jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

NIKAH SIAM: DO’S & DON’TS

Oleh:-

Ahmad Jailani Abdul Ghani

23/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Nikah Siam, dua patah perkataan yang membawa juga dua pengertian, suka dan duka. Ianya disukai oleh kedua-dua bakal pengantin tetapi kerap menjadikan “isteri tua” menjadi duka. Ia diminati bukan sahaja oleh orang kampung, penganggur, mat rempit tetapi juga digemari oleh tokoh korporat, datuk-datuk yang pastinya berkedudukan dan berpengaruh dalam masyarakat.

 

Maka saya mengambil peluang ini untuk memberi panduan mudah kepada semua pihak yang terlibat, sama ada suka atau duka. Bagi bakal pengantin, panduan ini berguna untuk mereka memastikan lamunan cinta atau “angau” mereka selama ini menjadi realiti. Manakala bagi bakal “isteri tua” panduan ini berguna untuk menjadikan khayalan bakal pengantin tersebut kekal sebagai “bintang berjalan di bumi”.

 

Saya mempunyai pandangan tersendiri, kenapa saya tidak bersetuju dengan “Nikah Siam”. Namun, itu akan dibincangkan kemudian. Okay, let’s go…

 

DO’S

 

1. Pastikan tempat yang akan anda dan pasangan anda berkahwin itu adalah tempat yang masyhur di kalangan mereka yang sudah melaluinya. Kerap terjadi sindiket penipuan yang menyebabkan pernikahan tersebut tidak sah dan tidak dapat di daftarkan.

 

2. Pastikan anda melepasi sempadan dan bukannya jurunikah yang masuk ke Malaysia.

 

3. Anda perlu menentukan sama ada pernikahan “Siam” ini perlu didaftarkan atau anda langsung tidak berniat untuk mendaftarkannya. Kerana langkah-langkah antara kedua-duanya banyak berbeza. 

 

4. Sebaik-baiknya menyeberangi sempadan dengan menggunakan dokumen perjalanan yang sah untuk memudahkan urusan di mahkamah kemudian.

 

5.Sebaik-baiknya menyeberangi sempadan bersama-sama dengan dua lelaki warga Malaysia yang boleh menjadi saksi di mahkamah nanti. Kalau pergi dengan rombongan ramai-ramai lagi bagus.

6. Ambillah gambar foto banyak-banyak dalam tempat nikah dan di luar tempat nikah. Ia boleh dijadikan bukti di mahkamah.

 

7. Selesai akad nikah, anda perlu hadir ke konsulat / kedutaan di sana.

 

8. Pastikan semua maklumat dan ejaan dalam surat nikah siam itu betul, lengkap dan tepat. Nikah sindiket kerap kali mudah dihidu dengan melihat kepada ejaan.

 

8. Banyak lagi.. (saya akan cuba update nanti)

 

DON’TS

 

1. Jangan sekali-kali bernikah di Malaysia tetapi surat nikah siam (jurunikah siam masuk ke Malaysia)

 

2. Jangan biarkan jarak antara pengantin perempuan dengan wali bapa kurang 2 marhalah (80km) jika bapa tidak izin. Risikonya, nikah tidak sah.

 

3. Jangan nikah “bawah pokok”. Biasanya, dilakukan oleh sindiket. Kalau pernikahan itu dibuat oleh sindiket, ianya tidak sah. Tidak sah bukan sebab bawah pokok, tapi sebab sindiket.

 

4. Jangan pergi hanya berdua kerana ia kerap menimbulkan masalah dari segi pembuktian di mahkamah

 

5. Bersambung….

 

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

23/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

About these ads

318 responses

  1. kota kemuning

    ustad mcm menggalakkan jer…hehehe..tak nak bagi alamat sekali ke kat mana. bukan apa, utk manafaat kepada sesiapa yg berhajat…

    25/04/2009 at 7:24 am

    • ustjai

      Sheikh Kota Kemuning,
      Mmg nak bagi. Dok tunggu masa lapang skit utk update. Kalau betul2 berminat, tungguuuu..

      29/04/2009 at 4:55 pm

    • Ada kalanya, nikah di Siam adalah jalan paling baik untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, kes dimana seorang lelaki yang dah beristeri terlanjur dengan seorang wanita, lalu wanita itu hamil. Dosa zina, mereka tanggung sendiri. Tapi, keluarga perempuan akan lebih selesa kalau pasangan tu berkahwin seberapa segera yang boleh. Kalau ikutkan cara biasa, lelaki yang dah berkahwin tu perlu masuk mahkamah minta izin poligami. Tapi, selepas 6 bulan pun belum tentu dapat kebenaran. Jadi, nikah di Siam adalah satu cara untuk menyelesaikan masalah dengan segera.
      Tempat yang paling sesuai untuk nikah di Siam ialah di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, sebab boleh terus ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan selepas nikah. Kalau di Yala, Narathiwat, Pattani atau Satun, tak ada Konsulat Malaysia.

      15/11/2011 at 5:12 am

  2. dATOK kAY, tmn g.perahu

    nikah dgn pompuan siam (esp yg jadi janda muda akibat tok laki kena tembak dgn Tamroid Siam…kesian kat depa) tu kira masuk bawah topic ni tak ? (ust ada line tak jenis macam ni)

    06/05/2009 at 10:43 am

    • win

      SALAM ,

      saya telah bernikah di majlis agama songkla , pada tahun 2002 dan tidak didaftarkan di malaysia.Malangnya, perkahwinan saya tidak berpanjangan , suami saya telah menceraikan saya talak 2 pada tahun 2004 . Urusan kes penceraian tersebut tidak didaftarkan pada majkis agama songkla hinggalah ke hari ni.Bagaimana saya ingin menyelesaikan kes penceraian tersebut secara rasmi ( hitam putih), sedangkan , kami telah lama berpisah & tinggal berasingan ?Mengikut hukum ,saya telah pun habis edah dan tiada apa 2 hubungan dgn bekas suami saya.

      18/08/2010 at 9:15 am

      • Ramai wanita yang berkahwin di Thailand menjadi mangsa perceraian suami yang tidak bertanggungjawab. Apatah lagi bila ada anak. Ramai mereka yang tidak mendaftarkan dengan Pejabat Majlis Agama Islam Siam dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Apabila perceraian berlaku di Malaysia si isteri akan lebih malang disebabkan tidak boleh membuat aduan di Malaysia dan membuat sebarang tuntutan nafkah dan sebagainya. Oleh itu sebaik-baiknya selepas balik ke Malaysia pasangan hendaklah mendaftarkan pernikahan mereka di Siam dengan segera supaya tidak timbul sebarang masalah nanti seperti yang dihadapi oleh Win.
        Merujuk kepada kes Win di atas, sepatutnya suami perlu pergi membuat aduan perceraian di Pejabat Majlis agama Islam di Songkhla atau mana-mana Pejabat Naib Kadi yang bertauliah di Wilayah Songkhla. Sebaik sahaj aduan dibuat sijil cerai akan dikeluarkan serta merta dan seterusnya membuat pengesahan di pejabat MAIS dan Konsulat. Puan juga boleh membuat aduan taaliq dan selepas eddah puan akan diberi sijil cerai oleh MAIS atau Naib kadi dimana puan membuat aduan tersebut. Sila hubungi pakcik apakah dokumen yang diperlukan dan bagaimana hendak mendapatkan sijil cerai secara sah untuk membolehkan puan bernikah kali kedua di Malaysia nanti.

        18/08/2010 at 4:59 pm

  3. dun

    salam
    boleh x ustaz bg alamat majlis agama islam yg diiktiraf kite bernikah di luar negara, dan apakh lg perkara yg per diambil kira?

    24/06/2009 at 3:13 pm

    • ustjai

      The Islamic Committee of Songkhla, 352, Lopburiramesuan Road, Moo 10, Klonghae, Hatyai, Songkhla, Thailand 90110. Tel: 074-580707, Fax: 074-580705.

      28/06/2009 at 8:36 pm

      • ak

        ustaz sy call x dpt pn no tu…blh bagi tau x mcm mne nk contact no yg ustaz bagi tu..

        28/10/2010 at 6:02 am

      • ustjai

        nombor mana saya bagi?

        28/10/2010 at 7:19 am

    • salam… kalau anda hendak ke sana pakcik boleh tolong bawa terus jumpa sesiapa pun yang adik nak jumpa. Cuma bayar duit minyak kereta dan belanja makan pakcik cukuplah. Tapi kalau nak berurusan fasal pengesahan sijil nikah atau sijil cerai anda kena bayar sedikit untuk perkhidmatan pakcik.

      29/01/2010 at 4:55 pm

      • assalamualaikum.. pakwan.. mcm mane sy nk contact pakwan ye?? sebbnya sy ingin meminta bantuan dari pakwan untuk uruskan pernikahan sy di siam.. sy harap pakwan dapat membantu sy dgn secept mungkin…

        20/10/2010 at 5:17 am

  4. Nasir

    Perkara yang baik bagi mengelakkan maksiat.
    trima kasih Us atas nasihat ini.

    02/07/2009 at 10:39 pm

  5. Najwa

    Ustaz, betulkah ada agen nikah yang boleh menguruskan nikah di kelantan tanpa perlu ke Siam dan menurut agen ini mereka menggunakan kadi yang diiktiraf. Bagaimana untuk mengetahui kadi tersebut diiktiraf? Boleh kah agen ini dipercayai?

    26/08/2009 at 5:39 am

    • ustjai

      Najwa, kalau mereka mendakwa bahawa surat nikah yg bakal dikeluarkan itu adalah surat nikah Siam, tanpa kita perlu pergi ke Siam, itu adalah pernikahan sindiket yang bertentangan dgn undang-undang dan boleh menyebabkan kegagalan pendaftaran di Malaysia. Kalau jurunikah itu adalah bapa kandung pengantin perempuan, nikah adalah sah tetapi akan didenda kerana melanggar undang-undang.

      27/08/2009 at 6:25 pm

    • ustjai

      Ttg kadi, tanya mereka nama kadi tersebut dan tempat pernikahan yg bakal dibuat. Saya boleh tolong jwb

      27/08/2009 at 6:27 pm

    • Awas kalau ada orang mendakwa boleh bawa jurunikah Siam ke Malaysia untuk akad nikah dan boleh dapat Sijil Nikah Siam, sebab perkara ini dah salah kerana melanggar sempadan. Yang ini bukan nikah luar negara tetapi dah jadi nikah dalam nefara tapi diakadnikah oleh jurunuikah siam. Bab nikah kahwin bukan boleh dibuat main-main. Kita kena ikut hukum hakamnya. Jangan sekali-kali menggunakan perkhidmatan mereka nanti pernikahan anda tidak sah dari hukum syarak, seumur hidup menanggung dosa.
      Kalau benar-benar nak kahwin di siam, berurusanlah sendiri atau cari agen atau orang yang betul-betul anda kenali atau bertanyakan mereka yang pernah berkahwin di Thailand agar anda tidak kena tipu oleh sindiket yang tidak ada belas kasihan lansung, dan sentiasa menunggu mangsanya untuk ditelan dan diratah Sebaik-baiknya aturlah per nikahan di Malaysia dulu. Kalau dah tak ada jalan keluar barulah fikirkan jalan yang kedua ini.

      29/01/2010 at 5:09 pm

      • rose

        salam Pakwan! saya berkahwin di siam dan memang melepasi sempadan dan dinikah kan disana. memang ada saksi lelaki dua orang bersama kami dari Malaysia. adakan perkahwinan kami sah…saya dah baca tentang jika wali tidak tahu tentang perkahwinan, perkahwinan tetap sah…saya cuma bimbang berkaitan dengan wali hakim saya disana…saya tak pasti sama ada dia di iktiraf atau tidak. tapi dia ada menunjukkan kad pengesahan dia, cuma saya tak pasti tipu atau betul. saya sudah tujuh tahun bernikah…saya tak sanggup jika pernikahan saya tidak sah.. bermakna saya telah berzina selama ini…tolong saya untuk jelaskan keadaan saya..saya juga minta jasa baik pakwan jika ada tempat selain jabatan agama untuk saya dapatkan nasihat untuk situasi saya..saya betul2 merayu…terima kasih.

        27/02/2010 at 12:42 am

  6. Insan Hina

    akum..saya berasal dari malaysia sebenarnya memang ingin kahwin lari tetapi tidak tahu di mana..boleh ustaz bagitahu bagaimana caranya atau di Malaysia siapa boleh saya runding?

    03/09/2009 at 5:50 am

  7. Insan hina (sebenarnya x hina)kahwin hanafi dulu then gi siam, @ gi siam terus

    20/12/2009 at 3:51 am

    • tambah 1 lagi

      ustaz,
      kahwin hanafi itu apa?
      saya ingin tambah 1 lagi tanpa memberitahu sesiapa jua, tidak perlu didaftarkan juga
      saya ingin mengelak perbuatan zina sahaja
      calon adalah janda berumur 23 tahun
      bagaimana caranya uztaz?

      25/12/2009 at 10:00 am

      • Kalau begitu pergi nikah kat Siam sahaja .
        Pakcik boleh tolong tapi pakcik nak bagi nombor email pakcik kat sini tak boleh salah peraturan.

        23/01/2010 at 7:46 pm

  8. wanita malang

    Assalammualaikum…..
    ustaz nak tanya apa prosedur andai saya nak mohon untuk batalkan pernikan saya dgn suami. kami bernikah di sempadan thailan dan sijil nikah saya di keluarkan olh THE COMMITTEE OF SONGKHLA 352 LOPBURIRAMESUAN RD MOO 10 KLONGHAE HATYAI SONGKHLA THAILAND 99110. Saya dah tak tahan dgn. sikap suami yang kaki perempuan dan kaki pukul..tolong la saya ustaz.. Bg idea mcm mana saya nak merdekakan diri saya ni..

    26/12/2009 at 6:43 am

    • ustjai

      Puan, jika pernikahan tersebut belum didaftarkan di M’sia, puan boleh buat aduan di Pejabat Agama di Klonghae, Hatyai. Biasanya mereka akan meminta 2 saksi lelaki utk mensabitkan perceraian secara taaliq.

      26/12/2009 at 9:34 am

      • Assalammualaikum…..
        Sambungan dengan wanita malang.
        Saya nak tanya bagi pihak kawan saya.
        1. Setelah sabitan perceraian secara taaliq bolehkah dapat terus surat akuan bercerai atau kena tunggu habis eddah.
        2. Suami ada tulis surat cerai talaq satu tetapi tandatangan surat cerai dengan dalam sijil nikah tidak sama. Surat cerai itu juga tiada tarikh.
        Boleh tak dokumen itu diterima pakai oleh Kadhi nanti?
        3. Apakah lain-lain dokumen yang perlu dibawa kepada Kadhi untuk cerai taaliq?
        4. Perlukah surat cerai itu disahkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Konsul Malaysia sebab pernikahan dahulu tidak didaftarkan di Majlis Agama Islam Songkhla dan tidak disahkan oleh Konsul Malaysia?
        5. Adakah surat cerai ini diperlukan oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia jika wanita ini hendak berkahwin kali kedua di Malaysia?
        6. Kalau surat cerai ini tidak diperlukan, apakah status wanita ini (belum kahwin atau janda) untuk diisikan dalam borang permohonan kahwin di Malaysia nanti?

        23/01/2010 at 6:38 pm

    • Ada 2 cara di sini.
      Pertama ikut cara dan nasihat daripada Ustaz tadi.

      Kedua: Puan boleh minta suami puan bersemuka dan nayatakan bahawa puan dah tak tahan lagi dengan perangainya itu, mintalah kalau boleh supaya dia berubah perangai demi keharmonian rumah tangga, apatah lagi kalau puan sudah ada anak. Sekiranya dia tidak mahu berbuat demikinan pintaklah dia cerai puan secara baik dan mintak dia tulis surat cerai dengan 2 orang saksi. Bawa surat tersebut ke mana-mana Naib Kadhi dalam Wilayah Songkhla untuk buat aduan dan cerai taaliq. Berdasarkan surat lafaz taaliq suami puan semasa bernikah dahulu, pihak Kadhi akan menentukan sama ada puan boleh bercerai taaliq atau tidak. Sekiranya dijatuhkan talaq puan dikehendaki menunggu sehinggalah tamat tempoh edah puan. Selepas itu sekiranya dalam masa edah itu suami puan tidak merujuk kembali kepada puan, maka puan kena pergi sekali lagi berjumpa naib kadhi tadi untuk mengesahkan perceraian puan. Naib Kadhi akan mengeluarkan Siji Cerai kepada puan. Selepas itu puan dikehendaki pergi ke Pejabat Majlis Agama Islam di Wilayah Songkhla untuk didaftarkan dan MAIS akan mengeluarkan surat pengesahan cerai dan dokumen ini boleh digunakan sebagai bukti bahawa puan telah bererai apabila puan hendak berkahwin untuk kali kedua di Malaysia.
      Sekiranya pernikahan puan dahulu telah disahkan oleh Konsul Malaysia di Songkhla, maka surat cerai puan juga mesti disahkan oleh pihak konsul dan direkodkan dalam pengkalan data mereka. Pejabat Konsul sebagai entiti tertinggi mewakili kerajaan Malaysia diluar negara akan mengeluarkan surat perakuan sah cerai puan dan dokumen ini sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.
      Pandangan saya ini adalah berdasarkan bahaw aSijil Nikah dahulu telah didaftarkan di MAIS dan disahkan oleh Konsul Malaysia semasa berkahwin dahulu.
      Puan juga tidak menyatakan sama ada pernikahan puan telah didaftar di Malaysia atau belum.
      Pandangan saya adalah pandangan peribadi, sekiranya ada yang salah harapendapat teguran dari pihak yang lebih arif lagi.
      Sekian terima kasih

      29/01/2010 at 5:42 pm

  9. bro_nan

    salam,,,,sekadar ingin bertanya, dalam proses pendaftaran semula di M,sia,
    1)Apakah isteri pertama akan tetap dimaklumkan perkara ini?
    2) Berapakah denda yg dikenakan dalam proses pendaftaran berkenaan.
    3)Sekiranya saya dari Kuala Lumpur.Boleh atau tidak pengesahan atau pendaftaran semula dilakukan di Pej Agama Perak, Kedah Atau Kelantan?

    26/12/2009 at 8:10 am

    • ustjai

      Bro nan, Prosedur di Malaysia mewajibkan kita memanggil isteri pertama ke mahkamah dalam proses pendaftaran pernikahan kedua. Denda pula bergantung kpd enakmen negeri di mana mahkamah syariah itu berada. Biasanya, boleh dianggarkan dalam lingkungan RM1,000. bagi satu kesalahan (berkahwin luar kawasan tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran dikira 2 kesalahan). Tempat pendaftaran dikira berdasarkan 1. alamat semasa 2. alamat pada kad pengenalan 3 tempat kelahiran (alamat di sijil kelahiran). Ia akan banyak bergantung kepada hakim yg membicarakan kes berkenaan.

      26/12/2009 at 9:31 am

      • aini

        askum ustaz. saya dan pasangan saya hendak ke sempadan .tapi pasport sya lambat siap.kamiterpaksa tunggu.masalah nya pasangan saya nk cepat takut perkara tak baik berlaku.bolihkamiguna border pass .ke siam.bolih kan ustaz dapat kan agen untuk kami.

        07/07/2010 at 1:43 am

      • ustjai

        Maaf, saya tidak mahu bertanggung jawab dalam mencadangkan mana2 agen.

        07/07/2010 at 3:24 pm

  10. optimus prime

    Salam,

    Saya ada few questions and hope ustaz blh tlg bg solutions for these:-

    1) Kalau pasangan yg mahu bernikah di siam,tapi mereka masih bujang (belum pernah berkahwin sebelum ini), adakah di bolehkan dan adakah mahkamah akan mengiktiraf perkahwinan itu?sebab saya ada terdengar beberapa penadapat yang mengatakan bahawa pasangan bujangan tidak boleh bernikah di siam,hanya org yang pernah berkahwin sahaja dibenarkan spt janda dan sbgnya. Jika pasangan bujang telah pun bernikah di siam,mereka perlu bernikah sekali lagi dan dikenakan denda jika mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di malaysia.

    2)Adakah anak didalam kandungan yang dihasilkan melalui hubungan terlarang boleh di bin atau di bintikan kepada ayahnya setelah ibu bapanya berkahwin sebelum usia kandungan itu mencecah 6 bulan.saya ada mendengar pendapat beberapa pendakwah mengatakan ianya di bolehkan, tetapi saya tidak pasti samada kerajaan malaysia mengiktiraf perkara sebegini dan akan adakah masalah sewaktu mendaftar di JPN nanti.

    04/01/2010 at 10:26 am

    • ustjai

      1. Pasangan bujang boleh berkahwin di Thailand dan mendaftarkannya di Malaysia. Denda adalah sama spt orang berpoligami, cuma bg lelaki yg berpoligami didenda tambahan atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran. Adalah tidak benar pasangan bujang perlu bernikah semula di Malaysia, kecuali pernikahan mereka itu meragukan.

      2. Amalan di kebanyakan mahkamah syariah di Malaysia, anak tersebut tidak boleh dibinkan kepada bapa jika terbukti ianya hasil hubungan terlarang. Kerana kebanyakan hakim syarie lebih suka berpegang kpd pendapat mazhab Shafie. Mungkin boleh dibinkan kepada bapa jika peguam syarie dapat meyakinkan hakim tentang kemaslahatan berpegang kpd mazhab Imam Malik. Manakala amalan pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara, mengikut pengalaman saya, semua kelahiran 6 bulan selepas tarikh nikah adalah sah untuk didaftarkan tanpa mengambil tahu sama ada anak itu benar2 sah taraf atau tidak. Ini kerana, semua kelahiran selepas 6 bulan dari tarikh akad nikah dianggap sebagai sah taraf kecuali ada bukti sebaliknya. WA.

      04/01/2010 at 11:14 am

      • keliru

        sy nak tya btl ker kalau bernikah di padang besar tidah sah dan tidah boleh di daftarkan di malaysia kerana sy bercadang hendak berkahwin di siam

        25/02/2011 at 7:22 am

  11. sri

    salam
    nak tanya kalau dah nikah kat siam,tapi x jumpa konsulat,saksi disediakn oleh naib kadi betong, sekarang naib kadi tuh dah meninggal…
    macam mana nk daftar? yg ikut mak dgn kawan… ayah xdapat ikut sbb diisytihar muflis xleh masuk sempadan

    15/01/2010 at 8:42 am

    • ustjai

      kebanyakan mahkamah skrg mensyaratkan ada surat konsulat. Biasanya pernikahan yg mengikut prosedur akan mempunyai surat konsulat. Saya bimbang dan syak ada pernikahan puan mungkin tidak mengikut prosedur tsbt. Boleh cuba di mahkamah, tetapi biasanya akan gagal.

      22/01/2010 at 11:36 am

    • Saya merujuk kepada pertanyaan Cik Sri Mengikut pengalaman saya mereka yang berkahwin di wilayah Songkhla urusan pengesahan Sijil Nikah boleh dibuat di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan seterusnya Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla akan merujuk kepada Konsul Malaysia untuk pengesahan semua dokumen yang berkaitan dengan pernikahan di Thailand bagi membolehkan kita mendaftarkan semula pernikahan tersebut di Malaysia.
      Nak buat pengesahan tidak perlu bawa saksi ke Majlis Agama Islam di sana. Yang penting ialah Sijil Nikah yang dikeluarkan oleh Naib Kadhi itu tulin atau tidak. Pastikan Sijil Nikah Tulin itu ada common seal timbul (embossed) dan bagi rakyat Malaysia yang berkahwin di sana ada 2 jenis surat dikeluarkan oleh Naib Kadhi iaitu Surat Akuan sah Perkahwinan dan Surat Catatan Keterangan Nikah Yang Ada Lafaz Taaliq.
      Caranya mudah sahaja. Bagi Cik yang menikah di Betong Cik boleh uruskan sendiri. Langkah pertama ialah bawa kedua surat tersebut, Kad Pengenalan Suami dan Isteri serta Dokumen Perjalanan Yang sah (pasport antarabangsa atau border pass) ke Pejabat Majlis Agama Islam Yala dan setelah mendapat Surat Pengesahan Majlis Agama Islam disana Cik boleh bawa surat tersebut ke Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla untuk buat pengesahan terakhir. Dokumen yang perlu ialah Surat asal yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam yang ditujukan kepada Konsul, Salinan Fotostat Kad pengenalan pasangan, salinan fotostat dokumen perjalanan yang menunjukkan tarikh Cik ke Thailand semasa akad nikah dulu dan salinan 2 jenis surat nikah yang dikeluarkan oleh Baib Kadhi dahulu. DiPejabat Konsul tak perlu semua orang yng terlibat hadir. Salah seorang pasangan pun boleh uruskan sendiri. Urusan di Pejabat Konsul hanya 30 minit hingga 1 jam sahaja. Setelah selesai Cik akan diberi Surat Pengesahan (ada common seal embossed) yang ditujukan kepada pihak berkuasa Agama Islam di Malaysia yang menyatakan bahawa pernikahan Cik ini sah dan betul dan boleh didafarkan di Malaysia. Pihak Konsul akan certified kesemua dokumen fotostat tadi dan surat Majlis Agama Islam dengan tt dan cop Konsul. Cik hanya perlu bayar duit pengesahan dokumen tadi @ 30 baht (RM3.00) sekeping. Kemudian Cik dikehendaki membuat salinan fotostat kesemua dokumen tadi untuk simpanan pejabat konsul.
      Maaf sebab komen saya terlalu panjang. Banyak lagi penjelasan yang saya hendak jelaskan, tetapi saya tidak boleh tonjolkan diri saya atau beri nombor contact atau mengiklankan diri saya disini kerana menyalahi peraturan kecualilah diizinkan oleh penmilik dan pentadbir blog ini. Saya memang ikhlas hendak tolong pasangan yang bermasalah daripada ditipu atau diambil kesempatan oleh sindiket yang ingin mengaut wang daripada mereka yang malang ini. Sebenarnya saya menguruskan pasangan yang hendak berkahwin di Thailand dari awal hingga selesai semua pengesahan.

      23/01/2010 at 7:28 pm

      • aini

        pasangan saya hendak berpoligami, sekarang pasport saya kna tunggu lama baru dapat.bolih ke guna border pass

        07/07/2010 at 1:55 am

      • ustjai

        Boleh guna border pass bagi rakyat negeri bersempadan dgn negara trsbt.

        07/07/2010 at 3:20 pm

  12. black sakura

    as-salam,

    suami tidak mahu mendaftar perkahwinan di malaysia. bagaimana caranya ustaz. Dokumen -dokumen yg asal ada pada saya.

    20/01/2010 at 2:51 pm

    • ustjai

      Kebanyakan hakim syarie, mahukan kedua2 hadir ke mahkamah utk buat pengesahan. tetapi tidak salah mencuba, dgn syarat semua dokumen lengkap dan lebih baik jika jurunikah dan 2 saksi tersebut dapat dipujuk utk hadir ke mahkamah (pernah dibuat, tetapi jarang yg setuju hadir).

      22/01/2010 at 11:32 am

    • Assalamualaikum wkt..
      Yang penting ialah semua dokumen pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam Songkhla (sekiranya puan nikah di Wilayah Songkhla) dan konsul Malaysia di Songkhla ada di tangan puan. Pendafaran di Malaysia boleh dibuat bila-bila masa pun tidak semestinya dalam masa 6 bulan. Puan boleh mendaftar pernikahan puan walaupun 2 atau 3 tahun lagi. Tunggulah sehingga suami puan berubah fikiran kemudian baru buat pendaftaran di Jabatan Agama Islam yang berkenaan.

      24/01/2010 at 2:10 am

  13. sri

    kat mana alamat pejabat konsul di thai

    25/01/2010 at 2:12 am

    • Alamat pejabat konsulat jeneral Malaysia di Songkhla ialah No.4 SukumRoad, Songkhla 9000, Thailand. Untuk makluman bangunan konsulat ini sedang dalam pembaikan. Pejabat sementara mereka ialah disekitar Bank Islam Songkhla. Untuk mencari pejabat ini tidak susah. Kalau dari Hatyai sebelum masuk ke pekan Songkhla cari landmark Bank Islam (sebelah kiri jalan)
      Bangunan BankIslam berwarna Hijau. Selepas anda sampai kat bank ini, lebih kurang 50 meter terdapat sebuah lorong disebelah kiri jalan. Kalau dilihat ke arah lorong ini terdapat bangunan yang dihiasi bendera di kiri dan kanan bangunan. Pergi kedepan lebih kurang 100 meter selepas bangunan yang ada bendera ini. Disebelah kiri lorong inilah terdapat bangunan sementara yang menempatkan pejabat konsul Malaysia. Disini tidak ada papan tanda pejabat. Cuma ada pengawal keselamatan berwarna biru tua. Pejabat urusan terletak agak kebelakang dari bangunan dalam kawasan pagar tersebut. Anda hanya perlu beritahu pengawal di situ tujuan dan urusan anda. Pengawal ini akan menunjukkan arah dimana pejabat konsul ini.

      25/01/2010 at 9:45 am

      • maria

        saya nak tanya adakah nikah di sempadan sah..
        jika nikah tanpa pengetahuan ibu bapa??

