jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

RASUAH “ISLAMIK”

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

18 Nov 2009

 

1. Apabila saya mendapat tahu bahawa TG MB Kelantan membatalkan hasratnya ke Makkah yang ditaja oleh pihak tertentu, saya antara orang yang gembira dengan keputusan tersebut. Saya tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu niat sebenar pihak yang menaja tersebut tetapi saya suka berkongsi pengalaman yang pernah dilalui di Malaysia.

2. Saya suka menamakan isu ini sebagai rasuah “Islamik”

3. Perkara ini tidaklah pelik di kalangan orang yang terlibat dalam bidang marketing. Kita “terpaksa” memberi, untuk membolehkan kita menerima. Di dunia ini, itulah kelazimannya. Seorang peguam yang hebat di mata masyarakat, tetapi ada ketikanya adalah berwajah “sardin” dan muka papan sekeping kerana mengemis kes-kes diberikan kepadanya.

4. Saya pernah pada suatu ketika, pergi berjumpa dengan seorang pengurus cawangan bank dengan niat supaya firma guaman saya akan mendapat sokongan dalam bentuk pemberian kes-kes perbankan. Pengurus tersebut tanpa segan silu mencadangkan agar saya sebagai peguam/pemilik firma tidak perlu terlibat secara langsung dalam kerja marketing, memadai untuk saya menggaji kakitangan perempuan berbangsa cina yang cantik untuk membuat kerja marketing bagi pihak saya.

5. Begitu juga, apabila saya cuba berbaik-baik dengan pegawai penguatkuasa undang-undang, dengan tidak semena-mena, dipanggilnya dua orang kawannya (perempuan seksi) untuk duduk bersama kami sambil menyatakan bahawa aktiviti malamnya adalah “massage”. Saya syak, dia cuba menguji saya.

6. Seorang ibu ayam, pernah menawarkan “ayam” uzbeknya kepada saya. Lalu saya menolak, tetapi dia cuba memujuk saya dengan mengatakan bahawa bahawa pak haji lain pun mengambil “ayamnya”.

7. Apa yang saya maksudkan dengan rasuah “Islamik” ialah apabila pihak berkepentingan yang ingin melakukan kerja marketing seumpama itu melihat “targetnya” adalah pak haji, tok lebai atau orang berkopiah yang mungkin tak dapat dikalahkan atau ditawan dengan wang atau perempuan. Maka sudah menjadi kelaziman, umpan yang ditawarkan adalah pakej umrah, haji atau lawatan ke tempat bersejarah Islam. Maka si yang diumpan merasakan itu bukan rasuah kerana pergi haji atau umrah adalah amalan kebajikan.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

18 Nov 2009

5 responses

  1. zahir

    Salam Ust jai, komentar demo ni ada point la jugok.. I can conclude that, apa2 yg kita nak buat, guna lah sumber kewangan sendiri…………….. As u said “pak haji” pun sambar ‘ayam’ tu memang tidak menghairankan coz, itulah “manusia” di zaman ini….. Hari2 kita solat pung, buat ‘maksiat’ boleh tahan juga hari2 pung!!!!!!!!

    Selamat ber Phd bro….

    18/11/2009 at 2:57 am

  2. dato k

    ait ….awat aku tak pernah terjumpak pun ibu ayam uzbeks tu @ penguatkuasa yg ada 2 awek seksi tu,….. oooo ujian Allah pun ikut maqam jugak la….tinggi maqam tinggi lagi la ujiannya…he he he
    ……rasa rendah diri ini

    18/11/2009 at 11:47 am

  3. yazid

    seronok tengok photo enta dan family, semoga sucess dan diberkati.

    Sebagai pemaju, anapun beberapa kali di “test” oleh beberapa peguam yang nak cari business, yang dikesalkan ada diantara mereka yang mencuba melalui saluran lain, melalui kenalan dan isteri ana sendiri. berhati-hati bab ini. Ana memanjatkan doa agar Allah sentiasa melindungi diri ana dan keluarga dan antum semua dari bencana rasuah seperti ini.

    19/11/2009 at 2:19 am

    • ustjai

      Tuan, lagi byk ujian, lagi byk kita dpt pahala, insya Allah.

      19/11/2009 at 2:42 am

  4. Amir Hamzah Shamsuddin

    Asalmualaikum..
    Kalau nak jadi baik kena belajar (berguru), kalau nak jadi jahatpun kena belajar. Ramai yg ingin menjadi Ustaz/Usazah. Ramai yg belajar agama untuk menjadi orang yg beragama dan ramai yg belajar agama semata2 untuk mendapat nama dan kemewahan dunia. Ramai orang mengaji tinggi melangit Ilmunya, tapi kurang mengkaji. Orang yang sabar ialah apabila membuat sesuatu perancangan dengan penuh teliti. Semoga anta mendapat Keredhoan Ilahi dan dimatikan dalam Iman, semoga anta dimasukan ke Syurga Firdaus tanpa hisab…wallahuaklam..

    19/11/2009 at 6:36 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s