jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

MICHAEL JACKSON & HUSNUL KHATIMAH

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
01/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Apabila Michael Jackson meninggal dunia, pelbagai reaksi dapat kita lihat di seluruh dunia. Aneka ragam ditunjukkan oleh manusia bagi menyatakan kekaguman mereka terhadap Michael. Apatah lagi dengan berita kontroversi Islamnya Michael, maka ramai yang bertanya tentang proses pengkebumiannya. Bapanya menyatakan bahawa pengkebumian Michael hanya akan dibuat selepas keluarnya keputusan “post-mortem” kedua.

2. Michael yang sebelum itu beragama Kristian bermazhab Jehovah’s Witnesses menyatakan tentang perasaannya yang tidak tenang walaupun dia adalah penghibur terkemuka dunia tetapi dirinya sendiri tidak terhibur. Saksi Jehovah adalah satu kumpulan dalam agama Kristian yang mempunyai pro dan kontra. Bagusnya kumpulan ini ialah mereka mengkufuri Triniti (Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Qudus). Bagi mereka, Tuhan hanya satu bukan tiga. Kepercayaan ini adalah selari dengan kandungan asal Kitab Injil. Tetapi yang tidak baiknya kumpulan ini ialah mereka membuat ramalan tentang hari Qiamat, iaitu pada 1914, 1925 dan 1965 yang mana terbukti kesemuanya adalah karut.

3. Tetapi bagi saya, ini semua mengingatkan kita kepada proses kematian itu sendiri.

4. Ia berlaku kepada semua manusia. Manusia yang jahat seperti Firaun, Qarun, Abu Lahab dan Abu Jahal, semuanya telah mati. Sebaik-baik manusia seperti Rasulullah SAW dan para Anbiya yang lain juga telah wafat. Semua kita tanpa kecuali akan berhadapan dengan saat ruh bakal direntap oleh malaikat maut.

5. Umar Al-Khattab yang sangat jahat pada zaman kafirnya, malah pedangnya pernah terhunus untuk membunuh Nabi SAW tetapi wafat dalam husnul khatimah. Malah beliau menjadi Khalifah Islam Kedua. Khalid Al-Walid yang pernah mengepalai tentera Musyrik Makkah menentang Nabi SAW dalam Perang Uhud, malah menjadi penyebab kekalahan kepada tentera Islam, tetapi kemudiannya mati dalam keadaan beriman kepada Allah. Bukan sedikit peperangan yang diterajuinya setelah menjadi hamba Allah yang beriman.

6. Imam Muslim meriwayatkan bagaimana Amru bin Al-As menangis dengan tangisan yang panjang ketika hampir saat kematiaannya. Lantaran ketakutannya kepada api neraka. Kenapa? Kerana pada zaman belum Islamnya, beliau sangat memusuhi Nabi SAW sehinggakan tiada manusia yang paling ingin dibunuhinya melainkan Rasulullah SAW. Hindun binti Utbah yang pernah cuba menelan hati Saidina Hamzah yang telah syahid tetapi kemudiannya memeluk Islam, sanggup menerima segala syarat daripada Nabi SAW termasuk tidak akan mensyirikkan Allah SWT dan mati sebagai salah seorang sahabiyah mengikut pandangan para ulama termasuk Ibnu Abd Barr.

7. Maka, soalannya ialah, pernahkah kita jahat seperti mereka? Pernahkah kita ingin membunuh Nabi SAW? Pernahkah kita berperang menentang Nabi SAW? Pernahkah kita menjadikan Nabi SAW sebagai orang yang paling kita benci? Jawabnya, tidak pernah! Kita tidak pernah melakukan kejahatan seperti yang pernah mereka lakukan. Tetapi isunya ialah, kenapakah mereka lebih mulia daripada kita?

8. Kerana “Islamnya” kita tidak sehebat dan setinggi “Islamnya” mereka. Oleh itu, bagi sesiapa yang pernah bergelumang dengan dosa, walau sebanyak mana dosa yang anda pernah lakukan, pesan saya, jangan mengalah, perhatikan nama-nama besar yang telah saya sebutkan tadi, lihat dosa-dosa mereka, kemudian lihat cara kematian mereka.

9. Ya Allah, matikanlah kami dalam husnul khatimah. Dan janganlah Engkau mematikan kami dalam su’ul khatimah.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
01/07/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

8 responses

  1. faziliaton

    assalamualaikum….

    Terima kasih ustaz atas penulisan yang benar- benar mengusik minda saya.

    01/07/2009 at 6:46 pm

  2. Salam ya ustaz.

    Ya, kematian MJ memang menggemparkan semua orang terutamanya orang Islam, sebab sebelum itu sudah geger dengan berita Islamnya beliau. Jadi geger sebab beliau adalah manusia yang tersohor seantero alam, hatta orang Islam sendiri pun banyak menjadikan beliau sebagai idola.

    Belum pun dapat disahkan benar atau tidaknya Islam MJ, nyawa beliau telah diambil oleh Allah SWT. Ya, tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat, mati itu pasti.

    Saya juga ada mengulas isu ini [Michael Jackson: adakah al-Fatehah untuknya] di blog saya http://abuyon.blogspot.com

    Juga, molek baca ulasan Tawel Sensei di http://hembusan.blogspot.com sebagai peringatan.

    01/07/2009 at 10:31 pm

  3. Nasir

    bernilai setiap tulisan ustaz.