        02/05/2011 at 1:58 pm

  14. siti

    assalamualaikum ustaz…

    29/01/2010 at 10:09 am

  15. siti

    ustaz…sy ada masalah untuk berkahwin dgn teman lelaki sy krn tman lelaki sy adalah suami org..untuk pengetahuan ustaz seluruh keluarga dan saudara mara sy mengenali teman lelaki sy ni adalah seorang yg bujang..bujang tua.masalah sy skrg ustaz sy nk berkahwin dgn teman lelaki sy ni tp sy nk buat akad nikah tu mcm org biasa org bujang di masjid tmpat umah sy atau di rumah sy sndri..teman lelaki sy nk buat pengakuan bujang dlm borang kahwin tu tp apabila difikirkan betul2 adalah salah krn menipu jabatan agama.skrg ustaz apa yg sy dan teman lelaki sy terfikir kami nk mencari jurunikah sindiket di malaysia ada ke ustaz?dan apa yg sy fikir skrg sy nk berkhwin dulu di siam tnpa pengetahuan ahli keluarga dan saudara mara dan nanti kahwin lagi sekali di umah ibubapa sy dgn jurunikah sindiket itu sbgai mengaburi mata2 keluarga.ustaz ada cadangan or pandangan ke ustaz mengenai masalah sy ni.diharap sgt2 ustaz atau sesiapa dpt membantu.sekian terima kasih

    29/01/2010 at 10:21 am

    • ustjai

      Apakah jalan utk perbincangan dgn isteri pertama dan keluarga sendiri, tertutup rapat?

      29/01/2010 at 4:07 pm

      • siti

        Isteri pertamanya tak izinkan dia kawin dan teman lelaki sy sggup lepaskan isteri pertama dia demi sy tp sy tak sggup menghancur n meruntuhkan rumah tgga dia dan sy sggup hidup bermadu..masalah skrg adalah ayah dan mak serta adikberadik sy semuanya akan membenci dan akan buang sy kalau mereka tahu hal sebenar ini ustaz..sy tak nak derhaka pada mereka smua.sy adalah anak bongsu kesayangan keluarga.mereka nk kan calon suami yg terbaik untuk sy selama ini.skrg sy sdah ada calon suami yg terbaik untuk diri sy tp masalahnya skrg dia adalah suami org huhu..puas sy dan teman lelaki sy ni mencari jalan untuk kami berkahwin.untuk menipu status bujang teman lelaki sy takut sbb dia adalah seorang pgawai tinggi kakitangan kerajaan.harap ustaz dpt tolong sy selesaikan masalah sy ini..tq.wassalam

        29/01/2010 at 5:29 pm

    • Saya ingin memberi pandangan berdasarkan fakta dan maklumat yang diberikan disini sahaja. Demi menjaga martabat keluarga dan demi mengelakkan berlaku maksiat dan zina Saya cadangkan supaya cik berkahwin di Songkhla Thailand. Oleh kerana cik bercadang untuk berkahwin kli kedua di Malaysia, jadi pernikahan cik di Siam tak perlu di sahkan ke pringkat Konsul sebab jika di sahkan oleh Konsul rekod pernikahan cik dah ada dalam pengkalan data di Jabatan Agama Islam di Malaysia.
      Tetapi sebelum cik mengambil keputusan untuk berkahwin di Siam eloklah cik fikirkan dulu maruah ibu bapa yang telah memelihara kita sehingga k tahap kita berada sekarang. Dan fikirkanlah dulu air mata mereka sekiranya cik berkahwin di Siam Seboleh-bolehnya elakkanlah dari mengambil jalan pintas. Bersabar dan berdoalah semoga Allah membuka dan melembutkan hati mereka supaya mereka bersetuju dengan calon cik itu.
      Sementara itu cik bolehlah berikhtiar memujuk keluarga cik dan saya percaya lama kelamaan mereka akan bersetuju juga. Cik boleh berterus terang dengan mereka dan katakan sekiranya mereka tidak bersetuju katakan kepada mereka bahawa cik akan lari dan nikah kat Siam. Tengok apakah riaksi mereka. Saya percaya daripada mereka mendapat malu sekiranya cik berkahwin di Siam, saya percaya mereka akan berfikir sekali lagi dan berkemungkinan hati mereka akan berubah dan bersetuju dengan calon cik itu. Biarlah ambil masa sedikit dan jangan terburu-buru.
      Andaikata dah sampai tak ada jalan penyelesaian lagi barulah cik ambil keputusan bernikah di Siam. Saya bukanlah hendak menggalakkan Cik pergi bernikah di Siam tetapi kalau dah tak ada jalan lain dari bergelumang dosa lebih baiklah cik berkahwin di Siam. Sama ada nak daftar kat konsul dan kat Malaysia, bergantung kepada keadaaan dan keputusan Cik nanti. Saya boleh tolong uruskan perkara ini sehingga selesai.

      03/02/2010 at 5:21 am

      • mat

        Rekod pernikahan di thailand tidak ada di majlis agama islam negeri walaupun setelah mendapat surat konsul. Surat Konsul lebih bertujuan utk menunjukkan kehadiran kita di Thailand (walaupun ada kes berlaku sebaliknya) dan meminimakan pernikahan sindiket di Thailand. Pernikahan (akad nikah) boleh dibuat 2 kali. Jika tertangkap khalwat, beban bukti terletak di atas bahu anda untuk membuktikan pernikahan tersebut adalah sah. Pengalaman saya, setiap mahkamah syariah berbeza, ada yg memadai dgn pengesahan surat nikah Thailand, tetapi majoritinya menghendaki anda utk mengesahkannya terlebih dahulu di Malaysia.

        07/02/2010 at 4:57 pm

  16. iman nasuha

    salam alaikum ustaz…. sy mempunyai masalah mengenai pasangan sy. dia duda. kami dah buat perancangan mahu bernikah di siam… tp sy sekarang dalam keadaan ragu2. adakah keptusn sy ni btl @ x.. sy prnah tnya pd mak sy, sy nk lelaki plihan sy (duda) jwpn mk sy, dia mgkn blh terima, tp ayh sy mgkn x terima.. sb sy tau ayh sy mst nk menjaga nama dia. xkn nk sy nkah dengan duda.. tlg sy stz… sy x tau macam mana sy nk selesaikan masalah sy ni….. sy bingung.. sbb sy merancang mahu bernikah raya cina ni. sy tiada pilihan lain ustaz. sy x nk tambah dosa dan buat maksiat. niat sy baik.. harap secpat mungkin jwpn yang sy mahu terjawab… sekian wasalam…

    03/02/2010 at 3:02 am

  17. Di sini saya ada copy tentang hukum bernikah dua kali dari laman web soal jawab agama Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)…

    Bernikah dua kali..

    Soalan 25
    Adakah boleh seseorang yang telah berakad nikah di Thailand berakad nikah sekali lagi di Malaysia kerana tidak mahu mendedahkan rahsia bahawa mereka telah berkahwin di Thailand kepada keluarga mereka?

    Jawapan
    Boleh. Mengikut hukum syarak, diharuskan menikah semula sekiranya pasangan tersebut mempunyai alasan-alasan yang munasabah dan kukuh untuk menikah semula, sebagai contoh untuk menjaga maruah yang boleh mengaibkan atau jika boleh menyebabkan mudharat kepada pasangan terbabit jika diketahui oleh keluarganya ataupun atas sebab-sebab keraguan terhadap kesahan nikah di Thailand tersebut.

    Sekian, Wallahu’alam.

    03/02/2010 at 8:27 am

  18. mat

    Salam…
    saya nak tanya ustjai,adakah rekod perkahwinan seseorang di songkhla telah ada dalam data majlis agama islam malaysia setelah mendaftar di pejabat konsul?
    saya berkahwin di songkhla,tapi tak mahu daftar di malaysia sebab nanti nak kawin balik secara sah di malaysia…adakah jika saya daftar di pejabat konsul,saya sudah tidak dapat berkahwin lagi di malaysia kerana rekod telah ada dalam majlis agama islam malaysia?
    Kalau saya tak daftar di pejabat konsul,apa jadi andai saya tertangkap khalwat bersama isteri?diterima kah sijil nikah kami tanpa surat pengesahan konsul?

    04/02/2010 at 2:20 pm

    • ustjai

      Rekod pernikahan di thailand tidak ada di majlis agama islam negeri walaupun setelah mendapat surat konsul. Surat Konsul lebih bertujuan utk menunjukkan kehadiran kita di Thailand (walaupun ada kes berlaku sebaliknya) dan meminimakan pernikahan sindiket di Thailand. Pernikahan (akad nikah) boleh dibuat 2 kali. Jika tertangkap khalwat, beban bukti terletak di atas bahu anda untuk membuktikan pernikahan tersebut adalah sah. Pengalaman saya, setiap mahkamah syariah berbeza, ada yg memadai dgn pengesahan surat nikah Thailand, tetapi majoritinya menghendaki anda utk mengesahkannya terlebih dahulu di Malaysia.

      07/02/2010 at 4:07 pm

  19. wira

    Assalamualaikum…
    Saya nak tanya,sah atau tidak pernikahan di thailand menggunakan wali hakim tanpa memberitahu atau meminta izin dari wali asal langsung…Maksudnya,wali langsung tidak tahu tentang perkahwinan tersebut dan tidak timbul pun isu wali enggan mewalikan kerana wali tak pernah diminta izin…Saya risau jika pernikahan saya dan isteri tidak sah sebab kahwin senyap2……

    07/02/2010 at 3:38 pm

    • ustjai

      secara umumnya sah dgn syarat wali asal berada lebih 2 marhalah (80km) drp tempat berlakunya akad nikah

      07/02/2010 at 3:58 pm

  20. mat

    Untuk pengetahuan ustjai,saya telah bernikah di siam,tetapi belum buat pengesahan di pejabat konsul kerana takut rekod telah berada dalam jabatan agama islam malaysia dan kami tak dapat kahwin lagi secara sah di depan keluarga apabila habis belajar nanti…
    Merujuk jawapan ustjai tadi,jadi bolehlah saya pergi daftar kat pejabat konsul tanpa risau rekodnya telah ada di jabatan agama malaysia?Begitu ke ustaz?

    07/02/2010 at 4:20 pm

  21. wira

    Assalamualaikum…
    Adakah berdosa jika saya tidak memberi nafkah kepada isteri kerana kami masih sama2 belajar dan belum cukup mampu untuk memberi nafkah?
    Isteri saya redha dengan semua itu kerana dia faham keadaan kami sekarang dan kami masih ditanggung oleh keluarga..Cuma saya nak tahu adakah saya berdosa kerana tak bagi nafkah zahir kepada isteri?

    08/02/2010 at 1:35 pm

    • Naz

      Boleh x ustjai bagi jawapan utk soalan ni?

      03/08/2010 at 5:40 am

  22. wira

    Assalamualaikum…
    Adakah berdosa jika saya tidak memberi nafkah kepada isteri kerana kami masih sama2 belajar dan belum cukup mampu untuk memberi nafkah?
    Isteri saya redha dengan semua itu kerana dia faham keadaan kami sekarang dan kami masih ditanggung oleh keluarga..Cuma saya nak tahu adakah saya berdosa kerana tak bagi nafkah zahir kepada isteri??

    08/02/2010 at 1:36 pm

  23. heart

    Salam.
    Ustaz,sy bru lepas melakukan dnc (abortion) di sebuah medical centre. sy amat menyesali perkara itu dan sering dhantui rs bersalah. it’s been a month dan sy masih belum melakukan apa2 ibadah fardhu terutamanya solat.sebabnya,sy ragu tentang jenis mandi hadas yg perlu sy lakukan. adakah mandi wajib biasa atau mandi hadas spt wanita yg baru putus nifas. for ur info i had a vaginal bleeding for 2weeks after the process..sy khuatir mengenai ini dan bimbang sekiranya amalan sy tidak dterima jika tidak melakukan perkara yg sebetulnya. sy harap ustaz dapat memberi tunjuk ajar secara detail spt cara,lafaz niat dan sebagainya.tq

    17/02/2010 at 12:08 pm

  24. anilza

    sy telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada akhir bulan 6. tetapi saya telah meminta izin dari ibu, sy ingin bernikah dahulu (bulan 4). tp ibu sy xizinkan. kami ingin mengelakan dr terjadi nya zina oleh sbb itu kami merancang utk nikah dulu.
    jika kmi bernikah di sempadan dhulu dan nikah sekali lagi pd bulan 6 di malaysia, apakah hukum nya?

    23/02/2010 at 2:35 am

  25. rose

    salam. saya betul-betul dalam keadaan buntu, saya bernikah dengan suami pada 2003 di thailand. adik beradik tahu tentang pernikahan saya ini. malah isteri pertama juga tahu. masalah nya hanya kerana untuk tidak beritahu kepada kedua ibu bapa saya maka kami nikah di thailand. masalahnya sekarang, ayah saudara saya, adik kepada ibu saya telah mengetahui tentang pernikahan ini, dia menyatakan pernikahan kami tidak sah dan dia beritahu yang saya dan suami berzina, saya betul-betul keliru dan takut.

    1. semasa hendak berkahwin saya tidak minta iziz dari bapa saya, tapi beliau ada menyatakan tidak setuju dengan hubungan saya dan suami saya. adakah perkahwinan saya sah bila saya menggunakan wali hakim tanpa memberitahu langsung kepada wali iaitu bapa saya.

    2. boleh kah bapa saya membatalkan pernikahan saya?

    3. kami belum lagi mendaftarkan perkahwinan kami tetapi insyaALLAH dalam masa yang terdekat ini akan didaftarkan, adakah perlu bagi bapa saya untuk hadir sama? dan apakah perkara-perkara yang akan kami hadapi.

    4. dimanakah tempat atau individu yang sesuai untuk kami rujuk bagi mendapatkan kesahihan untuk melihat samada sah atau tidak pernikahan kami

    saya amat mengharapkan agar saya tuan dapat membantu saya… saya betul-betul takut sekiranya pernikahan kami tidak sah!

    sekian terima kasih
    wassalam

    26/02/2010 at 7:32 am

  26. Untuk Rose yg bertanya…
    Pandangan saya ini di andaikan sijil nikah anda telah mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Siam dan Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
    Sekiranya anda telah mendapat semua dokumen nikah dan pengesahan dari 2 jabatan berkenaan adalah jelas bahawa pernikahan anda sudah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan anda boleh mendaftar semula pernikahan anda di Malaysia.
    Jadi tidak berbangkit sama ada wali hakim itu diiktiraf atau tidak. Untuk pengetahuan, sekiranya anda bernikah dgn wali hakim/jurunikah sindiket atau palsu atau tidak bertauliah, dokumen pernikahan anda akan ditolak oleh Majlis Agama Islam Siam dan Konsulat Jeneral Malaysia tidak akan membuat sebarang pengesahan.

    27/02/2010 at 10:34 am

    • rose

      terima kasih pakwan atas penjelasan tersebut.. semua dokumen pernikahan saya lengkap dengan apa yang pakwan maklumkan. teria kasih atas segala bantuan.

      wassalam

      27/02/2010 at 11:35 am

  27. Salam …

    Sy ingin bertanyakan lebih lanjut berkenaan perkahwinan di Siam, seperti dibawah:

    1. Sekiranya wali bagi pihak perempuan mengizinkan, tetapi tidak dpt hadir dlm majlis akad nikah, atas sebab2 masaalah kesihatan, bolehkan adik lelaki yg dtg ke majlis akad nikah menjadi wali? atau harus kah berwalikan wali hakim ?

    2. Utk pendaftaran di Malaysia, selain 3 dokumen penting, (seperti surah akad nikah, pengesahan jabatan agama & surat konsulat), adakah pihak perempuan perlu mengisi borang permohonan “persetujuan wali dan wakalah wali” ?

    3. Berapa lamakah tempoh masa yg diambil oleh jabatan agama, utk mengeluarkan sijil nikah malaysia selepas kami membuat permohonan.

    01/03/2010 at 10:40 am

    • ustjai

      1. Jika lebih 2 marhalah, tiada sebarang masalah sama ada utk guna wali nasab atau wali hakim. 2. borang yg lengkap termasuk persetujuan wali dan wakalah wali akan membantu kelancaran proses tetapi bukan mandatori jika lebih 2 marhalah. 3. Sijil Nikah akan melibatkan mahkamah dan pejabat agama maka ia bergantung case by case. Ada yg cepat seperti dalam tempoh sebulan atau dua bulan dan ada yg sampai beberapa tahun.

      08/03/2010 at 9:05 pm

  28. azman

    Ustaz,saya bernikah di thailand. Kadi datang mengambil kami di malaysia. alamat yang tertera pada surat nikah ini ialah;

    THE ISLAMIC COMMITTEE OF SONGKHLA
    658/26 SAI 41 PECHAKASEAM RD, HATYAI
    SONGKHLA,Thailand 90110 TEL – 074-255700

    1)adakah ini sindiket pernikahan di thailand?
    2)adakah pernikhan ini sah disisi syara’?
    3)Jika perceraian berlaku, apakah kesan nya jika tidak didaftarkan perceraian itu?

    13/03/2010 at 8:36 am

    • ustjai

      Dgn maklumat sebegini sukar utk ditentukan sah atau tidak. Jika ditemuduga secara terperinci, baru boleh dibuat saya berikan pandangan. Itupun memerlukan pengesahan mahkamah syariah. Jika berlaku perceraian, secara umumnya akan menimbulkan byk kesusahan kpd si isteri kerana menyebabkan hak-haknya dan anak akan menjadi sukar utk dituntut di mahkamah.

      16/03/2010 at 1:06 pm

    • Sdra Azman,
      Maklumat yg sdra berikan itu tidak lengkap. Saya ingin bertanya adakah kadi datang mengambil sdra di Malaysia dan menikahkan anda di Malaysia atau membawa sdra menikah di Thailand dengan jarak marhalah yg mencukupi bagi memenuhi syarat wali isteri sdra?
      Adakah kadi ini mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Songkhla? Kalau dia ada tauliah adakah dia menikahkan sdra di kawasan yg diberikuasa kepadanya oleh Majlis agama Islam Wilayah Songkhla atau yg di luar kawasan tauliahnya?

      Disini saya mengandaikan bahawa kadi ini mempunyai tauliah dari Majlis agama Islam Wilayah Songkhla, dan menikahkan srda dan pasangan anda di kawasannya yg diberi tauliah. Sekiranya ini betul dan akad nikah ini juga memenuhi syarat/rukun nikah, pernikahan sdra adalah sah sama ada dari hukum syarak dan dari undang-undang /peraturan yg ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Songkhla.
      Kebiasaannya bagi rakyat Malaysia yg telah berkahwin di Wilayah Songkhla, selepas selesai akad nikah sdra akan diberi 2 jenis surat iaitu Surat Akuan Sah Nikah dan Surat Catatan Keterangan Nikah. Kedua dokumen ini perlu mendapat pengesahan dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla untuk dimajukan kepada Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla untuk pengesahan. Sekiranya sdra telah melalui proses ini dan mendapat semua pengesahan dokumen tersebut, maka Sijil Nikah sdra adalah sah dan tulin. Tetapi jika dua dokumen yg dikeluarkan oleh Kadi tadi tidak cukup atau tidak dapat disahkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, memang dah jelas bahawa ini adalah nikah sindiket.
      Jika sudah jelas bahawa nikah sindiket, sekiranya berlaku perceraian, sdra tidak dapat mendaftar perceraian anda dgn Majlis Agama Islam Songkhla atau mendapat pengesahan dari Konsulat Jeneral Malaysia.

      16/03/2010 at 5:18 pm

  29. naser

    utz sy nak tanya mcm mana kalau sy nikah kat siam sthun yg lepas tapi boder pas sy dan isteri saya dah hilang lpas tu macam mana tindakan yg boleh sy buat lagi yewww…minta pendapat utz

    16/03/2010 at 6:44 am

    • ustjai

      Surat Pengesahan Konsulat Malaysia ada tak?

      16/03/2010 at 1:02 pm

  30. naser

    sya baru pertama kali berkahwin..dan isteri melahirkan anak.. bolehkah saya mendaftarkan suraT beranank anak tanpa mendaftarkan perkahwinan sy dulu…minta pndapat utz????

    16/03/2010 at 6:47 am

    • ustjai

      JPN perlu kpd surat nikah sah utk membolehkan sijil lahir anak dikeluarkan dgn maklumat ibu & bapa. Jika tuan daftar juga kelahiran anak tersebut tanpa surat nikah sah, maka tiada maklumat bapa pada sijil lahir anak.

      16/03/2010 at 1:01 pm

    • inn

      Sebenarnya saya keliru juga bagaimana isteri anda boleh bersalin dimana-mana hospital sekalipun di Malaysia (kerajaan dan swasta) kerana Buku Merah diperlukan dan untuk memperolehi Buku Merah, salinan kad pengenalan dan salinan sijil nikah diperlukan.

      08/04/2012 at 7:52 am

  31. musophin

    Saya telah berkahwin dengan pasangan saya di Betong melalui agen nikah di sana Semasa meyeberangi sempadan Pengkalan Hulu/Betong saya menggunakan pasport antarabangsa. Saya telah menyerahkan pasport saya dan isteri saya kepada agen tersebut untuk urusan cop imigeresen. Setelah kembali ke Malaysia saya tidak menyedari bahawa pasport kami tidak dicop oleh imigeresen Malaysia dan Thailand. Saya hairan kenapa pasport kami tidak dicop.

    Untuk makluman ustaz, saya menghadapi masalah apabila saya mendaftar dengan Mahkamah Syariah Negeri Kedah, dan mahkamah hendakkan bukti cop tarikh masuk dan keluar negara ke Thailand. Saya menjadi buntu sebab saya kurang arif dalam hal ini dan saya menyedari bahawa saya di tipu atau di exploit oleh agensi perkahwinan tersebut. Bukan sahaja pasport saya tidak dicop tetapi agen tersebut hanya buat kerja sekerat jalan sahaja, dan apabila ke mahkamah, mereka minta surat pengesahan konsulat Malaysia pulak. Apabila saya menghubungi agen tersebut mereka mahukan lagi duit sebanyak RM1000.00 untuk membuat pengesahan dgn Konsulat Malaysia. Sudahlah saya telah membayar sebanyak RM2,200.00 untuk pergi akad nikah, sekali lagi saya terpaksa pergi ambil sendiri Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Yala di tempat agen itu pada hari yang lain, dan ini telah menambahkan lagi kos saya dan merugikan masa saya. Nasib baik saya telah mendapat pertolongan dari seorang agen dari Negeri Perlis yang prihatin dan belas kasihan kepada saya dan beliau telah membantu saya dan membawa saya sendiri ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk buat pengesahan, dan saya telah pun hadir dan kemukakan kepada Mahkamah Syariah. Tetapi kes saya ditangguhkan sebab pasport saya tidak ada cop keluar masuk Malaysia/Thailand semasa akad nikah dahulu.

    Berbalik kepada kes saya ini, untuk makluman Ustaz saya dikehendaki hadir dan mengemukakan dokumen perjalanan saya di Mahkamah Syariah ini untuk membuktikan tarikh saya masuk bernikah di Thailand. Saya benar-benar buntu dan tidak tahu apa yang patut saya buat.

    Apa pandangan dan nasihat Ustaz dalam menyelesaikan masalah ini. Tolong lah Ustaz, kalau tidak permohonan saya untuk mendaftarkan pernikahan saya di Malaysia mungkin akan di tolak.

    Sekian. Terima kasih.

    16/03/2010 at 6:12 pm

    • ustjai

      Saya amat bersimpati dgn nasib tuan, tetapi simpati saya tentunya tidak dapat menyelesaikan masalah tuan. Apa yg perlu tuan lakukan ialah melantik peguam syariah kerana dia lebih mengetahui selok belok mahkamah dan segala strategi yg boleh digunakan. Namun begitu, sebagai panduan mudah kpd tuan, tidak semua hakim syarie yg “ketat” dari segi beban pembuktian. Ada juga hakim yg memudahkan dan tidak menyusahkan secara membuta tuli para pelanggan mahkamah syariah. Kerana itu, saya lebih suka tuan menggunakan peguam syarie yg mahir dalam kes nikah luar negara ini.

      19/03/2010 at 4:24 pm

      • sue razak

        ustaz ada cadangan peguam2 syarie yang boleh dilantik untuk kes2 sebegini…khususnye di negeri perak

        22/06/2012 at 3:12 am

  32. Jasmin

    Salam ustaz, saya ingin bertanya.. suami saya mualaf dan menikahi saya di sepadan. Sebelum menikah bersama saya, dia sudah berasingan dengan isteri dahulu (masih lagi kristian) tetapi tidak bercerai mengikut law. Buat masa sekarang saya belum lagi register pernikahan kami di malaysia atas permasalahan ini. adakah sah kah nikah saya? dan bagaimanakah perkahwinan dia yg sebelum ini dan hak anak2 nya?

    18/03/2010 at 10:11 am

    • ustjai

      Sah atau tidak nikah tersebut perlu ditentukan di mahkamah syariah. Tetapi secara umumnya, jika pernikahan tersebut benar2 dibuat di Pejabat Agama Islam yg sah di thailand, puan tidak perlu gusar. Yg salah adalah jika berkahwin dgn sindiket. Pernikahan sivil beliau adalah masih sah di sisi undang-undang. Begitu juga hak anak2 nya tetap menjadi liabiliti terhadap beliau.

      19/03/2010 at 4:18 pm

    • Saya ingin menasihatkan suami puan supaya berterus teranglah dengan isteri pertamanya. Maklumkan bahawa dia telah memeluk agama Islam dan telah berkahwin dengan puan. Ikhtiarlah supaya isterinya dan anak-anaknya memeluk agama Islam dan jelaskan segala kebaikan Islam. Anak-anaknya masih memerlukan kasih sayang daripada seorang ayah. Jadi adalah tanggung-jawabnya memastikan isterinya dan anak-anaknya mendapat perlindungan daripada suami anda. Lagipun isterinya tidak melakukan sebarang kesalahan atau apa-apa dosa. Janganlah biarkan dia teraniaya selepas suami puan berkahwin dengan puan. Bila dah semuanya dalam keadaan harmoni dan aman, puan bolehlah teruskan mendaftarkan pernikahan puan di Thailand dgn Jabatan Agama Islam di Malaysia

      15/04/2010 at 6:29 am

  33. amin

    Assalamualaikum..
    sy nk bertanya kpd ustaz dan pakwan..
    harap dapat membantu sy..

    sy amin,
    masih belajar di ipt. umur 25. sy sudah mempunyai kekasih hati, kami sudah lama berkawan.. maklumlah, ustaz juga sendiri maklum, bila hati dah cinta, syg, semakin hari hubungn kami semakin jauh. sy sendiri x dpt mengawal perasaan bila berjumpa dgn kekasih sy,

    untuk makluman, sy dilahirkan dr keluarga yg amat menitik beratkan hal2 agama..
    dalam masa yang sama sy rasa amat bersalah apabila terlajak perbuatan dgn kekasih sy..
    tp,Alhamdulillah ustaz, sy masih belum melakukan perbuatan ke tahap zina dgn kekasih sy.. tp smpai bila sy jamin sy boleh bertahan…
    Oleh sebab itu, sy telah memberi tahu hasrat sy kepada org tua sy yg sy ingin berkahwin..
    tetapi hasrat sy dihalang. hal yg sama terjadi kepada kekasih sy.. ogr tua mahu sy ada kerjaya.. dan berjaya dalam pelajaran..

    sy paham, sy tahu hasrat kedua org tua sy..
    mereka nk sy jd org berguna.. nk sy ada kerjaya.. tp mereka x tahu keadaan kami, apa yg kami risaukan selama ini..
    sy nk berkahwin sbb nk elakkan maksiat..
    sy takut satu hari nnti sy terjerumus ke kencah zina… nnti cinta kami x dpt keberkatan Allah..
    sy takut sumua tu ustaz.. bila saya katakan hasrat sy untuk berkahwin. sumua ditolak mentah2.. dan mengatakan sy gatal nk berbini..
    bkn itu maksud sy.. sy x nak buat zina.. kalau sy buat. nnti org2 tua kami jua akan dpt saham yg sama.. untuk sy habiskan pengajian, ambil masa lg 2 thn.. dlm 2thn apa2 bleh jd ustaz..
    sy dah puas berbincang secara baik.. tp org tua tetap benarkan.. sy paham maksud mereka.. sy x salahkan mereka.. sy tahu yg mereka x faham keadaan belajar di ipt skrg.. bebas, tiada sekatan, maksiat bleh berlaku dimana2.. x siapa boleh halang jika nk buat maksiat.. sy rasa ustaz sendiri sedia maklum keadaan belajr di Ipt skrg ni.. untuk terdedah kepada maksiat risiko amat tinggi sekali..

    sy malu kdg2 nk solat.. saya rasa hina bila solat.. sy buat maksiat… tp balik rumah, sy solat.. sy rasa sy samseng paling besar kt muka bumi ni ustaz.. mcm sombong dan bongkak dpn Allah.. buat maksiat mlm.. subuh solat.. hurm.. sy x sanggup lg nk teruskan cmni.. harap apa yg sy ceritakan ni dpt memberi gambaran kepada ustaz tentang keadaan saya..

    ustaz, boleh x sy berkahwin dgn kekasih sy secara senyap2.. maksud sy nikah di luar (siam)..
    tp sy x mahu org tua kami tahu hal ni.. sy cuma mahu elakkan terus berdosa dan rasa bersalah kerana dlm masa yg sama sy melakukan ibadat harian.. masalah yg sy sedang fikirkan bkn bagaimana utk nikah di siam.. masala sy, bolehkah sy rahsiakan pernikahan sy.. sehingga sy tamat pengajian, bekerja dan sehingga mendapat kebenaran org tua kami untuk berkahwin.. dan kami berpura2 melaksanakan prosedur yg biasa dilakukan oleh pasangn yg nk berkahwin, seperti merisik, brtunang, dan bernikah.. tp dlm masa yg sama kami sudah lama berumah tangga.. soalan saya belehkah jika sy dinikahkan sekali lg (mengikut cara yg sebanar).
    sedangkan kami sudah bernikah.. dan apakah hukum nikah kami..?
    adakah nikah yg lama akan terbatal serta merta?
    dan apa yg sy lakukan selama sy dah bernikah secara diam2 itu jatuh kepada hukem zina..?
    itu yg menjadi persoalan sy skrg ini.. sy harap ustaz paham soalan yang sy cuba ajukan ini..
    sy harap ustaz dpt membantu sy..

