jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

SWITZERLAND DAN MENARA MASJID

Pejabat Universiy of Durham

Pejabat Universiy of Durham

Ini bukan masjid, tetapi Pejabat University of Durham walaupun ada menara dan kubah hijau.

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

1 Dis 2009

1. Apabila tersebar berita pergolakan di Switzerland berkaitan dengan pembinaan menara masjid, perasaan saya bercampur antara terkejut dan tidak. Rasa terkejut kerana di negara barat, termasuk Switzerland, mereka tersangat menitik beratkan soal kebebasan dan human rights. Oleh itu, adalah sesuatu yang pelik, apabila isu menara masjid diperbesar-besarkan khususnya oleh Swiss People’s Party (parti terbesar di Parlimen Swiss). Tetapi rasa terkejut itu kemudiannya hilang apabila melihat dan melalui sendiri beberapa pengalaman tertentu yang menunjukkan bahawa golongan barat hanya bercakap tentang kebebasan apabila orang Islam lemah dan minoriti, tetapi menunjukkan sikap yang berbeza apabila Islam dan umatnya berkembang di tengah-tengah mereka.

2. Di UK juga terdapat isu yang lebih kurang sama. Apabila umat Islam di Newcastle, dalam proses membina bangunan masjid (Newcastle Central Mosque), terdapat bantahan daripada penduduk sekitar kononnya pembinaan tersebut akan mencacatkan dan merubah pemandangan asal bandar Newcastle Upon Tyne, malah disebut sebagai tidak sesuai dengan kewujudan sekian lama bangunan St. John disebelah tapak masjid tersebut.

3. Bagi menangani masalah ini, umat Islam di Switzerland (atau di mana-mana negara bukan Islam) boleh memilih sama ada untuk berkeras atau berlembut. Kita semua tahu bahawa akan timbul lebih banyak masalah jika kita memilih yang pertama lantaran kita berada di “negara milik orang”. Maka satu-satu pilihan yang ada ialah berlembut dan mengalah.

4. Wajibkah masjid mempunyai menara? Kurangkah pahala bersolat di masjid yang tiada menara? Apakah pernah Islam mengajar kita tentang kelebihan menara atau hanya sekadar seni bina atau fungsi tertentu sahaja? Tidak bolehkah azan tanpa menara, apatah lagi di negara asing yang mengharamkan laungan azan berkumandang di luar bangunan?

5. Saya berasa sangat hairan jika ada orang Islam yang sengaja ingin berkeras dalam perkara sebegini. Sedangkan masjid-masjid yang dibina oleh Rasulullah SAW dan para sahabat sekitar abad pertama hijrah, tidak mempunyai menara (walaupun bilal / muazzin pada zaman itu menggunakan bumbung untuk melaungkan azan).

6. Sebagaimana saya berasa sangat pelik dengan sikap sebahagian umat Islam yang sibuk dengan kain pelikat, kain telekung putih, sejadah dan seumpamanya ketika masuk waktu solat hingga sanggup “qada” solat berbanding menunaikan solat dengan segera.

7. Teringat saya ketika di Dungun, Terengganu, seorang imam solat yang ternampak saya menunaikan solat tanpa kopiah,terus dengan wajahnya yang serius memandang ke arah saya dan berkata bahawa solat saya tidak sah kerana tidak memakai kopiah!

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

1 Dis 2009

5 responses

  1. selaku seorang designer saya amat setuju dengan pernyataan tuan, apakah kita mesti berkeras untuk mengadakan menara? apakah masjid harus ada kubah? sedangkan rekabentuk bangunan juga sudah berevolusi, sekiranya rekabentuk masjid itu hanya sebuah kotak putih, namun ada sedikit islamic geometry sebagai hiasan juga sudah menjadi sangat indah (merujuk konsep modern minimalis). Dan kita seharusnya menjadi kreatif dalam isu ini, apakata rekabentuk masjid di negara seperti ini dibuat mengikut konsep rekabentuk bangunan di persekitarannya , iya seperti gambar yang tuan letak di artikel ini. Tidak salah, sama sekali asalkan jangan ada ornament atau unsur yang diharamkan. Jadi jika kita bina bangunan masjid seakan konsep bangunan sedia ada di sesuatu kawasan barat itu, maka apa hujah yang boleh diberikan oleh barat bagi menentang kewujudan masjid kita? Wallahua’lam, Islam itu indah.

    02/12/2009 at 1:31 am

    • ustjai

      Saya sangat setuju dgn komen Mr.F. Kita kerap tak dapat bezakan antara budaya dan agama

      02/12/2009 at 10:08 am

  2. abu harith

    Ust Jai, Dungun kat mane…wak malu org dungun je..

    wylam street

    03/12/2009 at 5:56 pm

    • ustjai

      Hehe.. masjid belakang sek men sains dungun tuu. Biasalaa imam kampung mcm tu laa

      04/12/2009 at 11:14 am

  3. syed amir

    ustaz?
    kalau semayang x pakai kopiah, kurang pahala ke?

    10/12/2009 at 5:16 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s