    01/07/2009 at 11:56 pm

  4. deli

    Assalamualaikum, tulisan ustaz tentang kematian m.jakson tu membuat saya jauh berfikir tentang keagungan ALLAH. Cumanya di part yg kt bawah ni boleh saya tambah… memang tidak membunuh nabi/berperang dll. tapi menghalang kuliah agama/majlis2 ilmu itu pun dikira golongan yg membunuh juga kan. Berperang menghalang cahaya Islam dr memasuki jiwa2 yg kosong… . Membenci org2 yg mengamalkan sunah nabi juga sama membenci nabi… walllahu’alam. Kalau salah harap betulkan

    “Maka, soalannya ialah, pernahkah kita jahat seperti mereka? Pernahkah kita ingin membunuh Nabi SAW? Pernahkah kita berperang menentang Nabi SAW? Pernahkah kita menjadikan Nabi SAW sebagai orang yang paling kita benci? Jawabnya, tidak pernah! Kita tidak pernah melakukan kejahatan seperti yang pernah mereka lakukan. Tetapi isunya ialah, kenapakah mereka lebih mulia daripada kita?”

    03/07/2009 at 8:40 am

  5. umar

    tahniah tuan

    02/09/2009 at 4:51 am

  6. Salam.. adalah lebih tepat lagi kerana mereka adalah orang2 yg beriman yg allah janji selamat dunia akhirat..”telah menjadi tugas kami untuk memelihara org2 yg beriman”-al-quran

    pokok kayu, batu angin api juga islam…(setiap maklukh yg tidak persekutu allah itu islam)

    iman itulah yg bezanya…iman itu bersih hati dengan mengingati allah setiap masa… “kecuali orang2 yg mengadap allah dengan hati yg bersih”-alquran

    islam sekadar jalan, untuk diikut ada batas2nya..iman itu kenderaan yg menurut jalan yg lurus.. tidak berguna ada jalan kalau tiada kenderaan..tak mungkin ada jalan kalau tiada kenderaan..

    maka carilah ilmu iman..dan amalan iman.. tidak cukup sekadar ilmu islam..ilmu iman itu berkaitan hati..rohani kesucian hati dan rohani..hubungan dgn allah..

    lailahaillah itu kalimah islam(tauhid)… muhamamdar rasullullah itu kalimah iman(ikut zahir batin rasul)…

    maksud kalimah iman :
    rasullullah ada hati..rasullullah membersihkan hatinya bermula 13 tahun di gua hiraq(pernah kah kita terfikir) meninggalkan perniagaan, anak isteri dalam mencari ahmat allah.

    ingatlah “kholakal insana min alaq” menjadikan manusia dari hati. setelah 13 tahun bersusah payah mencuci hati…turunlah ayat menyatakan benar lah muhammad apa yg kamu buat(cuci hati)..

    bagaimana nak cuci hati? iqra bismirabbikal lazi kholaq..iaitu sebutlah nama allah.. (yg menjadikan semua makhluk) maka banyak2 lah sebut nama allah..

    dimana nak disebutkan?? balik kepada kholaka insana min alaq” iaitu hati bukan lidah.

    kerana org2 yg hatinya sentiasa sebut allah mendapat kasih sayang allah.yg maha pemurah. “iqraq warabbukal akaram”

    akir sekali allah jawab dengan ayat ini kiranya hati tu masih degil tak mau jadi manusia dgn menyebut nama allah ”

    “celakalah orang2 yg HATINYA(kalbu) tidak mengingati dan menyebut nama allah(zikri)..mereka itu SESAT yg nyata ” al-zumar : 22

    ketahuilah iblis itu 24jam sehari berbisik kepada hati manusia walau ketika solat, ketika ibadah..

    dan allah kata “sesungguhnya org2 yg beriman iblis tiada kuasa terhadap mereka” – iaitu org2 yg hatinya sentiasa menyebut nama allah…

    mahukah kita dilalaikan hati oleh iblis? atau mahukah kita menyebut kalimah kemuliaan allah mengikut rasullullah?

    yg mana lebih baik? tepuk dada..usaha sendiri..

    islam tidak selamat..(munafik dan fasiq juga islam)

    beriman(muslim) dipelihara allah

    mukmin itu berbahgia dunia akhirat..tidak sakit..tidak cela..tidak dimamah tanah..(inilah janji allah)

    23/11/2009 at 8:58 pm

  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    بسم الله الرحمن الرحيم

    INDAHNYA ISLAM DAPAT MEMBERI KETENANGAN

    FIRMAN TUHAN:

    [ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah
    Nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai kemenangan )
    Dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ]
    [ Surah Muhammad ayat 7 ]

    Green / islam لا اله إلا الله محمد رسول الله

    يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ

    agama dan politik syaitan telah menguasai
    dunia, untuk melawan agama Allah.

    Seperti Firman-Nya:

    FIRMAN TUHAN :
    “YANG MEREKA SEMBAH SELAIN ALLAH ITU, TIDAK LAIN HANYALAH BERHALA, DAN (DENGAN MENYEMBAH BERHALA ITU) MEREKA TIDAK LAIN HANYALAH MENYEMBAH SYAITAN YANG DURHAKA.” (AN-NISA’: 117).

    Semuga umat islam dapat di selamatkan
    dari tipu daya syaitan.

    16/04/2011 at 6:01 am

  8. slm.

    betul. kenapa begitu susah untuk kita melaksanakan ISLAM 100% di bumi MALAYSIA ini? dimanakah ulama kita?

    sesungguhnya menjadi syaitan bisu itu adalah lebih merbahaya daripada SYAITAN. auzubilah….

    wslm.

    06/06/2011 at 2:28 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s