jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

GANGGUAN MISTERI & TEKANAN PERASAAN

TYNEMOUTH, TYNE AND WEAR, ENGLAND

HUBUNGAN DENGAN ALLAH ADALAH BENTENG YANG KUAT DARIPADA SEGALA GANGGUAN. (SOLAT DI TYNEMOUTH, TYNE AND WEAR, ENGLAND)

KEINDAHAN TYNEMOUTH

MENIKMATI KEINDAHAN ST. MARY'S LIGHTHOUSE, WHITLEYBAY, NORTH TYNESIDE, TYNE AND WEAR, ENGLAND.

1. Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh seseorang yg meminta bantuan kerana seorang pelajar perempuan Melayu di sini (England) telah disyaki mengalami “gangguan”. Saya berterus terang kepada si pemanggil bahawa saya tidak berkeahlian dalam soal perubatan “tradisional” walaupun kawan-kawan dan murid-murid saya di UK selalu memanggil saya dengan gelaran “ustaz”.

2. Lalu saya mencadangkan kepada si pemanggil supaya menghubungi seorang lagi kawan baik saya yang berjiran dengan saya di Bowburn, Durham (kenalan sejak zaman UIA 1989-1995) yang saya tahu mempunyai kemahiran dalam masalah seperti ini. Saya tidak berniat untuk menceritakan lebih lanjut apa yang berlaku di rumah sewa pelajar perempuan tersebut demi menjaga maruah dan kemaslahatan semua yang terlibat dalam kes ini.

3. Cuma, saya ingin berpesan kepada semua bahawa kita takkan sunyi daripada ujian Allah dalam kehidupan ini. Adalah penting dalam kehidupan kita agar sentiasa berfikiran positif ketika berhadapan dengan semua masalah yang melanda.

4. Sepatutnya, apabila kita ditimpa masalah, ini akan mennyebabkan kita lebih dekat kepada Allah dan mencari serta mengadu kepada Allah. Dengan tangisan dan linangan air mata sewaktu kita sujud dan menadah tangan ke langit, bukankah Allah bersama-sama dengan kita? Tidakkah kita sentiasa berasa tenang tenteram setiap kali kita mengadu dan berserah diri kepada Allah?

5. Kenapa kita tidak mahu menilai semula kehidupan kita? Mulakan dengan perkara yang sering kita anggap remeh sehinggalah kepada perkara yang besar dan utama.

6. Kenapa kita tidak mahu mulakan dengan menilai semula bilik, rumah, jiran dan suasana sekeliling? Kebersihan tandas, gambar-gambar yang tidak elok, alat-alat muzik tertentu, patung, suasana suram dan tidak ceria, dan pelbagai lagi perkara yang tidak sesuai dalam rumah yang memungkinkan kita tidak layak disebut sebagai insan yang soleh atau yang boleh menyumbang kepada tekanan perasaan.

7. Kenapa kita tidak menilai semula kefahaman kita terhadap aqidah tauhid dan ibadah kita?

8. Saya masih teringat ketika saya di Malaysia, menyampaikan kuliah maghrib di sebuah masjid di Sg Petani, Kedah. Selesai sahaja kuliah maghrib, ajk masjid menghampiri saya dan memberitahu ada 2 orang India (Hindu) yang menunggu saya di luar masjid sambil mendokong bayi, ingin berjumpa dengan saya. Dalam fikiran saya (sebagai seorang peguam) kenapa klien saya sanggup datang ke masjid, sedangkan kami biasa berjumpa di pejabat firma guaman saya sahaja.

9. Bila saya sampai di pintu utama dewan solat masjid, saya melihat satu pasangan Hindu dengan “pottu” / “nandek” pada dahi masing-masing sambil si suami mendokong bayi mereka. Si suami meminta pertolongan saya supaya “mengubati” mereka tersebut yang sentiasa menangis sepanjang malam kerana disyakki mengalami gangguan.

10. Saya beritahu si suami bahawa saya seorang peguam yang hanya mengajar agama di masjid dan bukan dukun atau bomoh. Lalu ajk masjid mencelah, “Ustaz baca je apa yang patut. Jangan hampakan harapan dia”.

11. Hati saya pelik, ada segelintir orang Islam sanggup berjumpa dengan sami hindu untuk berubat, ini pula, orang Hindu cari ustaz utk berubat! Pelik, pelik, hati saya bercakap.

12. Saya membaca beberapa ayat suci Al-Quran dan berdoa kepada Allah agar menghilangkan penderitaan dan kesusahan yang sedang dialami oleh keluarga Hindu tersebut dengan tambahan doa agar Allah memberi taufiq dan hidayah kepada mereka 3 beranak.

13. Saya ambil sebotol air mineral (yg disediakan utk saya sebagai penyampai kuliah maghrib) yang telah saya bacakan doa tersebut, lalu saya berikan kepada pasangan tersebut yang kedua-duanya berseluar pendek datang ke masjid. Wajah mereka ceria, berkali-kali ucap kepada saya “Thank you, ustaz.. thank you, ustaz..”.

