    15/04/2011 at 4:28 am

  21. hairi

    persoalan, adakah semua jenis non-alcoholic yang di hantar untuk diuji oleh maij. terdapat pelbagai jenama non-alcoholic BARBICAN dari dubai, RICH dari Mekah al-muqarramah, DELSTER, FAYROUZ,ISTAK dari Iran dan lain-lain.Jika maij telus mesti beritahu jenama apa yang diuji oleh jabatan kimia. jika salah satu yang di uji maka sebutkan jenama.jangan yang diuji salah satu jenama tetapi diharamkan semua sekali. kalau nak haramkan semua sekali mesti kena uji setiap jenama. ini jelas ketidak telusan badan agama di malaysia.

    31/05/2011 at 7:34 am

  22. marikan md yusof

    Pihak kerajaan malaysia,majlis raja-raja malaysia,khasnya Dato Seri Jamil khil,menteri dijabatan pendana menteri harus mainkan peranan,jika dulu hebat dalam angkatan tentera (kor Kagat) kenapa hari ini tak bersuara,jangan pandangan sebelah mata apa yang berlaku pada orang2 islam dimalaysia hari ini,jangan satu hari dilanda bala bencana kerana kelalaian ketua agama,saudara Dato Seri jamil khil harus ingat tanggungjawab dan amanah tuhan yang diberi pada saudara.

    03/06/2011 at 10:18 am

  23. syamie

    (BARBICAN) minuman tu haram (pandangan umum)kalo isu ni semakin panas dipersoalkan..tp kalo tak dipersoalkan myb halal la (MALTA)..halal & haram minuman tu bukan kita yang tentukan,tapi ALLAH yg tentukan.jadi, kesimpulannya..bila org ramai sudah berpendapat minuman ini mendatangkan was-was yg memabukkan,adlh lebih baik jgn minum jer…dulu minuman malta org lmbt pick up tau haram air tu tp tak kecoh pun.apatah lg minuman cmni org dah kecoh persoal halal haram nya.

    04/06/2011 at 2:11 pm

  24. paloi

    ngape ada melayu bengap dok banding bir dgn tempoyak budu tapai. korang baca kat mana “alkohol” tapai budu tempoyak tu haram? dlm quran? dlm quran pn xada sebut alkohol haram. yang ada cuma khamar/arak. kalau korang belajar kimia korang akan tau apa tu alkohol. panadol pun alkohol. menthol pun alkohol. cer cari apa makna al-kuhl. ethanol ada dlm semua jenis minuman arak. sbb tu bila sebut alkohol org fikir arak. arak plg power dlm dunia ni plg tinggi etanol dia 50% je.yang lebih tu mendenye?

    jgn ikut dalil SIS yg kata arak haram sbb proses penapaian sampai roti yg ada yis pun haram. jgn kata alkohol haram sbb dlm buah epal pun ada sorbitol sejenis alkhol. Allah dah terang2 kata ARAK/KHAMAR haram. ingat tu bukan semua ethanol haram tp semua arak ada ethanol. kat makmal teman ada ethanol 97%. sapa rasa nak mampus minum ethanol boleh ambik hahahha.

    07/06/2011 at 7:41 pm

  25. fara

    so..mknewnyew hlal kew hram neyh?bleyh x bg stu jwapan?pning larh..:(

    26/02/2012 at 12:57 pm

    • ustjai

      Selagi tidak terbukti ia memabukkan, atau secara lazimnya ia tidak memabukkan, maka selagi itulah ianya halal.

      26/02/2012 at 2:50 pm

  26. x yak lah mkn or minum bende2 yg pelik tu abis cite, byk bende lain yg confirm kehalalannya. nape nak mkn or minum n then terase was2 lak. guideline islam is so simple to understand y make it complicated…..asuh ank2 dr. kecik lg the dos n donts selamatlah umat.

    07/03/2012 at 12:08 pm

Leave a comment