jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

KONTROVERSI NAMA ALLAH

GEREJA JADI MASJID

GEREJA JADI MASJID - Dublin menyaksikan bukti bagaimana gereja sunyi ditinggalkan penganutnya, akhirnya ia dibeli dan dijadikan masjid.

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

1. Saya antara orang yang sangat bersetuju jika ada penganut agama lain turut ingin memanggil tuhan mereka dengan nama ALLAH. Sebabnya? Kerana Allah membahasakan atau menggelarkan zatnya sendiri sebagai ALLAH. Kita buka Al-Quran bermula dengan Bismillah, Fatihah sehinggalah Surah Al-Nas, kita dapati penuh dengan perkataan Allah.

2. Malah, setiap insan yang memeluk Islam akan diajar melafazkan kalimah La Ilaaha IllaAllah – Tiada tuhan yang disembah selain Allah. Kesemua manusia wajib menerima Allah sebagai tuhan mereka dan tiada tuhan lain selain daripada Allah.

3. Oleh itu, kita sepatutnya gembira jika pihak bukan Islam mulai boleh menerima bahawa tuhan yang mereka sembah juga adalah Allah sebagaimana orang-orang Islam menerima bahawa tuhan mereka bernama Allah. Itulah dakwah kita kepada mereka.

4. Soal pihak bukan Islam mempersekutukan Allah atau mensifatkan Allah dengan pelbagai sifat yang tidak layak bagi Allah, itu boleh dibincang kemudian, tetapi di peringkat ini, saya sangat gembira jika peringkat pertama mereka boleh menerima bahawa tuhan mereka juga adalah Allah atau bernama Allah.

5. Tetapi, saya berasa agak pelik dan timbul syak wasangka tidak baik terhadap pihak berkenaan apabila mereka enggan menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka yang lain daripada Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia). Terus terang mereka hanya ingin menggunakannya dalam percetakan Bahasa Melayu sahaja dengan alasan bahawa perkataan “Allah” telah sinonim dengan orang-orang Melayu atau rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu. Itu yang disebut oleh mereka sendiri kerana orang-orang di nusantara telah “familiar” dengan istilah Allah.

6. Kita boleh memahami strategi ini. Dalam Islam pun kaedah ini digunapakai. Bacalah tulisan Imam Al-Tabari, tentang kenapa Allah mensyariatkan qiblat pertama orang Islam menghala ke Baitul Maqdis? Antara hikmah yang disebut oleh beliau ialah untuk melunakkan hati orang Yahudi agar memudahkan dakwah kita kepada mereka. Begitu juga hikmah kenapa Islam meraikan adat dan urf setempat. Semuanya dengan tujuan masyarakat setempat mudah menerima Islam.

7. Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, Artikel 160 (2), orang Melayu ialah orang yang beragama Islam. Ini bermakna, jika ada orang Melayu yang beragama selain daripada Islam, maka dia bukan orang Melayu di dalam negara ini. Dia hanya Melayu dari sudut keturunan dan darah sahaja tetapi tidak di sisi negara kerana Perlembagaan Negara sebagai undang-undang teragung negara tidak mengiktiraf golongan ini sebagai orang Melayu. Orang Melayu yang tidak beragama Islam tidak berhak menikmati sebarang keistimewaan atau kelayakan sebagai orang Melayu. Jadi, tidak perlu sebarang penerbitan termasuk Bible sendiri dalam bahasa Melayu, kerana tiada orang Melayu (berdasarkan perlembagaan) yang beragama selain daripada Islam.

8. Golongan tersebut kemudiannya berdalih, ada rakyat negara ini, walaupun bukan orang Melayu tetapi mereka menggunakan atau berbahasa Melayu. Dakwa mereka lagi, mereka juga perlu diberi kebebasan dan hak untuk menggunakan Bahasa Melayu kerana ianya Bahasa Kebangsaan.

