jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

DATUK MENIPU, DATIN TERTIPU

Love

Bonafide Love - Don't Betray Your Better Half.

1. Keinginan berpoligami sentiasa membuak-buak dalam diri mana-mana lelaki. Perempuan pula suka menghampiri lelaki yang berkedudukan, berharta dengan alasan tak perlu susah-susah nak mula dari awal. Begitulah juga yang berlaku kepada seorang bergelar “datuk”.

2. Walaupun usia sudah dipanggil tua, tetapi hati tetap muda. Cuma “Datuk” ini hebat di kalangan teman-teman, para pekerjanya dan masyarakat sahaja. Ramai orang hormat dan segan kepada “Datuk” ini.

3. Tetapi “Datuk” ada kelemahannya, dia takut “Datin”. Mungkin dia tidak takut kepada fizikal datin tetapi dia cuma seperti kebanyakan lelaki lain, tak suka bini bising-bising, berleter dan seumpamanya. Kalau datin ajak “wrestling”, undoubtedly Datuk mesti menang. Itu saya yakin.

4. Masalahnya, Datuk sudah berkahwin lain. Pada masa yang sama tak mahu Datin tahu. isteri muda pula sentiasa mendesak-desak Datuk supaya selalu dapat berjumpa. Datuk juga memang suka isteri muda. Tetapi, penghalang utama kepada perjumpaan di antara Datuk dan isteri mudanya adalah datin.

5. Apa yang perlu datuk buat? Jika datin tahu, sudah tentu marahnya akan mengalahkan amarah letusan volkano. Serangannya akan mengalahkan tsunami.

6. Datuk dapat idea. Disuruhnya driver beli tiket flight ke Jepun. Dengan alasan urusan perniagaan selama 2 minggu. Datin pun sibuk mengemas beg datuk dengan harapan misi perniagaan datuk akan berjaya. Datuk berjaya, datin dapat bergaya.

7. Datin menemani datuk untuk check-in di airport. Selepas selesai check-in, datin cium tangan datuk dan melambai datuk yang sedang menuju ke departure gate utk boarding. Selepas datin melihat datuk melepasi pemeriksaan utk ke departure gate, datin pun pulang ke rumah dengan doa agar datuk berjaya dalam urusannya dan juga pesanan jangan lupa beli cenderamata dari Jepun.

8. Datuk pula berjalan menuju ke arah gate dan menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat. Bila tiba masanya, pengumuman dibuat, maka para penumpang semua beratur memasuki pesawat. Datuk pula bangun dan tidak beratur masuk dalam pesawat tetapi keluar dari balai berlepas, naik teksi menuju terus ke rumah isteri mudanya yang melompat-lompat kegirangan kerana mereka berdua akan berbulan madu di “Jepun” yang terletak di Semenanjung Malaysia tanpa gangguan daripada datin yang tertipu dengan tipu daya datuk yang menipu.

9. Datuk perlu membeli tiket kapal terbang ke Jepun atau mana-mana negara lain setiap kali ingin bermalam di rumah isteri mudanya.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

Durham, England.

ustjai.wordpress.com.

4 responses

  1. assalamualaikum Tuan
    menarik anologi yang tuan nukilkan ini
    terima kasih

    07/11/2010 at 2:59 pm

  2. Yahaya

    Assalamualaikum,
    Bila tuan nak balek berkuliah pulak di Masjid Padang Serai,Kedah.Rindu rasanya nak dengar kuliah tuan.Sekian.

    16/11/2010 at 5:21 am

    • ustjai

      Salam, rasanya saya perlu habiskan study dulu baru saya balik Malaysia. Memang saya pun terbayang2 suasana di masjid Pdg Serai. Hanya Allah Maha Mengetahui bagaimana saya juga punya hasrat yg tinggi utk bersua dgn para jemaah masjid.

      17/11/2010 at 4:16 pm

  3. Syed Mohd Nazli

    Hari pertama-
    Suami bangun malam,bawa sejadah perlahan2 turun kebawah,masuk kedalam ‘BILIK BAWAH’ Isteri tersedar tengok2 tak ada suami disebelah,Keriutt-Bunyi katil diatas bila isterinya yang ‘BESAR’ bangun,cepat2 suami keluar dan hampar sejadah di’dapur’ terus ‘Atahiyya..’,isteri mula risau,apakah suamiku sudah sampai masa kembalinya..
    Hari kedua-
    Berlaku perkara yang sama,isteri semakin risau memikirkan kenapa suami selalu ‘Tahiyyat’ di bawah,dapur,sebelah ‘BILIK BAWAH’
    Hari ketiga-
    Berlaku perkara yang sama,tetapi isteri bangun perlahan2 tanpa ‘keriut’,suami tak ada kat bawah,tak ada kat atas,kemungkinan sedang ambik wudhu’ tak ada di bilik air,pilihan terakhir tolak pitu ‘BILIK BAWAH’ suami melompat dari katil ‘BIBIK’ terus ‘ATTAHIYYA’..

    31/01/2011 at 4:29 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s