jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

TATAPAN KELUARGA TERSAYANG & SAHABAT YG DIRINDUI

Inilah foto rumah kami untuk tatapan keluarga tersayang dan rakan2 yang dirindui di tanahair. Rumah kami adalah teres 2 tingkat, 3 bilik tidur, 3 stor (termasuk stor di atas loteng yg cantik), 1 ruang tamu, 1 ruang makan/keluarga, 1 dapur dan 1 toilet.
I

RUMAH KAMI

“Baby” di hadapan rumah kami. Sebagaimana biasa, dia ni nakal skit, orang sejuk, tapi dia selamba je.

RUMAH KAMI

BAHAGIAN HADAPAN

Inilah rupa dan bentuk bahagian depan rumah kami (teres 2 tingkat). Berdasarkan sejarah Bowburn, rumah ini dibina pada tahun 1906, manakala rumah2 lain di Steveanson Street, Clarence dan sbgnya dibina 3-4 tahun selepas itu. Anak-anak tanya, Ayah, rumah ni takde hantu ka? Lama sangat umurnya.

Belakang Rumah

Belakang Rumah

Belakang rumah. Pintu dapur menjadi pintu utama. Sebab risaukan keselamatan si kecil. Ayah je yang boleh keluar masuk pintu depan.

RUANG TAMU

RUANG TAMU

Ruang tamu. Anak2 ni tak pernah jumpa arang. Macam rusa masuk kampung hehe

BILIK KAKAK & BABY

BILIK KAKAK & BABY

Bilik anak dara sunti, Alhamdulillah, selesa untuk mereka berdua.

BILIK AAN, THE HERO

BILIK AAN, THE HERO

Bilik Aan ni untung sebab dekat dgn boiler (belakang budak dua orang tu). Tak perlu heater. Cukup dgn haba yg dijana oleh boiler tu untuk memanaskan bilik ni.

Bilik Aan

Bilik Aan

Ucai tumpang posing atas katil Abg Aan. Abang Aan tak marahkan?

Ruang makan

Ruang makan

Ruang tengah / meja makan. Tu, Baby bawa bear besar tu, muat ke kerusi?

Dapur

Dapur

Dapur. Ni lah tempat Umi sediakan makanan untuk kami sekeluarga. Di sini juga tempat kami dapatkan haba untuk panaskan badan sewaktu Umi masak. Maaf Umi, kami ambik gambar ni tanpa kebenaran Umi.

Sewa rumah ni GBP420 sebulan termasuk air (gulp). Setakat ni elektrik dan gas kami bayar pakai top-up (prepayment) hehe. Purata letrik GBP30 sebulan dan gas pula GBP60 sebulan. Fuuhh.. dahsyat. (lawyer tak boleh ngaku takde duit haha).

Toilet

Toilet

Laaa.. toilet pun tunjuk?? Ya, terpaksa tunjuk sbb nak ingatkan saudara saudari yg mai rumah kami supaya jangan seronok seronok basuh kaki. Nak basuh kaki sila masuk dalam bath tub, sbb kat sini takde lubang alirkan air tu keluar.

30 responses

  1. pajuzi

    Cantik rumah tu Abg Jai… Untuk berapa tahun stay kat sana?

    19/11/2009 at 1:25 am

    • ustjai

      Niatnya lama. Kalau ada rezeki, paling kurang 10 tahun.

      19/11/2009 at 2:45 am

  2. dATOK kAY, tmn g.perahu

    tunjuk la pulak kereta pulak…he he

    19/11/2009 at 2:04 am

    • ustjai

      Mmg nak tunjuk, datok. Tapi sbb takde, nak tunjuk hak orang boleh laa, hehe

      19/11/2009 at 2:43 am

  3. fadhli

    jai, nak buat apa sana sampai 10 thn tu? mcm merajuk dengan malaya je ni..:-)

    19/11/2009 at 4:52 am

    • ustjai

      Che Li, 12 tahun merantau di Penang. Skrg giliran saya merantau kat Europe plak. Nak enjoy snow ball🙂

      19/11/2009 at 7:42 am

  4. syed amir

    nok buat gapo spai 10 tahun weh? buleh ko migrate ke negeri kuffar he he he musti ada sbb kukuh ni

    19/11/2009 at 6:10 am

    • ustjai

      Mir, kawe maghi negeri Kuffar ni sbb ikut sunnah demo la

      19/11/2009 at 7:40 am

      • GER

        ustaz, tuntut la ilmu walau sampai ke negeri china

        19/11/2009 at 2:04 pm

      • ustjai

        GER, saya dah sampai kat UK, kalau negeri China, nak kena ambik AirAsia pulok la

        20/11/2009 at 12:19 am

  5. Mariati

    Boleh ke kami datang melawat, cantik sangat rumah tu…. gerun pulak.