    19/03/2010 at 4:05 pm

    • ustjai

      Sukar utk saya jwb di ruangan sebegini. Ringkasnya, Almarhum Sheikh Abdullah Nasih Ulwan pernah menyebut ttg kebaikan berkahwin di usia muda. Tetapi kita juga mempunyai ibu dan ayah yg perlu kita gembirakan hati mereka. Saya cenderung kpd pendapat ulamak yg bertegas ttg kewajipan kita menurut kehendak ibu dan ayah dalam soal pernikahan. Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Mmg nafsu sentiasa memberontak, tetapi pengalaman saya sendiri melihat betapa ramai rakan2 yg bercinta bagai nak rak masa di IPTA tetapi kemudiannya segala2 tinggal kenangan. Masa bercinta, si dia lah segala2nya, tetapi apabila sudah berumahtangga, datang tanggungjawab barulah kita tahu langit tinggi atau rendah. Nasihat saya, jgn turutkan nafsu yg sedang bergelora, sibukkan diri dgn aktiviti berfaedah utk membantu melupakan si dia, dan paling penting dekat diri dgn Allah.

      19/03/2010 at 4:33 pm

  34. dania

    salam ustaz dan pakwan..

    harap dapat membantu dan memberikan pandangan terhadap permasalahan saya.

    sy telah bertunang dengan seorang duda yg telah bercerai atas permintaan isterinya. keluarga sy tiada masalah dan merestui perhubungan kami. kami akan mendirikan rumahtangga namun terdapat masalah dalam proses mendapatkan kebeneran berkahwin luar daerah bagi pihak tunang sy. utk makluman, mereka bercerai atas permintaan bekas isterinya. cuma bila tunang sy membuat permohonan utk mndpatkan kebenarn bernikah, pihak bekas isteri telah membuat kacau (seolah2 tidak ingin membenarkan tunang sy berkahwin). masalahnya, bekas isterinya adalah org yang kaya dan menggunakan kuasa / kekayaan keluarga yg ada untuk melengah2kan pemprosesan kebenaran berkahwin luar daerah. bekas isterinya juga telah membuat tuntutan di mahkamah dan sy takut perkara ini boleh menjejaskan proses permohonan pernikahan tersebut. untuk makluman, ahli keluarga bekas isteri adalah ‘somebody’ dan mempunyai kuasa di jabatan agama tersebut. sy menjadi buntu memandangkan tinggal 3 bulan lagi sebelum majlis pernikahan kami.
    pertanyaa:

    1.bolehkah tunang sy memohon kebenaran nikah di negeri lain contoh selangor @ kuala lumpur? jika boleh, bagaimana cara sedngkan beliau tidak menetap di situ?
    2.sekiranya ingin bernikah di sempadan thailand, apa yg perlu kami lakukan..untuk pengetahuan, insyallah wali saya (bapa) akn ikut serta dan merestui perhubungan ini..

    sy mohon penjelasan ustaz dan pakwan dari segi perundangan dan juga hukum syarak.

    terima kasih

    20/03/2010 at 6:26 am

    • Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Masalah yang dania hadapi tidaklah rumit sangat dan boleh diselesaikan dengan mudah.
      Oleh kerana bakal suami dania telah pun bercerai, maknanya dia kini solo. Kedudukan ini cukup mudah bagi dania dan bakal suami dania untuk berkahwin.
      Berkenaan dengan ugutan bekas isteri dia lupakan sahaja. Walau pun dia orang kaya atau mempunyai kuasa dan kenal dengan siapa juga di Jabatan Agama Islam, dia tidak boleh mencampuri urusan peribadi seseorang dan urusan jabatan berkenaan. Kita ada undang-undang dan hak asasi dania dilindungi oleh perlembagaan. Lagi pun kuasa segala-galanya adalah ditangan ALLAH. Dia maha kaya dan maha mengetahui lagi maha berkuasa. Tidak ada kuasa yang lebih hebat daripada kehendakNya. Banyak-banyaklah berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah agar segala kekusutan dan masalah yang dania hadapi akan dipermudahkan dan mendapat kenberkatan dariNya. InsyAllah kalau niat kita ikhlas dan suci suatu ketika allah akan makbulkan hasrat kita. Amin Yarabal alamin. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Kalau dah ada jodoh tidak akan ke mana. Bersabarlah…
      Berkenaan dengan tuntutan bekas isteri dia di Mahkamah, perkara ini tidak ada kena mengena dengan permohonan bekas suaminya untuk berkahwin dengan dania sebab dia dah bercerai dan tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan bekas suaminya. Dia tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah dan proses permohonan bekas suaminya untuk berkahwin lagi. Jadi tak usahlah risau dan bimbang. Teruskan hasrat dania dan pakcik mendoakan semgoa hasrat dania untuk berkahwin akan dimakbulkan allah swt. Amin Yaravbal alamin.
      Berkenaan dengan cadangan dania untuk berkahwin di Thailand, pakcik ingin menasihatkan supaya dania uruskan supaya berkahwin di Malaysia terlebih dahulu. Memang bernikah di Thailand adalah paling mudah dan cepat. Tambah-tambah lagi tidak ada masalah diantara kedua pihak dan mendapat restu wali. Dan tambah-tambah lagi bakal suami dania tidak ada apa-apa ikatan lagi dengan bekas isterinya. Tak perlu mintak izin isteri dan sebagainya. Kahwin di Thailand boleh beres dalam satu hari sahaja. Dania hanya perlu mendaftar pernikahan dania semula bila balik ke Malaysia. Cukup mudah. Pakcik bukanlah hendak menggalakkkan supaya dania berkahwin di Thailand, tetapi biarlah segala usaha untuk berkahwin di Malaysia selesai dahulu. Kalau dah tak boleh selesai dan menemui jalan buntu, barulah dania mengambil keputusan dan berkahwin di Thailand. Pakcik boleh tolong uruskan perkahwinan dania di majlis agama Islam Wilayah Songkhla.
      Sekian. Terima kasih.

      15/04/2010 at 6:02 am

  35. fighter

    salam pak wan ustzjai,

    saya telah berkenalan dgn seorang gadis siam dari chiang mai 3 tahun lepas, dan baru2 ni kami rapat kembali….dan kami telah membuat keputusan untuk bernikah… tapi saya lebih meliahat kepada agama dan tanggungjawab….saya takut dia hanya mahu masuk islam kerana mahu kahwin dgn saya sahaja….tapi baru2 ni saya telah mengislam kan beliau…dan sekarang beliau telah mengikuti kelas agama pada setiap hari selasa….saya sentiasa berdoa semuga beliau betul2 dapat mengikuti ajaran islam yg sepnuhnya… tapi masalahnya sekarang

    1) saya adalah suami orang yg mempunyai anak

    2) saya masih ragu2 terhadap girlfren siam saya ni.

    3) kalau saya bernikah dgnnya…adakah pernikahan saya boleh didaftarkan di mesia tanpa pengetahuan isteri pertama ( saya pegawai tinggi kerajaan)

    4) mcm2 yg saya dgr tentang perempuan siam…
    takut dan waspada…di harap dpt beri keterangan

    terima kasih

    06/04/2010 at 6:00 pm

    • ustjai

      Setakat hari ni, setiap permohonan pengesahan pernikahan luar negara, diwajibkan memanggil isteri pertama bg kes poligami.

      06/04/2010 at 6:05 pm

  36. fighter

    salam ustjai,

    adakah saya wajib menikahi nya setelah saya masukkan beliau ke dalam islam….? beliau telah bersungguh2 nampaknya mendalami islam dgn mengikuti kelas agama untuk mualaf di masjid di songkhla. sekian terima kasih

    06/04/2010 at 10:50 pm

  37. naser

    mutz sy nak tanya mcm mana kalau sy nikah kat siam sthun yg lepas tapi boder pas sy dan isteri saya dah hilang lpas tu macam mana tindakan yg boleh sy buat lagi yewww…minta pendapat utz

    inta maaf utz ..sy lama tak reply pasal sy kerja kat luar n sibuk kerja…merujuk balik pasal surat konsulat tu sy tak ada… dan tak pergi buat masa tu,,,boleh

    13/04/2010 at 5:00 pm

    • Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Berdasarkan maklumat sdra naser, beliau telah berkahwin dan telah mendapat anak. Surat pengesahan konsulat belum ada dan masalah mendaftarkan nama anak dengan JPN.
      Saya mengandaikan bahawa anda telah dinikahkan oleh naib kadhi yang bertauliah sama ada di Pejabat Majlis Agama Islam Siam atau di Pejabat atau Rumah Naib Kadhi Siam.

      Untuk makluman anda walaupun Border pass anda dan isteri anda telah hilang, proses pengesahan dgn Majlis Agama Islam Siam dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla masih boleh dibuat. Anda perlu buat border pass yang baru dan anda dikehendaki hadir sendiri di Pejabat Majlis Agama Islam dan Konsulat untuk pengesahan Sijil Nikah anda.

      Setelah anda mendapat surat pengesahan dari konsulat Jenderal Malaysia anda hendaklah secepat mungkin mendaftarkan perkahwinan anda di Malaysia.

      Walaupun perkahwinan anda belum didaftarkan di Malaysia anda boleh mendaftarkan kelhiran anak anda di JPN tetapi nama anak anda akan dibinkan/bintikan dengan nama Abdullah. Anda tidak perlu risau sebab nama Abdullah boleh dipinda kepada nama anda setelah anda mendapat Surat Keputusan Penghakiman Mahkamah Syariah yang memutuskan bahawa Sijil Nikah anda adalah sah dan tulin dan pernikahan anda di Thailand boleh di daftarkan.
      Pindaan kepada sijil lahir anak anda hanya boleh dibuat jika umur anak anda kurang dari 6 bulan.

      Oleh itu cepat-cepatlah pergi mendaftar pernikahan anda di Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah di tempat anda.

      Banyak lagi perkara yang hendak saya jelaskan da prosedure macam mana hendak buat pengesahan di Thailand, tetapi saya minta maaf saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut lagi sebab ruangan ini terhad.

      14/04/2010 at 6:48 am

  38. anak ayah

    as-salam ustaz Jai / Pakwan,

    saya dlm proses mendaftarkan pernikahan ke 2 sy (poligami) di Jab. Agama Islam Perak. sy b’kahwin di Majlis Agama Islam Narathiwat tahun 2007. Perlukah sy membawa dua saksi saya untuk pengesahan p’nikahan sy / poligami ini. Dua saksi sy warga thailand dan tinggal di selatan thailand juga. Sy pasti sukar utk membawa mereka ke mahkamah syariah ipoh nanti.

    Untuk makluman, pendakwaan bernikah di luar negara tanpa kebenaran telah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan masing2 telah dikenakan denda.

    16/04/2010 at 7:59 am

    • ustjai

      Setiap mahkamah / hakim syarie mempunyai pendekatan berbeza. Tetapi secara umumnya/biasanya, mahkamah akan meminta surat konsulat, pas sempadan/pasport. Biasanya jika anda sudah mempunyai dolkumen tersebut, tidak perlu lagi kpd saksi utk memberi keterangan. Sbg langkah berhati2 baik ada baiknya juga anda bertanya di kaunter mahkamah, tentang amalan biasa hakim sekarang lakukan di mahkamah syariah ipoh.

      16/04/2010 at 11:14 am

  39. naser

    tuan utz terima kasih sy ucapkan pada tuan,,,kerana sudi memberi nasihat pada sy serta tunjuk ajar budi tuan hanya allah swt sajalah yg balas….skali lg sy panjatkan kesukuran pada allah ..

    18/04/2010 at 5:24 pm

  40. seri

    salam.. ustz dan pakwan..

    saya ingin berkawin utk kali ke2..
    masalahnya isteri pertma tidak sekali-kali merestui dan sekiranya saya berkahwin di thai secara senyap dan tidak mendaftar di m’sia kerana tidak mahu perkara ini diketahui isteri pertama (ini kerana jika mendaftar di m’sia isteri pertama akan di panggil oleh majlis agama dn mahkamah syariah, ini tentu akan terbongkar kahwin kali ke2 tanpa persetujuan isteri pertama) macam mana dgn masalah saya ini?

    29/04/2010 at 1:04 am

    • Daripada anda bergelumang dosa dan maksiat sehingga ke peringkat berzina, adalah lebih baik anda bernikah sahaja walaupun di Thailand. Sekiranya anda ingin berkahwin di Thailand dan tidak mahu mendaftarkan pernikhan anda di Malaysia, anda boleh berbuat demikian. Anda perlu mengelakkan daripada termengandung dan ditangkap khalwat, nanti semua temberang anda akan terbongkar. Sekiranya perkara ini berlaku dan diketahui oleh isteri pertama, pandai-pandailah mempertahankan diri. Elakkan daripada bersengketa. Selesailah dengan cara baik. Oleh kerana rahsia telah terbongkar, isteri pertama tidak boleh buat apa-apa, dan anda harus menghadapi dengan tabah dan sabar. Berfikirlah secara waras dan selesaikanlah kes isteri pertama anda dengan perasaan, sebab kaum wanita akan lemah dan kalah jika kita pandai bermain perasaan. Wallah hu alam…

      22/05/2010 at 6:04 pm

  41. zul

    boleh ustaz huraikan tentang kes bung mokhtar??
    apa yang jadi masalah sgt tu? sampai kena penjara… =(

    20/05/2010 at 4:42 am

    • inn

      Sebenarnya ramai yang mengadaikan kalau dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, setakat kena denda saja. Ramai yang lupa undang-undang di Malaysia menetapkan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

      08/04/2012 at 8:09 am

  42. Adi

    Salam ustjai…Sy dan isteri berkahwin kat thailand dulu,kami belum ada anak dan xpernah daftar kt malaysia.skrg rumah tangga kami ada masalah…Jika kami bercerai,perlukah kami dapatkan surat cerai dari majlis agama islam songkhla??Memadaikah dengan hanya melafaz cerai dan kami duduk berasingan tanpa mendpatkan surat dari MAIS?
    Bagaimana jika isteri saya hendak berkahwin lg nanti?bolehkah dia mengaku statusnya bujang sebab kami tak pernah daftar pernikahan kami di Malaysia?

    24/05/2010 at 5:57 am

    • Naz

      Salam…
      Sy juga berkemusykilan dalam hal ini…boleh x ustjai bagi feedback??dari dulu lg sy follow up this comment,tp xde feedback ag dr ustjai smpi skrg…Minta jasa baik ustaz….

      21/07/2010 at 4:18 am

    • ustjai

      Sebaik2nya buat aduan di Pejabat Agama asal (Thailand). Bila sabit aduan tersebut, dapatkan dokumen lengkap di sana, kemudian daftarkan pernikahan serta perceraian tersebut di Malaysia pula. Agak cerewet dan memakan masa, tetapi ini yg terbaik utk semua pihak terlibat.

      22/07/2010 at 5:43 pm

      • Naz

        trima kasih atas feedback ustjai…
        sah x kalau just lafaz cerai n tggal berasingan smpai la habis edah?Boleh ke kalau prmpuan yang dah diceraikan tu kahwin ikut prosedur biasa seperti org yg xpenah kawin lg sbb pkhwinan kat siam dulu xpenah didaftar kat malaysia…
        Mohon penjelasan Ustaz…Tq..

        03/08/2010 at 5:34 am

  43. wak ginan

    ustaz saya nak nikah satu lagi isteri tak benarkan. Di jawa tengah indonesia macam mana kaedah dan kalau boleh ada tak alamat jurunikah

    05/07/2010 at 6:26 am

    • ustjai

      Saya tiada maklumat lengkap. Tetapi, jika berkahwin melalui pihak berkuasa agama negara berkenaan dan bukannya dgn sindiket, shud be no problem. Cuma proses pendaftaran di malaysia shj akan bermasalah kerana memerlukan proses penyampaian ke atas isteri pertama.

      07/07/2010 at 3:23 pm

  44. siss

    salam ustjai,

    saya dan pasangan memang bercinta setelah beberapa tahun tetapi die terpaksa berkahwin atas desakan kuarga. selepas berkahwin kami tetap meneruskan hubungan. kami telalu ingin hidup bersama tetapi tidak dpt kerana status dia y telah beristri. kuarga saya tidak sesekali akan benarkan saya berkahwin dengan suami org namun hati kami tetap ingin bersatu… sehingga kami telah melakukan dosa besar itu. kami betul x sanggup lagi hidup bergelumang dosa …..kami terpaksa jauhkan diri kami dan bercdang ingin berkahwin di siam. 1. kami sanggup tanggung risiko drpd kami hidup dalam dosa. apakah risiko yang bakal kami hadapi terutama apabila ingin mendaftar perkahwinan kami di m’sia? 2. apakah dokumen yang kami perlu sediakan untuk memastikan urasan nikah disana berjalan lancar. berpakah kos yang kami perlu tanggung untuk urusan nikah disana?

    20/07/2010 at 6:35 pm

    • ustjai

      Jika diteruskan juga pernikahan di Thailand, maka ia perlu didaftarkan di Malaysia. Peraturan di Malaysia menghendaki isteri pertama dipanggil utk hadir ke mahkamah bagi prosiding perdaftaran poligami tersebut termasuk membicarakan soal harta sepencarian utk dibuat pembahagian secara adil sebelum mahkamah boleh meneruskan perbicaraan pernikahan di Thailand tersebut. Di Thailand nanti sebaik2nya hendaklah menggunakan paspot atau dokumen perjalanan yg sah.

      22/07/2010 at 5:47 pm

    • ustjai

      Berkenaan dgn kos, ia bergantung kpd penggunaan agen atau tidak. Ada agen yg mengenakan kos RM2,000 dan ada yg lebih daripada itu atau kurang daripada itu. Jika tidak menggunakan agen, kos yg terlibat (spt teksi dan lain-lain) hanya dlm lingkungan beberapa ratus ringgit. Ia banyak bergantung jenis servis yg digunakan serta jarak anda dgn tempat pernikahan tersebut.

      22/07/2010 at 5:51 pm

  45. Nur

    seorang janda yang nak bernikah semula mesti dapat kebenaran ayahnya ke..family sy menentang hasrat untuk berkahwin (sy bakal menjadi isteri ke-2). Umur saya dah 35 tahun dan berhasrat untuk bernikah tetapi ditentang sebab 1) bakal suami ada 6 org anak, 2) status suami org, 3) bekerja sendiri, mak ayah nak kalau boleh kerja k’jaan..heheh. 4) bakal suami dan sy tidak sekufu (dr segi kerja dan pendidikan)..katanya saya ni tak waras pilih bakal suami gitu..takut2 sy yg kena tanggung anak2nye nanti..
    so, dlm kes gini..wajarkah saya meminta kebenaran dari ayah..(sebenarnya mak yg tak izin, ayah saya so far ok)..

    30/07/2010 at 3:28 pm

  46. NAZRI

    salam ustad….

    Saya rasa dh tiba utk saya menikah dgn seorg wanita Myanmar yg bekerja di rumah urut danok….sebelum terlanjur…bole ust berikan jalan kpd sya skurag2 nya dapat menghalalkan dhubungan kami i sisi syarak…dari segi undang2 negara bole di uruskan kemudian….trm kasih

    05/08/2010 at 2:13 am

  47. NAZRI

    soklan yg ke-2…wanita myanmar ini akan convert muslim..klau saya betul nk peristerikan beliau..slps berkahwin..saya akan bw balik kerumah berlakon sbg pembantu rmh..proses pemberitahuan kpd isteri pertama akan berlaku perlahan2…slps itu….apa pndangan ustad…

    05/08/2010 at 3:00 am

  48. Harlinn

    Slm pakwan n ust.jai.sy dn suami tlh bnikah d thilnd bln mac lalu.kmi dberikn surat pngesahan nikah bsma surat kterangan nikah dn taklik yg beralamatkn majlis agama islam wilayah narathiwat (main) phichit bamroong road,muang,narathiwat 96000 s.thailand.bila nk mendaftarkn d mhkamah,mreka masih perlukn surat pengesahan sijil nikah dn pentauliahan wali am sedangkn smuanya dh tcatat dlm surat pengesahan.mohon kjasama+ptolongan pakwan+ust utk berikan no main agr sy dpt hbungi mereka secepat mungkin.kalau blh minta pakwan hubungi sy.jutaan trima ksh sy dahului utk pakwan+ust.slm.

    15/08/2010 at 6:17 pm

    • Semalam pakcik dah beri komen tentang permasalahan anda, entah kenapa bila pakcik buka blog ini hari ini jawapan yang pakcik berikan lesap! Eh kenapa ye? Adalah lebih baik anda email terus kepada pakcik . Sekian Terima Kasih.

      18/08/2010 at 5:16 pm

      • pakwan

        Maaf tersilap no. Sila cuba no ini: 073515096
        Terima Kasih

        04/10/2010 at 11:51 am

    • pakwan

      Cuba contact No: 013515096

      04/10/2010 at 11:33 am

  49. Memang ramai pasangan dari Malaysia yang pergi menikah di Thailand beranggapan bahawa dengan Sijil Nikah yang diperolehi sudah cukup untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia. Sebenarnya sama ada perkara ini disedari atau tidak dimaklumkan oleh agen bahawa mereka juga perlu mendapat Surat Pengesahan dari Majlis Agama Islam Siam dan Surat Pengesahan daripada Konsulat Jenderal Malaysia di Songkhla untuk membolehkan pernikahan mereka didaftarkan di Malaysia. Kalau agen tidak memberitahu bermakna agen itucuba menipu atau mengambil kesempatan supaya pasangan ini menghubungi mereka sekali lagi untuk urusan pengesahan konsulat dan sudah tentu pasangan terpaksa membayar kos membuat pengesahan ini. Jadi agen itu dah kaut untung 2 kali. Kesin mereka yang menjadi mangsa agen-agen yang tidak bertanggung jawab. Kalau pasangan itu pergi sendiri sepatutnya pasangan yang ingin pergi menikah di Thailand bertanya dahulu kepada mereka yang lebih arif dalam perkara ini atau bertanya Jabatan Agama Islam di Malaysia dahulu apakah keperluan atau dokumen yang perlu untuk mendaftar pernikahan luar negara ini.
    Pakcik beranggapan bahawa maksud sebenarnya soalan Encik ialah pentauliah kadi dan bukan wali. Wali tidak perlu tauliah. Cuma perlu surat wakalah sahaja. Surat wakalah ini hanya diguna semasa di Malaysia sahaja bukan di Thailand. Di Thailand semuanya pakai wali hakim sebab pernikahan ini berlangsung di luar negara dan melebihi 2 marhalah. Berkenaan dengan pentauliah kadi mereka boleh mendapatkan salinan surat tauliah kadi yang diiktiraf oleh Majlis agama Islam di wilayah mana mereka pergi berkahwin. Pasangan juga boleh memohon salinan kad pengenalan kadi dan saksi-saksi untuk dijadikan barang bukti di mahkamah nanti.
    Berbalik kepada kes Encik Harlinn pakcik boleh tolong uruskan surat pengesahan Konsulat Jeneral dengan sedikit bayaran perkhidmatan dan kos pengangkutan. Oleh kerana Encik telah berkahwin di Narathiwat, jadi Encik kena mohon surat pentauliah kadi yang menikahkan Encik dahulu daripada Pejabat Majlis Agama Islam di sana.
    Encik boleh menghubungi pakcik melalui email atau telefon yang terdapat dalam blog pakcik. Maaf pakcik tidak boleh memberi nombor kontek pakcik di sini kerana mengormati privasi pemilik blog ini.
    Sekian. Terima kasih.

    17/08/2010 at 4:33 pm

  50. rozie

    Salam..Ustad, boleh kah poligami tanpa kebenaran isteri pertama dilakukan diM’sia (Kelantan) bukan di Thai atau sempadan Thai?Maksudnya akad nikah di buat juga di Kelantan tanpa tandatangan persetujuan saya, isteri pertama?Suami saya memaklumkan telah nikah kali ke 2 di Thai tapi beliau memaklumkan tiada passport @border pass tetapi beliau telah mendaftarkan pernikahannya di Kelantan. Bukankah border pass@passport diperlukan utk daftar nikah mereka? Surat pengesahan nikah telah diperolehi tapi sijil nikah belum lagi..Tahun dpan mereka akan ke mahkamah..

    20/08/2010 at 9:01 am

    • ustjai

      Puan, jika mereka mengikut prosedur yg betul, isteri pertama akan dimaklumkan segala prosiding di mahkamah. Namun ada juga ketikanya, manusia menggunakan “jalan belakang” yg jelas tidak mengikut peruntukan undang2. Nasihat saya, langkah pertama yg puan boleh lakukan ialah dapatkan surat pengesahan nikah tersebut, atau sekurang2nya nombor kes utk dirujuk di kaunter mahkamah. Dari situ, puan akan mendapat maklumat awal utk langkah seterusnya. Surat Pengesahan Nikah pula perlu diteliti. Pertama, yg dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Thailang. Ini perlukan pengesahan dan pendaftaran di mahkamah syariah di Malaysia. Tetapi jika Perintah mahkamah sendiri telah mengesahkan pernikahan mereka, i.e. Perintah Pengesahan Pernikahan oleh mahkamah syariah, maka tiada lagi prosiding pengesahan pernikahan. Sebaik2nya puan sendiri dpt melihat dokumen tersebut.

      20/08/2010 at 9:48 pm

  51. Rohana

    Saya telah menikah di siam pada tahun 2005 tanpa pengetahuan keluarga, saya adalah anak angkat dan telah diwalikan oleh tok kadi di sana. Perkahwinan hanya kekal setahun aje dan diceraikan tanpa anak. Sekarang saya telah pun berkahwin buat kali kedua.
    Suami sekrang tahu akan status saya janda tanpa anak sebelum kami berkahwin. Keluarga tidak tahu langsung akan perkahwinan pertama saya. Sewaktu berkahwin, saya buat pengakuan bahawa saya adalah bujang untuk memudahkan proces pernikahan saya kerana saya tiada dokumen untuk membuktikan yang saya telah berkahwin, surat nikah siam telah hilang dan saya tidak pernah mendaftarkan pernikahan siam di malaysia.

    Soalan saya, adakah perkahwinan saya sah kerana berbohong akan status saya sebenarnnya, suami tahu akan status saya sebelum berkahwin, tak sanggup beritahu keluarga kerana kesilapan saya bernikah di siam kerana mereka bela saya dari kecil dan mereka anggap saya seperti anak kandung.

    24/08/2010 at 10:48 pm

    • ustjai

      Jika setakat fakta yg puan maklumkan kpd saya, saya tidak nampak sebarang elemen yg boleh menyebabkan pernikahan kedua puan tidak sah / batal. Setakat berbohong kpd keluarga angkat, itu isu yg berbeza.

      25/08/2010 at 10:50 am

  52. suzi

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya mempunyai masalah besar dari segi proses untuk bernikah di malaysia.
    Bakal suami adalah duda tanpa anak.Dia pernah berkahwin di siam, dan telah bercerai dengan isteri pertamanya. Perkahwinannya tidak pernah didaftarkan di malaysia apatah lagi perceraiannya. Sijil nikah di siam pun telah hilang. Tempat dan kadi yang menikahkan beliau juga dia dah lupa kerana telah sekian lama.
    Apakah process dan cara untuk mengesahkan beliau telah bercerai. Telah disuruh untuk ke pejabat agama, tapi kerana takut dipenjarakan kerana menikah di siam, sampai ke hari ni, dia belum pergi ke pejabat agama di kedah.
    Tanpa surat kebenaran nikah dari pihak lelaki, menyebabkan perkahwinan kami terpaksalah di tangguhkan.
    Oleh kerana masalah yang dihadapikan sekrang, bakal suami mencadangkan menikah di siam mengikut procedur yang betul, tapi saya tak sanggup untuk beritahu keluarga.
    Boleh kah ustaz beri pandangan supaya saya dapat menikah di malaysia.

    24/08/2010 at 10:52 pm

    • ustjai

      Soalan saya ialah jika perkahwinan dan perceraian beliau tidak pernah didaftarkan di Malaysia, apa yg menghalang beliau utk berkahwin? Apakah naib kadi / pihak berkuasa agama di kawasan beliau yg menghendaki beliau mengemukakan dokumen tersebut? Atau siapa yg mensyaratkannya?

      25/08/2010 at 10:47 am

      • suzi

        Dia dah berumur 40++, dan semua orang tahu dia pernah berkahwin, termasuk kawan sekerja, rakan dan famili. Dan cuba ngaku bujang, tapi tuk kadi was2 sebab dah berumur dan sememangnya tahu dia pernah kahwin. Jadi diaorng minta dokumen menyatakan dia dah bercerai, tapi tak ada sebab tak pernah mendaftar. Sangkut kat situ lah….dan kami berlainan negeri

        25/08/2010 at 1:42 pm

  53. tria

    Saya dan pasangan bercadang utk bernikah di Thai memandangkan kami tidak dapat kebenaran bernikah di Msia dan negara pasangan juga. Pasangan saya berbangsa asing bekerja di luar negara. Tambah rumit lagi sekarang saya telah mendapat tahu saya telah mengandung- telah masuk bulan ke-3.

    Adakah Thailand masih akan meluluskan permohonan utk kami bernikah di Thailand sekiranya saya berhajat utk berterus terang masalah saya kpd pegawai di sana kerana saya tak mahu melalui option penguguran, etc. Saya kurang arif jika pegawai di sana akan mencatatkan sebarang keterangan yg saya mengandung sebelum bernikah di mana2 bahagian dokumen yg bakal mereka berikan pd kami setelah bernikah nanti, yang bakal di rujuk oleh pegawai/ mahkamah di Malaysia.

    Semasa bernikah- cukupkah dgn bukti pas lawatan/ stamp passport yg kami telah melalui sempadan utk bernikah jikalau kami tidak membawa saksi dari Msia yg bole membantu utk semasa pendaftaran / proceeding di mahkamah/ saksi mungkin dari Thailand saja?