9. Ada pihak tertentu mengatakan bahawa kita jangan bimbang Kitab Suci agama lain atau penerbitan mereka dalam bahasa melayu kerana tiada orang melayu yang baca bible melayu lantaran Al-Quran pun mereka tidak baca. Kepada mereka, ingin saya bertanya, kenapa kita menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan sebagainya? Bukankah, salah satu tujuannya untuk membantu para penganut agama Islam untuk lebih memahami Al-Quran dan juga dakwah? Nah! Itulah juga yang berlaku kepada agama lain, tujuan diadakan terjemahan dan percetakan ke dalam bahasa Melayu adalah juga untuk memberi kemudahan kepada para penganut mereka yang berbahasa Melayu agar lebih mudah memahami ajaran agama mereka seterusnya memudahkan usaha “dakwah” mereka.

10. Ada di kalangan agamawan yang berpendapat bahawa kita tidak boleh menyekat mereka beramal dan menyebarkan agama mereka. Saya jawab, jika agama asing menyusup masuk ke dalam rumah kamu, mempengaruhi anak-anak kamu, adakah kamu ingin mengatakan bahawa tidak wajib menyekat perkembangan tersebut? Saya pasti tiada ulama Islam yang waras yang sanggup mengatakan tidak wajib membuat sekatan tersebut.

11. Jika ada agamawan sanggup mengatakan bahawa Islam tidak menyekat perkembangan agama lain di kalangan orang Islam, maka saya hanya ada dua perkataan sahaja kepada golongan ini, KAMU GILA!

12. Perlembagaan Negara memperuntukkan Article 11 (4) dengan memberi kuasa kepada negeri dan juga kerajaan persekutuan untuk menyekat perkembangan agama lain di kalangan orang Islam.

“Article 11 (4) – State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam”.

Saya tidak tahu jika ada orang Islam yang sudah hilang pertimbangan sanggup mengatakan bahawa undang-undang ini bertentangan dengan ajaran Islam.

13. Saya berpendapat, tiada sistem atau tamadun yang “baik” dalam dunia ini memberikan kebebasan mutlak atau kebebasan seratus peratus tanpa sebarang pengecualian atau sekatan. Kita bebas berpakaian, tetapi kita tidak berhak untuk memakai seluar dalam sahaja untuk berurusan di jabatan kerajaan walaupun kita “berhak” memakainya ketika menyertai pertandingan bina badan! Kaum Hawa tidak dibenarkan memakai bikini sewaktu mengajar murid-murid di sekolah walaupun mereka “dibenarkan” memakainya ketika pertandingan ratu cantik.

14. Saya tidak faham kenapa mahkamah memberi alasan bahawa mereka mempunyai hak dan bebas untuk menggunakan nama Allah dalam keadaan mahkamah juga tidak membenarkan Halimatussa’diah untuk memakai purdah di pejabatnya. Mahkamah juga mengesahkan larangan pemakaian serban oleh pihak sekolah terhadap 3 beradik dalam kes Mior Atiqurrahman. Sedangkan pemakaian purdah (menutup wajah) adalah wajib berdasarkan qaul masyhur mazhab Shafie dan serban adalah pakaian Rasulullah berdasarkan banyak pendapat ulamak termasuk Sheikh Ali Jum’ah, Mufti Mesir.

15. Bilakah masanya orang Kristian boleh “berhak” mengatasi larangan menteri (menggunakan nama Allah) sedangkan orang Islam tidak pula diberi “hak” untuk mengatasi larangan menteri atau pihak kerajaan dalam isu pakai purdah, serban dan lain-lain?

16. Para penganut agama lain di Malaysia perlu dididik tentang pentingnya mereka menerima ketinggian kedudukan Islam khususnya di sudut Perlembagaan Negara (Artikel 3). Hanya Islam sahaja yang menjadi agama negara dan tidak agama lain. Maka sudah tentu, para penganut agama lain perlu menghormati kedudukan ini. Islam sentiasa menjamin kebebasan penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka. Dalam peperangan sekalipun, Islam melarang tenteranya membunuh para paderi, sami, pendeta termasuk sesiapa yang sedang beribadat dalam rumah ibadat mereka. Lagi pun, Islam melarang para muslim mencerca dan memaki hamun agama lain dan tuhan mereka.

17. Kepada pihak berkuasa, saya ingin mengatakan bahawa adalah lebih “molek” dan sudah sampai masanya jika hakim yang membicarakan kes yang membabitkan Islam secara khusus diberikan kepada hakim yang beragama Islam dan mempunyai latarbelakang kukuh berkaitan dengan Islam. Adalah “tidak manis” jika hal ehwal berkaitan Islam diberikan kepada hakim bukan beragama Islam.