    19/11/2009 at 6:32 am

    • ustjai

      Cantik? Gerun? Hehe.. Datangla rumah kami, pegawai MAS & family kan free je. Bukan apa, senang kami nak kirim keropok, ikan kering, sos🙂

      19/11/2009 at 7:39 am

  6. GER

    la.. lawyer pon makan ikan kering ke? aku ingat org marhain macam aku je yang susah payoh cari keropok

    19/11/2009 at 2:02 pm

    • ustjai

      Lawyer di Malaysia je, di UK jadi student dan mungkin jadi Floor Engineer atau Head Department of Cleaning🙂

      20/11/2009 at 12:20 am

  7. syed amir

    payoh la klu nok main dgn loyar. hujah kita smesek jjah dio repih!!!! nways, have fun in durham. bini kawe nok gi next spring kata dia. aku takdpk pitis nok gi weh. tgh nok kambus hutang and insyaa allaah gi haji next year. tips for living in winter ( to save energy). master bedroom doesnt need heater, computers and electrical appliance should be in master bedroom-they generate heat. pahtu klu x cukup….ahem ahem.

    20/11/2009 at 3:06 am

  8. salam ust, alhamdulillah ust dan keluarga best kat sana ye.. doakan ana di sini.. insyaaAllah ana akad nikah 18 Dec ni n kenduri 26 dec.. jemputlah dtg kalau balik malaysia.. he3

    ana n kwn2 rindu kat kuliah ust.. ala.. lama 10 tahun dpt jumpa n dengar.. mas tu ana dah ada brapa anak xtau lah..he3

    20/11/2009 at 6:39 am

    • ustjai

      Rizal, masa ana sampai UK, baru enta nak kawin, masa ana ada di Penang, enta tak kawin pulak🙂

      20/11/2009 at 7:28 am

      • rizal

        la ust.. jodoh ust.. ana walaimah pun orng dekat je… ni kad ana.. tgk lah kat blog ana ni.. ni URL nye

        http://ibnul-qayyim.blogspot.com/

        20/11/2009 at 1:35 pm

      • ustjai

        Bagus la zaman skrg. Kad kawin pun boleh tampal dlm blog je. Ana dulu main fotostat je. Apa pun tahniah, moga perkahwinan enta diberkati Allah.

        20/11/2009 at 3:48 pm

  9. makde

    assalammualaikum…..macam seronok je kat sana…rasa nak pergi lak….tapi kena tunggu dulu la…2-3 tahun lagi……

    mana gambar effa & teh…..

    20/11/2009 at 9:19 am

    • ustjai

      Gambar Teh & Iffah, coming soon. Biasala selebriti mcm VVIP, mai lasstt sekali. Supaya org tertanya2🙂

      20/11/2009 at 3:51 pm

  10. rizal

    tadi silap.. ni yang betul
    http://ibnu-qayyim.blogspot.com/

    20/11/2009 at 1:35 pm

  11. Cikgu

    wah..selesa dan seronok nampak family ustaz kat sana tu..VVIP coming soon ye! terima kasih upload gambar2 ni….memang terubat jugak rindu fatin pada anak2 ustaz exspecily baby..
    10 tahun…lama tu no.. hai boleh kecek kelate lagi ko..balik nanti..

    23/11/2009 at 8:51 am

  12. anak ana syifa tanya mana gambar Iffah..

    24/11/2009 at 5:52 am

  13. abdul karim

    lepas tengok gambor ustaz..rasa teringin sangat nok kecak duduk negeri omputeh….insyaAllah…2012

    24/11/2009 at 1:24 pm

  14. Asalamualaikum….

    30/11/2009 at 6:37 pm

    • ustjai

      Salam, Adam, apa khabar? Program di kilang masih berjalan?

      30/11/2009 at 8:07 pm

  15. Kak Leha

    Assalamualaikum Jai
    Wp saban waktu berhubung nk jg join kat sini.
    rupo2nya demo2 hok kenal Jai dok ingat Ustaz Jai x make ikan kering dengan keropok. Demo2 tak tahu Ustaz Jai ini boleh masuk belako, tu yang k leha respect habis.
    K leha doakan hasrat murni Jai untuk dok plg2 kurang 10 tahun tu tidak terhalang moga keputusan ini membahagiakan Jai dan keluarga. Kami berbangga dengan adanya Jai sebagai sebahagian dari kami, dan kami bangga dengan perjuangan Jai.
    Semoga berjaya menggenggam PhD yang diidamkan itu. Kami akan tiba juga di tempat Jai.

    04/12/2009 at 8:03 am

    • ustjai

      Terharu dan sgt gembira terima bungkusan yg K.Leha pos tu. Ingatkan by sea, rupa2nya by air.. seronok sungguh. Moga Allah murahkan rezeki K.Leha, Abg Elias dan Famili.

      04/12/2009 at 11:23 am

  16. syed amir

    no talipon UK ado dok?

    11/12/2009 at 9:37 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s