    Setelah bernikah di Thailand dan ingin mendaftarkan pernikahan di Malaysia- perlukah pasangan hadir sekali di mahkamah (dia bekerja di luar Negara)? Apakah masalah yang akan dihadapi jika mahkamah syariah tahu saya telah mengandung sebelum bernikah? Apakah saya akan dipenjarakan kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran dan mengandung sebelum bernikah?

    Adakah cara untuk mendapat kelulusan pejabat pendaftaran Negara utk sijil kelahiran bakal bayi berbinkan bapa sebenar jika usia kelahiran kurang dari 5-6 bulan drpd usia perkahwinan?

    Semua ini di lakukan utk menyelamatkan masa depan bayi tetapi nampaknya undang2 Msia bakal memberi nokhtah hitam kpd masa depannya from the first day he/she was born. It looks like getting married and trying to do it as per Law doesn’t give us the opportunity to make things right eventhough saya akur, many people would say, it’s already too late. Apa yg saya tetapkan dalam hati adalah utk menjaga kandungan ini sebaik mungkin dn harapan saya jika UstazJai dan PakWan dapat memberikan pendapat kerana saya tidak ada tempat utk menerima nasihat secara terbuka.

    Terima kasih.

    29/08/2010 at 8:45 am

    • inn

      Bahasa Inggeris:

      ‘The Naming of Children Out of Wed-Lock

      The 1st Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 28th -29th Jan 1981 has discussed the naming of children out of wed-lock. The Committee has decided that the child from an adulterous relationship or out of wedlock, whether or not followed by marriage of the couple must be named after son of or daughter of Abdullah.’

      Bahasa Melayu:

      Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 – 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

      08/04/2012 at 8:36 am

  54. arra

    salam..

    sy dah bc hampir bermcm2 kes di atas. sy ingin berkongsi dan ingin pendapat dr pihak ustaz. sy penah berkhawin di majlis agama narathiwat pd thn 2002. kami mmpunyai seorg anak. kami sudah mmbayar denda tp kami tidak mendaftar secara rasmi. adakah rekod pernikahan kami di jabatan agama islam selangor? sekarang kami sudah bercerai selama 3 bln dan sy tiada bukti perceraian kecuali sms dr bekas suami sy. sy merancang ingin berkhawin lg..apa yg perlu sy lakukan???

    04/09/2010 at 5:14 pm

  55. haziqq

    Assalamualaikum ust….

    Saya telah bernikah di dalam negara (perlis) dan jurunikah adalah jurunikah thailand dan sijil nikah adalah sijil nikah thailand dan saksi adalah orang Malaysia. saya dan isteri menetap di KL. jurunikah adalah jurunikah yang disahkan oleh kerajaan thailand. persoalan saya adakah pernikahan saya sah disisi agama Islam?????? harap ust dapat sahkan pernikahan saya dari segi syarak??/ tq

    13/09/2010 at 8:58 am

  56. Bakal Isteri 2

    Salam Ustaz, boleh tak saya berkahwin sebagai isteri kedua 2 di malaysia(Pulau Pinang) dan berwalikan atau dinikahkan oleh bapa kandung atau berwalikan bapa kandung tapi juru nikah d malaysia(pulau pinang) tanpa pengetahuan isteri pertama atau kebeneran isteri pertama. Apakah prosedur seterusnya sekiranya perkhawinan saya dibenarkan/disahkan..?

    20/09/2010 at 2:01 am

    • ustjai

      Pernikahan tersebut sah jika cukup syarat2nya. Prosedur selepas itu ialah didaftarkan di mahkamah syariah dan pejabat agama. Kedua2 suami isteri dan bapa (wali) yg terlibat dlm pernikahan tersebut akan didenda. Apabila mahkamah telah mengesahkan dan mengeluarkan perintah pengesahan pernikahan, maka puan perlu berurusan dgn pejabat agama utk mendapatkan surat nikah yg rasmi.

      28/09/2010 at 5:54 pm

  57. din

    salam…
    sy ingin brnikah poligami di malaysia tapi bagai mana cara2nya.
    isteri prtama org perlis n stuju sy brnikah lg.kali prtama sy nikah di
    perlis.bleh x sy mohon di perlis n brape lama prsesnya utk kebenaran
    brkwin.sy brharap sgat2 ustaz dpt tlg jikalau ada cara lain.yg lbih snang
    prses utk nikah ni.isteri pertama tidak benarkan sy n pasagan nikah di siam
    atas sbb dah benarkan nikah lg..

    26/09/2010 at 10:32 am

    • ustjai

      Jika mendapat kebenaran isteri pertama, itu lebih memudahkan. Permohonan perlu dibuat di mahkamah syariah tempat anda bermastautin. Undang2 sekarang memerlukan pembahagian harta sepencarian dan nafkah keluarga ditetapkan ketika proses kebenaran poligami di mahkamah syariah. Lama tempoh perbicaraan bergantung kpd setiap kes. Ada yg cepat dalam sebulan / 2 bulan dan ada yg menjadi lama sehingga setahun.

      28/09/2010 at 5:50 pm

  58. nia alia

    Salam,
    saya ingin bernikah semula dgn bekas suami tetapi tidak mahu keluarga tahu mengenainya. kami bercadang untuk bernikah si songkla tetapi suami ade masalah berkenaan passport yg ditahan utk ke luar negara. saya ada mendengar sekiranya seorg janda ingin bernikah semula tidak memerlukan wali, betulkah ustaz? bolehkah saya bernikah di malaysia tanpa pengetahuan wali/keluarga? harap ustaz dpr bantu dgn memberi penjelasan/nasihat dgn seberapa segera.
    Syukran.

    29/09/2010 at 5:31 am

    • ustjai

      Jika puan bertanya saya ttg hukum fiqh dan perbahasan para ulama’ ttg “sah”nya nikah janda tanpa wali, maka saya jawab “ya” ada pandangan sedemikian dgn dalil yg kuat. Tetapi puan perlu faham bahawa undang2 syariah di Malaysia adalah yg di”kanun”kan (taqnin). Maka, pada kebiasaannya, agak sukar utk mahkamah syariah menerima pernikahan seorang janda yg menikahkan dirinya sendiri atau tanpa wali. Jika keluarga enggan menerima rancangan pernikahan puan dan wali enggan menikahkan puan, nasihat saya sbg langkah pertama ialah dgn menyaman wali ke mahkamah dan dibicarakan isu wali enggan. Cara kedua ialah, menyeberangi sempadan tanpa dokumen perjalanan tetapi dgn membawa saksi. Puan akan didenda tetapi pernikahan puan boleh didaftarkan di Malaysia. Semoga nasihat inimembantu.

      29/09/2010 at 10:52 am

    • manja

      salam nia, undang2 negara kita memerlukan wali untuk menikah walaupun berstatus janda..jadi jika tanpa wali tetap bermasalh untuk bernikah dimalaysia. setau manja juga kalau menikah di songkhla sekurng2 nya memerlukan salah seorg dr pasangn mempunyai pasport dan dia tidak akan menghadapi masalh untuk mendatarkn perkhawinan nnti..sekadar berkongsi pandangan. ustaz saya ingin bertanya seorang kawan telah berkahwin di thailand dan bercerai. kemudian dia berkahwin sekali lagi di malaysia dan mengakui berstatus ank dara (family n semua igt dia ank dara) dan mengikut prosedur seperti ank dara kadi yang menikahkan pun tahu dia ank dara. tetapi suaminya tahu status sebenarnya. dia buat begitu suaya pernikahan berjaln lancar dan lebih muda. sah kah pernikahan tersebut jika ketika kadi bertanya sebelum nikah kannya samaada dia ank dara dia mengaku dara? tolong selesaikn kemusKILAN INI USTAZ.. TQ

      06/10/2010 at 8:23 am

      • ustjai

        Menyembunyikan status janda dgn mengakui sbg anak dara tidak menyebabkan nikah tersebut batal / tidak sah, apatah lagi si suami mengetahui fakta sebenar. Jika suami dibohongi, suami boleh membuat permohonan fasakh.

        07/10/2010 at 10:57 pm

  59. wky

    salam,
    saya dan pasangan telah bernikah di majlis agama islam wilayah narathiwat. Pasangan saya adalah warga indonesia, kami bernikah disana kerana pernikahan diindonesia memerlukan byak sangat dokumen dan amat menyusahkan bg warga malaysia. pernikahan kami direstui oleh org tuanya dan kami mengambil keputusan utk bernikah disana.
    Saya sebenarnya telah berkahwin sebelum ini dan dlm proses utk berpisah dgn isteri pertama kerana tidak sehaluan lagi. ttp keputusan mahkamah belum lagi dapat dan masih lagi dlm perbicaraan.

    Pertanyaan saya dan utk minta pandangan ustaz, bolehkah pernikahan saya ini didaftarkan dimalaysia? semua dokumen perjalanan kami lengkap.
    2. Adakah saya dikira berpoligami sbb keputusan mahkamah belum dapat dan tiada surat cerai?
    3. Adakah saya akan didenda dan dipenjarakan? sbb ada yg mengatakan dendanya adalah penjara, sebab dikira berpoligami tanpa kebenaran
    4. dalam sijil nikah majlis agama narathiwat tu pernikahan ini ditulis perkahwinan pertama kerana dinasihat berbuat demikian utk mengelakan masalah masa daftarkan pernikahan ini dimalaysia, alasan nya sy masih dlm perbicaraan utk cerai dan akan mudahkan urusan nnti.

    minta pandangan ustaz
    terima kasih

    29/09/2010 at 1:22 pm

    • ustjai

      1. Pernikahan anda boleh didaftarkan di malaysia jika anda dapat membuktikannya di mahkamah syariah. Adalah penting mempunyai semua dokumen yg lengkap spt antaranya surat nikah Thailand (kedua2 surat), surat konsulat dan dokumen perjalanan spt paspot atau pas sempadan. Perlu juga kpd saksi yg berwibawa yg turut serta dalam majlis pernikahan di Thailand (sebaik2nya dan bergantung kpd hakim yg membicarakan kes anda).
      2. Anda dikira berpoligami sbb masih belum sah bercerai.
      3. Pada kebiasaannya anda akan didenda. Tersangat jarang dan tipis kemungkinan utk anda dipenjarakan.
      4. Fakta tersebut boleh diabaikan kerana boleh diperbetulkan ketika perbicaraan utk mengesahkan nikah tersebut di mahkamah syariah nanti.

      01/10/2010 at 9:31 pm

  60. anna

    Assalamualaikum ustaz,

    Saya ingin mendapatkan kepastian. Masalah saya adalah untuk mendapatkan surat kebenaran nikah pihak lelaki. Tunang saya merupakan seorang duda yang bercerai atas sebab fasakh. Namun begitu ketika lafaz cerai dibuat, bekas isteri dalam haid. Apabila lepas haid, tunang telah pun melafazkan cerai pada tok kadi (telah meninggal) tanpa kehadiran bekas isterinya. Sekarang ni beliau hanya ada surat pendaftaran cerai tapi bukan sijil cerai.
    1. Bolehkah permohonan untuk bernikah digunakan menggunakan surat tersebut?
    2. Pihak isteri telah memfailkan kes bahawa penceraian tidak sah kerana beliau tidak hadir, tapi bila tunang nak selesaikan beliau pula taknak hadir ke mahkamah?

    Boleh tak tolong beri cadangan bagaimana saya nak selesaikan masalah ini.

    Wasalam

    04/10/2010 at 4:00 am

  61. sendy adhika noor

    Assalamualaikum
    Ustadz saya telah bernikah di ISLAMIC COMMITTEE OF SONGKLA, HATYAI, SONGKLA pada 15 Mei 2009 dengan seorang Warga Malaysia (Sabah) secara resmi oleh Imam HJ. xxxxxx B. xxxxx ID card (xxxx) dengan wakil saksi Abdul xxxxx B. xxxxx (xxxxx) dan xxxxx B. xxxxx (xxxxxx).

    Sekarang masalah saya adalah:
    1. saya sudah mendaftarkan pernikahan kami di Mahkamah Syariah Rendah kota kinabalu dan sekarang banyak mengalami kesulitan karena untuk wilayah Thailand memang harus masuk Mahkamah untuk pengesahan. Apakah institusi ISLAMIC COMMITTEE OF SONGKLA adalah yang sah untuk menikahkan pasangan di sisi undang2 Islam Malaysia?

    2. Apakah Imam Ustd. Hj. xxxxxxx adalah seoarang yang mendapatatkan Tauliah dari Pejabat Agama Islam di Thailand?

    3. Mohon bantuan Ustd untuk mencarikan sumber informasi terkait dengan hal ini, karena pihak MUIS KK telah mendapat perintah dari Hakim Mahkamah Syariah Tingkat Rendah (Tn. xxxxx) untuk mencari siasat secepatnya agar saya bisa mendapatkan pengesahan.

    Terima kasih

    Amal adalah pondasi iman dan sempurna iman seseorang dg cara beramal tolong menolong….

    Sendy Adhika Noor, M.S.c

    2.

    04/10/2010 at 4:05 am

    • ustjai

      1. Majlis Agama Islam Songkhla adalah satu institusi yg diiktiraf tetapi memerlukan kpd pematuhan syarat2 dokumen yg dimiliki oleh pasangan terbabit utk membolehkan pernikahan mereka disahkan oleh mahkamah dan didaftarkan di pejabat agama.
      2. Nama yg anda nyatakan sbg jurunikah itu adalah nama yg ada dlm senarai yg diiktiraf, tetapi mahkamah perlu memastikan beliau sendiri yg menikahkan dan bukannya ada penyamaran. Sbb byk berlaku kes sindiket yg mengaku sbg nama yg diiktiraf, sedangkan tuan empunya badan tidak tahu menahu pun.
      3. Boleh anda nyatakan apa masalah yg dihadapi di mahkamah utk membolehkan saya memberi pandangan?

      04/10/2010 at 8:12 am

  62. nia alia

    Salam ustaz,
    Refer kepada masalah saya sebelum ni, bolehkah saya & bekas suami bernikah di perlis? tanpa pengetahuan keluarga…

    06/10/2010 at 7:43 am

    • ustjai

      Saya tidak dpt nyatakan keadaan terkini di Perlis kerana telah setahun saya meninggalkan Malaysia. Cuma, saya berpendapat bhw anda boleh mencubanya di Perlis, tetapi hendaklah menggunakan khidmat peguam yg mempunyai kemahiran tinggi dlm masalah yg puan nyatakan, supaya dapat meyakinkan mahkamah.

      07/10/2010 at 11:03 pm

  63. manja

    salam nia, boleh bg almt emel x atau kntek nu. igin berkongsi pengalan n masalh jika sudi. tq

    06/10/2010 at 7:49 am

    • nia alia

      Salam Manja…
      terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman..boleh email saya ke ain1914@gmail.com

      08/10/2010 at 1:07 am

  64. sendy adhika noor

    sebelumnuya terima kasih sudah menjawab beberapa pertanyaan saya.

    Sebagai permasalahan disini, Tuan Hakim xxxxxx di Mahkamah Syariah Islam xxxxxxxx menanyakan:
    1. Apakah juru nikah kami iaitu Hj. xxxxxx adalah seorang yang ditauliah oleh Pejabat Urusan Agama Thailand utk wilayah Songkla?
    Untuk itu Tn. Hakim telah meminta Puan xxxxx untuk mendapat senarai2 informasi yang menyatakan beliau (Juru Nikah) adalah resmi sebagai seorang yang telah diberi Tauliah, jadi bagaimana caranya untuk mendapatkan senarai ini?

    2. Jika diperkenankan, Saya ingin menghadirkan Ustad untuk memberikan keterangan kepada Tuan Hakim atas kes kami di atas lebih detail. Untuk maklumat lebih lanjut bolehkah saya mengubungi Ustad melalui telepon bimbit, dan saya akan menjelaskan secara terperinci.

    Terima kasih
    Ini nombor handphone saya:
    0109xxxxxx

    06/10/2010 at 1:22 pm

    • ustjai

      1. Sama ada nama yg disebutkan itu diiktiraf atau tidak, ianya akan ditentukan oleh siasatan pihak berkuasa berkaitan. Senarai yg mereka miliki lebih up to date. Saya x mau mengesahkan nama tersebut kerana telah setahun saya meninggalkan Malaysia dan kini berada di England.
      2. Oleh kerana saya berada di England, saya tak dapat memenuhi permintaan anda utk hadir dan mengendalikan kes anda di mahkamah. Maaf.

      07/10/2010 at 10:54 pm

  65. Nurul

    ustjai..sy memohon bantuan dan panduan ust.sy br bernikah di narathiwat thailand kerani mslh wali enggan..
    apa prosedur yg perlu sy lakukan utk mendaftar di malaysia supaya sah..
    minta sgt2 panduan ustjai..

    06/10/2010 at 2:12 pm

    • ustjai

      Puan hadir ke kaunter mahkamah syariah, nanti mereka akan terangkan. Namun utk tidak hampakan puan, secara ringkasnya, puan perlu punyai semua dokumen dan bukti berkaitan pernikahan itu, failkan permohonan pengesahan pernikahan, kes akan dibicarakan di mahkamah. Jika hakim berpuashati dgn semua fakta dan bukti, mahkamah akan mengesahkan pernikahan itu dan arahkan puan utk daftarkan di pejabat agama supaya dpt dikeluarkan “surat nikah” spt mana yg dimiliki oleh pasangan lain di malaysia.

      07/10/2010 at 10:49 pm

  66. Jawapan untuk Cik Puteri.
    Cik boleh contact no. ini: 019-5294949 atau lawati blog pakcik http://wanzarma.blogspot.com atau email: wanzarma@yahoo.com.my. Terima kasih.

    21/10/2010 at 5:29 pm

  67. lia

    saya nikah di thailand.. thun2008.. sekarang sudah ada ank.. umur 1 tahun 5 bulan.. suami sye belum daftar s.nikah… so sekarang kami ada krisis.. dan kami tak tinggal sebumbung dah.. ank die ambik… so skang ni sye.. nak pi mengadu di p.agama pun x bole.. coz s.nikah x dak… apa perlu saye buat.. skng ni pun .. sye x tahu mana suami dan anak tinggal..

    25/10/2010 at 9:46 am

    • ustjai

      Bagaimana dgn dokumen & saksi? Tiada langsung?

      25/10/2010 at 1:43 pm

  68. lia

    s.nikah.. dan dokumen lain ada dgn husband.. bila sya mintak.. die kata yg ariganal tak dak kat die.. ada salinan saja… dan die x mau bg.. saksi.. kawan die.. sya pun x tau sama ada perkawenan kami ni sah @pun tidak.. sbb.. kami kawen.. bukan di p.agama siam.. tp di rumah orang.. bukan dithailand.. tp di area perlis…

    sye ada suruh suami pergi daftar nikah dmalaysia.. tp die x mau lagi.. so bila jd mcm ni.. sye yg ssh.. die tinggal sye mcm 2 ja.. ank die ambik… kmi dah x bole tinggal sebumbung.. sbb dah tak sefahaman.. asyik gaduh ja..

    25/10/2010 at 3:32 pm

    • ustjai

      Pernikahan puan adalah tidak sah jika menggunakan jurunikah siam yg datang menikahkan puan dalam negara Malaysia. Jika pernikahan puan menggunakan pihak dari Thailand tetapi akad nikah dijalankan oleh bapa kandung puan sendiri atau wali keturunan yg lain yg diiktiraf oleh hukum syarak maka ianya adalah sah. Maka anak tersebut boleh dihukum sebagai anak “wati syubhah” (hasil persetubuhan yg meragukan) dan boleh dibinkan kpd “suami” puan tsbt walaupun pernikahan puan tidak diiktiraf (jika nikah tidak guna wali bapa). Saya tak pasti apa yg puan inginkan tetapi jika puan berhasrat utk dapatkan anak tersebut, maka puan boleh failkan kes hak jagaan anak. Manakala nafkah anak tersebut boleh dituntut drp “suami” puan tersebut kerana anak itu boleh dibinkan kpd beliau atas alasan “wati syubhah”. Jika puan boleh nyatakan apa yg puan inginkan, senang utk saya beri nasihat yg bersesuaian.

      25/10/2010 at 3:45 pm

      • azie

        Assalamualaikum,

        dlm byk2 kes di sini, kebanyakan mengatakan pernikahan didaftar di Songkhla.

        tetapi kes saya, pernikahan berlaku di kelantan oleh naib hakim syarie, majlis ugama islam wilayah pattani.

        pernikahan berlaku di sebuah rumah (ketua kampung) di sana.

        di surat keterangan nikah (bertulis jawi) dinyatakn tempat pernikahan di pattani dan waktu pernikahan 10.30 ptg (tidak pasti kesilapan) tetapi sebenrnye pernikahan adalah di antara 4.30 – 5.00 ptg. saksi dari malaysia.

        pernikahan di malaysia pula belum didaftarkan kerana “agen” tersebut akan menolong mendaftarkan di terengganu kerana saya dan suami berlainan negeri kelahiran.

        minta penjelasan tuan.

        terima kasih.

        19/02/2011 at 5:17 am

      • ustjai

        jika akad nikah dibuat oleh jurunikah tersebut bukan dgn berwakil wali oleh bapa kandung si perempuan (sbg contohnya) maka terdapat petanda awal bahawa nikah anda tidak sah dan ianya dilakukan oleh sindiket. Kerana jurunikah Thailand sebenar yg patuh kpd undang2 tidak akan masuk ke dalam malaysia utk menikahkan sesiapa. Kuasa yg diberikan kpdnya hanya dalam wilayah dia sahaja iaitu Changwad Songkhla (sbg contoh).

        08/03/2011 at 7:34 am

      • azie

        soalan sambungan.

        bagaimana untuk menentukan naib hakim syarie itu adalah org yg sebenar seperti nama di surat akuan nikah wilayah pattani kerana kami tidak mengenali beliau.

        utk pengetahuan, urusan pernikahan ini dibantu oleh orang malaysia yang mendakwa mengenali agen ini ketika beliau menguruskan kes pernikahan dia yg juga berlangsung di thailand (atau tidak, saya tidak dapat memgesahkan)..

        19/02/2011 at 5:20 am

      • ustjai

        Dgn melihat di mana pernikahan itu dibuat. Jika jelas dan terang ada signboard ia adalah pejabat agama, maka ia adalah bukti mudah dan awal bahawa jurunikah itu bukan sindiket. Tetapi jika nikah itu dibuat di kedai makan atau bawah pokok atau dalam bangunan persendirian, adalah alasan mudah dan awal utk anda mengesyaki adanya sesuatu yg tak kena dgn jurunikah itu.

        08/03/2011 at 7:30 am

  69. lia

    dari lepas kawen d`siam lagi die kata nak p daftar.. tp x pun.. tp surat beranak anak sye bole buat d`p.pendaftaran guna s.nikah siam..

    suami tak mahu bg kerjasama.. itu yg merumit kan keadaan..

    so sekarang ni sye just nak tau.. apa yg perlu saya buat.. n apa hak sye keatas anak…

    25/10/2010 at 3:39 pm

    • ustjai

      Hak puan terhadap anak tersebut ada 2 iaitu hak jagaan anak & nafkah anak. Manakala ttg pernikahan puan itu, jika ianya tidak sah, maka puan tidak berhak untuk menuntut apa2 terhadap “suami” tsbt. Mungkin puan boleh cuba utk tuntut nafkah edah atas alasan pernikahan tersebut “syubhah” (meragukan) tetapi hasilnya (jumlah duit) adalah tidak seberapa / tidak padan dengan kesusahan puan ulang alik, turun naik mahkamah.

      25/10/2010 at 3:54 pm

  70. lia

    lagi 1 utsjai.. if perkawenan kami tidak sah.. macam mana dengan anak saye???

    25/10/2010 at 3:55 pm

    • ustjai

      Nasihat saya, binkan anak tersebut kpd “suami” puan itu melalui proses mahkamah syariah dgn alasan persetubuhan meragukan (wati syubhah)

      25/10/2010 at 4:11 pm

  71. lia

    kalau bole saye nak benda ni sattle cara baik.. saya just nak hak jagaan anak.. duit suami x bg pun x pa.. asal kan saye dapat jumpa anak saye.. sbb skang ni.. bila sye call suami ckp nak jumpa anak die x bg.. langsung.. die kata saye tak dak hak ke atas anak..

    n die pnah ckp.. if sye bwk kes ni ke p.agama @ mahkamah.. d`orang x bole buat apa2.. kalau die x mau bayar daftar lagi.. betul ke?

    25/10/2010 at 4:00 pm

    • ustjai

      Bergantung kpd kesungguhan beliau melarikan diri dan kesungguhan puan mengambil tindakan terhadap beliau. Ada suami sanggup merengkok dalam penjara kerana menyembunyikan anak drp isterinya. Ada pasangan yg sanggup “culik-menculik” dan saling menyembunyikan anak terbabit silih berganti. Ada orang yang “menculik” anak mereka drp pasangan mereka ketika anak tersebut di sekolah, sedang buang air besar, dalam kereta, di balai polis, macam2. Ada orang sanggup berhenti kerja, dikenakan pelbagai tindakan kerana kes perebutan anak. Semuanya bergantung kpd pihak yg terlibat.

      25/10/2010 at 4:09 pm

  72. lia

    ermm terima kasih ya ustjai.. saye akan bawa hal ni ke mahkamah..

    25/10/2010 at 4:17 pm

  73. lia

    maaf ya ustjai.. nak tnya lagi.. kalau p.kawenan saye dn suami x sah.. kiranya selama ni kami duduk sekali pun.. bukan sebagai suami isteri yg sah ke??

    25/10/2010 at 4:26 pm

    • ustjai

      Ya, bukan sebagai suami isteri tetapi dikira “wati syubhah” dan dimaafkan bagi sesiapa yg tak sengaja.

      28/10/2010 at 7:20 am

  74. lia

    ustjai… sekiranya saya tidak ada dokumen @ s.nikah yg asli..(ada salinan sahaja) bole kah saya membuat pendaftaran perkhawinan??

    jika suami tidak mahu mendaftar perkhawinan kami di siam? siapakah lagi yg bole membuat pendaftaran??? ada kah suami sahaj boleh mendaftar @ sesiapa pun boleh?

    jika sudah membuat pe.daftaran.. lama atau tidak proses untuk mendapatkan s.nikah malaysia?

    30/10/2010 at 8:05 am

    • ustjai

      Hanya dokumen original sahaja yg diterima di mahkamah. Jika tiada, maka perlu dapatkan salinan yg diakui benar dan surat pengesahan daripada pihak berkuasa agama Thailand. Pihak yg boleh buat pendaftaran hanyalah suami atau isteri sahaja. Tempoh masa proses pendaftaran adalah bergantung kepada setiap kes. Jika semua dokumen lengkap, saksi dan keterangan di mahkamah semuanya lancar, hanya perlu hadir ke mahkamah 1 atau 2 kali sahaja. Tapi jika banyak masalah, dokumen tak lengkap, saksi atau pihak terlibat cakap “merapu” di mahkamah, ia akan berpanjangan atau ditolak terus oleh mahkamah.

      30/10/2010 at 12:05 pm

  75. lia

    maksud nya sya kena pergi di thailand la.. utk mendapat kan pengesahan??

    saya sudah buntu dah tidak tahu apa yang perlu di buat.. suami lari bawa anak.. dan saya tidak tahu dia pergi mana..

    saya pergi ke mahkamah , mahkamah suruh cari lawyer.. saya cari lawyer.. lawyer suruh pegi mahkamah balik… nampak nya mcm tak ada jln untuk saya sah kan surat nikah di malaysia dan untk dpat kan hak jagaan anak..

    30/10/2010 at 2:48 pm

  76. Rose

    salam, ustaz,

    Saya ini, mohon dapat nasihat ustaz,..sy masih belum melakukan kesalahan lagi tapi dah ada niat utk nikah senyap iaitu tnpa pengetahuan wife pertamanya dan pengetahuan kedua ibubapa saya dan dia,….bolehkah ustaz terangkan apakah kesannya kalau saya bernikah tnpa pengetahuan mereka yg penting tahu ini sebenarnya,…dan apa yg patut sy buat sebenarnya sekiranya sy hendak bernikah secara senyap,..spy tidak menjadi masalah akan dtg,..terima kasih didahulukan…

    04/11/2010 at 2:50 am

  77. azlina

    assalamualaikum..
    saya ada pertanyaan..suami saya telah berpoligami di thailand tanpa kebenaran saya.saya cuma dapat mengetahui perkara ini setelah setahun mereka bernikah.suami saya dari dia mula kahwin sampai sekarang tidak adil dan banyak masa yang dihabiskan brsm pempuan trsebut wlupn dia tidak berterus trg dgn saya tp saya tahu dia bersama prmpuan trsebut..apa yabg saya blh katakan dia lbh kepada isteri baru.saya ada mengajak suami berbincang dan menyuruhnya membuat pilihan sebab saya memang tak boleh terima hidup bermadu.dia tak nak lepaskn saya malah dia mengatakan yang dia memg nak lepaskan isteri barunya,tapi apa yg saya lihat dia makin hari makin lebih kepada isteri baru.untuk pengtahuan ustaz saya memang tak boleh terima poligami..
    1.apakah tindakan yang perlu saya lakukan,sebab saya memang tak boleh terima,apalg suami memang tak berlaku adil?
    2. apakah tindakan undang2 yg boleh diambil terhadap merekaa berdua sekiranya saya membuat aduan.
    3.sebagai penjawat awam apakah mereka akan diambil tindakan atas apa yg dilakukan?

    sekian terima kasih

    17/11/2010 at 2:10 pm

    • ustjai

      1. Jika puan benar2 ingin berpisah dgn suami, puan boleh membuat tuntutan fasakh atau taaliq. Senarai alasan kenapa ingin bercerai perlu dibuat dan dibincangkan dgn peguam syarie supaya persiapan kes dibuat dgn baik.
      2. Puan boleh membuat permohonan harta sepencarian. tetapi bergantung kpd sama ada mereka ada membuat permohonan pengesahan pernikahan.
      3. Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jikalau keluar negara tanpa kebenaran. Apatah lagi kalau mereka adalah dari pasukan beruniform.

