jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

BEZA MAKSIAT NABI ADAM & MAKSIAT IBLIS

Carilah Allah SWT apabila kita berdosa, Allah Maha Pengampun

Carilah Allah SWT apabila kita berdosa, Allah Maha Pengampun

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
24/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Saya teringat tulisan Al-Qardawi dalam kitabnya Fi Fiqhi Al-Awlawiyat, Dirasah Jadidah Fi Dhau’ie Al-Quran wa As-Sunnah (Fiqh Keutamaan: Satu Kajian Baru Dari Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah).

Beliau membandingkan antara kesalahan Nabi Adam a.s yang melanggar perintah Allah dan Iblis yang juga melanggar perintah Allah. Walaupun zahirnya perbuatan itu sama, iaitu kedua-dua mereka melanggar perintah Allah tetapi Allah menerima Nabi Adam a.s. sebagai hamba-Nya yang soleh manakala Iblis dimurkai oleh Allah dan terkutuk secara abadi.

Apa sebenarnya yang membezakan kedua-duanya.

Ayuh, kita lihat perkara sebenarnya sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Surah Taha, ayat 115,
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Ayat tersebut menunjukkan ciri-ciri yang ada pada Nabi Adam a.s. sewaktu beliau melakukan perlanggaran hukum. Pertama; lupa (lalai) dan keduanya; tiada keazaman yang kuat ketika melakukan maksiat (melanggar hukum Allah).

Kita perlu faham bahawa kita adalah manusia biasa yang tidak ma’sum (tidak terpelihara daripada dosa). Sudah tentu setiap hari yang kita lalui akan ditempuhi dengan sedikit sebanyak dosa dan noda. Tetapi percayalah, jika dosa dan noda yang kita lakukan itu dalam keadaan kita lalai leka dan tidak ada keazaman kuat mempertahankan maksiat yang kita lakukan, kita masih belum terkeluar daripada definisi hamba Allah yang soleh.

Seterusnya kita perlu melihat sikap hamba Allah contoh ini (Adam & Hawa) selepas mereka sedar bahawa mereka telah melanggar hukum Allah, maka Al-Quran menggambarkannya dengan ayat berikut:-

Surah Al-A’raf, ayat 23,
Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

Ini menjadi dalil bahawa, kita perlu bersegera bertaubat dan mengharapkan belas kasihan Allah di atas kesilapan yang kita lakukan dan bukannya dengan berbangga dan berdegil dengan dosa yang kita lakukan.

Jauh bezanya dengan maksiat Iblis yang menyebabkan ia dikutuk sepanjang zaman.

Allah SWT menjelaskan dalam Surah Al Hijr, ayat 30-35

(Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, –

Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”.

Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya”.

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.

“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat”.

Untuk lebih jelas, lihat ayat berikut:-

Surah Al-Baqarah, ayat 34,
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Kata kunci ayat di atas ialah takabbur (besar diri, bangga, sombong)

Ayat seterusnya akan lebih memahamkan kita.

Surah Al-A’raf, ayat 12,
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”

Iblis, akibat bangga dan sombong, lalu berani biadab dengan Allah dan mempertikaikan perintah Allah.

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, untuk menjadi hamba Allah yang soleh bukan bermaksud kita perlu berjaya seratus peratus terhindar daripada dosa kerana mustahil itu berlaku lantaran tiada kemaksuman. Tetapi menjadi hamba yang soleh ialah dengan mempunyai sikap yang betul ketika mana maksiat berlaku. Ya, sebagaimana sikap Adam dan Hawa ketika melanggar perintah Allah.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
24/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

3 responses

  1. syed amir

    salaam alaykum cerita Iblis dan Nabi Adam ni adalah contoh yg digemari oleh Ust Abdullaah Yaasin. Iblis laknatullaah INGKAR dgn perintah Allaah lantaran keangkuhan, manakala Adam Alaihisalaam MELANGGAR larangan Allaah lantaran kealpaan/godaan iblis. di zaman kita ini, kita selalunya memandang serong kpd golongan yg mencuri, melacur, minum arak dan sebagainya. Namun kita memandang ringan kpd mereka yang INGKAR untuk sembahyang, ingkar utk menutup aurat, INGKAR utk berpuasa dan mengeluarkan zakat. sesetengah ulamak berpendapat kesalahan MENGINGKARI perintah Allaah adalah lebih hina berbanding dgn kesalahan MELANGGAR larangan Allaah, dan menjadikan kisah Adam Alaihisalaaam dan Iblis Laknatullaah sbg contoh. wallaahu a’lam

    24/06/2009 at 12:16 pm

  2. Selalulah memohon ampun kepada Allah & mengakui kelemahan kita iaitu sering silap dan lalai…semoga kita tidak tergolong dalam orang2 yang enggan & takbur seperti Iblis.

    24/06/2009 at 12:45 pm

  3. lina fazira

    u-turn ke jalan lurus….

    24/06/2009 at 8:31 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s