jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

KATA PERBUATAN

Hidup berumahtangga adalah sesuatu yang enak, sayang sekali jika anda menghancurkannya

Hidup berumahtangga adalah sesuatu yang enak, sayang sekali jika anda menghancurkannya

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
07/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Seorang guru Bahasa Malaysia mempunyai masalah dengan isterinya lalu berkata kepada isterinya, “Kalau you tak kata sayang kat I sampai subuh esok , jatuh talaq”. Beliau berkata demikian dengan nada mengugut isterinya.

Si isteri tetap enggan mengungkap kata sayang pada suaminya sehingga hari esok. (Si isteri memang berharap agar talaq jatuh). Tetapi yang agak aneh, walaupun pada malam itu, si isteri enggan kata sayang pada suaminya, mereka tetap melakukan hubungan kelamin.

Beberapa lama kemudian, si isteri memfailkan permohonan untuk mengesahkan perceraian secara taaliq talaq (perceraian yang berlaku secara perlanggaran syarat yang dibuat suami)

Hakim bertanya kepada suami, “Benarkah kamu bertaaliq seperti itu?” Si suami jawab, “Ya”. Hakim bertanya lagi “Benarkah isteri kamu tak kata sayang pada kamu pada malam tu sehingga subuh esoknya?”

Si suami menjawab, “Yang Arif, walaupun isteri saya tak kata sayang pada saya melalui mulut beliau, tetapi Yang Arif, dalam Bahasa Malaysia “kata” mempunyai banyak “kata”. Ada kata nama, ada kata sifat dan ada kata perbuatan. Walaupun dia tak kata sayang pada saya melalui mulut, tetapi dia ada kata sayang melalui perbuatan dia yang melayan saya pada malam tu….”

Hehehe geliga otak si suami (walaupun cerita ini benar, tetapi terdapat fakta yang telah diubah untuk mengelak peribadi sebenar dikenali)

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
07/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

9 responses

  1. zahir

    Boleh sambung sikit lagi tak cerita nih…. sikit sangat tak sempat nak menyelami nya… Ustaz jai, buat cerpan la…..

    07/07/2009 at 10:04 am

    • Musli

      Zahir,
      Lawyer mana ada masa nak buat cerpen2 nih…Byk kes nak layan wooo..!

      10/07/2009 at 8:17 am

  2. Zaki

    Asm, So hujah si suami adalah valid la??? minta penjelasan.

    22/07/2009 at 12:13 pm

  3. UmmieAI

    Maksudnya di sini ustaz, adakah permohonan isteri tadi diterima atau tidak.

    22/07/2009 at 2:39 pm

  4. lina fazira

    macam drama bersiri…suspen nak tunggu episod seterusnya..hehhe

    25/07/2009 at 6:50 pm

  5. e.k.

    jatuh ke talak tu?????

    22/11/2009 at 6:01 pm

  6. aah, boleh tahu kesudahannya, apa kata hakim?

    02/12/2009 at 7:33 am

    • ustjai

      kesudahannya saya tak tahu sbb masa tu saya dah sibuk dgn persediaan ke UK

      02/12/2009 at 10:05 am

  7. kata perbuatan

    14/09/2011 at 1:20 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s