jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

SUKA SALAHKAN ALLAH BILA KECEWA

BAHAGIA JUGA ADALAH UJIAN ALLAH

BAHAGIA JUGA ADALAH UJIAN ALLAH

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
17/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Seorang wanita berusia 50’an datang menemui saya, mengadu hal. Beliau telah bercerai sebanyak dua kali (dua suami berbeza). Beliau merintih; “Ustaz! Kenapa Allah buat saya macam ni? Saya dah kahwin dua kali, dan kedua-dua suami saya menceraikan saya! Apa salah saya? Saya solat, tutup aurat, ikut hukum hakam agama. Kenapa Allah tidak memberikan kebahagiaan kepada saya? Sedangkan jiran sebelah rumah saya tak ikut agama pun, suami pakai seluar pendek, isteri pun pakai seluar pendek kat luar rumah, tapi mereka bahagia, kenapa saya yang ikut agama dan suruhan Tuhan ini tidak bahagia?

2. Seorang wanita profesional berusia lingkungan 40’an, berpendapatan puluhan ribu sebulan dan sering pulang lewat malam kerana tugas. Saya mengenalinya sejak dahulu, bertudung, memakai baju kurung dan sopan. Tetapi segala-galanya berubah apabila suatu ketika, seusai tugas lazimnya, pulang ke rumah, melepaskan penat dan ingin berehat, lantas mengambil vcd untuk menonton filem, tetapi “gambar” yang keluar bukanlah lakonan biasa seorang pelakon tetapi “lakonan” sebenar antara suaminya dan “bibiknya”. Tidaklah saya ketahui adakah suaminya tersilap letak vcd tersebut atau sengaja berbuat demikian supaya si isteri melihatnya, tetapi apa yang berlaku ialah perceraian di antara keduanya, yang menyaksikan si isteri “memberontak” terhadap agama dan Tuhannya. Kini, rambutnya menjadi tatapan umum, badannya ditutupi dengan baju dan seluar sendat, tiada lagi ketakutan kepada dosa dan noda.

3. Seorang gadis manis lagi manja, sejak kecil menjadi kesayangan keluarga lantaran sifatnya yang lembut dan beragama, keluarganya begitu berbangga dengannya. Tidak pernah terpisah dengan tudung labuhnya, mini jubahnya sering menjadi pilihan, seorang peminat usrah dan program agama, sepanjang hidupnya tidak pernah diketahui akan perkara yang tidak elok tentang peribadinya. Kemudian, datanglah ujian Allah terhadap dirinya, satu demi satu gagal dalam cubaan melepasi tuntutan akademik sedangkan beliau seorang yang pintar. Kini, melihat agama sebagai sesuatu yang negative, berasa bosan menjadi “orang baik” dan seolah-olah merasakan Tuhan tidak adil! Di mana tudung kepala? Di mana jubah mini? Sudah dibuang jauh-jauh. Orang lain semua salah, the whole world she blamed, diri sendiri tak pernah salah.

4. Seorang isteri yang layak dipanggil ustazah lantaran pakaiannya, walaupun sebenarnya beliau bukanlah ustazah. Semua orang yang mengenalinya menghormatinya kerana akhlaq dan budi bahasanya. Namun, semuanya sementara. Apabila berlaku perceraian, beliau kini adalah seorang wanita yang amat berbeza. Rambutnya kini dijalin lagak seperti wanita Afrika, pakaiannya semua ketat dari atas sampai ke bawah ditambah dengan “push-up”. Lupa segala-galanya.

5. Itulah contoh kehidupan manusia yang keliru dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Menganggap Allah tidak sayang kepada dirinya apabila mereka diuji. Menuduh Allah tidak adil kerana menyusahkan kehidupannya. Bagi mereka, Allah Ta’ala adalah adil apabila memberi rezeki dan nikmat justeru kesolehan mereka. Tetapi Allah dianggap zalim apabila mereka patuh kepada Allah tetapi Allah memberi kesusahan kepada mereka.

6. Inilah manusia yang lupa kepada sejarah nabi dan rasul, suka duka ulama dan orang soleh yang berhadapan dengan ujian Allah. Allah SWT memerintahkan peperangan terhadap kuffar tetapi kenapa Allah mengizinkan kemenangan kepada kuffar dalam Perang Uhud? Pelik bukan? Allah memerintahkan para rasul-Nya menyampaikan risalah-Nya, tetapi kenapa Allah mengizinkan kekuatan musuh menentang nabi-Nya? Jika benar Allah tidak redha kepada Firaun, kenapa pula Allah SWT memberi kuasa pemerintahan kepadanya? Jika betul Qarun adalah musuh Allah, kenapa pula kekayaan diberikan kepadanya?

7. Bukankah sepatutnya Allah memberi kekayaan kepada hamba-Nya yang soleh? Tidakkah selayaknya Allah memberi kuasa pemerintahan hanya kepada manusia yang diredhai-Nya sahaja? Kenapa Allah tidak memberi kemenangan kepada Muhammad SAW dalam semua peperangan supaya tidak ada lagi kafir di muka bumi? Bukankah Allah benci kepada kaum yang kafir?

8. Inilah akibatnya yang berlaku apabila manusia membiarkan aqalnya menjadi bodoh dan tidak mahu menggunakan kecerdikan aqalnya. Anda suka perbincangan ini? Nantikan selanjutnya “jawapan” daripada Allah dan Rasul!

Sekian.
Ahmad Jailani Abdul Ghani
17/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

12 responses

  1. zack

    Jai.

    Its the software the really counts, not the hardware.

    Even though dah bertudung, berkopiah, selalu pegi masjid, tutp aurat, etc…blum tentu terjamin softwarenyer.