      17/11/2010 at 4:21 pm

  78. azlina

    salam..
    trima ksh atas jwapan ustaz..
    saya nak bertanya lg..
    1. mereka belum membuat pengesahan perkahwinan di malaysia,jd saya tak blh menunut harta sepencarian?
    2.betulkah sekiranya pihak perempuan yg menuntut cerai maka dia tak akan layak mendapat hak penjagaan anak?
    3.pihak majikan dah tau suami kawin tanpa izin diluar negara tetapi tak ada tindakan yg dikenankan setakat ini..isteri bru suami itu jg seorg pnjawat awam dan majikan tau tentang ni tp takada juga tindakan diambil.

    18/11/2010 at 6:15 am

  79. fatehah

    assalmualaikum ustaz..sy mmpunyai seorang shbt yang ingin berkahwin diseberang.beliau sebelum ini pernah brkhwin di msia sewaktu usia 18 thn dn tlh bercerai 4 tahun yg lalu.penceraian tersebut dilakukan mengikut proses yang betul.ttapi dia tidak mempunyai sijil cerai.adakah ini akan menghalang perkahwinan brunya di seberang nnt?

    19/11/2010 at 4:32 am

    • ustjai

      Surat cerai mudah utk diperolehi jika pihak terbabit hadir ke pejabat agama tempat/kawasan mereka dahulu bercerai. Ketiadaan surat cerai akan menimbulkan byk masalah utk pernikahan seterusnya

      27/11/2010 at 7:05 pm

  80. diana

    salam ustaz and pakwan..
    saya nak tanya..
    saya ingin bernikah di thailand tapi saya x faham beza antara ” permohonan nikah luar negara dengan kebenaran” dan “permohonan nikah luar negara tanpa kebenaran”..
    apa yang dimaksudkan “dengan kebenaran” dan “tanpa kebenaran”??
    apa prosedure yg perlu saya buat supaya pernikahan kami di thailand tidak dikenakan sebarang denda?
    untuk makluman ustaz dan pakwan,kami berdua masih bujang dan berasal dari kelantan.

    25/11/2010 at 6:50 am

    • ustjai

      “kebenaran” adalah merujuk kebenaran pihak berkuasa agama tempatan iaitu sama ada pejabat agama atau mahkamah syariah.

      27/11/2010 at 7:11 pm

  81. Adi

    Salam UstJai,

    Saya ada 3 persoalan tentang proses nikah di Siam ini iaitu :-

    1) Ustaz memberitahu bahawa seelok-eloknya bawa 2 saksi dari Malaysia. Bagaimana bagi mereka yang tidak membawa saksi kerana tiada saksi yang mahu ikut, dan mereka menggunakan saksi di sana? Adakah ada masalah besar untuk membuat pengesahan nikah di hadapan hakim mahkamah syariah nanti. Adakah hakim akan menolak pengesahan nikah tersebut?

    2) Adakah dibolehkan membayar mas kahwin di sana menggunakan Bank Cheque? Kerana sebagai contohnya pasangan itu bersetuju atas dasar suka sama suka bersama bersetuju untuk mas kahwin sebanyak RM5000 (5 ribu ringgit) contohnya, kemungkinan mereka berasa takut untuk membawa wang tunai yang sebanyak itu ke sana ke mari di sana, agak elok jika menggunakan Cheque yang lebih selamat, adakah dibolehkan?

    3) Mas kahwin adalah dalam matawang apa? RM atau Thai Bhat?

    Tolong bantu kami UstJai. Terimakasih. Wassalam.

    08/12/2010 at 5:19 pm

    • ustjai

      1. Pengalaman saya menunjukkan bahawa ia byk bergantung kpd hakim. Ramai hakim yg saya ketahui mensyaratkan adanya saksi. Namun tuan boleh rujuk mahkamah yg akan tuan failkan kes dan bertanya kpd kakitangan atau peguam di sana tentang cara hakim tersebut mengendalikan kes nya. 2. Mas kahwin boleh secara tunai dan boleh secara hutang, yg penting ia adalah sesuatu yg bernilai. Jadi cek, boleh digunakan sebagai cara pembayaran mas kahwin. Ramai juga orang yg melakukan demikian terutama yg melibatkan jumlah yg besar. 3. Boleh dibayar dalam mana2 matawang.

      24/12/2010 at 9:04 pm

  82. khatijah

    salam,ustaz saya telah berkhawin di sempadan thai dengan di saksikan 2 oorg warga malaysia dapa tahun 2008,setelah tahun 2010 baru saya dan suami ingin mendaftarkan perkhawinan apabila kami telah mendapat cahayamata,tetapi suami saya telah meninggal dunia sebelum apa-apa prosedur di lakukan,apabila saya sendiri pergi sendiri untuk mendaftar pegawai penguatkuasa memberi tempoh kes saya akan selesai paling awal 1 tahun dari sekarang kerana banyak kes yang masih belum di panggil untuk soal siasat,jadi bagaimana sekiranya saya ingin mendaftarkan anak saya dahulu kerana saya ingin bekerja dan anak di hantar ke taska memerlukan pengenalan diri di samping mendapat rawatan di klinik untuk ank saya,harap ustaz dapat memberi maklum balas

    09/12/2010 at 1:05 am

    • ustjai

      sijil kelahiran anak boleh diperolehi, tetapi maklumat bapa akan tercatat sebagai “tidak diperolehi” atau apa2 perkataan yg seumpamanya. Sijil lahir itu boleh digunakan utk tujuan persekolahan. Maklumat itu boleh ditukar apabila selesai kes di mahkamah syariah.

      24/12/2010 at 8:59 pm

  83. bintang

    salam ustaz.

    saya dan sepupu merancang untuk nikah,tp keluarga mnentang. kami brcadang nk nikah tnpa pgtahuan kluarga krna ign kukuhkan ekonomi terlebih dahulu. kami ada mendengar mengenai nikah gantung tp xtawu prosedur. ada pihak ckp xboleh nikah sbb xda kbnaran wali n sebagainya. namun kami tiada sebarang sumber maklumat mengenai nikah gantung atau prosedur untuk dirujuk .
    kalau boleh kami bercadang untuk nikah di malaysia, tp jika tiada pilihan lain, kami akan pertimbangkan untuk nikah di siam.

    13/12/2010 at 7:05 am

    • ustjai

      kalau di malaysia, pernikahan perlu melalui wali bapa terlebih dahulu, kemudian baru lah bertukar kpd wali lain jika ada masalah. Walaupun nikah gantung tetapi prosedur undang2 pernikahan muslim di malaysia tetap perlu kpd wali. Pernikahan siam boleh rujuk kpd perbincangan sebelum ini.

      24/12/2010 at 8:56 pm

  84. askum….sy da beberapa pertanyaan…sy seorg janda dan berkahwin dgn seorg duda di pdg besar..dgn di nikahkn oleh tuan hj …….,msa pernikahan di buat di sebuah rumah,di walikan olh tuan hj itu kerana ayah sy berada di kuala lumpur,saksinya seorg kwn suami dn seorg imam kwn kpd tuan hj,dlm msa pernikahan di jln kn tiada sebarg ksulitan kami di terangkn segala syarat utk bernkah dn bgaimna utk mndptkn surat nikah untuk permudhkn mdftar pnikahn,smasa nk mgisi borg pnikahan kami x dpt nk bg salinan photostat kad pengenalan krna kedai smua tutup jd butir2 hya di tulis di atas surat yg myatakn kmi bernikah dn tertera alamt sperti yg tuan paparkn di atas,masalhnya tuan h memberitahu kami xpa salinan kad blh di beri kmudian,utk dia mbwa butiran2 2 ke pjb agama songkhla dn di minta membyr dgn kadar tentu,,,,persoalnnya adakh perkhwinan sy itu sah…

    26/12/2010 at 4:37 am

    • ustjai

      Jika pernikahan puan dibuat di Padang Besar dalam wilayah Malaysia, pernikahan puan tidak sah jika dibuat oleh jurunikah siam dan tanpa berwakil wali drpd ayah puan. Maksud saya, pernikahan dibuat oleh wali hakim dari siam tetapi dibuat di Malaysia, hukumnya tidak sah.

      31/12/2010 at 1:11 am

      • azie

        pernikahan tidak sah, bermaksud jika bersama suami-isteri adalah zina?

        jadi memang perlu untuk bernikah semula di malaysia oleh kadi malaysia?

        19/02/2011 at 5:27 am

      • ustjai

        Jika nikah terdahulu terbukti tidak sah, maka wajib nikah semula.

        08/03/2011 at 7:26 am

  85. sy amt berhrp jwp di atas pertanyaan sy untuk maklumat tuan kami masih x mendaftarkn perkhwinan sama ada di pejabat agama songkhla atau pun malaysia kerana kami x myerahkn lagi salinan kad pengenaln dn upah utk membuat pendaftaran di sana,bagaimana pula status perkhwinan sy

    26/12/2010 at 4:49 am

    • Untuk Puan Arini sekiranya pernikahan anda di buat di sebelah Thailand dan dinikahkan oleh kadi atau naib kadi yang bertauliah dan memenuhi semua syarat dan rukun nikah adalah dinasihatkan supaya anda meneruskan tindakan anda membuat pengesahan pernikahan anda di Pejabat Konsulat Jenderal Malaysia di Songkhla. Puan hendaklah mendapatkan Surat Pengesahan Sijil Nikah Puan dari Majlis Agama Islam di Wilayah Songkhla terlebih dahulu dan Pejabat Majlis agama Islam Songkhla akan mengeluarkan surat kepada Konsulat untuk disahkan. Selepas itu barulah Puan boleh membuat pendaftaran semula pernikahan Puan di Malaysia. Tanpa surat Konsulat Puan tidak boleh mendaftarkan pernikahan Puan di Malaysia.

      03/02/2011 at 4:27 pm

  86. Zubaidah

    Assallamualikum Ustaz, saya sangat memerlukan nasihat dan tunjuk ajar, saya merancang untuk berkahwin dengan pasangan saya yang berasal dari Syria, untuk berkahwin di Malaysia terlalu banyak yang perlu dilakukan termasuk banyak paperwork dan undang undang yang perlu dipatuhi. Bolehkah saya dan pasangan saya berkahwin disempadan Thailand dan berapakah bayaranya.
    Sahkah surat nikah dari Siam disisi undang undang Malaysia jika kami ditangkap khalwat?
    Terima kasih budi baik Tuan Ustaz tak akan saya lupakan.

    29/12/2010 at 6:14 pm

    • ustjai

      Jika puan ditangkap khalwat dan puan mengemukakan surat nikah siam, puan akan dikehendaki utk membuat pengesahan di mahkamah syariah terlebih dahulu utk ditentukan sama ada nikah puan itu sah dan diiktiraf. Jadi, ceritanya akan jadi lebih kurang sama. Jika ditangkap khalwat, realiti di Malaysia, puan akan menanggung malu kerana tohmahan masyarakat tanpa dipedulikan sama ada puan salah atau benar. Nikah di Siam akan menjadi mahal (ribuan ringgit) jika puan menggunakan agen atau orang tengah.

      31/12/2010 at 12:22 am

  87. wanita keliru

    ustaz sy amat mmrlukan pndnagn ustz.sy blm brkhwin dn mmpunyai kkasih.kmi tlh lma mnjalin hbungan.masalahnya bapa sy tdk brsetuju.sy brniat utk nikah disiam.utk pengetahuan ustz sy prnh brzina dn mlahirkan ank luar nkah.llaki yg brtggungjwb itu tlh lari.bapa sy mgetahui tnta prkara ini hya stlh sy dn kkasih sy yg bru ini ingin mlgsungkn prnikahan.bapa sy brkeras mahu sy bernikah dgn llaki yg brtggungjwb itu.

    utk pngetahuan ustz jg,zpz sy tdk prnh mnjaga sy dr kcil.sjak kcil sy dibela oleh kluarga angkat.kini ibu dan ayah angkat sy tlh mninggal dan dia tiba2 mahu mngawal sy dan mmaksa sy tinggal dgnnya sdgkn sy tlh bkerja dan mmpunyai rmh sndri.

    soalan sy,blhkah bapa sy mmohon mbatalkn prnikahan sy dan suami skiranya kami tlh berkhwin.ini krna dia mahu sy bernikah dgn llaki yg bertggungjwb trsebut sedangkan bakal suami sy taat kpd tuhan dan menerima sy seadanya.

    llaki yg brtggungjwb trsebut adalah seorg yg tdk bkerja dan kaki pukul.

    02/01/2011 at 9:00 am

    • ustjai

      Hukum asal bagi seseorang anak ialah wajib taat kpd perintah ibubapanya. Arahan ini terkandung pelbagai hikmah yg diketahui dan tidak diketahui. Namun terdapat beberapa pengecualian, spt perintah yg akan memudaratkan anak, maka x wajib diikuti. Berdasarkan cerita puan, nasihat saya ialah cuba sedaya upaya terlebih dahulu utk pujuk bapa puan. Jika tidak berjaya, boleh teruskan pernikahan dgn lelaki sekarang kerana puan bukan lagi “anak dara” yg tertakluk kpd wali bapa. tetapi jgn lupa utk terus memujuk hati ibubapa kandung walaupun selepas bernikah krn besar pahalanya di sisi Allah. Manakala pernikahan puan itu tidak boleh dibatalkan jika ianya dibuat secara sempurna mengikut undang2 Islam yg terpakai di negeri tempat puan berada.

      02/01/2011 at 1:26 pm

  88. nur

    Saya berkahwin di narathiwat tetapi saya tidak ada surat konsulat. Suami sudah meninggalkan saya 4 tahun lebih. saya ingin menuntut cerai taklik. anak saya yang ketiga mengalami masalah surat beranak.yang mana satu saya perlukan dapatkan surat konsulat nikah atau cerai?

    02/01/2011 at 12:57 pm

    • ustjai

      Secara umumnya, ramai hakim yg perlukan pengesahan nikah terlebih dahulu sebelum boleh proceed dgn kes cerai. Tetapi puan boleh check dgn kakitangan kaunter mahkamah, kerana ada juga ketikanya hakim tertentu yg tidak perlukan surat pengesahan nikah tetapi mereka akan teruskan secara serentak pengesahan nikah dan pengesahan perceraian pada prosiding yg sama. Jika terdapat masalah kemudian tentang nikah tersebut tidak sah (sebagai andaian) sijil lahir anak puan boleh diselesaikan secara “anak wati syubhah” iaitu anak yg terhasil daripada persetubuhan yg meragukan dan ianya diakui oleh syarak dan boleh dibinkan kpd suami puan tersebut.

      02/01/2011 at 1:18 pm

      • nur

        Bila saya nak buat surat beranak anak (yang ketiga) pejabat JPN memerlukan surat konsulat, yang manakah surat yang diperlukan surat nikah atau surat cerai? Berapakah kos untuk mendapatkan surat konsulat? Apakah syarat-syarat / dokumen yang perlu dibawa untuk surat cerai di siam?

        03/01/2011 at 5:28 pm

      • ustjai

        Surat konsulat pada lazimnya diproses pada hari pernikahan tersebut sbg bukti pasangan terbabit benar2 berada di negara itu pada hari pernikahan dan tidak menggunakan sindiket pernikahan palsu. Jika puan tidak memperolehi surat konsulat pada hari pernikahan atau beberapa hari selepas pernikahan, saya syak pernikahan puan mungkin palsu / sindiket. Utk dapatkan surat cerai di Thailand, puan perlu membawa surat nikah terdahulu utk rujukan mereka. Biasanya mereka akan meminta puan membawa 2 saksi utk menyokong dakwaan puan berkaitan perceraian.

        04/01/2011 at 5:06 pm

  89. lisa

    salam ustaz/pakwan…

    sya ader masalah… harap dapat bantu….

    sya dan teman lelaki bercadang hndak berkahwin di siam… teman lelaki berstatus suami orang….
    isteri pertama tidak mengetahui perkara ini dan keluarga sya sngat mghalang perhubungan ni dan semestinya tidak bersetuju dgan cadangan kami hendak berkahwin….
    kami memang nekad untuk kawin di siam….
    masalah adalah selepas berkahwin nnti sya mahu perkahwinan ni didaftarkan kerana tidak mahu akan timbul masalah bila kami mempunyai anak nnti… masallah pendaftaran anak dgn jpn/sekolah/ etc…

    1. adakah isteri pertama suami dan keluarga sya (wali) akan di panggil ke mahkamah nnti semasa proses pendaftran perkahwinan?
    2. jika ya, adakah cara yang untuk mengelakkan perkara ni berlaku? kerana say sebolehnyer nak mnjaga hati isteri pertama dan ibubapa sya…
    3. kami berdua berasal dari dua negeri yang berbeza… di mana kami perlu mndaftarkan perkahwinan ni?

    sya berharap agar uztaz/pakwan dapat mmberi penjelasan…

    terima kasih

    08/01/2011 at 4:22 am

    • lelaki ini

      di negeri perempuan atau tempat bermastautin sekarang juga bole..

      01/02/2011 at 8:48 am

    • inn

      Ramai yang bernikah di Thailand (atau luar negara) dengan niat untuk menyembunyikan hal tersebut dari isteri pertama dan keluarga. Tapi sayangnya di Malaysia, mahkamah akan maklumkan kepada isteri pertama. Ini bagi memudahkan isteri pertama menuntut harta sepencarian dan nafkah diri dan anak-anak. Soal isteri pertama setuju atau tak tidak timbul. Soal ibu bapa setuju atau tak juga tidak timbul sekiranya pernikahan di Thailand itu mengikut cara sah (seperti yang telah banyak kali dinyatakan di atas) iaitu jarak antara tempat bernikah dengan wali ialah lebih 2 marhalah.

      Saya cuma boleh nasihatkan, puan dan suami minta maaf dan berdoa agar isteri pertama, ibu dan bapa puan membuka hati mereka.

      08/04/2012 at 9:22 am

  90. efazz

    salam ustaz.
    adakah lafaz cerai sms sah.
    1) kalau aku keluar dari rumah ni jatuh talak 1
    2) hari ini aku cerai kamu

    masalahnya si suami cuba menafikan maksudnya itu.

    bolehkah si isteri daftarkan cerai di islamic comitee songkla?
    masa nikah di islamic comitee songkla

    14/01/2011 at 9:44 am

    • ustjai

      Perkataan spt ini pada umumnya dikira sebagai sah bercerai tetapi ianya byk bergantung kpd proses bicara supaya dpt diketahui latar belakang perkara tersebut terjadi. daftar cerai boleh dibuat di tempat pernikahan asal spt hatyai, songkhla.

      31/01/2011 at 9:05 pm

  91. shah

    salam tuan
    saya ada masalah yg mungkin pelik.saya pernah bernikah dimalaysia secara sah (tp dibuat secara basic je krn saya student ketika itu dan dipaksa oleh bekas isteri)
    ketika itu,tiada siapa pun tahu pernikahan saya termasuk ibu dan bapa saya.yg tahu hnya keluarga perempuan, itupun tidak semua.
    namun jodoh xpanjang, kami bercerai xsmpai setahun.dia curang,jd saya membenci sgt2 dia smpai skrg,malah sijil cerai pun saya dah bakar,
    saya benci tgk nama dia.pernikahan kami sah, percerain kmi juga sah.

    sy xpernah mendedahkan hal ini kpd sesiapa pun,kpd smua org, saya ngaku saya blm pnh brkahwin.tiada siapa yg tahu melainkan Allah dan famili bekas isteri(mention dia disini pun saya dah benci)

    sy akan berkahwin bulan jun ini.masalahnya,hati sy takut,ini kerana smua org tahu sy bujang(mmg saya bujang).famili bakal isteri saya dan bakal isteri juga tidak tahu hal ini.yg menakutkan, saya pasti akan ditinggalkan oleh bakal isteri dan kluarga jg xakan suka kalo tahu(diaorg penah cakap xnak anak dia kawin ngan duda)
    soalan.bgaimana status saya utk kawin?saya nak menulis borang tu sbg “bujang”,
    sy sanggup membayar denda drpd saya kehilangan bakal isteri saya.sy prnh brkahwin bbrp bulan shj.dan saya benci bekas isteri saya.saya nak emulakan kehidupan baru.

    15/01/2011 at 1:52 pm

  92. shah

    tambahan,saya berhijrah jauh dari tempat saya nikah dulu,tp masih dlm malaysia.

    15/01/2011 at 1:56 pm

  93. nur

    Saya nak tanya, seandainya pasangan itu berkahwin di luar malaysia, contohnya mereka yang belajar kat luar negara, dengan tujuan untuk elakkan dosa, lalu berkahwin berwalikan hakim tanpa pengetahuan keluarga, kemudian balik ke malaysia, mereka diminta berkahwin semula oleh keluarga keduanya kerana cuma mereka berdua sahaja yang tahu mereka sudah berkahwin tetapi tidak berani memberitahu perkara sebenar kepada keluarga masing-masing. Keluarga mereka fikir keduanya masih sedang bercinta sahaja. Apakah hukumnya berkahwin semula sedangkan sudah berkahwin? Perlu lafaz talak dulu ke macam mana? Sebab mereka kena menjaga perasaan keluarga terutamanya ayah si perempuan yang sepatutnya mewalikan pernikahan anaknya.

    Apakah procedure mereka yang berkahwin di luar negara setelah kembali ke malaysia? Perlu daftar saja ke? Sebab pernah dengar kes di mana pasangan yang bernikah di Indonesia di minta berkahwin semula oleh jabatan agama islam negeri.

    Harap yang arif beri penjelasan tentang hukum pernikahan ni, dari sudut agama tu satu hal, dari sudut undang-undang malaysia tu satu hal.

    15/01/2011 at 5:17 pm

    • ustjai

      Akad nikah kali kedua dalam keadaan pernikahan masih wujud adalah dibenarkan. Ia disebut sebagai memperbaharui akad nikah. tak perlu lafaz talaq. Daftar semula di malaysia adalah mudah jika pernikahan luar negara dilakukan dgn kebenaran pihak berkuasa agama Malaysia. Jika tiada kebenaran, maka terpaksa melalui proses mahkamah yg biasanya agak cerewet dan memenatkan bagi kebanyakan orang.

      31/01/2011 at 9:02 pm

  94. epul

    salam ustaz n pak wan, saye nk berkahwin di siam,bolehkah ustaz atau pak wan tolong sye untuk selesaikan semua proses di sana?

    18/01/2011 at 11:24 am

    • Saya nasihatkan supaya anda berkahwin di Malaysia sahaja sebab kalau berkahwin di Thailand banyak masalah apabila balik ke Malaysia semasa hendak buat pendaftaran dan anda juga kena naik mahkamah dan mungkin dikenakan denda. Kalau dah tak boleh dielakkan lagi dan tidak ada jalan penyelesaian barulah ambil tindakan untuk berkahwin di Siam.

      03/02/2011 at 4:39 pm

      • sedih

        pakwan saya nak kawin kat siam tapi tak tahu nak buat macam mana dan prosesnya macam mana; ni emel saya eyzurazainudin@ymail.com.saya nak no contact pakwan.please saya perlukan bantuan..

        01/10/2011 at 10:38 am

  95. Naz

    Salam Ustjai…Sy nk tanya:-
    1.apakah denda atau hukuman yang kebiasaannya dikenakan kepada pasangan yang bernikah di thailand tetapi tidak mendaftarkan pernikahan tersebut melebihi 6 bulan?
    2.Jika pasangan ini ditangkap khalwat dan mengemukakan surat nikah thailand,surat konsulat dan dokumen perjalanan yang sah seperti border pass,adakah mereka hanya didenda dengan nilai tertentu atau dipenjarakan?
    Apa yang saya hendak tahu ialah hukuman mengikut kebiasaan sama ada di denda atau ada juga yang dipenjarakan,bukan hukuman maksimum mengikut peruntukan undang2 yang boleh membawa hukuman denda,penjara atau kedua-duanya sekali…
    Mohon perhatian dan penjelasan dari ustjai…
    Perhatian dan jasa baik saya dahului dengan ucapan ribuan Terima Kasih…
    جزاك اللهُ خيراً

    25/01/2011 at 5:41 pm

    • ustjai

      Pada kebiasaannya, hanya denda sahaja dikenakan lazimnya pada sekitar RM1000-RM2000 juga byk bergantung kpd berapa jenis pertuduhan yg dikenakan dan byk faktor lain. Angka yg saya berikan ini hanyalah secara kasar kerana byk faktor lain yg perlu diambil kira. Hukuman penjara biasanya tidak dikenakan, jika dikenakan ianya sangat ganjil dan bukan amalan biasa dan dianggap sangat berat. Boleh dibuat rayuan dan peluang sangat cerah utk diketepikan hukuman penjara tsbt.

      31/01/2011 at 8:51 pm

      • Naz

        Terima Kasih Ustjai…

        15/02/2011 at 5:52 pm

    • lelaki ini

      berdasarkan pengalaman saya dan kawan2 sekitar rm800 ke rm1000,sepasang jika dokumen lengkap..

      01/02/2011 at 8:45 am

  96. puteri

    A’kum… ustaz..
    Saya bernikah dengan suami saya pada tahun 2001 diwilayah narathiwat dan saya telah mendapat 2 sijil pernikahan diwilayah tersebut, dan saya ada terbaca salah satu diartikal mengatakan wilayah narathiwat pernikahan tidak sah? Bagaimana pula pernikahan saya itu sah atau tidak, sekarang ini dah 10tahun saya bergelar isteri kedua tetapi suami saya menggangap saya sebagai isteri hanya 5 bulan sahaja selepas penikahan kami tersebut (tak sempat kami nak berdaftar diM’sia) kemudian suami saya telah menghilangkan diri entah kemana tanpa dikesan (alamat2 suami saya semua saya telah mencari tetapi alamat rumah orang lain) dan saya pernah hubungi suami saya lantas suami saya memarahi & memaki saya dan mengatakan saya menggangu rumahtangga dia, jiwa saya tertekan dan saya tertanya2 siapa saya ini…sehingga kini saya tidak bertemu dengan suami saya lagi dan saya tak tahu bagaimana saya nak menyelesaikan kemelut saya ini. Dan saya telah mencuba bertanya dengan pegawai agama islam tempatan tentang perkara ini tetapi jawapannya “walaupun suami kamu tinggalkan kamu seberapa lama pun tetap dia suami kamu”….. dengan jawapan tersebut saya ragu2 kerana sudah terlalu lama suami saya tinggalkan saya dengan tanpa nafkah zahir & batin, dan saya kini tinggal dengan keluarga saya. Baru2 ni keluarga saya suruh saya berkhawin dengan pilihan keluarga saya dan saya tak membantah cuma status saya ni tak pasti. Dan saya pula tak tahu caranya nak ke Negara Narathiwat sedangkan negara tersebut dalam keadaan yang tak selamat. Dan saya terfikir juga berkemungkinan kos perjalanan atau segalanya kesana mungkin mahal.

    Saya mengharap sangat2 Ustaz atau sesiapa yang dapat membantu menyelesaikan kemelut saya ini yang kian lama terpendam.

    Tolonglah Ustaz… Wassalam….

    29/01/2011 at 9:52 pm

    • ustjai

      Adalah lebih mudah & murah utk kembali semula ke tempat puan bernikah (narathiwat) utk urusan perceraian. Berpandu pada dokumen yg ada pd puan, saya percaya terdapat alamat yg jelas di situ. Jika ke sana pd waktu siang dan menggunakan teksi yg ada di pintu sempadan juga adalah selamat insya Allah.

      31/01/2011 at 8:44 pm

  97. Man

    Assalamualaikum…
    sy ada soalan untuk diajukan kepada ustaz:

    Sy dan isteri telah berkahwin kat siam,tetapi kami masih belajar.
    Sy mendapat tajaan JPA manakala isteri mendapat pinjaman PTPTN.
    Biasiswa yg sy dapat hanya cukup untuk saya membiayai kos pelajaran saya sahaja dan tidak mampu memberi nafkah secara zahir kepada isteri.
    Semua perbelanjaan kami termasuk sewa rumah,makan dan minum serta bil2 ultiliti kami berkongsi sama rata.
    Sama seperti kami hanya membayar bahagian masing2.
    Apakah hukum ke atas saya di salam perkara ini?
    adakah saya berdosa kerana belum mampu menunaikan nafkah zahir kepada isteri kerana saya masih belajar?
    Dah lama saya tertanya2 dan benar2 ingin mengetahui jawapan daripada ustaz…
    Harap maklumbalas dari ustaz..
    Terima kasih..

    07/02/2011 at 3:10 am

    • ustjai

      Lakukan apa yg terdaya. Allah tidak membebankan kita sesuatu yg diluar kemampuan kita. Jika isteri redha, tiada salahnya.

      08/03/2011 at 7:36 am

      • Man

        Terima kasih atas feedback yang diberikan oleh ustjai…

        09/03/2011 at 4:57 pm

  98. Zubaidah

    Assallamualaikum Ustaz,
    Pertanyaan saya bolehkah saya bersama pasangan saya yang berasal dari America beragama Islam ke Narathiwat untuk berkahwin tampa membayar pada agent.Bolehkah saya dapat alamat dimana dan bagaimanakah caranya.
    Saya amat berharap agar Ustaz dapat memberi sedikit pandangan. Kami bercadang untuk berkahwin disana dan kembali daftar di Malaysia, memadangkan terlalu rumit untuk kami berkahwin di Malaysia.Terima kasih Ustaz.