18. Saya sesungguhnya percaya bahawa, keamanan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini, datangnya melalui usaha kita dengan izin Allah dan bukannya secara kebetulan.

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

www. ustjai.wordpress.com

29 responses

  1. syed amir

    terima kaseh, dan sangat bersetuju. SELAMAT TAHUN BARU syeikh

    02/01/2010 at 12:35 pm

    • ustjai

      Happy New Year, Datuk Seri.

      02/01/2010 at 1:31 pm

  2. roslini

    satu komen yang menarik.saya rasa orang islam di malaysia secara keseluruhan terlalu ‘bertolak ansur’ terhadap golongan bukan islam mungkin atas alasan tidak mahu timbulkan permusuhan dan sebagainya. malahan kita kurang peka terhadap hak & tanggungjawab kita terhadap islam secara keseluruhan. parti islam sibuk dengan perjuangan menubuhkan negara islam sehingga kurang sensitif dengan isu larangan pemakaian purdah & serban di pejabat & di sekolah.sedangkan pada saya itu adalah salah satu syiar islam yang perlu dipertahankan.apa pula komen ustaz terhadap larangan memakai purdah di kelantan? saya sebagai seorang anggota parti islam keliru dgn larangan tersebut.

    02/01/2010 at 1:24 pm

  3. DR. JAZIMIN

    Ustaz Jai,

    Pandangan yang ilmiah. Barulah namanya menunaikan falsafah ilmu.

    02/01/2010 at 2:21 pm

  4. ahmad ikhwan muftahuddin

    syukran..fi amanillah

    02/01/2010 at 2:35 pm

  5. thanx ustaz…boleh kiranya saya nk masukkan dalam blog sy..

    02/01/2010 at 11:48 pm

    • ustjai

      boleh dan sangat dialu-alukan.

      02/01/2010 at 11:51 pm

  6. whitehijab

    ustaz, terima kasih atas perkongsian pandangan (^^)

    03/01/2010 at 12:22 am

  7. Saya bekerja dengan syarikat pengedar makanan terbesar dunia dan setiap hari saya berjumpa dengan pelanggan non muslim, setiap kali mereka bercakap mengenai hal -hal agama mereka mengaitkan Tuhan tu adalah Allah. Walaupun yang berbiaca itu beragama Hindu dan Buddha. Mereka yakin tuhan itu satu dan yang mereka sembah itu adalah perantaraan untuk menyampaikan kepada Allah Yang Esa. Inilah tanggapan mereka. Semoga Allah SWT akan membuka jalan kepada mereka untuk hidayah.

    03/01/2010 at 1:44 am

    • ustjai

      Betul tu, semasa di Malaysia pun, saya ada rakan2 peguam yg beragama Hindu yg juga mengatakan tuhan mereka adalah satu je, iaitu Allah, patung yg mereka sembah tu hanyalah bentuk “tawassul” je. Cuma, sebagaimana yg kita sedia maklum, penganut agama Hindu juga ada pelbagai “mazhab” dalam aqidah mereka. Ada yg percaya kepada tuhan yg satu terutama yg kuat berpegang kpd holy scriptures, manakala yg tidak pula, akan percaya kpd banyaknya tuhan.

      03/01/2010 at 8:20 am

  8. Zul

    salam ustaz, t kasih kerana ustaz dah jawab, satu pendapat yang cukup mantap dan senang untuk difahami.

    03/01/2010 at 7:58 am

    • ustjai

      Zul, itu sahaja yg dapat saya sumbangkan.

      03/01/2010 at 8:21 am

  9. mazzed omar

    salam uztaj..kenapa tidak menyuarakan dan muncul saja di malaysia..di saat begini..suara bernas dn ilmuwan mcm amat dialu-alukan…

    03/01/2010 at 9:37 am

  10. NOR AMIN

    Sebenarnya..pendakwah2 Kristian dari Indonesia telah memperkenalkan perkataan ALLAH kepada pribumi Sabah dan Sarawak bagi mengelirukan mereka daripada mengenali ALLAH dalam ISLAM.