    Same goes to those who looks vogue, ranggi dan berwarna warni, blum tentu apa softwarenye.

    18/05/2009 at 9:59 am

  2. GER

    anti climax betul la ustad ni…

    18/05/2009 at 1:35 pm

    • ustjai

      GER, saje bg saspen skit hehe

      18/05/2009 at 3:52 pm

  3. Maziah

    Ustaz,

    Saya ibu tunggal kepada 3 orang anak. Saya berpisah dengan suami semasa mengandungkan anak ketiga. Saya telah berusaha mendidik anak-anak menjadi anak yang baik. Setelah mereka dewasa, Allah menguji saya dengan sikap anak-anak yang tidak seperti yang diharapkan. Paling sedih sekali, anak perempuan sulung saya telah sanggup membuat lapuran polis mengatakan saya telah mendera hidupnya sejak kecil sehingga sekarang. Dan dia minta perlindungan polis supaya saya tidak mengganggu hidupnya. Ini semua gara-gara saya melarangnya berhubung rapat dengan seorang guru silat dan kawannya Miza [anak ustazah.] Bunyinya seperti tidak ada perkara buruk yang berlaku tetapi semenjak anak saya berhubung rapat dengan mereka dia selalu balik lewat malam, kadang-kadang sehingga pukul 4 pagi dan beberapa kali tidak pulang sehingga 3-4 hari. Nasihat saya tidak diindahkan. Suatu hari saya menelefon Miza meminta supaya tidak melibatkan anak saya dlm pergerakan mereka. Jawapan amat mengecewakan kerana katanya saya tidak berhak keatas anak saya kerana anak saya adalah kepunyaan mereka dan guru silat telah memaki hamun saya dengan memanggil saya betina sundal. Miza juga telah memberitahu pihak polis bahawa saya telah memukul anak saya setiap hari dan yang paling memeranjatkan saya ada lapuran dari pihak hospital sungai buloh.

    Sekarang saya rasa seperti dizalimi oleh anak-anak saya. Namun saya berusaha untuk terus menyedarkan mereka. Semakin hari semakin tak kuat saya melalui semua ini.

    Salam,
    Airmata seorang ibu.

    22/05/2009 at 1:00 pm

    • ustjai

      Maziah, percayalah kepada saya, semua org memiliki masalah, tiada orang yg tiada masalah. Setiap org mengatakan masalah dia yg paling besar dan rumit. Syurga Allah tidak diberi kepada kita secara “percuma”. Setiap kesusahan di sana akan ada kesenangan, setiap kesenangan di sana ada kesusahan. Perkuatkan diri, rajinlah beribadat & baik sangka kpd Allah, cari kursus motivasi, insya Allah, puan akan berjaya melepasi ujian hebat ini.

      28/05/2009 at 7:38 am

  4. Fauziah Ahmad Daud

    A’kum ustaz,

    Saya amat bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana ditemukan dengan blog ustaz ini. Banyak sungguh ilmu yang saya perolehi melalui coretan ustaz. Alhamdulillah. Coretan ustaz telah berjaya merangsang minda saya dan membuatkan saya menjadi HambaNYA yang banyak muhasabbah diri dan sentiasa bersyukur dengan apa jua ujian dan kenikmatan yang diberi. Alhamdulillah, bersyukur sangat2 saya pada ALLAH YANG MAHA BESAR. Saya sentiasa menanti coretan2 ustaz yang seterusnya. Terimakasih ustaz dan sampaikan salam saya buat isteri ustaz.

    Salam Ukhuwwah dari saya,

    Fauziah Ahmad Daud

    15/06/2009 at 12:01 am

    • ustjai

      Alhamdulillah, terima kasih & bangga saya atas kesudian Kak Ogy membaca coretan saya. Salam ukhuwwah juga dari saya.

      17/06/2009 at 3:40 pm

  5. dATOK kAY, tmn g.perahu

    biasanya orang biasa minat kat artis, ni terbalik pulak artis minat kat ustaz……cobaan (bak kata P.Ramlee)

    17/06/2009 at 3:20 pm

    • ustjai

      dATOK kAY, sbb tu org suruh jadi ustaz, dATOK tak mau. Sekolah agama tapi tak mau jadi ustaz hehe

      17/06/2009 at 3:46 pm

      • dato K t.gp

        bukan tak mau…tapi tahudiri tak tahan dengan cobaannya…..ke ke

        18/06/2009 at 10:18 am

  6. Sbenarnya ramai yang alpa…setiap kali membaca Fatihah di dalam solat, ayat ini adalah ukuran kepada keredhaan kita pada ujian Allah:

    “[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

    [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

    Kalau dinilai ujian orang2 yg mendapat nikmat syurga Allah pada Nabi & sahabat2nya dgn kita, ujian mereka lagi besar.

    Malah nikmat org2 yg sesat seperti Qorun & Firaun hanya membawa kecelakaan pada diri mereka.

    18/06/2009 at 10:14 am

  7. mastura maskin

    Saya bukanlah org alim tapi saya tahu hukum agama..kerana saya telah diberi akal fikiran oleh ALLAH untuk berfikir…dulu hidup saya susah kerana selalu sakit…tapi berkat doa semua dan dengan izin ALLAH kini saya bangkit semula..ada kerjaya,suami dan anak…Sehingga kini saya tidak pernah putus berdoa kerana saya tahu apa yg ALLAH beri pda saya sekarang jua adalah ujian untuk menguji sejauh mana keimanan dan keyakinan saya…Susah atau senang saya tetap anggap itu adalah ujian dari ALLah dan bukti betapa sayangnya Dia kepda hamba2Nya..Hanya kita yg selalu lupa…Alhamdulillah atas segala rahmat dan KeampunanNya..

    22/06/2009 at 1:20 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s