    16/02/2011 at 12:59 pm

  99. mia

    Assalamualaikum ust,
    sy memerlukan pandangan ust dlm menangani mslh sy. sy bkahwin dengan suami(duda)hampir 8 thn. mslh timbul bila baru2 ini sy dpt tau suami telah berkahwin lg tanpa izin poligami daripd sy. suami bkahwin dlm negeri yg sama dgn menggunakan jurunikah tidak bertauliah. suami mengatakan dia dlm keadaan terdesak kerana perempuan yg dikahwininya itu disahkan mengandung (suami diminta bertggjwb atas perbuatannya). atas persetujuan bersama dengan keluarga ppm, mereka telah dinikahkan dengan menggunakan dokumen palsu (surat cerai isteri pertama)untuk mengelabui mata orang kampung yg kononnya suami sy adalah sorg duda walhal mereka tahu suami telah beristeri lg selepas perceraian tersebut. skg mereka berusaha untuk mendaftarkan perkahwinan mereka bg mendapatkan sijil nikah. sbgi isteri yg sah, apakah yg perlu sy lakukan utk melindungi hak sya. bolehkah perkahwinan mereka dibubarkan jika tidak memenuhi syarat hukum nikah Islam. bgmana dgn status anak yg dilahirkan (anak yg dilahirkan tidak cukup tempoh 6 bulan dlm kandungan ibunya dari tarikh nikah).

    21/02/2011 at 8:33 am

  100. pakwan

    Apa hukumnya sekiranya si isteri keluar meninggalkan rumah tanpa izin suami lebih daripada 3 bulan?
    Alasan keluar rumah katanya sebab suaminya ada perempuan lain melakukan maksiat dibelakangnya tapi bukan buat maksiat di rumah mereka la. Maksudnya konon isteri tak mahu turut serta berdosa atas apa yang dilakukan oleh suami. Macam mana tu Ustaz? Si suami pernah menyuruh si isteri pulang ke rumah tapi si isteri engkar.
    Adakah si isteri itu nusyuz? Persoalannya adakan si isteri nusyuz dan apa syarat-syarat seorang isteri itu nusyuz?
    Dan sekiranya bercerai adakah dia juga berhakmenuntut tuntutan harta pencarian, dan sebagainya?

    05/03/2011 at 9:58 am

  101. Sally

    Assalamualaikum,
    Saya amat memerlukan pandangan dr pihak tuan..
    Saya telah berkahwin di Songkhla pada 2009 dan bercadang melangsungkan perkahwinan sbnr pada 2011.Namun saya baru mendapat tahu bahawa suami telah beristeri dan mempunyai 6 org cahaya mata.
    Hati saya remuk mendengar pengakuan dr isterinya yg curi2 menghubungi saya. Saya tidak dapat menerima hakikat dia membohongi saya dan mengabaikan keluarganya.
    Saya hendak bercerai dan dia akhirnya merelakan tp belum dilafazkan.
    Bagaimanakah prosedur perceraian ini?
    FYI,kami pergi sendiri dan setelah bernikah,kami telah mendapat Surat Akuan Sah Nikah dan Surat Catatan Keterangan Nikah.Kadi ada suruh pergi ambil surat di konsulat,tapi hari tu hari minggu.So,kami cuma ada 2 surat tu sahaja.

    Minta pandangan sgt2..terima kasih

    24/03/2011 at 6:00 am

  102. feeza

    salam ustaz….

    sy dan teman lelaki bercadang utuk berkahwin di siam, memandangkan dia sudah berkahwin..dan isterinya tidak akan mengizinkan dia kahwin lagi..begitu juga family saya.Persoalannya ialah:

    a) Adakah apabila kami mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia nnti,isteri pertama seharusnya hadir ke mahkamah juga?sebabnya teman laki saya pernah bertanyakkan mahkamah tentang masalah ini dan pihak mahkamah ada mengatakan xperlu membawa isteri pertama

    b) Kalaulah btul, isteri pertama perlu hadir ke mahkamah untuk pengesahan prekahwinan ini..apa kan terjadi kalau isteri pertama still tidak mahu mmberi kerjasama dan bersetuju dengan poligami ini.Adakah perkahwinan ini boleh didaftarkan?sedangkan pada masa itu,kitaorg telah kawin dengan cara yang sah

    Harap ustaz boleh bantu saya, sbb saya bimbang dan takut perkahwinan saya ini tak boleh didaftarkan..

    Tq so much

    28/03/2011 at 10:36 am

    • ustjai

      Pada dasarnya, mahkamah akan menghendaki isteri pertama hadir. Ini termasuk urusan pembahagian harta sepencarian dibuat terlebih dahulu sebelum pengesahan pernikahan dibuat. Namun begitu, jika isteri pertama tidak bersetuju sekalipun dgn pernikahan puan, prosiding pengesahan pernikahan puan tetap akan diteruskan. Cuma persetujuan isteri pertama akan memudahkan urusan tetapi bukan mandatori.

      09/04/2011 at 5:10 pm

  103. ina

    Salam Ust,

    Sy adalah isteri ke2. Itupun suami menipu mengaku bujang. Sekarang suami berkahwin kali ke3 dgn janda anak 1 berumur 24 thn di Songkla pd bulan 11 thn lepas & masih belum mendaftarkan pernikahan mereka.

    Sekarang sy telah pulang ke rumah keluarga & telah menuntut fasakh. Bagaimana saya nak menjamin nafkah anak2 & harta sepencarian dapat dituntut.

    Suami tidak mahu melepaskan sy. Dia tidak mahu mendaftarkan pernikahan Siam itu. Jika isteri no 3 mahu mendaftarkan pernikahan mereka adakah isteri 1 & 2 akan dipanggil semasa perbicaraan nanti.

    Sekiranya tidak didaftarkan:-

    1. Isteri baru mengandung bagaimana pendaftaran sijil kelahiran.

    2. Sekiranya suami menceraikan isteri baru, adakah perlu mengesahkan perceraian di Songkla.

    3. Adakah isteri baru berhak menuntut apa2 sekiranya suami saya telah meninggal dunia.

    Terima kasih.

    13/04/2011 at 1:44 am

  104. alia

    salam..
    sy telah berkaahwin di songkla pada 2010. skrg tgh perbicaraan. sy bernikah dimajlis agama islam songkla dan telah pergi konsulat mendapatkan surat pengesahan perkahwinan. adakah dokumen sy cukup. tetapi hakim meminta surat konsulat lagi?

    26/04/2011 at 6:10 am

  105. jang

    Assalamualaikum ustjai…
    Saya dah berkahwin kat sonkhla setahn yg lepas.Orang y membawa saya kesana telah memberi saya surat nikah,surat pengesahan nikah oleh majlis agama islam songkhla dan juga surat pengesah dari konsulat malaysia kat sana..
    Persoalan yang timbul ialah:

    1.adakah pernikahan saya ini sah?

    Kami dinikahkan di satu ruangan yang dijadikan pejabat di dalam rumah naib kadhi berkenaan.Setelah itu baru kami dibawa ke pejabat majlis agama islam songkhla yang bercantum dengan masjid yang agak besar kat sana(betul ke ni pejabat agama) untuk mendapat pengsahan nikah.Kemudian kami dibawa ke pejabat konsulat malaysia kat sana untuk dapat pengesahan…

    2.Adakah ini prosedur yang betul bagi nikah kat thiland?

    3.Adakah naib kadhi yang menikahkan kami tu yang diiktiraf?

    Namanya Hj Shafie bin Kayem.
    Saya tengok gambar beliau ada dipaparkan sebagai naib kadhi pada papan kenyataan kat majlis agama islam songkhla.

    Saya dan isteri tinggal berasingan,namun kami ada menyewa satu rumah untuk kami balik setiap hujung minggu.saya khuathr jiran2 mencurigai kami dan melaporkan kami berkhalwat kepada jabatan agama islam.

    4.Apa jadi kalu kami ditangkap khalwat dengan hanya berbekalkan sijil nikah siam?

    kami belum lagi bercadang untuk mendaftarkan pernikahan kami atas sebab2 peribadi.

    Sy amat2 berharap ustjai dapat menjawab persoalan saya ini kerana selama setahun berkahwin,isteri saya tak tenteram dan asyik ragu2 takut2 pernikahan kami tidak sah dan kami tidak sanggup menanggung dosa bezina sedangkan kami ingat kami dah btl2 kahwin.

    Terima kasih atas perhatian ustjai:-)
    Sekian,Wassalam.

    07/05/2011 at 3:48 am

  106. leeya

    saya telah ditinggalkan suami selama 8 bulan…
    perkhawinan sya dan suami belum didaftar… bagaimana sya hendak menuntut fasakh???
    saya perlu pergi ke p.konsult jeneral malaysia @ pon pergi ke pejabat agama songkhla.???

    09/05/2011 at 6:02 am

  107. Confuse Man

    assalamualaikum ust
    saya telah dapat persetujuan isteri pertama untuk menikah kali kedua. permohonan telah saya majukan kepada Majikan saya yang merupakan Badan Unifom kerajaan yang memerlukan kelulusan pihak atasan utk menikah kali kedua sebelum dimajukan ke JAKIM. Permasalahan saya untuk mendapatkan kelulusan pihak atasan majikan saya telah memakan masa 8 bulan dan hingga kini masih tidak dapat kelulusan lagi.Kiranya saya menikah di MAISongkla secara sah dan pengesahan Konsult Msia di Thailand, Apakah boleh saya menikah sekali lagi di Malaysia dengan secara sah setelah mendapat kelulusan dari pihak atasan saya dan kebenaran berpoligami dari Jakim?

    01/06/2011 at 4:12 am

  108. Ibu Runsing

    asalammualaikum ustaz..saya ingin meminta pandangan ustaz.saya telah bernikah di siam ats alasan tidak mendapat restu keluarga saya..saya dan suami saya mempunyai seorg ank lelaki.mlgnya saya dan anak saya tidak dpt bersama suami saya kerana halangan keluarga saya….ibu bapa saya telah megetahui bahawa kami telah bernikah disiam tp tetap menghalang perhubungan kami….mlh saya dan anak saya dibawa jauh dari suami saya..kami telah menfailkan pernikahan kami di pejabat agama islam di perak..mereka megugut saya jika saya masih berhubung dgn suami saya ank saya akan mereka rampas dan mereka memaksa saya uintuk menandatagani surat akur janji di pesuruhjaya sumpah…sekarang saya dalam delima ustaz…adakah saya harus mengikut kata keluarga saya atau suami saya..apakah hukumnya jika saya tidak bersama suami saya?dan apakah jalan terbaik untuk saya menagani masalah ini ustaz????saya perlukan bantuan dari ustaz….

    12/06/2011 at 3:05 pm

    • inn

      Tanggungjawab isteri ialah:-
      – Pertama kepada Allah
      – Kedua kepada Rasul
      – Ketiga kepada suami.

      Harap dapat membantu para isteri yang masih dalam dilema tentang persoalan sama ada suami dahulu atau ibu bapa dahulu.

      08/04/2012 at 9:38 am

  109. afzan

    salam ustaz: saya nak bertnya..jika sy dan pasangan saya adlah merupakan pasangan yng diwajibkan bernikah..tetapi oleh kerana halangan dari keluarga dan kesempitan wang..bolehkah jika kami menikah di siam?…dan selepas mempunyai wang yg cukup boleh kah kami menikah di malysia pula?adakah perlu utk bakal suami sy menceraikan sy dan menikahi sy semula di malaysia?

    06/07/2011 at 1:59 pm

    • inn

      Soalan ni dah pun dijawab oleh ustaz di atas, tiada masalah dan tak perlu lafaz talak.

      08/04/2012 at 9:39 am

  110. deanna

    Salam,

    adakah pernikahan di siam mgikut prosedur yg sah dan kemudian didaftarkan di Malaysia, boleh membawa kepada tindakan tatatertib jika pasangan tersebut adalah kakitanga kerajaan?

    08/07/2011 at 5:40 am

    • inn

      Soalan ni dah dijawab oleh ustaz di atas tadi, jawapannya ialah YA lebih-lebih lagi kalau anggota beruniform (cth: polis, tentera, dll).

      08/04/2012 at 9:41 am

  111. nur

    sy dan psgn msih study di IPT..kami da 3taun b’same…alhamdulillah psgn ada gaji yg tetap..kami ingin bernikah kerana bimbang t’lanjur…ibu bapa kami tau hubungan kami tp mghalang kami b’nikah awal…kami merancang untuk nikah di siam untuk mengelakkn b’laku nya zina antara kami…
    apa pendapat ustaz mengenai hal ini?

    17/07/2011 at 9:47 am

  112. intan

    assalamualaikum ustaz…
    saya bercadang hendak bernikah di thailand dengan pakwa saya.. ini kerana ayah dan mak saya tak benarkan saya bersama…kerana lain kasta… malah ibubapa saya sanggup pergi berjumpa dengan ustaz dan bomoh untuk putuskan hubungan kami… ustaz jika kami ingin berkahwin di thailand adakah kami kene tido disana 2 hari 1 mala sebagai bukti kami ada disana??? adakah surat nikah dan surat dari konsulat didapati selama 2 hari selepas permohonan???? saya buntu ustaz kerana kami ingin mengelakkan zina dan menjadikan hubungan kami mulia dan suci disisi allah s.w.t. tolong ustaz menjawab pertanyaan saya

    19/07/2011 at 5:08 am

  113. Ir

    Ustjai,
    As salam.. Sy dh ikuti semua Q& A di atas tp kes sy sama spt kes Ms. Tria, posted on 29th Aug 2010. Sy copy balik soalan beliau.
    tria
    Saya dan pasangan bercadang utk bernikah di Thai memandangkan kami tidak dapat kebenaran bernikah di Msia dan negara pasangan juga. Pasangan saya berbangsa asing bekerja di luar negara. Tambah rumit lagi sekarang saya telah mendapat tahu saya telah mengandung- telah masuk bulan ke-3.
    Adakah Thailand masih akan meluluskan permohonan utk kami bernikah di Thailand sekiranya saya berhajat utk berterus terang masalah saya kpd pegawai di sana kerana saya tak mahu melalui option penguguran, etc. Saya kurang arif jika pegawai di sana akan mencatatkan sebarang keterangan yg saya mengandung sebelum bernikah di mana2 bahagian dokumen yg bakal mereka berikan pd kami setelah bernikah nanti, yang bakal di rujuk oleh pegawai/ mahkamah di Malaysia.
    Semasa bernikah- cukupkah dgn bukti pas lawatan/ stamp passport yg kami telah melalui sempadan utk bernikah jikalau kami tidak membawa saksi dari Msia yg bole membantu utk semasa pendaftaran / proceeding di mahkamah/ saksi mungkin dari Thailand saja?
    Setelah bernikah di Thailand dan ingin mendaftarkan pernikahan di Malaysia- perlukah pasangan hadir sekali di mahkamah (dia bekerja di luar Negara)? Apakah masalah yang akan dihadapi jika mahkamah syariah tahu saya telah mengandung sebelum bernikah? Apakah saya akan dipenjarakan kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran dan mengandung sebelum bernikah?
    Adakah cara untuk mendapat kelulusan pejabat pendaftaran Negara utk sijil kelahiran bakal bayi berbinkan bapa sebenar jika usia kelahiran kurang dari 5-6 bulan drpd usia perkahwinan?
    Semua ini di lakukan utk menyelamatkan masa depan bayi tetapi nampaknya undang2 Msia bakal memberi nokhtah hitam kpd masa depannya from the first day he/she was born. It looks like getting married and trying to do it as per Law doesn’t give us the opportunity to make things right eventhough saya akur, many people would say, it’s already too late. Apa yg saya tetapkan dalam hati adalah utk menjaga kandungan ini sebaik mungkin dn harapan saya jika UstazJai dan PakWan dapat memberikan pendapat kerana saya tidak ada tempat utk menerima nasihat secara terbuka.
    Terima kasih.
    29/08/2010 at 8:45 am .

    However, in my case,we have performed nikah, got all the majlis Agama Songkhla certs, attestations frm M’sian consulate etc. Alhamdulillah rsnya lengkap semua.
    Tp, suami sy masih bekerja di luar negara. Hanya sy berada di Malaysia sekarang. Boleh kah saya sahaja mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia tanpa menunggu suami sy dtg ke Malaysia?

    22/07/2011 at 9:47 am

  114. ctzubaidah

    Assalamualaikum,

    saya adalah isteri kedua dan bernikah di Thai. Perkahwinan saya di lakukan oleh seorang jurunikah dengan dua orang saksi daripada pihak jurunikah tersebut. Saya mohon suami lepaskan saya. Suami belum lafaz tetapi kami tidak tinggal bersama lagi. Kami tidak pernah mendaftar di jab agama negeri atau konsulat malaysia. Saya ingin merahsiakan perkahwinan ini dan saya harap penceraian ini juga menjadi rahsia antara kami berdua sahaja. Saya tidak ingin menuntut apa-apa nafkah, begitu juga suami. Kami ingin perkara ini diselesaikan secara diam-diam kerana saya mengaku saya bujang dan suami tidak mahu isteri pertama mengetahui. Adakah kami berdua perlu pergi ke Thai untuk urusan penceraian ini? Kalau suami lafaz cerai, jatuh talak dan saya akan idah selama 3 kali suci adakah itu mencukupi? Adakah perkahwinan kami ini ada dalam database di pejabat nikah di Thailand?

    09/08/2011 at 12:54 pm

  115. hati kecewa

    askum ustaz

    11/08/2011 at 12:12 am

  116. insan kerunsingan

    salam… bagaimanakah caranya untuk mengesahkan sijil cerai di pattani di kerajaan malaysia?
    bagaimanakah cara untuk mengahwini perempuan janda yang telah di ceraikan di pattani, tetapi kes pendaftaran nya tergantung dan telah dibuat pembatalan @ penarikan balik kes?
    bagaimanakah prosedur pendaftaran perkahwinan luar ? perlukah adanya persidangan mahkamah? perlukah pasangan perempuan hadir bersama?

    12/08/2011 at 4:18 am

  117. insan kerunsingan

    salam, pakwan, ust jai dan sahabat sekelian…

    sy telah mengahwini seorang janda yang pernah diceraikan dengan menggunakan surat cerai pattani. dan kes pendaftaran isteri saya dengan bekas suaminya telah dibuat pembatalan dan telah disahkan oleh mahkamah tinggi syariah… isteri saya merupakan orang susah..tidak mempunyai wali samada belah bapa ataupun belah ibu. ini kerana beliau merupakan seorang muaallaf. namun permohonan wali hakim yang telah dibuat di mahkamah rendah syariah oleh isteri saya tidak diterima kerana isteri saya pernah mempunyai kes pendaftaran yang telah dibatalkan. kami menemui jalan buntu untuk berkahwin. akhirnya kami berkahwin di pattani. dan sekarang ini kami merasa khuatir dan risau untuk mendaftar perkahwinan kami di Malaysia.. bagaimanakah kami harus menyelesaikan masalah kami ini?

    12/08/2011 at 4:32 am

  118. seorang wanita

    salam.. saya seorang wanita berusia 24 thn dr kelantan. saya ingin tahu tentang status saya yang amat meragukan saya. pada minggu ke 9 kandungan saya iaitu hampir 3 bln, saya dan suami telah mengambil keputusan untuk bernikah di selatan thailand. ia dilakukan oleh wakil kepada kadi yg menikahkah sy kerana kadi sebenar ada urusan di luar negara. saya merasakan mmg kadi itu telah mengizinkan si wakil itu untuk mewakilinya bagi urusan pernikahan yang menikahkan orang yang ingin berkahwin.

    persoalan yang bermain di fikiran saya adalah:

    1) saya tidak memberitahu wali saya, iaitu adik lelaki sy yang berumur 18 thn waktu itu untuk bernikah.ini kerana saya malu kerana hamil luar nikah dan kini saya telah menyesal atas perbuatan saya. saya juga sembunyikan semuanya dari keluarga saya. adakah sah pernikahan saya? untuk makluman, saya bernikah di rumah kadi berkenaan (di golok) dan bukan di pejabat agama.

    2)selepas pernikahan, mereka ada bertanya kenapa kawin disana. saya dan pasangan mengaku yang kami terlanjur dan mengatakan saya sdg mengandung 2 bln lebih. mereka kata syukurlah kerana masih bleh di bin atau dibintikan kepada nama suami anak kami.

    3) tetapi yang musykil bagi saya, dengan mengubah tarikh pernikahan kepada awal 5 bln dr tarikh asal, adakah ia memberi masalah kpd saya bila ke mahkamah kelak. ini kerana saya terpaksa menipu tarikh perkahwinan bagi mengelakkan status anak saya terbongkar walau pd dasarnya dia mmg berbapa kerana diikutkan perkahwinan kami lebih dari 6 bln.. setelah pulang ke malaysia, saya telah daftarkan perkahwinan saya dan anak saya kini telah memiliki sijil kelahiran.

    4)soalan saya, adakah perkahwinan saya sah dan bagaimana kisahnya sekiranya saya ke mahkamah kelak dengan tarikh perkahwinan yang tipu..

    18/08/2011 at 4:22 am

    • inn

      1. Untuk maklumat lebih lanjut tentang anak tak sah taraf, boleh layari

      http://www.islam.gov.my/sites/default/files/27.anak_tak_sah_taraf.pdf

      2. Untuk pendaftaran di Malaysia, antara dokumen diperlukan:-
      – Sijil nikah
      – Surat pengesahan nikah
      – Surat pengesahan Konsulat
      – Dokumen perjalanan (pasport atau border pass)

      Takkan timbul masalah mendaftarkan pernikahan di Malaysia kalau tarikh di semua dokumen di atas adalah sama.

      08/04/2012 at 10:04 am

  119. Lavender Ungu

    Salam ustaz dan pakwan.

    sy berasal dari terengganu dan telah berkahwin dengan lelaki dari kelantan. kami berkahwin di salah 1 masjid besar di Pattani pada bulan april, 2009. sy sudah lupa nm masjid tersebut. sy dan suami pergi kesana dengan bantuan sepupu suami yang b’wrganegara thailand. kebetulan beliau kenal dengan ustaz di pej agama islam wilayah pattani tersebut. saksi adalah dari thailand kerana sy tidak bawa saksi dari malaysia. kami diberi 1 keping sijil kahwin dari pej. agama wilayah pattani dan 1 lagi surat seperti akuan dari pej agama tersebut bahawa kami telah berkahwin.
    ketika perkahwinan suami ada merakam suara ketika akad dijalankan.

    masalahnya, kami masuk ke thailand tanpa dokumen yang sah dan kami juga tiada surat dari konsulat kerana menurut sepupu suami, konsulat malaysia memerlukan dokumen perjalanan yang sah sedangkan kami tidak mempunyai semua itu. perkahwinan kami masih belum didaftarkan di malaysia.

    soalan saya :

    1. bolehkah kami mendaftarkanperkahwinan kami tanpa dokumen2 berikut :
    i. surat dari konsulat
    ii. dokumen perjalanan yang sah
    iii. tiada saksi dari malaysia.

    2. jika boleh, bagaimana caranya?

    3. Sah atau tidak perkahwinan kami.

    09/10/2011 at 8:23 am

  120. civil

    Salam ustjai/pakwan, sekiranya saya berkahwin dengan seorang foreigner secara civil terlebih dahulu di negara eropah. Kemudian baru lah berkahwin secara Islam, tetapi JAWI tidak menerimanya. Bolehkah kami berkahwin di Thailand?

    21/10/2011 at 1:35 pm

  121. dragon

    Nasihat saya bagi Perempuan yang membelakangkan wali. Mana lebih besar nak di tanggung…berdosa dengan ibubapa atau menahan nafsu syaitan? Kalau binatang pun tak suka anak mereka di bawa lari, manusia lagi lah…

    Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu ‘anh berkata: Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (untuk berjihad) lalu baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Ibubapa aku.” Rasulullah bertanya: “Adakah mereka memberi izin kepada engkau?” Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” (Hassan Sahih: Dikeluarkan Oleh Abu Daud)

    Berkata al-Syaukani rahimahullah berkenaan hadis di atas: Dalam hadis (di atas) terdapat petunjuk bahwa berbuat baik kepada ibubapa adalah lebih utama daripada berjihad. Manakala sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Jika mereka mengizinkan engkau maka berjihadlah di dalamnya terkandung dalil bahawa wajib (hukumnya) meminta izin ibubapa di dalam urusan berjihad dan yang sedemikian adalah pendapat jumhur ulama’. Dan mereka memutuskan dengan keharaman berjihad jika kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka menegah (anak mereka) daripada berjihad kerana sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa adalah fardhu ‘ain manakala jihad adalah fardhu kifayah. Akan tetapi apabila hukum jihad jatuh fardhu ‘ain maka tidak perlu meminta izin (daripada mereka berdua). (Nail Al-Authar, jld. 4, ms. 687. Untuk membezakan hukum jihad anatara Fardhu Kifayah dan Fardhu ‘Ain, Rujuk Buku: Apakah Jihad Di Jalan Allah? Terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2004).

    Perhatikan hadis di atas. Sekalipun keluar berjihad di jalan Allah adalah satu amalan yang amat penting kepada agama dan umat, lagi besar ganjaran kepada yang melakukannya, ia tetap tidak mengungguli amalan berbuat baik kepada ibubapa. Ini menunjukkan bahawa kita tetap perlu mendapatkan keizinan ibubapa sekalipun terhadap sesuatu aktiviti yang memiliki tujuan keagamaan.

    31/10/2011 at 3:42 pm

  122. dragon

    Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian membenci ayah kalian. Sesiapa yang membenci ayahnya maka dia kufur.[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 6768 (Kitab al-Fara’id, Bab orang yang mendakwa kepada selain ayahnya). Terdapat perbincangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan “kufur” dalam hadis ini. Apa pun, yang penting ia menunjuk kepada satu tindakan yang dilarang oleh agama, maka hendaklah dijauhi]

    Pada zaman Rasulullah SAW, antara tindakan seorang anak dalam rangka menunjukkan kebencian kepada ayahnya ialah memutuskan nasab dengan ayahnya yang asal, atau menghubungkan nasabnya kepada orang lain. Rasulullah SAW mengingatkan tentang hal ini: Sesiapa yang mengakui nasabnya kepada selain ayahnya padahal dia mengetahui bahawa itu bukan ayahnya, maka syurga diharamkan ke atasnya. [Sahih: Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Shahihnya – Hadis No. 6766(Kitab Al Fara’id, Bab orang yang mengakui nasab Kepada selain ayahnya]

    Pada masa kini, kebencian seorang anak kepada ayahnya dibuktikan melalui pelbagai cara, tanpa sekadar mengubah nasab. Ada yang menengking ayahnya, ada yang melarikan diri dan ada yang mengisytihar memutuskan hubungan dengan ayahnya. Semua ini dilakukan atas sebab-sebab remeh, antara yang paling lazim ialah berbeza pilihan kekasih. Tindakan ini dan selainnya termasuk kebencian kepada ayah yang dilarang dalam Islam. Melarikan diri atau memutuskan hubungan dengan ayah memiliki akibat yang amat berat di dunia dan akhirat, sebagaimana amaran Rasulullah SAW: Tidak ada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah Ta‘ala ke atas pelakunya di dunia ini disamping apa yang disimpan bagi pelakunya di Hari Akhirat melainkan perbuatan memberontak (terhadap Pemimpin) dan memutuskan Silraturahim. [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud]

    Tidak ada tindakan “memutuskan silraturahim” yang lebih berat hukumnya melainkan terhadap ibubapa sendiri.

    31/10/2011 at 3:44 pm

  123. dragon

    KES “KAHWIN LARI” DENGAN MENGGUNAKAN “WALI TERSENDIRI”.

    Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada nikah kecuali dengan wali. [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud]

    Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:

    Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[ Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud]

    Perlu diingatkan bahawa “wali” yang dimaksudkan dalam dua hadis di atas adalah ayah kepada pasangan perempuan. Seorang anak perempuan tidak boleh memilih wali yang lain kecuali jika dia memiliki alasan yang dibenarkan syari‘at, seperti ayah yang sudah tiada, jelas-jelas fasiq atau tidak siuman. Pun begitu, hak wali beralih kepada yang terdekat iaitu datuknya. Jika tidak ada yang layak mengganti, maka ia diwakilkan kepada seorang hakim yang adil lagi amanah.

    Pernikahan tanpa keizinan wali, yakni seorang ayah kepada pasangan perempuan, adalah tidak sah dan batal kepada kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan. Rasulullah SAW menegaskan, maksudnya: “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).”[ Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud]

    Selain itu diingatkan bahawa tanggungjawab untuk mendapatkan izin ayah pasangan perempuan terletak di bahu pasangan lelaki kerana dia adalah pemimpin kepada rumahtangga yang bakal didirikannya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya).

    Seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kalian adalah pemimpin dan setiap daripada kalian akan dipersoal akan apa yang dipimpinnya.[Sahih: Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Shahihnya – Hadis No: 5200 (Kitab al-Nikah, Bab seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya)]

    Oleh itu hendaklah setiap yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga memerhatikan perkara ini benar-benar. Juga, hendaklah setiap yang sudah terlanjur bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Pengampun kepada para hamba-Nya. Kemudian rendahkanlah diri kepada ibubapa masing-masing. Berbicaralah, carilah keredhaan mereka dan mohonlah maaf, kerana: “…ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[ Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi]

    31/10/2011 at 3:47 pm

  124. dragon

    SURAH AN NISA AYAT 25 (AYAT YANG MEWAJIBKAN MENDAPT IZIN WALI)

    Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba-abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan keatas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    31/10/2011 at 3:49 pm

  125. dragon

    SURAH AN NISA AYAT 25
    (AYAT YANG MEWAJIBKAN MENDAPT IZIN WALI)

    Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba-abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan keatas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    31/10/2011 at 3:50 pm

  126. dragon

    ORANG YANG MEMBANTAH AYAT ALLAH

    Surah Qafir
    (56) Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya), tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasimu), kemahuan yang mereka tidak sekali-kali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari angkara mereka); sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

    (69) Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

    (70) Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak.

