jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

NAK “HALALKAN” ASW 2020, ASM, ASN, ASB?

Ahmad Jailani Abdul Ghani

21/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan percuma 100 juta unit Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara ini. Wow! Epal runtuh! (Instead of durian hehe)

 

Manakala PM juga mengucapkan tahniah kepada PNB di atas keupayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menggembleng dana bernilai lebih RM87 bilion mencerminkan kejayaan cemerlang yang dicapai dalam tempoh 28 tahun sejak pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

 

Isunya sekarang apakah saham-saham ini mematuhi syariah (syariah compliant)? Kalau tidak mematuhi syariah, nak buat macamana? Takkan nak tolak rezeki yang datang bergolek ni? Lagipun kerajaan nak tolong kita selaku orang miskin, sama ada miskin bandar atau miskin tegar.

 

Tapi, kalau ambil pulak, problem juga, sebab ramai orang kata “haram”. Bila buka fatwa-fatwa di Malaysia lagi pening. Fatwa-fawa negeri dan ustaz-ustaz ramai kata haram. Suruhanjaya Sekuriti pun kata ianya tak mematuhi syari’ah. Tapi “Fatwa Kebangsaan” pulak kata “harus” atas dasar “maslahah”.

 

Saya mencadangkan, bagi saudara-saudari yang mempunyai saham-saham seperti ini, supaya membuat sendiri “screening” dan “tazkiyah”. Agar kita mendapat rezeki yang diberkati.

 

Contohnya ASW 2020. Katalah, 100 syarikat yang dilaburkan wang tersebut. 20 syarikat jelas haramnya. 10 syarikat lagi berada pada tahap ragu-ragu (syubhah). Maknanya 30 (20+10) syarikat perlu dielak. Maka, jika kita dapat RM100 (keuntungan) daripada pelaburan tersebut, RM100 hendaklah ditolak 30% sebagai tazkiyah. Baki 70% bolehlah diambil untuk dimakan atau dimanfaatkan. Ini hanyalah intro sahaja. Saya akan update kemudian.

 

Sebagai maklumat tambahan, saya copy paste daripada website ASNB:-

 

 

MAKLUMAT TABUNG

 

Nama Tabung AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW 2020)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 28 Ogos 1996
Objektif Untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan.
 
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
 
Kelayakan Warganegara Malaysia.

  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

 

MAKLUMAT URUSNIAGA

 

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Sijil
  • Skim Pelaburan Ahli KWSP
 
 
Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan – 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan – 1 unit
  • Sijil – Gandaan 1,000 unit
  • KWSP – RM1,000
 
 
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung 14.00 bilion unit.
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP.
 
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos
 

 

PRESTASI TABUNG

 

Tahun Berakhir 31 Ogos
2006
2007
2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
6.80
8.00
7.00

 

MAKLUMAT TABUNG

Nama Tabung AMANAH SAHAM MALAYSIA (ASM)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 20 April , 2000
Objektif Untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan
 
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada)  dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
 
Kelayakan Warganegara Malaysia.

  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Bijak ( ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
 
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan Buku Pelaburan
Pelaburan Permulaan Minimum Buku Pelaburan – 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum Buku Pelaburan – 1 unit
Pelaburan Maksimum Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung
Saiz Tabung 13.0 bilion unit.
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta – merta.
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac
 

PRESTASI TABUNG

Tahun Berakhir 31 Mac
2006
2007
2008
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen)
6.75
6.80
7.80

ASW 2020

Senarai 20 Pelaburan Terbesar yang Disebut Harga Dari Segi Peratusan Nilai Pasaran Berbanding Dengan Nilai Aset Bersih Tabung Syarikat

 

Bil Peratusan Dari Nilai

Aset Bersih Tabung

(%)

 

1. Malayan Banking Berhad                               7.77

2. Tenaga Nasional Berhad                               6.60

3. Bumiputra-Commerce Holdings Berhad      5.48

4. Sime Darby Berhad                                       4.48

5. PNB Structured Investment Fund                 3.25

6. TM International Berhad                                 3.12

7. MISC Berhad                                                  2.66

8. UMW Holdings Berhad                                  2.58

9. Petronas Gas Berhad                                    2.43

10. Digi.Com Berhad                                         1.95

11. IJM Corporation Berhad                              1.76

12. Plus Expressways Berhad                          1.62

13. Gamuda Berhad                                           1.50

14. Public Bank Berhad                                     1.48

15. MISC Berhad – Foreign Shares                 1.47

16. YTL Corporation Berhad                             1.41

17. Kuala Lumpur Kepong Berhad                   1.41

18. YTL Power International Berhad                 1.34

19. Telekom Malaysia Berhad                           1.30

20. NCB Holdings Berhad                                 1.22

 

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

21/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

14 responses

  1. zack

    Ustad.

