jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

LEEDS – SHEFFIELD – YORK FRESHERS CAMP

dublin

Bersama Hafeez & Afiq di hadapan rumah sewa mereka di Dublin, Ireland. Mereka adalah pelajar perubatan yang bakal menjadi doktor yang hebat pada masa depan. Gambar kenangan sewaktu berceramah tentang Palestin di Dublin Trinity College.

Chester Beatty Library, Dublin, Ireland.

Chester Beatty Library, Dublin, Ireland (an art museum & library). The Lonely Planet menyatakannnya sebagai "not just the best museum in Ireland but one of the best in Europe.

1. Saya telah dijemput oleh Saudara Hanafi dari Universiti Leeds untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar baru dari 3 buah universiti iaitu Leeds, Sheffield dan York. Program tersebut adalah selama 3 hari 2 malam (22-24 Okt) bertempat di Birch Hall Campsite & Field Centre, Scarborough, North Yorkshire, England. Slot yang diberikan kepada saya ialah pada hari Sabtu 23 Okt.

2. Apa yang menggembirakan ialah tajuk yg diberikan kepada saya adalah tajuk “favourite” saya sejak dari zaman saya aktif berdakwah di Malaysia lagi selama 12 tahun iaitu Fiqh Al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) dan Fiqh Al-Ikhtilaf (Fiqh Perbezaan Pendapat)

3. Saudara Hanafi selaku ajk yang bertanggungjawab dalam bab modul telah meminta saya untuk menyentuh tentang latar belakang Fiqh Al-Awlawwiyat, keutamaan dalam keadaan sekarang khususnya bagi peserta yang terdiri daripada para pelajar baru di universiti di United Kingdom, contoh daripada sunnah Nabi SAW, kaedah / aplikasinya dan kesan yang berlaku apabila ianya tidak diamalkan.

4. Tajuk ini sangat penting kerana kita kerap terkeliru dalam memilih keutamaan dalam hidup. Kerap berlaku pertembungan di antara kerjaya dan keluarga, agama dan nafsu, akademik dan aktiviti luar, ibadah dan maksiat dan lain-lain. Di dalam pengamalan agama pula, kerap terjadi “pertembungan” di antara amalan wajib dan sunat, fardhu ‘ain dan fardhu kifayah, amalan yang memberi faedah kepada masyarakat umum dan amalan yang hanya memberi manfaat untuk diri sendiri dan sebagainya. Malang, apabila ibadat sunat dianggap wajib sehingga meminggirkan ibadah yang benar-benar wajib, atau amalan yang hanya didasarkan kepada adat tetapi dianggap pula sebagai ibadah yang ditekankan. Perkara yang sangat ditekankan oleh baginda Nabi SAW dipinggirkan tetapi diutamakan pula amalan yang langsung tiada dalil yang kukuh. Amalan yang hanya muncul dalam hadith-hadith yang palsu, lemah atau banyak dipertikaikan para ahli hadith diagung-agungkan dan dipraktikkan secara bersungguh-sungguh, tetapi amalan yang kerap diulang sebut di dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab hadith terkemuka yang lain langsung tidak dipedulikan pula. Anehnya pengikut Muhammad SAW yang seperti ini!!

5. Ada pelajar yang baru mengenali agama tetapi tersilap menjadikan agama sebagai “candu” yang memabukkan dan bukannya “hidayah” kepada orang yang bertaqwa. Kerana tersilap memahami agama dan ibadah, ada pelajar yang sibuk berzikir di tikar solat sehingga terlepas bas atau kapal terbang yang sepatutnya dinaiki. Agama bukannya candu yang merosakkan tetapi adalah “millah” yang akan memperelokkan jati diri seseorang muslim. Si Muslim akan rosak jika dia melampau dalam penghayatan agamanya. Sepatutnya dia bersederhana dalam “suluk”nya untuk mencari keredhaan Ilahi.

6. Tajuk kedua ialah tentang Fiqh Al-Ikhtilaf (Perbezaan Pendapat). Saya diminta untuk menerangkan tentang sumber ilmu, sebab berlakunya ikhtilaf,  perbezaan pendapat sebagai rahmat, pendirian sepatutnya dalam menghadapi perbezaan pendapat ulama’, perkaitannya dengan Fiqh Keutamaan, pertembungan pendapat dalam bidang sains (Darwinism vs creationism , Newtonian vs Einstein), ikhtilaf dan kesalahan (Perbezaan antara Islam & Kristian) serta adab dalam berikhtilaf.

7. Tajuk yang kedua ini juga sangat penting dalam berperanan untuk mendamaikan dan menyatukan umat Islam, mengurangkan pergeseran dan perpecahan khususnya dalam perkara titik bengit. Saya amat berdukacita apabila melihat dan mengalami sendiri perbalahan di kalangan para ulama dan juga golongan yang sering mendabik dada sebagai sangat faham tentang agama tetapi turut menjadi juara dalam permusuhan sesama Islam. Ada segelintir “ustaz” yang berasa angkuh kerana menganggap dia lebih berilmu daripada “ustaz” yang lain. Pendapatnya sahaja yang betul, mana-mana pandangan yang berbeza dihukum sebagai sesat lagi menyesatkan. Para pengikut atau murid menjadi taksub kepada gurunya semata-mata dan menutup langsung akalnya yang sihat untuk menilai dan menerima pandangan pihak lain.

8. Akibat ketaksuban kepada pendapat sendiri dan menghina pandangan orang lain maka keluarlah fatwa jahat seperti cepat mengkafirkan, gopoh membid’ahkan dan tergesa-gesa menyesatkan umat Islam yang lain, seolah-olah kita sahaja yang soleh dan calon penghuni syurga! Jika begitu pandangan kita sehingga langsung tidak memberi tempat untuk memaafkan pihak lain maka apa guna junjungan Nabi SAW memberi ibarat tentang si pelacur tua yang memberi minum kepada si anjing tetapi menjadi penghuni syurga!

9. Program ini sudah tentu menjadi program yang akan menyeronokkan kerana saya akan berpeluang berbicara dengan para pelajar yang cemerlang akademiknya dan sudah tentu mempunyai aqal yang tajam, lantaran itu mereka berada di bumi England.

10. Moga perjumpaan pada hari Sabtu ini nanti akan membuahkan hasil yang akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Sekian.
Ahmad Jailani Abdul Ghani
ustjai.wordpress.com

6 responses

  1. hisham

    molek tajuk tu….kalau boleh buat la sambungan….senaraikan amalan2 yg betul & yg tak betul yg kita selalu amalkan dalam kehidupan seharian. Selamat berceramah!!!

    21/10/2010 at 1:41 pm

  2. Abdul Rahma

    barakallah ustaz. menarik gambar2 dalam blog ustaz ni. guna DSLR model apa ye?

    21/10/2010 at 2:24 pm

    • ustjai

      Saya pakai camera biasa je. Beli tahun 2005. Kodak EasyShare CX7530, made in Japan. Masa beli tu, tokey kedai offer dua jenis, made in Japan or made in China. kalau ambik made in China dapat free gift. Made in Japan takde gift. So, saya ambik je Jepun punya sbb nak quality (harap2 betul laa Jepun)

      23/10/2010 at 10:05 pm

  3. zack

    Ustaz Jai.

    One of the reason , ramai yg masih keliru dengan Istilah esspecially org melayu. Contoh : kafir. bermaksud kufur or engkar. Meluas digunakan untuk org bukan muslim ( bukan Islam ). Sedangkan org islam jika melanggar perintah Allah, maka engkar / kafir lah dia.

    If ustaz rajin, cuba buat experiment and ask lah kawan2 ustaz or sesiapa saja yg ustaz jumpa apa maksud Aqidah, saya bet ustaz akan dapat 100 jenis jawapan yg berlainan.

    saya bukan ustaz/ ahli ilmu, sekadar umat biasa je…

    25/10/2010 at 12:44 am

  4. Azmi Ismail

    Salam Ustaz…. Adusss lama tak dengar Kuliah Ustaz… nanti bila Ustaz blk ke Malaysia blh buat Ceramah dkt Masjid sy di Balik Pulau….

    26/10/2010 at 5:42 am

    • ustjai

      Mi, saya ni selalu terkenang kuliah2 di Penang termasuk sahabat2 di Balik Pulau. Teringat pulak nasi goreng & mee udang kat hujung balik pulau tu.

      26/10/2010 at 7:02 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s