    31/10/2011 at 3:52 pm

  127. dragon

    HADIS-HADIS YANG DI RUJUK OLEH MAZHAB SHAFI’I TENTANG SYARAT-SYARAT WALI

    (1) Dari Suliman bin Musa dari Zuhri dari Unwah dari Aisyha, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda ‘Sesiapa saja perempuan yang kahwin tanpa izin walinya maka perkahwinannya batal, maka perkahwinannya batal, maka perkahwinannya batal. Kemudian jika suami telah mencampurinya (bersetubuh dengannya) maka bagi perempuan itu berhak memperoleh mahar sebab apa yang ia telah anggap halal dari mencampurinya. Kemudian jika mereka (wali-walinya) berselisih, maka penguasa (hakimlah) yang menjadi wali’.
    (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Nikah)

    (2) Dari Abu Hurairah ia berkata ‘Rasulullah s.a.w. bersabda “Hendaklah perempuan tidak menikahkan perempuan dan hendaklah perempuan tidak menikahkan dirinya sendiri, kerana perempuan penzina itu ialah yang menikahhan diri sendiri”.’
    (Ibn Majah dan Daraqutni al-Sarakshi al-Mabsat, Jilid V, Cairo di ms 11)

    (3) Dari Aisyah ia berkata Nabi Muhammad s.a.w telah berkata: Tiada ada perkhwinan kecuali berwali dan pemerintah adalah wali bagi orang yang tidak berwali.
    (Ibn Majah Sunan, Karachi di ms 135)

    (4) Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil. Jika tidak perkahwinan itu tidak sah’.
    (Ibn Hibban; Ahmad)

    31/10/2011 at 3:54 pm

  128. dragon

    PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN AHLI FIQH TENTANG HUKUM WALI DALAM PERKAHWINAN

    1. Wali adalah tidak wajib. Ini adalah pendapat yang lemah berdasarkan hadis yang bermaksud: “Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud ]

    2. Wali adalah wajib dan yang berhak menjadi wali adalah sesiapa sahaja yang layak. Ini kerana perkataan “Wali” dalam hadis “Tidak ada nikah kecuali dengan wali”, bersifat umum sehingga siapa sahaja yang layak, maka dia termasuk dalam keumuman tersebut.

    3. Wali adalah wajib dan yang berhak menjadi wali adalah ayah. Keumuman hadis “Tidak ada nikah kecuali dengan wali” dikhususkan oleh hadis berikutnya: “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal.” Sabda baginda “…tanpa izin walinya…” menunjukkan wujudnya faktor keizinan dan tiada siapa yang memiliki peranan dalam faktor keizinan melainkan seorang ayah.

    Pendapat yang terakhir adalah yang terkuat dan paling mendekati kebenaran. Hal ini bukan sahaja disebabkan gandingan antara kedua-dua hadis berkenaan wali, akan tetapi seluruh dalil al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan hak ibubapa terhadap anak-anak.

    31/10/2011 at 3:56 pm

  129. dragon

    KES MAHKAMAH (Tanpa dapat Izin Wali)
    HUSSIN LWN SAAYAH DAN SEORANG LAGI
    (1980) 7 JH 35 PERLIS

    Dalam kes ini aduan membuat tuntutan supaya perkahwinan antara anak perempuannya, pihak yang kena tuntut pertama, dengan kena tuntut tanpa persetujuan atau izin wakilnya dibatalkan.

    Pasangan tersebut telah pergi ke Thailand untuk berkahwin dan mereka telah dikahwinkan oleh seorang lebai yang bukan Kadi, tanpa persetujuan pihak menuntut sebagai walinya atau wakilnya.

    Kadi telah memutuskan perkahwinan itu tidak sah dan beliau membatalkan perkahwinan itu.

    Beliau merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Perlis 1984 yang memperuntukkan bahawa jika perempuan yang hendak berkahwin itu tidak mempunyai wali atau walinya enggan memberi persetujuannya, terhadap perkahwinan itu, maka persetujuan boleh didapati daripada wali Raja.

    Beliau juga merujuk kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Setiap wanita yang bernikah tanpa izin walinya, maka nikah itu batal, tiga kali, dan jika wanita itu telah di setubuhi, maka wanita itu berhak mendapat maskahwin dengan sebab dianggapnya halal menyetubuhi. Jika mereka berselisih, maka Sultan atau Raja menjadi wali bagi orang yang tidak mempunyai wali”.

    Beliau memutuskan pernikahan yang ada di Thailand itu tidak sah oleh kerana tidak ada bukti menunjukkan bahawa keizinan wali telah diperolehi terlebih dahulu atau wali enggan memberi keizinan wali telah diperolihi terlebih dahulu atau wali enggan memberi keizinannya.

    Beliau berkata: “Jika benar bapa perempuan wali atau aduan tidak bersetuju memberi izin dan wakalah nikah kenapa anak perempuannya itu tidak berjumpa Imam dalam qariahnya dan Mahkamah Kadi untuk mendapat wali Raja sepertimana yang tercatit dalam Undang-Undang? Sebaliknya, dia telah melarikan diri daripadanya. Sah atau tidak sesuatu pernikahan tidak bergantung kepada di mana perkahwinan itu dilakukan atau diadakan, baik di Malaysia ataupun di mana-mana Negara lain, tetapi atas wujudnya rukun-rukun yang diperlukan oleh hukum-hukum syarak.

    31/10/2011 at 3:59 pm

  130. dragon

    Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa.

    Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [ Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899]

    Hadis ini menerangkan, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

    Firman Allah:

    Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]

    31/10/2011 at 4:02 pm

  131. dragon

    Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.[ Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi]

    Berdasarkan hadis di atas, maka beruntunglah kita jika ibubapa dalam keadaan redha dan mendoakan kebaikan kepada kita. Pada waktu yang sama rugilah kita jika ibubapa dalam keadaan murka sehingga mereka tidak berdoa apa-apa atau mendoakan sesuatu keburukan kepada kita.

    Sebelum ini kita sama-sama telah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan peribadatannya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang di dalamnya terkandung dua pengajaran:

    1. Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.

    2. Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.

    31/10/2011 at 4:03 pm

  132. dragon

    Post2 yang saya paparkan sebelum ini hanya sebahagian dari hukum dalam Islam. Betul kawin di siam sah, tetapi sudahkah kita kaji berapa peratus pasangan yang kawin di siam ahkirnya berjaya dalah hidup?

    Kahwin melawan kehendak ibu bapa akhirnya akan terima padahnya..kalau tidak pada diri sendiri, pada anak, tidak pada anak pada cucu…Bagaimana sedihnya ibu bapa yang membesarkan kita kita akan rasa apabila Allah tarik anak/cucu kita pula kelak… seorang lelaki ambil anak perempuan kita tanpa izin kita dan hukum dunia kata sah..

    pasangan, jurunikah/wali hakim, saksi, sindikit, agent nikah, peguam syarie, hakim syarie..dan semua yang subahat yang menidakkan wali nasab ..kerana nafsu boleh tukar mazhab dari shafi’i ke Hambali… kalau tukar mazhab kerana nak tawaf kaabah takut batal wuduk takpelah, tapi tukar mazhab kerana 5 minit kerana tak tahan nafsu… apa akan jadi umat Islam akan datang?

    Kenapa alasan kawin di siam kerana takut terlanjur? kalau beriman kita tidak akan terlanjur.. bila dah kawin lari, tak juga jadi alim.. lihat post2 orang yang kawin siam diatas..ramai yang nak cerai..dengarlah nasihat ibubapa…bincang dengan mereka..insyallahkita akan dapat pertunjuk yang lebih baik..

    sejak majlis Fatwa menghalalkan kawin di siam, saya lihat maksiat dan masaalah sosial tidak juga berkurangan, lebih ada…Kenapa kita tidak mahu ikut cara yang di tetapkan oleh Al Quran dan Hadis? pendidikan dan kefaham hukum adalah penting dalam meyelesaikan masaalah ini… orang yang membantu kawin siam ini seperti agent kawin dan peguam syarie demi dapat upah lumayan dari pasangan ini..pasti satu hari nanti akan terkena pada anak dara yang mereka sayang mereka satu hari kelak.. demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian.. bila nak cerai pun agen dan peguam syarie untung.. Di mana hati perut mereka? Jangan bertopengkan agama sahaja…

    Wallahualam

    31/10/2011 at 4:44 pm

  133. dragon

    Kahwin lari. Menurut Mazhab Syafie’, sekiranya wali berada jauh lebih daripada dua marhalah (92km), maka kuasa wali beralih daripada wali asal kepada wali hakim. Oleh itu, disebabkan kahwin lari biasanya dibuat jauh daripada wali asal seperti di Siam, maka hukum perkahwinan tersebut adalah sah.

    Meskipun begitu, ulama’ kontemporari berpendapat wali asal mestilah dihubungi terlebih dahulu untuk mewakilkan hak walinya kepada wali hakim. Saya melihat ini sebagai pendapat yang lebih sesuai untuk diamalkan pada masa kini. Ini memandangkan teknologi telekomunikasi yang telah berkembang maju dan mudah digunakan berbanding zaman dahulu.

    Saya juga berpendapat bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa bahawa setiap perkahwinan yang dilaksanakan dengan cara sengaja melarikan diri daripada wali adalah perkahwinan yang tidak sah. Ini adalah amat penting bagi mengelakkan mudharat yang berpotensi besar akan timbul daripada amalan kahwin lari.

    Sesetengah orang berhujah kononnya mereka beramal dengan pendapat Mazhab Hanafi yang mengatakan nikah tanpa wali adalah sah. Memang benar tetapi Mazhab Hanafi tetap mensyaratkan persetujuan/keredhaan wali terhadap perkahwinan tersebut dan tidak mengatakan wali tidak berperanan dalam perkahwinan secara mutlak.

    Saya pula berpendapat bahawa pandangan kontroversi daripada Mazhab Hanafi ini bukanlah sesuatu yang perlu dihangatkan apatah lagi diambil kesempatan. Ini kerana setiap Imam Mazhab mengiktiraf hadith sohih sebagai pendapat mazhab mereka. Justeru, memandangkan wujudnya hadith sohih yang mengatakan tidak sah sesuatu perkahwinan tanpa wali maka tiada satu ruang pun yang terbuka bagi mengiktiraf perkahwinan yang mengenepikan peranan wali.

    01/11/2011 at 7:24 am

  134. has

    assalammualaikom…..
    saya ingin bertamya harap semua sudi membantu……….

    saudara perempuan saye telah nikah di siam..tapi di beliau nikah di narathiwat iaitu pada tahun 2006…..yang menjadi masalahnye beliau belum daftar di malaysia…bagaimana hendak daftar di msia??bukan kah nikah di narathiwat tidak ade surat kebenaran dr majlis agama songkla…jika tiada bagaimana hendak berdaftar…dokumen yang ade pada beliau hanya sijl nikah siam…siji pengesahan nikah dari sane…..harap tuan dapat mbantu kerana beliau risau ade masalah untuk anak nye masuk ke sekolah nanti….ape yang perlu beliau buat untuk selesaikan masalah ini dengan segera….beliau menetap di kedah dan boleh tak beliau lakukanpendaftaran di kedah….

    20/11/2011 at 5:53 pm

  135. Lia

    assalamualaikum ustaz,
    saya dan suami bernikah di Thailand selepas 2 minggu suami saya berkahwin dengan isteri pertamanya. Isteri pertamanya tahu namun tidak merelakan perkahwinan kami. saya bernikah dalam keadaan saya mengandung 2 bulan. Soalan saya,
    (a). adakah masih perlu untuk mendapatkan izin isteri pertama ketika mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia?
    (b) apa dokumen keperluan untuk mendaftar perkahwinan di Malaysia?
    (c) Sekiranya isteri pertama berkeras tidak mengizinkan, adakah perkahwinan saya dan suami tetap tidak boleh di daftarkan di Malaysia?

    11/12/2011 at 5:57 am

    • ustjai

      1. Amalan di malaysia, satu salinan saman/notis mahkamah akan disampaikan kpd isteri pertama. Izin isteri pertama tidak diperlukan. Namun, jika ada izin, ia akan lebih memudahkan/mempercepatkan proses mahkamah.
      2. Dokumen – kad pengenalan, paspot, surat pengesahan anak qaryah, surat nikah siam, surat pengesahan siam, surat pengesahan konsulat Malaysia di Thailand dan lain2. Bagus juga jika ada foto2 pernikahan dan tempat pernikahan.
      3. Jika dia berkeras tidak mengizinkan, ia tidak menghalang proses pendaftaran, cuma lebih mudah jika dia izinkan.
      4. Sebelum proses perbicaraan pengesahan nikah diteruskan di mahkamah syariah, biasanya hakim akan memulakan prosiding harta sepencarian terlebih dahulu, termasuk nafkah isteri pertama dan anak2 yg ada.

      02/01/2012 at 6:39 pm

  136. zaida

    Ustaz sy nk tanya…sy janda & pasangan ingin berkhwin secara rahsia. Pasangan sy adalah seorg bujang Malaysian keturunan India yg telah memeluk Islam 15 tahun dulu. Nak khwin di Siam sebb kmi nk elakkan maksiat & ats sebb masalah keluarga. Pernikahan kami perlu dirahsiakan. Adakah dgn pendaftaran semula di Malaysia mengakibatkan rahsia perkahwinan kami dpt dikesan atau diketahui umum?
    Dokumen apa yg perlu kami bawa…klu kami ke Siam, boleh tak pernikahan & pendaftaran atau urusan dokumen dpt dilakukan dgn cepat, sebb kesuntukan masa. Pihak lelaki hanya mempunyai cuti yg sedikit di Malaysia sebelum kembali ke luar negara. Harap dpt beri penjelasan….

    02/01/2012 at 4:33 pm

    • ustjai

      1. Sepatutnya, apabila puan mendaftarkan semula / pengesahan nikah di mahkamah syariah di Malaysia, ia akan melibatkan pasangan suami isteri sahaja. Walau bagaimana pun, kadangkala ada hakim syarie tertentu yg akan mensyaratkan bapa puan dipanggil ke mahkamah. Oleh itu adalah baik jika puan mendapatkan info dari kakitangan mahkamah syariah tempat puan atau peguam syarie yg biasa di mahkamah tersebut utk mengetahui amalan hakim tersebut. Jika tidak perlu penglibatan bapa, mungkin berita pernikahan puan tidak akan tersebar. Cuma, harus diingat, prosiding mahkamah biasanya dibuat di dewan terbuka. Ada ketikanya, org2 yg mengenali puan akan mengetahui berita ini.
      2. Dokumen penting yg biasa adalah kad pengenalan dan paspot / dokumen sempadan.
      3. Pernikahan hanya ringkas dan cepat. Biasanya dlm tempoh sehari puan berada di Thailand memadai utk pergi balik dan urusan berkaitan. Yg penting pastikan puan dapat melihat dgn jelas papan tanda pejabat agama Islam changwad (wilayah) tertentu spt songkhla dll.
      4. Manakala pengesahan di Malaysia, akan mengambil masa yg lama, berbulan2 biasanya, ada juga memakan masa setahun atau lebih. Moga membantu.

      02/01/2012 at 6:03 pm

  137. PelajarMuda

    Salam Ustaz,
    Saya dan pasangan saya masih lagi belajar di universiti (universiti yang sama di Malaysia) dan kami berdua merupakan tajaan biasiswa. Kami memang merancang untuk berkahwin selepas kami graduate nanti. akan tetapi, dengan hubungan kami sekarang ini, kami berasa seperti tidak diberkati. Keputusan peperiksaan kami hanya sekadar cukup makan untuk lepas syarat tajaan biasiswa. Saya berbincang dengan pasangan saya sama ada ibu bapanya membenarkan kami kahwin pada usia yang muda. Akan tetapi, ibu bapanya tidak bersetuju. Bukan apa ustaz, tujuan saya ingin kahwin awal supaya saya dapat yang halal dengan pasangan saya, dan ingin mencegah zina. Suatu hari, pasangan saya ada mencadangkan kepada saya untuk nikah di siam. Ada beberapa perkara yang merisaukan saya. Saya ada menyelidik sedikit sebanyak mengenai prosedur ketika menikah di Siam dan prosedur berikutnya selepas menikah tersebut. Saya difahamkan pasangan yang bernikah di Siam harus mendaftarkan perkahwinan mereka dia Malaysia. Saya ada beberapa soalan yang ingin saya sampaikan, dan saya harap ustaz dapat membantu dengan memberi ulasan yang jelas:

    1. Apabila kami mendaftarkan perkahwinan kami di Malaysia, adakah pihak yang terlibat ketika di mahkamah nanti hanyalah saya dan pasangan saya? Adakah perkara ini akan diberitahu oleh pihak2 lain( ibubapa, pihak universiti, pihak biasiswa)? Dalam situasi saya, sekiranya pihak biasiswa tahu saya telah berkahwin, biasiswa saya boleh ditarik. Adakah hal perkahwinan ini dapat dirahsiakan?

    2. Andaikata, kami telah sah daftar perkahwinan kami di Malaysia. Mungkin selepas kami graduate dan sudah dapat pekerjaan yang tetap dan pendapatan yang stabil, kami ingin melangsungkan majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan tersebut, ada acara akad nikah. Bagaimana dengan acara tersebut? Bolehkah saya melakukannya sekali lagi? Bolehkah saya mendapat sijil nikah untuk kali kedua?

    Apa yang saya cuba katakan ialah, bolehkan pernikahan pertama saya itu dirahsiakan dari pihak2 lain? Itulah beberapa perkara yang saya risaukan terhadap nikah awal(nikah siam) ini. Saya dan pasangan saya di sini hanya ingin mencari yang HALAL, yang BERKAT dan SAH. Ingin kahwin awal, tapi tidak dipersetujui oleh ibu bapa pula. Saya harap ustaz dapat beri penjelasan dan nasihat kepada saya. Terima kasih.
    Salam.

    08/01/2012 at 5:41 am

    • ustjai

      1. Nasihat saya yg pertama, cubalah ikuti kehendak ibu & ayah sedaya upaya, kerana itu yg diajar oleh Islam kpd kita. Byk keberkatannya.
      2. Secara umumnya, hanya pasangan terbabit shj yg akan terlibat dlm proses mahkamah. Tetapi ada juga hakim tertentu yg mensyaratkan kehadiran wali bapa. Saya tidak pernah melihat kes pengesahan nikah akan menyebabkan pihak universiti dimaklumkan. Pihak universiti hanya dimaklumkan dlm kes jenayah spt khalwat. Pihak penaja biasiswa, tidak dimaklumkan.
      3. Mengadakan akad nikah kali kedua atau memperbaharui akad nikah hukumnya “boleh”. Jika dilakukan dgn cara spt ini, tidak perlulah kpd pengesahan. Cuma, biasanya akan menimbulkan masalah2 tertentu spt jika berlaku kelahiran anak yg lebih awal dll.
      4. Paling penting anda perlu ingat ialah pernikahan di Siam akan menimbulkan byk perkara yg menyusahkan di kemudian hari. Jika anda telah bersedia utk menghadapi keadaan itu, maka teruskanlah.

      08/01/2012 at 10:21 am

  138. Qemy

    Salam Ustaz,

    Saya adalah isteri pertama, pada Okt 2011 suami sy telah berkahwin skali lg tanpa kebenaran sy di narathiwat, pada wktu tu isteri ke2 nya sdgmengandung 1 bulan setengah. Namun pada disember 2011 suami telah pn menceraikan isteri kedua itu setelah mengetahui yg dia ditipu. Mereka belum lg mendaftarkan prkahwinan mereka pada ms itu. Namun, setekah semggu diceraikan, pmpuan itu telah ke Mahkamah syariah Shah Alam dan membuat prmohonan mendftarkan prkahwinan mereka. Suami sy telah mendapat satu salinan borang MS 3 dan MS 26 yg meminta suami sy hadir ke mahkamah pada 16 januari dan akn diberikan tarikh perbicaraan.Soalan saya:

    a) Perlukan prkahwinan trsebut didaftarkan sedangkan mereka telah pn bercerai?
    b) Suami sy seorg penjawat awam, apakah implikasinya kepad pekerjaan beliau setelah hukum dijatuhkan?
    c) Pmpuan itu menuntuk wang RM30 ribu drpada kami dan sekiranya kami memberikan wang tersebut dia akan tarik balik permohonan td. Bolehkah dia menuntut hak sedangkan mereka hanya brkahwin selama 2 bulan dan semasa prkahwinan dia telah menipu duit suami hampir 100ribu.?

    13/01/2012 at 5:14 am

    • ustjai

      a) Perlu atau tidak sesuatu perkahwinan didaftarkan, akan byk bergantung kpd keadaan tertentu yg ada pd pasangan terbabit. Setakat amalan biasa, permohonan pengesahan nikah memerlukan kerjasama 2 pihak. Jika hanya pihak isteri yg buat permohonan tetapi si suami tidak hadir atau tiada kerjasama, biasanya permohonan tersebut akan terbantut. Sukar mahkamah utk buat keputusan tanpa keterangan drp si suami. Saya percaya puan mengharapkan suami tidak hadir ke mahkamah.
      b) Kebiasaannya, tiada sebarang kesan jika beliau bukan anggota polis atau tentera.
      c) Sangat sukar utk dia menuntut hak, jika tiada pengesahan nikah dibuat.

      14/01/2012 at 10:58 pm

  139. Nurin

    salam ustaz

    sy dan pasangan merancang utk berkawin. tp masalahnya adalah pasangan sy merupakn suami org. ibu dan ayah sy sudah mengetahui hbgn kami tp tidak tahu dia adalah suami org.isterinya tidak mengizinkn kami berkahwin dan keluarganya melarang hubungan ini..saya dan dia dh lama bercinta dan kami tak sanggup berpisah..kami takut berlaku perkara yg tidak baik jk terus begini..kami bercadang utk bnikah di siam, tapi kami tak tahu cara2 nya…tambahan pula majikannya adalah badan beruniform..apa yg harus kami lakukan ustaz..perlukah dia mendapat kebenaran majikannya terlebih dahulu dan jika ditolak apa lg yg kami boleh lakukan.tlg bantu sy dn pasangan..,

    terima kasih ustaz,
    salam

    13/01/2012 at 5:48 pm

    • ustjai

      1. Nasihat yg pertama, sedaya upaya, anda perlu utamakan ayah dan ibu. Redha mereka adalah syarat utama syurga.
      2. Jika ke Thailand, ikutilah nasihat/panduan yg telah saya sebut berulangkali di sini. Terus ke pejabat agama yg sebenar. Lihat signboard.
      3. Jika beliau seorang polis atau tentera, ID nya mudah dikenali. Ada setengah mahkamah akan maklumkan kpd majikan tsbt dan dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Setengah yg lain, tidak dimaklumkan, maknanya bakal suami akan selamat. Periksa dahulu amalan biasa mahkamah tempat anda. Moga membantu.

      14/01/2012 at 10:44 pm

  140. Nurin

    terima kasih ustaz…
    salam..

    15/01/2012 at 6:58 am

  141. reez

    Salam Ustaz,

    Saya ada dua soalan

    a) Suami sy seorang anggota polis, dan kami telah berkahwin tnpa pengetahuan isteri pertama beliau di Narathiwat.apakah implikasi kepada pekerjaan beliau sekiranya saya membuat permohonan untuk mendaftarkan pekahwinan kami?

    b)sekiranya prkahwinan kami tidak didaftarkan, apakah implikasi kepada anak dlm kandungan sy setelah dia lahir?

    15/01/2012 at 7:23 am

    • ustjai

      Reez, a) anggota polis punyai kemungkinan besar dikenakan tindakan tatatertib. Maka baik berhati2. b) Jika tidak didaftarkan, maka anak dlm kandungan puan akan dikira sbg anak tak sah taraf, kerana sijil kelahirannya nanti akan tertera perkataan “tidak diperolehi” pada maklumat bapa. Ini akan mendatangkan keaiban dan masalah yg besar apabila si anak mulai menjejak kaki ke alam persekolahan.

      17/01/2012 at 12:32 am

  142. pemuda

    Assalamuailaikum ustaz dan pakwan , saya seorang remaja lelaki yg masih belajar . tinggal kt negeri perlis. saya mmg slalu ke selatan thai ikut family . masalah saya sekarang ialah saya dh ada teman wanita yg kami kenalsejakzaman sekolah lagi . dan kami bercadang untuk menghalalkan hubungan kami yg dah bertahun2 , yala , dh slalu jumpa ,dating apa kn. nk la halalknnya . tp sbb usia muda lagi , mana ada family nk bg , kami dh simpan duit untuk kawin ke siam , sbb bapa saudara sy pun jenis dok bwk org p kawen (tp org yg dah berkeluarga la , bukan bujang mcm kami ) kdg2 dgr dia smbang kena RM1000-Rm2000 . so kami pun simpan la duit , tp mmg takkn p dgn bapa saudara saya tu , kantoi la kn. boleh tak kami kawen di siam ? tapi bila dh cukup umur nnti ,kami nak kwen la scra mcm elok2 kt malaysia balik .sbb takmau sijil nikah yg malaysia tu tulis siam , n tau kt org lain yg kami dh kwen . nk nikah senyap2 . boleh ka ? ka kami mmg akan tetap guna sijilnikah yg ada logo siam tu ? tolong kami .

    15/01/2012 at 1:19 pm

    • ustjai

      Pemuda, cuba baca jawapan saya dlm tajuk ini. Cuma utk adik yg masih belajar, saya lebih cenderung utk memberi nasihat agar utamakan keredhaan ibu dan ayah. Banyak berkatnya di sisi Allah, Insya Allah.

      17/01/2012 at 12:28 am

      • pemuda

        terima kasih ustaz :)

        17/01/2012 at 1:29 am

    • salam pemuda! just to share with you, me and my husband nikah di thailand kerana tiada persetujuan daripada keluarga saya ( selepas dua tiga kali bertanya dan tidak cuba menjelaskan keadaan yang sebenar) dan suami takut untuk memberitahu kepada isteri pertama. alasan kami bernikah di sempadan adalah kerana takut sekiranya terlanjur dan melakukan dosa. mungkin agak berbeza dengan situasi anda tapi boleh dijadikan panduan.

      sebagai seorang yang telah berpengalaman dan mengalami sendiri keadaan ini, saya menasihatkan, agar cuba untuk bawa berbincang dengan ahli keluarga dahulu. jelaskan keadaan dan nyatakan apa perancangan anda agar masa depan tidak menyusahkan mereka. tunjukkan bahawa anda bersedia dan pastikan walau apa masalah yang timbul kemudian hari anda tak akan meyusahkan kedua-dua pihak keluarga. cuba cari pihak ketiga untuk diselesaikan masalah itu. kesian pada pihak perempuan dan keluarga masing-masing jika anda nikah disana. walau sudah bernikah di sana tapi masih takut2 di Malaysia kerana belum mendaftarkan pernikahan secara rasmi. macam kami selepas pernikahan kami menjangkau lapan tahun baru masalah ini selesai bagi kedua2 pihak. balasan ALLAH tetap akan datang kerana membelakangkan keluarga dan juga mengecewakan kedua ibu bapa.

      saya akui ada sahaja dugaan yang datang. namun doa pada ALLAH tidak pernah henti demi kebahagian kami dan ibu bapa. walau keadaaan dah tenang sebagai anak saya dan suami sentiasa cuba melakukan yang terbaik buat ibu pada kami dengan harapan agar hati mereka terubat. namun luka dihati mereka hanya ALLAH yang tahu. harap dapat memberikan panduan buat pemuda.

      21/01/2012 at 3:24 am

      • pemuda

        Terima kasih puan , redha allah bergantung pada redha ibu bapa kan . hmmm sangat sukar sebenarnya , susah utk nk bagitahu family yg kami nk menikah, walaupun hnya nikah gntung , :'( thanks utk nasihat tersebut .

        21/01/2012 at 1:36 pm

  143. Qemy

    Salam ustaz,

    Suami sy telah hadir ke mahkamah dan hakim bertanyakan samada dia setuju atau tidak mendaftarkan perkahwinan sebagaimana yang dipohon oleh bekas isteri ke2 nya, Suami sy tidak bersetuju dan hakim menetapkan 16 Feb utk perbicaraan semula dan suami sy dikehendaki menyediakan satu bantahan bertulis untuk tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut. Soalan saya ustaz:

    a) Perlukan kami mengambil peguam untuk kes ini?
    b) Adakah betul tindakan yg kami ambil utk tidak mendftarkan prkahwinan itu?

    16/01/2012 at 10:33 am

    • ustjai

      a) Perlu atau tidak mengambil peguam bergantung kpd tahap kesukaran kes. Jika kes yg mudah atau straight forward, maka tidak perlu kpd peguam.
      b) Tidak mendaftarkan kes perkahwinan luar negara (spt thailand) juga bergantung kpd apa alasan utk tidak berbuat demikian. Jika suami punyai alasan yg baik, maka sesuatu perkahwinan itu tidak perlu didaftarkan, contohnya perkahwinan yg tidak sah / sindiket penipuan.

      17/01/2012 at 12:24 am

    • rose

      Saudari Qemy, bagaimana kesudahan kes suami puan? sy sekarang mengalami masalah yg sama yg mana isteri baru suami ingin mendaftarkan perkahwinan tetapi suami tidak mahu…

      14/04/2012 at 9:00 am

  144. dyane

    salam ustaz,
    saya ingin bertanya, saya dan suami telah pun bernikah di Majlis Agama islam wilayah yala cawagan betong thailand. Saya ialah isteri kedua dan bernikah di thailand adalah idea dari saya kerana saya takut untuk suarakan hasrat saya untuk jadi isteri kedua pada ibu dan kakak saya. dan saya juga takut untuk bersemuka denga isteri pertama beliau. saya mahu perkahwinan ini dirahsiakan dari keluarga beliau dan saya. walaupun berat tetapi suami turutkan juga. tetapi selepas sebulan bernikah suami mula memujuk saya untuk daftarkan perkahwinan kami secara sah di malaysia. dan dia mahu berjumpa keluarga saya dan membawa saya berjumpa keluarga nya, keadaan menjadi tegang kerana saya berdegil tidak mahu perkahwinan ini diketahui, ianya terlalu awal bagi saya. tetapi suami tetap memujuk, pada masa yang sama saya juga takut ingin memberitahu keluarga saya yg kami bernikah di thailand. oleh itu boleh kah kami bernikah semula dia malaysia untuk kali kedua walaupun kami sudah pun bernikah?