    Your statement :
    “Contohnya ASW 2020. Katalah, 100 syarikat yang dilaburkan wang tersebut. 20 syarikat jelas haramnya. 10 syarikat lagi berada pada tahap ragu-ragu (syubhah).

    Mintak ustad senaraikan 20 syarikat yg dilaburkan jelas haramnya, kerana portfolio ASW 2020 (dan lain2 product ) tiada syarikat yg jelas haramnya yg dilaburkan.

    Yang menjadi soalan ialah syarikat yang ragu2 (syubhah) yang definately syarikat perbankan dan penerbangan. Sudah adakah syarikat perbankan dan syarikat penerbangan yg 100% tidak haram? and kenapa tiada fatwa or syariah compliance keluar statement bahawa industry perbankan or penerbangan negara kita ni tak halal? kerana if industry perbankan dan penerbangan tidak haram, maka product2 PNB juga tidak haram lah.

    One more thing, syariah council of SC said that its not syariah compliance. Apa yg tidak compliance? our portfolio or our system? if our portfolio , same explaination lah seperti diatas, if our systems? apa yg tidak compliance?

    and why fatwa kebangsaan n fatwa negeri tidak sama?

    we have to understand “where we are” dlm industry pelaburan ini. If we are on top, there are lots of things we can do, but we the truth is, we are not, meaning we are at the bottom, pls understand that we need to take “step by step” approach. Start from bottom n slowly but steadily, we move foward.

    To put label ‘haram” or “halal” memang mudah, tapi pernahkah terfikir, macamana cara untuk menukar menghalalkan apa yg ada didalam industry pelaburan tersebut?, bukan mudah, kerana bukan kita yg memegang kekuatan ekonomi.

    This is purely pendapat saya. Allahualam.

    21/04/2009 at 8:56 am

    • ustjai

      SALAM,
      ZACK, FIGURE 100 SYARIKAT, 20 HARAM & 10 RAGU-RAGU, JUST AS A HYPOTHETICAL. TQ

      21/04/2009 at 10:29 am

  2. zack

    Ok, walaupun hanya hypothetical, it is implying that the product may contain company yg haram, thus thats why the topic is “Nak halalkan ASW 2020, ASN n ASB” because when u want to halalkan somthing, that somthing must be haram first.

    Nway, good topic. Memang ramai yg pening bab ni. Aku cuma beri pendapat supaya kita sama2 amik idea n come up with solution.

    21/04/2009 at 3:05 pm

  3. zack

    Ustad, since da list 2o syarikat tersebut, hok mana satu yg haram?

    23/04/2009 at 2:40 am

    • ustjai

      Zack,

      Tujuan penulisan pendek ini dibuat ialah untuk memberi panduan bagi sesiapa yg ingin membuat “self screening & tazkiyah (perbersihan)”
      Maksud saya, jika seseorang itu berpegang kepada mana-mana fatwa bhw asn, asb, asm, asw 2020 atau mana-mana produk PNB sbg “halal” atau “harus” maka panduan yg saya berikan ini tiada kaitan dengan mereka.
      Panduan yg saya berikan ini hanya berguna bagi sesiapa yang berpegang kepada fatwa (atau punyai pandangan sendiri lantaran ilmunya) bahawa produk tersebut BUKAN syariah compliant, tetapi atas sebab tersendiri, masih meneruskan pelaburannya dalam produk tersebut sedangkan dia mempunyai semangat untuk membersihkan hartanya, maka contoh pengiraan yang saya berikan itu amat berguna, insya Allah.
      Maka individu terbabit perlu bekerja sedikit keras untuk meneliti portfolio terbabit untuk mencapai matlamatnya tersebut.
      Berkenaan dgn soalan yg mana satukah yang haram, jawapan saya, kita boleh teliti 20 pelaburan terbesar tersebut. Kemudian, kita dapati ada 2/3 bank yang “core” bisnesnya adalah riba maka ianya haram (atau sekurang-kurangnya “syubhah”) Dari situ gunalah formula yang telah saya berikan terdahulu untuk “tazkiyah” mana2 yg kita percaya haram / syubhah.
      Sekali lagi saya tekankan bhw perbahasan ini tidak terpakai bagi sesiapa yg berpegang kpd mana2 fatwa (spt fatwa kebangsaan) bahawa produk tersebut sbg “harus” atas alasan “maslahah”.

      23/04/2009 at 4:06 am

  4. zack

    Ustad.

    Yes, thank you for providing the ways to “self screening & tazkiyah (perbersihan)”.

    My objective pula adalah untuk membantu pelabur2 di luar sana untuk berfikir dan mengetahui why PNB product di katakan haram n tidak syariah compliance. Sedangkan ianya mungkin sebaliknya.

    Your saying..kita dapati ada 2/3 bank yang “core” bisnesnya adalah riba maka ianya haram (atau sekurang-kurangnya “syubhah”)…bank mana agaknya? ha ha ha..sedangkan itu lah saja bank yg wujud.

    Bukan apa, terdapat segelintir golongan yg berdegar2 mengatakan ASN, ASB itu haram, tapi pada waktu yg sama buat loan beli rumah/kereta..duit gaji masuk semua pakai bank2 tersebut. Camne tu?

    Cool Ustad, …u are part of solution. Not part of problem.

    23/04/2009 at 4:24 am

  5. kota kemuning

    salam..nak mencelah sikit. dalam isu ini saya berpendapat, maslahahnya kepada negara, tapi kepada individu…kita masih mempunyai pilihan lain yang ada dipasaran. pelaburan bukan terhad kepada unit trust, banyak lagi option lain.

    25/04/2009 at 7:19 am

  6. kota kemuning

    nak tambah sikit lagi…en zack, disebabkan bank konvensional berstatus tidak halal lah kita menerokai perbankan islam. otherwise buat apa nak pening-pening kepala create satu lagi banking system kalau tak ada beza diantara keduanya. itupun dari segi implementation, perbankan islam masih banyak yang boleh dipertikaikan samaada ia betul-betul shariah compliant.

    wallahualam

    25/04/2009 at 7:23 am

  7. terima kasih ustaz atas satu ilmu baru yang saya kira sangat bermanfaat untuk orang yang ‘tercari-cari’.. kalaupun bukan satu kaedah total untuk penyucian hasil pendapatan ASM itu, tapi sekurang2nya satu usaha yang boleh dilakukan untuk menenangkan hati sendiri berkenaan perolehan tersebut.terima kasih.

    26/04/2009 at 8:42 am

  8. zack

    Cool…cuma actual fact is that, the kulit je yg sedang di usahakan untuk di islam kan, but the actual operation behind it mostly are the same conventional ways. And ramai yg sebut syariah compliance kan?…but does anybody know apa itu isi-isi dlm syariah compliance?

    28/04/2009 at 8:31 am

  9. baka05

    betul tu zack, kalu nk org agree or betul2 ikut ape itu shariah compliance, kne la sedia kan intipatinya, kne cari jalan bgaimana nk fahamkan org.. kalu x, kite dr dulu smpai skg, mmg jadi pak turut selamanya…

    yg kata halal, dgn carany, yg haram pun dgn carany masing2. dh nmpak kepincangan umat islam, soal halal haram mana ade bleh tiada kata sepakat, kne cut n clear… ok.. lain la halal-makruh..

    25/10/2009 at 5:14 am

  10. ham

    assalamualaikum ustaz,

    mohon pencerahan uztaz. maksudnye kalau kite nk buat tazkiyah ni kite hanye boleh ambil 70% from total profit or profit+saving?

    23/05/2012 at 3:14 pm

    • ustjai

      Profit. Saving dlm bentuk wang asal/principal/modal kita tidak perlu tazkiyah dlm isu ini.

      28/05/2012 at 3:31 pm

  11. zack

    Ustaz Jai..
    Lama kita tidak bertemu diruangan blog ustaz ni…apa khabar? dah puas main salji?..hehehe

    Nway, tazkiyah ni ratio nyer senantiasa 70-30 ke? atau bergantung kepada kita untuk determine rationyer?

    01/06/2012 at 12:54 am

Leave a reply to veena Cancel reply