    So..memang jelas..bahawa tujuan mereka adalah untuk menyekat perkembangan Islam..kerana mereka kononnya terlebih dahulu memperkenalkan perkataan ALLAH itu kepada kaum pribumi yang asalnya PAGAN.

    Jadi…tak perlulah mereka mengenali ALLAH dalam ISLAM…kerana mereka juga menyembah ALLAH…menurut takrifan mereka sendiri.

    Perkara ni..dah lama berlarutan. Pada tahun 2005 -2006 tak salah saya…kerajaan pimpinan Pak Lah telah membenarkan bible yang menggunakan perkataan ALLAH. Tapi..beritanya kecil sahaja dalam akhbar

    Lepas tu..barulah larangan tersebut dibuat kembali….sehingga dicabar balik oleh pihak gereja Katolik.

    Sepatutnya isu ini telah lama selesai.

    03/01/2010 at 10:02 am

  11. Pingback: Isu Nama ALLAH: Makin ramai yang memberi respon. « Persatuan Belia (MBFM) Felda Cerul

  12. Pingback: Isu Nama ALLAH: Makin ramai yang memberi respon. « Pemuda UMNO Kemaman

  13. dato K t.gp

    “Pernah satu masa seorang lelaki bertanya kpd Ibnu Abbas boleh tak orang
    yg membunuh bertaubat kpd Allah swt. Ibnu Abbas menjawab orang yg
    membunuh tidak boleh bertaubat. Selepas orang itu pergi, sahabat sekeliling
    Ibnu Abbas bertanya dgn hairan bagaimana seorang sahabat nabi yg alim
    memberi fatwa sedemikian sedangkan quran secara jelas menyebut bahwa
    Allah menerima semua taubat kecuali syirik shj. Maka Ibnu Abbas menjawab
    dgn menyuruh mereka pergi lihat perkembangan lelaki tersebut. Akhirnya
    mereka mendapati lelaki tersebut terpaksa membatalkan niatnya utk
    membunuh seseorang kerana jawaban ibnu Abbas kpdnya bahawa
    pembunuh tidak boleh bertaubat. Selepas itu para sahabat bertemu semula
    dgn Ibnu Abbas dan menyatakan jawaban Ibnu Abbas itu benar dgn
    suasana pada waktu itu. (rujukan: Khasais Islam oleh Syeikh Qaradhawi)

    Antara orang yg kuat menentang penggunaan nama Allah bagi orang kristian
    ialah beka aktivis kristian yg telah memeluk Islam kerana mereka mengetahui
    dgn jelas itu adalah strategi. Mereka ini amat aktif berdakwah termasuk
    berdiaolog
    dgn paderi, dgn pengikut kristian, mengajar kelas-kelas bible utk membuktikan
    kepalsuan bible dll. Kefahaman dan amalan mereka ttg Islam amat baik
    jika dibandingakn dgn ramai umat Islam namun mereka amat peka dgn
    strategi halus paderi kristian.”

    ahmad@mmu.edu.my

    03/01/2010 at 2:00 pm

  14. zack

    ini jelas tunjuk betapa ILMU amat penting. Hanya dengan nama sudah huru hara.

    04/01/2010 at 4:45 am

  15. zack

    so, summary nyer Jai. Agama lain/org lain dialu alukan guna nama Allah. Tq.

    04/01/2010 at 4:48 am

  16. NOR AMIN

    Pribumi Sabah dan Sarawak sebenarnya sudah lama terpedaya dengan taktik dan dakyah penyebar agama Kristian di sana.

    Sebelum kenal agama Kristian..agama yang paling hampir bagi mereka ialah Islam. Tapi..atas kebijaksanaan penyebar agama Kristian..mereka gunakan perkataan ALLAH supaya golongan pagan ini mudah menerima agama itu.

    Jadi..kalau orang Islam/Melayu beritahu mereka menyembah ALLAH…golongan ini juga mendakwa mereka menyembah ALLAH.

    Jadi…pada mereka…mereka juga telah berjumpa dengan agama yang benar dan juga menyembah ALLAH seperti orang Islam. Cuma pada mereka..cara mereka berbeza, benar dan mudah jika dibandingkan Islam.

