jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

ADA KETIKA BAIK, ADA KETIKA JAHAT.

Ucai Naik Donkey, seronoknya!

Ucai Naik Donkey, seronoknya!

Saspen ye Cai, dapat naik Donkey. Ayah ingat ke tidak pada syurga dan neraka ketika melihat Ucai terhibur ini?

Saspen ye Cai, dapat naik Donkey. Ayah ingat ke tidak pada syurga dan neraka ketika melihat Ucai terhibur ini?

Ada ketikanya kita begitu bersemangat utk solat, khusyuk ketika melaksanakannya, puas selepasnya, terasa begitu hampir dgn Rabb.
Datang pula ketika rasa berat utk ke masjid, tumpuan dlm solat tersasar hingga lupa bilangan rakaat dan terasa tiada apa2 yg kita dpt.
Ada ketikanya datang perasaan rajin belajar atau bekerja. Tapi ada ketikanya datang perasaan malas, tiada semangat utk meneruskan apa yg kita sedang lakukan.
Ada ketikanya terasa tenang jiwa ini, tetapi ada waktunya datang pula perasaan betapa kotornya jiwa dan gundah gulananya perasaan kita.

Ini mengingatkan saya kpd hadith baginda Nabi SAW

عن أبي عثمان النهدي ، عن حنظلة الأسيدي قال ( وكان من كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم ) قال :
لقيني أبو بكر فقال: كيف أنت ؟ يا حنظلة ! قال قلت : نافق حنظلة. قال : سبحان الله ! ما تقول ؟
قال قلت : نكون عند رسول الله صلى الله عليه وسلم . يذكرنا بالنار والجنة. حتى كأنا رأي عين.
فإذا خرجنا من عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ، عافسنا الأزواج والأولاد والضيعات. فنسينا كثيرا.
قال أبو بكر: فوالله ! إنا لنلقى مثل هذا. فانطلقت أنا وأبو بكر ، حتى دخلنا على رسول الله صلى الله عليه وسلم.
قلت : نافق حنظلة. يا رسول الله ! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” وما ذاك؟ ” قلت : يا رسول الله ! نكون عندك.
تذكرنا بالنار والجنة. حتى كأنا رأى عين . فإذا خرجنا من عندك ، عافسنا الأزواج والأولاد والضيعات. نسينا كثيرا.
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” والذي نفسي بيده ! إن لو تدومون على ما تكونون عندي، وفي الذكر ،
لصافحتكم الملائكة على فرشكم وفي طرقكم . ولكن، يا حنظلة ! ساعة وساعة ” ثلاث مرات .
رواه مسلم في صحيحه .

Hanzalah Al-Usaidi r.a. yg merupakan sahabat dan penulis nabi menceritakan bhw Abu Bakar berjumpanya dan bertanya “Apa khabar kamu, wahai Hanzalah?”. Aku jawab “Hanzalah jadi munafiq”. Berkata Abu Bakar, “Maha Suci Allah! Apa yg kamu cakap ni?” Aku jawab, “Kami berada bersama-sama dgn Rasulullah SAW, dia mengingatkan kami tentang neraka dan syurga sehinggakan seolah-olah aku dapat melihatnya dgn mataku sendiri. Tapi bila aku keluar dari majlis Rasulullah SAW, aku bermain-main dgn isteri dan anak-anak dan melakukan urusan lain, aku jadi lupa kebanyakannya (nasihat/pengajaran drp Rasulullah).

Lalu Abu Bakar r.a. berkata, “Demi Allah! Kita mengalami perkara yg sama.” Maka aku dan Abu Bakar pergi berjumpa dgn Rasulullah SAW. Aku berkata,” Hanzalah telah menjadi munafiq, wahai Rasulullah!” Rasulullah bertanya, “Kenapa macam tu?” Aku menjawab, “Engkau mengingatkan kami tentang neraka dan syurga sehingga seolah-olah kami dapat melihatnya dengan mata kami sendiri. Tapi bila kami keluar dari majlis bersama engkau, bergurau bermain dgn isteri dan anak-anak serta melakukan beberapa urusan lain, kami jadi lupa kebanyakannya.”

Maka jawab Rasulullah SAW, “Demi Tuhan yg nyawaku berada dalam genggaman-Nya, jika kamu semua dapat kekal dalam keadaan seperti berada disisiku dan sentiasa dalam keadaan berzikir, nescaya para malaikat akan menemanimu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tapi Hanzalah, setiap sesuatu itu, ada masanya (Rasulullah SAW mengulanginya sebanyak 3 kali).

Ini menunjukkan bahawa kita sebagai insan biasa, ada ketikanya akan lalai dan leka drpd apa yg diajarkan oleh baginda Nabi SAW. Bukanlah ganjil, malah tidak keterlaluan untuk mengakui bahawa tahap leka itu akan sampai ke peringkat menyebabkan kita akan melakukan dosa dan noda.

Namun, itulah insan yg tidak ma’sum daripada silap dan salah. Apa yg penting, setiap kali kita tergelincir daripada landasan yg benar, setiap kali itulah kita kembali kepada kebenaran.

Ini kerana, “tarik tali” antara kita dan syaitan akan tetap berterusan sehingga qiamat.

Oleh itu, sentiasalah kita perbaharui taubat dan perbanyakkan istighfar (mohon ampun kpd Allah) setiap masa.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

12 Nov 2011

Darlington, England.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s