jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

CONTOHI NAZAR HANNAH ISTERI IMRAN

anak lelaki tak sama dengan anak perempuan, kata Hannah isteri Imran

anak lelaki tak sama dengan anak perempuan, kata Hannah isteri Imran

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
12/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com


1. Pernahkah anda bernazar? Kenapa anda bernazar? Apa akan terjadi jika anda tidak bernazar? Adakah anda berpendapat bahawa Allah tidak akan mengabulkan permintaan anda jika tidak bernazar? Atau anda ingin menunjukkan rasa syukur kepada Allah kerana mengurniakan apa yang anda hajati selama ini? Ayuh, kita renung sebentar apa yang kita lakukan selama ini.

2. Secara ringkasnya, nazar ialah kita mewajibkan ke atas diri kita sendiri untuk melakukan sesuatu perbuatan yang bersifat ibadah kerana Allah yang hukum asalnya tidak wajib. (Lihat Mughni Al-Muhtaj 4:354).

3. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa ia adalah dilarang (makruh) berdasarkan hadith Imam Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW melarang amalan nazar. Baginda bersabda dengan maksud, “Sesungguhnya bernazar itu tidak menolak (mengubah) sesuatu. Tetapi sebenarnya nazar itu mengeluarkan (mendapatkan kebajikan) daripada orang bakhil / kedekut”. Maka, apa yang dapat difahami ialah Nabi SAW melarang kita daripada bernazar, kerana ia tidak boleh mengubah apa-apa, ia hanya biasa atau lazim dilakukan oleh orang yang bakhil berbuat kebajikan.

4. Namun begitu, apabila ia telah berlaku (telah bernazar) maka wajib disempurnakan nazar tersebut. Kecuali bernazar melakukan sesuatu maksiat maka haram ia dilaksanakan.

5. Saya ingin mengajak anda semua melihat cara Hannah isteri Imran bernazar dan menunaikan nazarnya apabila ia tidak dimakbulkan oleh Allah SWT (Peristiwa ini dijadikan dalil oleh ulama’ yang membolehkan amalan nazar). Berdasarkan pendapat Muhammad bin Ishaq, Hannah adalah wanita yang mandul. Pada suatu hari Hannah melihat seekor burung memberi makanan kepada anaknya. Ini menyebabkan Hannah semakin bersemangat untuk memiliki anak sendiri, lalu berdoa kepada Allah dan Allah mengabulkan doanya dengan menjadikannya mengandung. Dalam masa hamil tersebut, Hannah bernazar kepada Allah bahawa anaknya nanti jikalau lelaki akan dijadikan pendita dan memakmurkan Baitul Maqdis.

6. Dalam Surah Ali-Imran ayat 35 disebutkan dengan maksudnya; (Ingatlah), ketika isteri ‘Imran (Hannah) berkata: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku bernazar kepada Engkau anak yang dalam kandunganku ini menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”.

7. Ayat 36 pula;

فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: “Ya Tuhanku! Sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah sama seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamakan dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.” (Ali-Imran – ayat 36)

8. Hannah, isteri Imran telah bernazar untuk menyerahkan anak yang dikandungnya untuk berkhidmat di Baitul Maqdis. Bagaimanapun, setelah mengetahui bahawa beliau melahirkan seorang anak perempuan (Maryam), Hannah sedih kerana hajatnya tidak dipenuhi oleh Allah. Kerana itu dia menyebut, anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Tetapi beliau tetap menunaikan nazarnya itu.

9. Dan sungguh menakjubkan, apabila hajatnya untuk mendapat anak lelaki tidak kesampaian tetapi diganti Allah dengan cucu lelaki (Nabi Isa a.s.). Hasratnya supaya anak lelakinya dapat menjadi pendita di rumah Allah tetapi Allah memberi alternatif dengan cucu lelaki yang jauh lebih baik daripada pendita kerana dia adalah NABI ALLAH.

10. Maka, jika anda bernazar tetapi tidak kesampaian, soalan saya adakah anda tetap meneruskan nazar itu dengan melaksanakannya atau anda kedekut dengan menyatakan “tak payah buatlah, sebab tak dapat!!!??? Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah SWT. Ianya takkan merugikan, malah ianya sangat menguntungkan kita apabila kita meneruskan nazar tersebut walaupun peringkat awalnya nampak seperti Allah tidak mengabulkan.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
12/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

6 responses

  1. Naidi

    Salam UstJai,

    Sekadar berkongsi info, puteri ketiga kami namakan Maryam Hannah sempena nama ibu dan nenek Nabi Isa, insya Allah beliau akan mengikut jejak langkah Hannah dan Maryam bila besar nanti…

    12/05/2009 at 2:15 pm

  2. syed amir

    salaam alaykum WBT

    Setuju dgn pendapat……nazar adalah cara mendapat kebaikan daripada orang yang kikir (kedekut/kupik).

    Walaupun di dalam alqur’an ada kisah Hannah tapi itu adalah sebelum syari’at Mohamad SAW. Umar juga diberitakan pernah bernazar semasa zaman jahiliyah, namun kita belum melihat sesuatu yg warid amalan para sahabat perihal nazar

    wallaahu a’lam

    13/05/2009 at 10:11 am

  3. salam.

    ustaz Jai…

    katakan seseorang itu bernazar untuk pergi mengerjakan UMRAH bersama anak lelakinya tetapi duit yg ada untuk menunaikan ibadah umrah tersebut telah di berikan kepada seseorang kerana terpaksa. di sini soalan saya ialah adakah beliau mesti juga menunaikan umrah yang telah di nazarkan tersebut apabila beliau telah mempunyai wang yang cukup untuk membolehkan beliau ke sana.

    sekian, wassalam.

    16/09/2010 at 5:56 am

    • ustjai

      Ya, wajib ditunaikan.

      28/09/2010 at 5:55 pm

  4. Salmah

    Assalamualaikum ustaz,suami sy pernah bernazar sepert ini” kalau majlis perkahwinan kami selamat, sy akan sembelih kambing, bila ada duit lebih tak kira di buat dimana2 pun.

    Sy dan suami telah selamat berkahwin pada 23.06.2012(akad nikah).

    Persoalan sy sekarang, sampai sekarang kami masih belum ada zuriat.Adakah ini berkaitan dengan nazar suami sy yang masih belum dibuat sampai sekarang?

    Sy amat mengharapkan kan penjelasan dari ustaz.

    20/04/2012 at 6:49 am

    • ustjai

      Puan Salmah, tiadanya zuriat tiada kaitan dgn nazar puan. Cuma, puan perlu ingat (1) bhw. nazar wajib ditunaikan dan (2) utk doa menjadi makbul, kita perlu menunaikan kewajipan dan meninggalkan dosa.

      20/04/2012 at 7:21 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s