    Perkara ini sebenarnya menjadi penghalang kepada tersebarnya agama Islam..kerana pada mereka memadailah mereka yakini ALLAH Tuhan mereka dan Jesus anak Tuhan.

    Memang inilah sebenarnya tipu muslihat mereka.

    04/01/2010 at 7:02 am

  17. Apa dah jadilah dengan Malaysia ni sekarang. Mula-mula dengan kes Lina Joynya, Kerajaan berusaha dan berjaya meredakan kemarahan orang-orang Islam. Kemudian kes penyelamatan babi-babi oleh pihak berkuasa yang beragama Islam berbangsa Melayu dari sedara seIslam. Sekarang dengan pengunaan nama Allah sebagai salah satu dari Tuhan mereka. Kes ini menjadi kes contoh bagi agama-agama lain untuk menggunakan nama Allah untuk salah satu dari Tuhan-Tuhan mereka.

    Sekarang sahaja orang Kristian di Malaysia sudah memanggil ALLAH sebagai salah satu dari Tuhan mereka. Ulama masih berbeza pendapat mungkin atas sebab politik dan pengaroh.

    05/01/2010 at 1:34 am

  18. joyce

    pkataan e2 bjaya mggugat ppaduan yg ada slma ini.phk ke 3 tgk je.menang jd abu,kalah jd arang…xpggnaan pkataan e2 dlm ktb akn mjd duri dlm dgg kpd k….

    13/01/2010 at 5:37 pm

  19. Suzari

    Assalamulaikum Ust Jailani

    Pengkajian dan penilaian semula terhadap undang undang bagi kebenaran pengunaan perkataan ALLAH oleh golongan bukan islam
    mungkin perlu diperjelaskan.
    Saya merasakan dengan cara menyekat mereka (bukan islam) daripada menggunakan perkataan ALLAH in adalah kurang bijak manakala membenarkannya pula perlulah pada tempat,keadaan yang betul tanpa disalahgunakan.
    Suatu garis panduan yang jelas dan nyata untuk perkara apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan dalam penggunaan nama ALLAH sepatutnya diperhalusi bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan perkataan ALLAH serta meredakan kekeliruan yang berlaku sekarang.
    Saya amat bersetuju dengan ulasan ust dan insyaallah dapat membantu dalam menangani permasalahan sebegini.

    Untuk pengetahuan ust,Saya dulunya ada juga mengikuti siri kuliah ustaz disurau taman telok air tawar indah setiap hari jumaat malam.Mungkin nama nama seperti saudara Yaser, Zul dan Ramli adalah antara rakan saya disurau tersebut.Pada bulan march 2009 lepas saya telah menyambung pelajaran di peringkat Phd dalam bidang Supply Chain Management di Brunel Unversity West London.Insyaallah sekiranya berkesempatan bolehlah saya bertemu ustaz di Durham pula.

    Wassalam
    Suzari Abdul Rahim

    16/01/2010 at 4:42 am

    • ustjai

      Suzari, insya Allah, nanti kita jumpa. Lake Town District pegi dak 22, 23 Januari ni?

      16/01/2010 at 9:41 am

      • suzari

        Maaflah ust saya tak dapat pegi Lake Town District pada tarikh tersebut kerana ada tetamu/saudara dari Malaysia datang rumah.

        Insya Allah kita jumpa lain kali,kalau ust ada trip turun london bolehlah beritahu saya ok.

        18/01/2010 at 1:14 am

      • ustjai

        Its ok, kita boleh jumpa di lain waktu, insya Allah.

        18/01/2010 at 7:29 am

  20. subhanallah..sy sokong

    20/02/2010 at 4:44 am

  21. i am xoxo

    salam, saya nak tau ape perkembangan isu ini skrg, org kristian bole panggil tuhan mereka dgn perkataan ALLAH? saya jadi confuse sbb secara tiba2 kes nih jadi senyap….thanks.

    15/07/2010 at 6:10 am

  22. michika

    Alhamdulillah, masih ada manusia begini di dunia yang semakin berakhir. Saya takut menghadap Dia, tapi belum bersedia. Semoga dengan adanya nasihat dan penjelasan yang telus, jujur dan bersifat ilmiah seperti ini, manusia jahil seperti saya dapat berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah.

    08/03/2011 at 4:34 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s