    16/01/2012 at 12:34 pm

    • ustjai

      Jawabnya boleh. Ini dipanggil sbg memperbaharui akad (nikah).

      17/01/2012 at 12:20 am

      • dyane

        terima kasih ustaz.

        25/01/2012 at 11:47 am

  145. Salmi

    Salam ustaz,

    Saya adalah isteri kedua, sy telah membuat prmohonan untk mendftarkan perkhwinan kami walaupn sy telah diceraikan, namun setelah ke mahkamah, suami sy memberitahu hakim bahawa dia xmahu mendaftarkan prkhwinan kami, justeru sperti saudari Qemy di atas, hakim mengarahkan suami membuat satu bantahan bertulis sebelum tarikh perbicaraan seterusnya. Jadi sy mahu bertanyakan kepada ustaz,

    1) Sekiranya suami berdegil tidak mahu mendftarkan prkahwinan kami, bolehkah sy mengambil tindakan undang2 trhadapnya melalui peguam syarie sy?

    2) Saya berkhwin hnya 2 bln dgn suami dan semasa dlm prkhwinan kami tidak sempat membeli apa2 hrta sepencarian, Bolehkah sy menuntut apa2 dr suami?

    3) Sekiranya suami berdegil xmahu mndftarkan prkhwinan dan memberikan alasan bertulis kepada mhkamah, adakah tindakan lain yg sy boleh buat trhadap suami utk memaksa dia bersetuju mndaftar?

    17/01/2012 at 3:02 pm

    • ustjai

      Puan Salmi, 1) Isu boleh atau tidak, tindakan undang2 dikenakan ke atas suami krn keengganan beliau utk mendaftarkan pernikahan luar negara, secara umum jawapannya, adalah tidak boleh. Kerana selain drp faktor tiada peruntukan undang2 yg jelas (walaupun sebenarnya ada peruntukan yg boleh digunakan), akan timbul pula isu pembuktian di mahkamah. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan puan utk meneruskan kes sedemikian lantaran tiada sokongan undang2 yg kuat. Namun jika puan berhasrat sekadar utk “mengajar” beliau supaya terpaksa ulang alik ke mahkamah, maka ia terpulang kpd puan. Tetapi kes sedemikian adalah lemah. 2) Sepatutnya puan boleh menuntut nafkah edah, mut’ah dan lain2 kerugian tetapi oleh sbb perkahwinan luar negara (Thailand) tidak diiktiraf selagi tidak didaftarkan di Malaysia, maka puan tidak berhak di sisi undang2 Malaysia utk menuntutnya. 3) Bergantung kpd apa yg bakal disebut oleh suami puan dlm pembelaan / affidavit / jawapan bertulis beliau nanti. Moga membantu.

      17/01/2012 at 6:12 pm

  146. mohd irwan abdullah

    Assalamualaikum……saya dah pun berkahwin di songkla hampir sebulan lepas, cuma belum berdaftar dengan majlis agama di malaysia. minta ustaz tolong bg tahu bagaimana cara utk mendaftar perkahwinan tersebut dan berapa kosnya…
    sekian wassalam

    19/01/2012 at 2:37 am

  147. emie

    as salam ustz, sy nk tya…klau sy nak kawen kt siam, tanpa pgetahuan ibu bapa…tp selepas 1thun atau lebih, sy kawen dgn dia semula di malaysia dgn kebenaran ibu bapa…adakah akad nikah di malaysia ni sah?

    27/02/2012 at 6:25 am

  148. wani

    asalammualaikom….ustaz
    saya dan suami telah bernikah di siam 6thn lepas dan saya nikah berwalikan ayah saya,saye nikah sana kerana pada masa tu saya telah ngandung 2bulan,famili saye buntu lalu anta kami nikah di siam,kini kami telah dikurniakan 3org cahaya mata,malangnya kami masih belum mendaftarkan perkahwinan kami di malaysia,..boleh tak ustaz jelaskan dokumen yang perlu ade tuk pendaftaran nikah kami??adakah pendaftaran ini boleh dilakukan oleh saye sendiri.ini kerana suami saye sering tangguhkan bile setiap kali saye mengajaknye utk mendaftar .katanye dia ade masalah dengan penceraian isterinye pertama dulu dan surat cerainye ditahan.jadi ustaz,saye betul2 dah buntu sekarang,…saye benar2 ingin mendaftar perkahwinan kami kerana kesiankan anak2 saye dimana surat beranak mereka dinyatakan data bapa tidak diperolehi…ape patut saye bt ustaz???saye harap ustaz dapt bantu saye……

    07/03/2012 at 3:30 pm

  149. zarimah

    Asslmkm ustaz..

    Sy ada pertanyaan, sy tlh pn bernikah di songkla hampir 5 bln yg lepas dgn suami org.Status sy sblm tu seorg janda. Skrg dlm proses bicara kali ke 2 di m’sia. Semasa urusan akad nikah di siam,selain sy & suami, kadhi & naib kadhi,ada jg abg kandung sy sndri & sorg jurugambar/tunjuk jln ke sna(kami tidak brp kenal-org malaysia)
    Masalah sy, perlukah/pentingkah jurugambar ini hadir semasa perbicaraan di mahkamah nnt sbg saksi. Sbb dia dh nyatakan tak akan hadir utk menjadi saksi. dia hnya menunjuk jln ke sana sbb dia jgk prnh bernikah di sana. Hanya abg kandung sy sndri yg sanggup hadir.
    Dan sy nak tahu, brp lama(bln) proses perbicaraan ini di jlnkan?
    T.kasih..

    04/04/2012 at 7:53 am

  150. inn

    Saya minta maaf ustaz sebab mungkin ada feedback yang saya berikan kepada pelawat yang bertanya tu tak menepati hukum syarak dan undang-undang. Saya pun baru berjinak dalam arena pologami dan nikah di luar negara ni.

    Saya isteri pertama yang bersetuju suami bernikah dengan kekasihnya sebab bunga-bunga maksiat antara mereka berdua dah mula timbul. Sayangnya permohonan suami nampak macam bakal tak diluluskan sebab tak mampu dari segi nafkah zahir.

    Jadi saya cadangkan suami berpisah atau bawa saja kekasihnya nikah di Thailand. Tapi tak tau pula apa reaksi keluarga suami dan si kekasih. Keluarga saya tentu sekali akan melenting tak kiralah di mana pun pernikahan tu.

    Saya simpati dengan wanita yang bernikah di Thailand sebab lebih banyak buruk dari baik. Kalau pendaftaran tak dilakukan di Malaysia, mereka tiada hak sebagai isteri dan anak-anak juga akan ada masalah (status bapa di sijil lahir kosong).

    Masyarakat sekarang juga tak dapat menerima poligami. Saya sendiri mula dijauhkan oleh kawan-kawan selepas bersetuju dimadukan. Kalau diketahui oleh keluarga saya, mungkin lebih teruk lagi. Sekiranya timbul masalah, isteri pertama yang akan mendapat lebih simpati dan isteri kedua tetap dihina.

    Ikut nafsu…lesu, ikut rasa…binasa, ikut hati…mati.

    08/04/2012 at 11:04 am

  151. norhidayah binti mamat

    assalamualaikum ustaz.. saya nk tanya apa hukuman kalau memalsukan status masa nak kemukakan borang kebenaran nak kawin kat pejabat agama? (status sebenar suami org tapi buat akuan bujang)

    19/04/2012 at 4:04 am

    • ustjai

      Puan, bercakap benar atau meninggalkan amalan bohong adalah perintah agama, jika atas sbb2 tertentu seseorang individu “perlu” berbohong maka mohon ampunlah kpd Allah.

      20/04/2012 at 7:23 pm

  152. Salam Ustaz,
    Saya mempunyai masalah, saya telah berkahwin di sempadan pada tahun 2007 tetapi sehingga ke hari ini, saya dan bekas suami belum mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.. Saya dan bekas suami telah mempunyai seorang anak yang berbintikan namanya.. Kini anak saya berusia 3 tahun lebih.. Pihak bekas suami tidak tinggal bersama sejak 2tahun yang lepas dan dia telah hilang tanpa khabar berita.. Saya buntu ustaz.. Apa yang perlu saya lakukan? Semakin lama anak saya semakin membesar, saya tidak mahu menggunakan Surat Nikah Siam apabila hendak mendaftarkan persekolahannya kelak.. Dimana saya perlu pergi? Saya betul2 buntu..

    21/04/2012 at 2:13 pm

    • ustjai

      Puan, setakat ini berdasarkan pengalaman saya pihak mahkamah hanya akan melayan permohonan drp kedua2 pihak (suami & isteri). Sbb itu penting pernikahan luar negara didaftarkan di Malaysia seberapa segera ketika hubungan suami isteri masih elok. Namun ada juga suami yg sengaja berdolak dalih kerana mmg mereka mempunyai niat yg tidak jujur ke atas isteri mereka. Saya mohon maaf kerana berdasarkan pengalaman saya, tiada cara setakat ini utk puan mendapatkan dokumen nikah Malaysia dlm situasi puan skrg.

      21/04/2012 at 4:09 pm

  153. Liz

    salam ustaz..
    sy tlh diceraikan talak 3 sblm mhkmh membuat pengesahan pernikahn kami.Sy nak tahu,mcmna dgn proses pengesahan itu? utk makluman, semua dokumen tlh pn di buang oleh bekas suami..tp salinan sj ada dlm smpnan mhkmh..Dan cuma passport sy shj yg ada & wali abg sy..Biasanya , adakah penikahan ini ttp di jlnkan atau di anggap tidak sah? mmg susah jika sekiranya sy di minta mengambil ‘salinan akui sah’ dr songkhla..
    Di hrp ustaz dpt menjwp keraguan sy ini.T.kasih

    23/04/2012 at 6:12 am

    • ustjai

      Puan, setakat pengalaman saya, proses pengesahan lebih mudah jika suami isteri membuat permohonan bersama. Jika hanya sebelah pihak, adalah sukar bagi puan. Pernikahan puan akan dianggap tidak pernah berlaku.

      24/04/2012 at 9:10 pm

  154. syasha

    salam ustaz,
    Saya ingin berkongsi kisah saya yang mana agak complicated keadaannya pada ketika ini.Bukan hendak salahkan kewibawaan Jabatan Agama tapi inilah yg terjadi kepada saya yang jugak termasuk sekali dgn kealpaan kami suami isteri.Wallahualam

    Saya bernikah di Songhkla pd March,2008 kerana mengikut prosedur biasa untuk poligami mengambil masa yg lama.Saya pula baru menjalani operation membuang ketumbuhan dan memerlukan suami sentiasa ada di sisi kerana tidak dapat melakukan tugas harian sendiri.Jadi suami menggunakan medical report saya dan turun naik mahkamah dan jabatan agama islam untuk mempercepatkan proses itu dan akhirnya dinasihatkan bernikah sahaja di Songhkla atas keadaan yg memerlukan ketika itu.

    Kami sudah berdaftar di Mahkamah Shah Alam pada bulan Sept,2008 dan menunggu panggilan ke mahkamah utk urusan seterusnya.Dipendekkan cerita,isteri pertama telah meminta cerai dan kini suami saya berstatus duda.Selepas menunggu hampir setahun,kami pergi ke mahkamah Shah Alam kerana ingin tahu perkembangan kes kami dan agak menyedihkan kami diberitahu oleh seorg ustazah (yg telah berpindah ke Kedah pd ketika ini) mereka telah terlepas pandang kes kami.Beberapa kes selepas kami juga sudah diselesaikan namun tidak kes kami.

    Sekarang saya sudah hamil 3bulan dan yang terakhir kali suami saya check status pedaftaran kami dengan Jabatan Agama Islam tiada dalam rekod.Saya buntu dan agak terkilan dengan kecuaian pihak jabatan.Disini saya telah appeal untuk mendaftar sekali lagi pernikahan kami di Songhkla,dan mengikut pengalaman ustaz,adakah akan efek pendaftaran sijil kelahiran anak saya kelak?dan bagaimanakah prosedur mahkamah sebab isteri pertama telah pon bercerai?
    Mohon diterangkan kepada saya.
    Terima kasih kerana sudi membaca nukilan saya.

    03/05/2012 at 4:55 am

    • ustjai

      Puan, anak tersebut bila lahir nanti akan mempunyai sijil lahir yg tertera perkataan “maklumat tidak diperolehi” atau seumpamanya pada bhgn maklumat bapa. Ini akan menimbulkan byk masalah termasuk dianggap sbg anak tak sah taraf. Namun, ia boleh dipadam / diperbetulkan apabila puan mendapat perintah pengesahan pernikahan puan tsbt. Moga membantu.

      07/05/2012 at 7:34 pm

  155. darlina

    salam ustad,
    sy nak tau adakah cara lain untuk sy bernikah dgn tunang sy(suami org) tanpa pergi ke luar negeri(siam,etc) kerana saya mendapat restu dari kedua belah pihak, ibu bapa saya serta bakal mertua. sy mempunyai masalah untuk mendapatkan pasport kerana belum melangsaikan hutang ptptn, walau bayaran bulanan telah dibuat.kami telah usaha kan cara yang betul dan mengikut undang2, ttp isteri pertama menuntut pelbagai macam dan turun naik mahkamah mendatangkan masalah kepada semua pihak, bapa saya bersetuju menjadi wali,saksi pon x ada masalah..semua rukun nikah sudah cukup.sy tidak mahu pergaduhan istri pertama dan bakal suami berlaku kerana anak2. oleh itu, sy mahu dapatkan pandangan ustad. apa cara pon akn kami lakukan, dan kalau ditakdirkan juga nikah di sempadan, bolehkah bapa saya menjadi wali.?kerana saya percaya restu ibubapa bawa kebahagiaan dan saya mendahulukan keluarga dalam hal-hal sebegini. terima kasih.

    07/05/2012 at 5:52 am

    • ustjai

      Pernikahan di Selatan Thailand mmg membenarkan bapa kandung menjadi wali, malah itu yg sebenarnya patut dilakukan berdasarkan hukum syarak. Jika pernikahan di dalam negara, tiada cara yg sah boleh dilakukan berdasarkan undang2 melainkan melalui proses mahkamah. Ttg tuntutan yg pelbagai oleh isteri pertama itu, berdasarkan pengalaman saya, mungkin krn itu adalah haknya tetapi enggan dipenuhi oleh bakal suami saudari atau dia sengaja mereka2 tuntutan utk menyusahkan/melambatkan/menghalang pernikahan saudari.

      07/05/2012 at 7:25 pm

  156. wani

    salam ustaz..
    maksud ustaz..untuk mbuat pengesahan nikah di msia perlu hadir kedua dua phak ye…
    apa langkah yang perlu saya buat untuk membuat pengesahan tersebut…maksud saye dokumen dperlukan…..dokumen yang saye ade cume sijil nikah siam.surat pegesahan nikah dari pejabat agama sana shj….dan border pass kami ke sana sudah hilang dan kami telah pun membuat surat akaun sumpah dr pihak guaman,ape lagi dokmen yang saye perlukan selain itu…..soal gambar…saye btul btul tidak ada ustaz….kerna masa itu terlalu bntu dan tak terpk pn pasal itu….satu lg masalahnye…semasa saye nkah dgn suami saye disane …beliau dlm proses peceraian…dan kini surat cerai nye ade pada janda nye,malangnye janda nye tidak mahu menyerahkan nye….adakah surat cerai suami saye diperlukan semasa pendaftaran nikah kami itu…
    satu soalan lg…apabila saye dlm proses pendaftaran nikah ….adakah saye boleh memohon mahkamah memberi srat pengesahan yang kami dlm proses pendaftaran kpd pihak jpn…ini adalah kerana saye ingin membetulkan surat beranak anak kami dimana tertlis maklumat bapa tidak diperolehi….

    11/05/2012 at 2:09 pm

  157. wani

    salam…maaf ustaz keran bertanye terlalu byk soalan..

    semasa proses daftar nikah dijalan dlm mahkamah….adakah perkara ini akan mengganggu kerja saya…maksud saye adakah ia sulit atau akan diberitahu pada syarikat dimana saye berkerja…
    soalan kedua…
    berapa anggran jumlah kos denda n proses pendaftaran ini…saye perlu bersedia..kerana saye bukan dr golongan yang berada……

    saye berharap ustaz dapat beri penjelasan semua soalan saye…..saye runsing sgt n ingin selesaikan nye dengan segera ….
    trima kasih

    11/05/2012 at 2:15 pm

  158. azie

    Assalam ustaz,
    mohon pandangan ustaz berkenaan masalah saya

    15/05/2012 at 9:08 am

  159. azie

    Asslm ustaz,
    saya ada beberapa kemusyikilan yang ingin ditanyakan kepada ustaz mengenai masalah yang saya hadapi kini,untuk makluman ustaz saya telah berkahwin dgn warga thailand di patani dari tahun 2006,sehingga kini masih belum lagi mendaftarkan pernikahan kami atas beberapa sebab dan masalah sehinggalah kini saya telah mempunyai 2 orang cahayamata,sijil lahir anak saya juga berstatus tiada maklumat bapa,Setahun ini saya telah ditinggalkan suami tanpa berita dan nafkah.saya telah kepejabat agama di sini menceritakan masalah saya,pej agama mengesyorkan saya mendapatkan surat pengesahan dari konsulat jeneral di songkla,kemudian dia mengesyorkan untukl mendaftarkan perkahwinan,pendaftaran sijil lahir dan penceraian sekaligus,tetapi saya tak pasti adakah betul atau tidak apa yang disyorkan ini.persoalan saya kepada ustaz :
    Boleh atau tidak saya nak membuat pengesahan nikah di konsulat tanpa suami dan dokumen suami,setelah kini dia menghilang,jika proses itu saya buat sendiri bersama wali saya boleh atau tidak.saya telah mengajukan solan ini kepada pakwan tapi tiada jawapan yang saya terima sehingga kini,mohon pandangan ustaz mengenai kemusyikilan saya ini,dan terima kasih atas pandangan ustaz….

    17/05/2012 at 8:04 am

    • sopan

      salam,, ustaz, kalau pasangan masih single macam mana? cuma tiada budget nak kawin d malaysia.. ibu bapa sebelah perempuan pn xnak bnrkan kawin jika tak ada budget, Mslhnya kami mahu berkawhin cepat untuk mngelak maksiat. ada kah cara lain selain dari nikah di siam

      25/05/2012 at 5:25 pm

      • ustjai

        Tiada cara yg mudah & cepat jika wali tak benarkan dan jika tidak dibuat di luar negara.

        28/05/2012 at 3:29 pm

    • ustjai

      Secara umumnya, permohonan pengesahan pernikahan akan mudah dan lancar jika dibuat oleh kedua2 pihak. Pengalaman peribadi saya, hakim akan menolak permohonan jika dibuat oleh sebelah pihak kerana akan timbul isu kekurangan bukti dan seumpamanya. Namun tidak lah bermakna pintu tertutup rapat utk puan mencuba. Adalah baik, jika puan kumpulkan dan susun semua bukti/keterangan yg ada dan kemudian menggunakan khidmat peguam yg sudah mahir dgn selok belok kes spt ini. Puan juga perlu tahu bhw setiap hakim mempunyai cara mereka tersendiri. Jadi nasihat saya, puan dapatkan khidmat peguam yg sentiasa berurusan di mahkamah tersebut. Cara yg puan sebut itu boleh dibuat tetapi kebiasaannya mahkamah akan buat satu persatu.

      28/05/2012 at 3:27 pm

  160. azie

    Assalam Ustaz,

    Maksud Ustaz, saya boleh buat pengesahan nikah tanpa pergi ke konsulat di songkla,jika boleh dimana saya boleh dapatkan khidmat peguam yang seperti ustaz katakan sebab saya tak berapa tahu cara nak mendapatkan khidmat peguam ni,kalau ustaz boleh kenalkan saya?…mengenai bukti pula rasanya sudah tiada seperti tiket bas dan sbgnya,itulah hanya bukti surat pengesahan nikah di patani sahaja yg ada dgn saya,dokumen suami juga tiada langsung dengan saya,minta pandangan ustaz segera mengenai masalah saya ini kerana saya nak uruskan hal sijil lahir anak saya memandangkan anak saya akan bersekolah dalam masa setahun ini.Terima kasih ustaz atas segala pandangan…

    30/05/2012 at 9:38 am

  161. Hamba Allah

    Salam ustaz,
    Ingun tahu: Boleh atau tidak dan apa hukumya, jika pasangan itu berniat untuk kahwin di siam kerana untuk mengelak dosa “couple” sebelum kahwin. Mereka nak berkahwin tetapi masih muda dan mungkin tidak mendapat persetujuan daripada keluarga. Kerana bila difikirkan untuk nikah biasa atau nikah khitbah. Wujud masalah dan jalan terakhir hanya kahwin di siam. Cuma, nikah ini hendak disembunyikan. Kemudian, bila sudah tiba masanya nanti akan berkahwin pula untuk kali kedua di Malaysia secara normal. Maknanya, sebelum itu. pasangan itu akan bercerai dahulu. Kemudian barulah berkahwin semula. Bagi perkahwinan di siam itu ingin disembunyikan daripada sesiapa dan sehingga bila2. Kerana niatnya adalah untuk mengelak dosa yang berlarutan mungkin dalam 3 atau 4 tahun sebelum bernikah secara normal nanti.

    Terima kasih ustaz,

    04/06/2012 at 3:51 am

  162. ieza

    assalamuilaikum wbt ustaz saya nak bertanya berapa kan jumlah denda maksimum bagi pasangan yg telah bernikah di siam dan apakah hukumannya??pasangan ini masing2 belum pernah bernikah lagi sebelum bernikah di siam…sekian terima kasih

    06/06/2012 at 5:03 pm

  163. Yg Mewakili

    Assalamualaikum Ustaz…Ingin meminta pencerahan dari ustaz

    Masalahnya Begini:

    – Kawan saya bernikah di pejabat agama narathiwat thailand dimana suaminya berstatus suami orang dan mereka tidak mendapat kebenaran berpoligami dari isteri pertama Dan proses pendaftaran pernikahan di Malaysia hanya dilakukan setengah jalan sahaja.

    – tetapi setelah 4 tahun berkahwin, akhirnya mereka bercadang membubarkan perkahwinan mereka di narathiwat thailand tetapi sejak kebelakangan ini pihak lelaki agak enggan untuk pergi ke sana

    – Persoalannya :

    1. Ada tak cara lain untuk penyelesaian ini?

    2. Jika tiada surat cerai, utk urusan berkahwin sekali lagi (lelaki lain) perlu tak dokumen atau tidak jika pihak lelaki tersebut meredhakan perpisahan dan sudah lafaz cuma tiada bukti ( tidak mendaftarkan penceraian di Malaysia atau Thailand )

    3. Selepas perkahwinan itu dibubarkan dan mendapat sijil cerai dari pejabat agama narratiwat, bagaimana status wanita tersebut di malaysia?

    4. Jika wanita itu ingin berkahwin, adakah perlu dia perlu ke thailand utk berkahwin walaupun pasangannya itu bujang.

    10/06/2012 at 1:00 pm

    • Assalamualaikum Ustaz.
      Izinkan saya memberi sedikit penjelasan kepada masalah ini.
      Bagi mereka yang bernikah di Thailand, urusan perceraian boleh dibuat di mana-mana pejabat Majlis Agama Islam Thailand, dan tidak semestinya di pejabat yang mereka bernikah dahulu.
      Jika pihak lelaki enggan bekerjasama, pihak perempuan boleh pergi sendiri ke mana-mana pejabat Majlis agama Islam Thailand untuk buat aduan lnggar taaliq atau sebagainya dengan membawa 2 orang saksi. Saksi mestilah seorang lelaki dan bukan dari kalangan keluarga/saudara terdekat seperti abang atau adik lelaki. Berdasarkan bukiti-bukti yang anda kemukakan dan setelah kadi berpuashati dan setelah mendapat keputusan jatuh talaq (mungkin dalam masa satu bulan dari tarikh aduan anda, anda akan diber surat cerai oleh Majlis Agama Islam berkenaan. Anda perlu membawa surat cerai ini kepada pejabat Konsulat Malaysia di Songkla untuk mendapatkan pengesahan. Setelah anda mendapat surat pengesahn konsulat ini bermakna Sijl Cerai anda diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Malaysia.
      Dengan surat ini bermakna anda boleh mengemukakan sebagai bukti untuk membolehkan anda bernikah semula dengan lelaki lain selepas tammat tempoh eddah anda. Dengan surat pengesahan konslat ini juga anda bebas dan boleh teus bernikah sama ada di Malaysia atau di Thailand mengikut keperluan anda. Anda tidak perlu lagi pergi bernikah di Thailand.
      Sekian. Terima kasih Ustaz.

      22/07/2012 at 6:39 pm

  164. adriana

    ustaz,

    saya seorang janda kali kedua, saya menikah kali kedua di thailand, tapi telah bercerai 3 tahun yg lalu, tapi saya diceraikan hanya melalui email saja, dah saya tak ambil pun surat cerai atau memaklumkan kepada pihak di thailand, now saya akan menikah kali ketiga di thailand jugak jadi bagaimana caranya? saya tak mahu bakal suami yg ketiga saya ini tahu yg saya penah berkawin kali kedua di thailand, boleh kah saya mengunakan surat cerai dari perkawinan saya yang pertama dulu jugak?

    12/06/2012 at 3:48 pm

  165. hani

    kami telah berkahwin di pattani pada june 2011. 2 saksi org malaysia lelaki dan walinya wali hakim di mana wali yg mengakadnikahkan kami. sah atau tidak nikah jika wali yg mjadi jurunikah?
    kami telah mendapat perintah mahkamah selepas perbicaraan di mana hakim mengesahkan perkahwinan kami adalah sah dan mengikut hukum syarak. untuk pgetahuan ustaz dan pak wan suami muaalaf berasal dari sarawak manakala saya janda berasal dari kelantan.

    kami membuat permohonan untuk daftar perkahwinan di mahkamah syariah kuching, sarawak….menurut keputusan hakim kes ini telah selesai dan boleh daftar pkahwinan kami. masalah kami sekarang ialah pejabat agama islam kuching meminta surat dari konsulat malaysia di thailand sebagai akuan pengesahan perkahwinan kami. tanpa surat dari konsulat perkahwinan ini tidak dapat di daftar dan kami tidak akan dapat sijil nikah walaupun kami telah mendapat perintah daftar dari mahkamah.
    minta bantuan pak wan dan ustaz bagi pandangan. smoga segalanya berjalan lancar.

    27/06/2012 at 3:02 am

    • Salam. Salah satu dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran nikah anda di Malaysia ialah surat pengesahan konsulat Malaysia di Songkhla.
      Tanpa surat ini permohonan anda tidak dapat di daftarkan. Jadi anda berdua perlu ke pejabat konsulat untuk membuat permohonan bagi mengesahkan pernikahan anda tersebut. Prosesnya memakan masa 2 hari. Sila bawa semua dokumen2 asal dan sediakan 2 salinan fotostat semua dokumen seperti surat pengesahan nikah, sijil nikah, kad pengenalan, pasport antarabangsa semasa anda memasuki Thailand untuk bernikah dahulu dan bukti kemasukan anda ke Thailand pada hari anda mengemukakan permohonan. Anda akan diberi borang permohonan untuk di isi dan ditandatangai oleh suami dan isteri. Oleh kerana tarikh pernikahan anda telah melebihi satu tahun pejabat konsulat telah mensyaratkan anda mendapatkan surat pengesahan terbaru dari Majlis Agama Islam Pattani terlebih dahulu sebelum anda boleh kemukakan permohonan anda.

      22/07/2012 at 6:06 pm

    • Oleh kerana sami anda seorang mualaf anda perlu juga mengmkakan surat syahadah/kad memeluk agama Islam yang diiktiraf. Selain itu anda juga perlu mengemkakan salina surat cerai anda yang telah dibatalkan.

      22/07/2012 at 6:12 pm

  166. my za

    Salam ustaz, sy cadang utk bernikah dgn psgn sy iaitu suami org bg mengelakkan berlakunya maksiat.. kedua ibu bapa sy telah merestui hub kami krn mereka sangka psgn sy bujang, mslahnya disini kami ingin nikah tanpa diketahui isteri pertamanya bg mengelakkan perceraian & anaknya menjadi mangsa keadaan. sy faham, jika bernikah di thailand prosesnya mudah, tp jika di sini, perlu mendptkan perintah mahkamah dn keizinan dr isteri pertama tetapi kami ingin merahsiakan dr pengetahuan isterinya. apa yg harus sy lakukan? sy dh sampai ke jln yg buntu…bolehkah jika psgan sy menipu status dirinya apabila isi borang ? tolonglah sy..

    28/06/2012 at 11:49 am

  167. fatin

    assalamualaikum ustaz,
    saya dan pasangan merupakan pelajar universiti dan mrancang utk nikah di siam kerana ibu bapa tidak benarkan kami berkahwin awal..kami telah hampir untuk melakukan perkara haram..utk mgelak dari melakukan dosa,kami bercadang utk kahwin di siam secara senyap2.. persoalan saya di sini,bolehkah kami nikah di siam kemudian setelah kami selesai belajar,kami nikah secara normal di malaysia??saya pernah terbaca ada pasangan buat mcm 2..bolehkah ustaz??mohon pandangan ustaz..

    30/06/2012 at 3:02 pm

  168. Rijal

    Assalamualaikum ustaz Jailani…

    Mohon penjelasan mengenai bilangan talaq sekiranya pasangan bernikah semula di Malaysia. Adakah faraq (pengasingan) yang dikenakan terhadap pasangan bujang yang diragui kesahan akadnya memberi kesan kepada jumlah talaq?

    Wassalam.

    11/07/2012 at 6:43 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers