jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

PONDAN LARI LAJU, POLIS LARI PERLAHAN

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

20/4/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Once upon a time, dalam Mahkamah Majistret Butterworth. Saya ketika itu, baru 2 atau 3 tahun menjadi seorang peguambela, sedang menunggu giliran kes saya dipanggil. Tiba-tiba polis mahkamah membawa masuk beberapa gadis ke dalam dewan mahkamah sambil digari dan ditunjuk supaya duduk di dalam kandang OKT (orang kena tuduh). Kebetulan saya duduk pada kerusi panjang yang mengadap kandang OKT. Di kalangan mereka ada yang cantik. Dengan rambut mereka yang lurus seperti teknik “rebonding”, berbadan bentuk “gitar”, senyuman menawan, pasti sekali memikat sesiapa jua, hatta seorang ustaz berjubah sekalipun!

 

Ketika mereka duduk dalam kandang OKT, seluar dan juga skirt labuh yang mereka pakai terangkat sedikit. Saya terkejut, sebab saya nampak mereka ada bulu betis! Aduh! Saya tertipu rupanya. Mereka bukan gadis tulen, tapi sebaliknya mereka adalah pondan!

 

Ringkas cerita. Mereka ditangkap di Pantai Bersih (tapi kotor) Butterworth. Atas kesalahan berkelakuan sumbang (tak perlu saya nyatakan apa bentuk kesalahan itu, sebab terlalu jelek). Tuan Majistret bertanya kepada setiap seorang, dan mereka mengaku salah. Lalu majistret menjatuhkan hukuman MAKSIMUM iaitu denda RM30.00!!!. Apa sudah jadi? RM30.00 denda maksimum? Pegawai Pendakwa tu tergelak sambil berbisik kepada jurubahasa “tuan majistret tolong bayar pun boleh!” Anda tentu faham maksudnya.

 

Apakah memadai denda sejumlah itu? Lihatlah kepada Riwayat Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Dan juga Nabi SAW melaknat lelaki yang bertingkah laku seperti wanita dan wanita yang bertingkah laku seperti lelaki. (Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 10/332 dan 333)

 

Kenapakah golongan ini tidak serius kepada amaran laknat? Apakah laknat di atas lisan Nabi SAW itu hanya sama seperti perkataan laknat yang keluar dari mulut rakan-rakan sekampung?

 

Begitu berani mereka memakai rantai, gelang, anting-anting dan sebagainya. Sanggup mereka memakai skirt, baju kurung, bersolek ala perempuan, menghayunkan punggung seolah-olah sudah lama tidak dibuat “balancing”. Kononnya mereka adalah perempuan yang lembut.

 

Mungkin mereka tidak tahu atau tidak diberitahu tentang hadith riwayat Abu Hurairah yang bermaksud, “ Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki” (Riwayat Abu Daud, 4/355, Sahihul Jami’ 5071)

 

Dengan denda maksimum RM30 tersebut saya bertanya kepada Pegawai Pendakwa (berbangsa cina), kenapa murah sangat? Dia jawab, “Ini undang-undang ‘minor offences’ zaman orang putih, kita belum ubah lagi”

 

Maka kepala saya terbayang bagaimana sukarnya anggota polis mengejar pondan-pondan ini di Pantai Bersih. Pondan-pondan tersebut apabila polis membuat “raid” lari bertempiaran. Ketika mereka berlari, mereka bukan lagi pondan. Pondan sudah menjadi jantan. Lari selaju-lajunya. Anggota polis pula di usia 40’an kebanyakannya, perut pun ramai yang dah “boroi” tercungap-cungap mengejar pondan-pondan yang terpaksa ketika itu menunjukkan kejantanan masing-masing untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap polis. Saya bersimpati dengan rakan-rakan saya dalam PDRM. Penat tangkap, tapi hukuman ke atas pesalah yang dilaknat Allah dan Rasul langsung tidak setimpal!

 

Kalau ada pun, hanyalah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang, Seksyen 28 menyatakan “Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.

 

Harapan saya, pada masa akan datang, kita akan dapat meninggikan lagi hukuman sama ada di mahkamah sivil atau syari’ah bagi memberi gambaran sebenar keseriusan kesalahan yang mendapat laknat daripada Allah dan Rasul diiringi dengan peningkatan di bidang pendidikan sama ada formal atau tidak.

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

20/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

6 responses

  1. Nampak ustaz Jai pakar dalam bidangnya

    21/04/2009 at 8:32 pm

    • ustjai

      Alhamdulillah Tuan Doktor, setakat tu je yang saya tahu

      21/04/2009 at 11:09 pm

  2. dATOK kAY, tmn g.perahu

    4(a)(a) tak dak komen ka?..

    06/05/2009 at 10:50 am

    • ustjai

      dAtok kAY (sape bg dATOK? hehe) kes judi akan menyusul kemudian. Tapi kalau dATOK kAY nak cerita pengalaman dgn C.P. Ang pun ok juga hehe.

      09/05/2009 at 11:31 pm

  3. Nasha Naslimy

    Dear En Jailani

    Saya nak tanya satu soalan saja? pernah kah encik mendekati golongan ini & ingin menolong mereka? Memang patut mereka dihukum kerana membuat pekara yang tak senonoh tapi tak semua pondan tu jahat. Mereka macam manusia biasa juga lelaki atau perempuan ada yang jahat & ada yang baik. Saya rasa yang jahat tu kerana mereka selalu di keji & dihina masyarakat terutama ibubapa sendiri menghalau mereka & tak mau mengaku mereka anak. Yang malang nya bila mereka ditangkap kata kata hina ynag keluar dari mulut pak ajie berkupiah yang menangkap mereka begitu hina sekali manalah mereka nak menghormati pak ajie yang mereka anggap seorang warak mengeluar kan kata kata kesat . So bila tiada hormat .. menyampah lagi ada … Kalau mereka betul betul iklas rapati mereka dengan kasih sayang rapatkan mereka dengan ugama sebab kebanyakan mereka sembahyang pun tak tahu. Kita memang senang bercakap tapi hendak menolong tiada siapa nak menolong ya….

    08/05/2009 at 7:18 pm

    • ustjai

      Nasha,
      Imam Bukhari pernah meriwayat suatu hadith di mana seorang lelaki bernama Abdullah tetapi dipanggil HIMAR (sebagai gelaran) yg menyukakan Nabi SAW. Baginda pernah merotannya kerana kesalahan meminum arak. Pada suatu hari, lelaki tsbt telah dibawa ke hadapan Nabi SAW, dan Nabi perintahkan supaya dia dirotan, lalu dia dirotan. Pada masa tu, terdapat seorang lelaki di khalayak ramai, yg berkata, “Wahai Tuhanku! Laknatlah dia. Alangkah kerapnya dia dibawa kerana kesalahan arak. Bila mendengar kata2 tsbt, Nabi SAW bersabda; “Janganlah kamu mengutuknya, demi Allah, tidaklah aku ketahui, melainkan dia ini kasih kepada Allah & Rasul-Nya”. Oleh sbb itu, saya setuju dgn kata2 Nasha bhw mmg terdapat golongan yg melakukan jenayah pada pandangan masyarakat tetapi hatinya baik. Tetapi janganlah pula kenyataan saya dan hadith tersebut dijadikan dalil untuk menggalakkan org buat jenayah. Sbb hukum umum tetap melarang perbuatan lelaki menyerupai perempuan. Wallahu A’lam.

      09/05/2009 at 11:24 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s