jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

DAKWAH BIJAKSANA & RONALDINHO

Video Youtube Aksi Ronaldinho.

Pernah suatu ketika, seorang pegawai di sebuah jabatan penguatkuasaan undang-undang di utara semenanjung, menjemput saya berceramah di pejabatnya. Seperti biasa, saya bertanya kepada beliau tentang tajuk dan isu-isu yang perlu saya ulas. Lalu beliau memberitahu kepada saya dengan nada suara yang geram, “Ustaz, tolong sentuh pasal wajib pakai tudung. Ada sorang pegawai kami, perempuan, ketegak (degil), tak mau pakai tudung. Dia mai ceramah ustaz nanti. Ustaz belasah dia cukup-cukup.”

Saya tersenyum sumbing tak tahu nak ikut atau tidak kehendak “tuan rumah” tersebut. Tetapi ketika ceramah berlangsung, saya hanya menyebut tentang ciri-ciri wanita solehah tanpa menyebut dengan jelas isu tudung.

Pernah juga seorang suami datang ke pejabat saya dan beritahu tahap geramnya terhadap isterinya yang enggan memakai stokin. Dia memberitahu saya apa yang beliau nyatakan kepada isterinya, “kalau hang tak mau pakai stokin, aku kerat kasut hang”.

Saya mengakui setiap orang mempunyai hasrat supaya ahli keluarganya menjadi insan yang soleh tetapi kita sentiasa diduga oleh Sang Pencipta (Allah Jalla wa ‘Ala) dengan ujian yang pelbagai rentak dan lagunya.

Kerana itu kita diajar oleh Allah dengan doa ini yang bermaksud, Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana bebanan yang telah diberikan kepada kaum yang terdahulu. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau membebankan kami dengan bebanan yang tidak sanggup kami memikulnya. Maka maafkanlah kami, ampunilah kami dan kasihanilah kami.

Oleh itu, sewajarnya, kita memikirkan cara, strategi, teknik dan taktik untuk menjadikan dakwah kita sebagai dakwah yang diredhai oleh Allah SWT. Sudah menjadi kebiasaan, dalam dakwah, ada ketikanya kita berjaya, dan banyak ketikanya kita gagal. Sekali kita berjaya, alangkah manis kenangan itu.

Sebagaimana Ronaldinho yang bermain bola dengan seni yang sangat mengkagumkan. Banyak ketikanya rembatan dan geleceknya gagal, tetapi sekali dia berjaya, jaringan dan lariannya yang penuh muslihat itu meniti di bibir para pengkagumnya.

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com.

09/12/2009

One response

  1. Salam,
    1.Ya bukan sedikit senario tipikal seperti diatas di tempat kerja, terutama yang ‘menekan’ wanita tidak bertudung, bertudung ‘jambul’ atau selendang. Bukan sahaja dari kalangan lelaki malah rakan sekerja wanita sendiri. Akibatnya kadangkala insan (wanita tidak bertudung ini) merasa marah, jelek, dan sifat memberontaknya meluap-luap, lalu dia lebih jauh dari agama. Saya tidak menolak kewajipan menutup aurat disini namun apa yang berlaku seakan mengeji, mengumpat itu tidak berdosa berbanding insan yang belum bertudung, memakai selendang dsb sedangkan hatinya mungkin saban hari berniat ingin islah.

    2. Niat sang suami ingin isterinya berstokin bagus, namun dengan perkataan yang begitu keras, sememangnya memungkinkan si isteri mengikut secara terpaksa.

    3.Sedangkan aksi Ronaldinho dan apa jua nama pemain bola sepak atas semangat kesukanan boleh pula kita pandang sebagai ‘aurat kecil’ atau paling keras pun dilabel sebagai ‘haram- dikit’ (haram sedikit saja, dosa kecil) kerana memakai seluar pendek. Wallahua’lam.

    11/12/2009 at 1:58 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s