14. Malam itu, saya pulang ke rumah dengan hati yang sayu mengenang kesusahan keluarga Hindu tersebut bercampur dengan sedikit rasa lucu kerana “lawyer” telah menjadi “bomoh”.

15. Moga kita sentiasa mengadu kepada Allah.

5 responses

  1. Di Malaysia, nampaknya sesiapa saja yg bergelar ustaz bukan saja boleh bercakap ttg hukum / fekah, tetapi juga boleh mengubat org dan menghalau hantu.

    Di TV pun sudah byk cerita2 seram yg menunjukkan halau-halau hantu ni kerja ustaz. baca2 ayat AlQuran hantu boleh melekat di dinding.

    For some reason, inilah agama yg difahami org kebanyakan.

    21/07/2010 at 7:44 am

  2. Syed Mohd Nazli

    Di kampung saya ada Kolej,ramai le student dari berbagai negeri,jauh dari mak ayah,bebas sebebasnya,kampung kami dah jadi macam pekan siam,masing2 student nak tayang segalanya-
    Tapi ye la,mereka juga di kacau ‘hantu’,
    Cari Ust juga le ceritanya,saya pun dicari juga walaupun Ust kampung2 saja,pukul satu pagi sorang budak perempuan tu,asyik nangis,baring je,tak nak cakap apa pun diam saja,kata kawan2 dia dari pagi tadi dia mula diam dan menangis,tak makan tak minum,kalau kawan2 dia berkali2 ajak makan makan dan tanyak2 banyak2 dia kan mengamuk marah2 baling bantal-‘Hampa pi jauh2,aku tak suka semua orang,saya hampiri dia,dia pejam mata,kawan dia kata,ni Ust datang nak tolong,lagi rapat mata dia pejam,saya panggil nama dia buat tak tahu saja,saya baca tiga Qul hembus telinga dia buat tak tau saja,tiba2 dia mengamuk-Semua jantan sama saja,pi la balik Ust,tak payah tolong2 aku,Ha,saya dah dapat tangkap hantu yang kacau budak ni,saya minta tolong kawan2 dia pegang kuat2,saya hampiri telinga dia dan saya bisikkan-‘Ni,kamu ada masalah dengan boy friend kamu kan,saya tahu,saya kenal kamu,saya pernah nampak kamu dengan dia pukul 2 pagi naik motor masuk dalam kawasan kelapa sawit,,la ni,baik kamu ok balik,bangun dan buat macam biasa,ambil no tlfn saya dan kita bincang untuk selesai masalah kamu,nanti kalua kamu buat macam ni,habis segala rahsia kamu mak ayah kamu tau lagi susah’,kawan2 dia ingat saya dok jampi lama sangat,tiba2 dia buka mata,bangun,kawan2 bagi air dia minum,DAN serta merta saya jadi bomoh budak kolej masuk hantu le..
    Hantu kepala bapak depa..
    Ha ha ha,maaf le bahasa orang kampung Ust AJ no..

    31/01/2011 at 4:57 am

  3. Liatie

    Tuan Jailani.., asalamualaikum, saya ada seorang anak remaja perempuan dari kecil dia Slowlearner.. bila meningkat remaja dia dah jadi sakit mental pulak.. Dalam rumah sering tunjuk ke arah siling, tingkap lah… seperti ada orang melihat/mengejek dia.. Selalu sangat mengamuk. Saya sudah mendapatkan rawatan diHospital dan menurut doktor anak saya ni Skizo lah… Malam makan ubat Olanzapine 5 mg setiap malam tak pernah lupa makan pun.. tapi masih mengamuk jugak. Dengan ustaz-ustaz pun sudah lebih sepuluh orang mengubatnya…masih mcm tu jugak. Demi anak saya tu.. saya memilih utk bersara awal.. kerana selalu kena pukul dgn dia.., malam tak bolih tidor awal…. jadi saya pencen lah senang sikit tak payah nak ambil mc.. Saya ingat nak masukkan dia ke Hospital sakit jiwa apa pendapat Tuan.. patutkah saya berbuat begini demi keselamatan saya?

    16/03/2011 at 12:35 am

  4. ustaz,sy ni tak tau la terkena misteri ke ape…tpi asal mlm jumaat atau mlm sabtu,,,sy mesti terkena sakit,,sy nangis meronta2,sakit dada yg tdk terhingga,badan smua bergeletar,rasa badan ni berat pula..tpi sy heran juga..sy tak nmpak apa2 pun masa sy sakit…cuma persaan ingin nangis skuat kuatnya….tpi dada tu mcm nak tercabutla juga…kepala ni mcm ada magnet pula…tak terhinggala sakit dia..bagi ustaz apa yg belaku pada???

    01/05/2011 at 12:49 am

  5. Pari Pari

    bagaimana dengan gangguan jiwa seperti bipolar disorder? ianya juga boleh disebabkan oleh genetik. sokongan keluarga amat penting tetapi saya kenali seseorang yang mengalami bipolar ini tidak mendapat sokongan ahli keluarga. apa pendapat ustaz? layakkah orang bipolar itu berkahwin sedangkan dia ada risiko mencederakan orang?

    11/09/2011 at 5:24 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s