jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

KENAPA KAHWIN PELACUR?

ANAK YANG SOLEH BERASAL DARIPADA IBUBAPA YANG SOLEH

ANAK YANG SOLEH BERASAL DARIPADA IBUBAPA YANG SOLEH

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
21/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Seorang wanita berusia 30’an datang menemui saya. Orangnya cantik berambut lurus ala teknik rebonding. Dia mengadu tentang suaminya yang berhasrat untuk menikahi pelacur yang kerap dilangganinya di sebuah pekan kecil di sempadan Malaysia – Thailand. Suaminya seorang pengurus berpendapatan belasan ribu sebulan tetapi mempunyai hobi “berfoya-foya” dengan pelacur setiap dua minggu kerana gajinya dibayar dua kali sebulan.

Si isteri ini bertanya kepada saya adakah saya bersetuju bahawa pelacur berkenaan tidak cantik dan dia lebih cantik daripada pelacur itu. Maka beliau mengeluarkan gambar pelacur tersebut. Ya, saya menjadi sangat hairan apabila melihat gambar pelacur tersebut dalam pelbagai aksi. Pelacur itu berbadan gempal, sedangkan si isteri berkenaan mempunyai potongan badan cantik ala Maya Karin. Faktor kecantikan wajah juga berpihak kepada si isteri.

Beliau pernah “confront” suaminya dan bertanya kenapa ingin menikahi pelacur tersebut. Suaminya jawab, “kerana ingin berdakwah kepada pelacur tersebut supaya dia memeluk Islam”. Ha ha ha, saya tergelak mendengar alasan tersebut. Maka si isteri berkenaan membantah alasan ingin berdakwah tersebut dengan berkata kepada suaminya, “kalau abang benar-benar ingin berdakwah, abang mesti berdakwah kepada saya dahulu, ini tidak, setiap kali nak solat, abang tak mau jadi imam, masuk bilik kunci pintu solat sorang-sorang.”

Krisis mereka berdua mengingatkan saya kepada seorang kenalan yang juga datang menemui saya meminta pendapat tentang hasratnya memperisterikan pelacur Siam juga dengan alasan “dakwah”. Saya sangat ragu-ragu dengan alasan tersebut kerana saya mengenali rakan saya itu dan tahap sebenar agama beliau.

Saya mempunyai sangkaan yang kuat tentang sebab sebenar wujudnya lelaki seperti ini ingin berkahwin dengan para pelacur. Seorang klien saya pernah menceritakan kenapa beliau suka pelacur. Sebab utamanya ialah kehebatan di ranjang dan pelbagai “perkhidmatan” yang si isteri di rumah langsung tiada pengalaman dan skil tentangnya. Malah, saya pernah diberitahu bagaimana kaum lelaki di Greece, mempunyai criteria pelik, iaitu calon isteri mereka perlu mempunyai pengalaman luas dalam hubungan jenis kerana kelebihan “kepelbagaian” atau “varieties” dan bukannya stereotype.

Mungkin kerana inilah yang menyebabkan ramai orang melanggani GRO, pelacur atau sesiapa yang “sewaktu” dengannya. Saya dapat melihat sendiri wajah-wajah usang dan memualkan ini di mahkamah syariah. Saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa wajah tua dan hodoh seperti ini masih ada pelanggan? Saya langsung tidak tertarik apabila melihat mereka. Ada antaranya yang menjawab, “ustaz belum tengok mereka di bawah lampu warna-warni di tempat hiburan, yang pasti memukau lelaki yang melihatnya”.

Jawapan sebenarnya ialah, “Itulah alasan orang yang memilih daging yang busuk daripada daging yang baik, lebih suka perempuan jelek berbanding isteri yang suci di rumah.”

Perhatikanlah dalil-dalil berikut:-

Surah Al-Baqarah ayat 221, “Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)”.

Surah Al-Nur, ayat 3, “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman”.

Surah Al-Nur, ayat 26, “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.

Hadith riwayat Imam Bukhari dengan maksudnya, Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya (semata-mata), boleh jadi kerana kecantikannya dia menghinakan dirinya dan janganlah pula kamu menikahi wanita kerana kekayaannya (semata-mata) boleh jadi kerana hartanya menyebabkan dirinya sombong. Tetapi peristerikanlah wanita yang beragama meskipun dia hitam lebih baik bagimu.

Justeru itu, pandulah nafsu kita mengikut panduan agama.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
21/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

10 responses

  1. GK

    Kena sihir pun mungkin gak…

    22/06/2009 at 1:00 am

  2. aidina

    salam,
    sedarlah wahai anak cucu Adam sekalian,
    syaitan dan jin suka bertenggek di badan terdedah pelacur dan mana2 tempat yang menjadikan lelaki terliur melihatnya.
    Sesungguhnya syaitan2 sangat suka membuatkan kaum wanita itu indah dalam pandangan sebahagian lelaki yang melihatnya, agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa, dan orang2 alim atau waraq akan melihat hal2 yang diharamkan Allah.
    Nabi s.a.w pernah bersabda:
    “Aku tidak meninggalkan suatu fitnah yang paling merbahaya sesudahku nanti, kecuali fitnah yang dihadapi kaum lelaki kerana kaum wanita.”
    Dalam Shahih Muslim diriwayatkan hadith diterima dari Abi Said Al-Khudri, dari Nabi s.a.w maksudnya:
    “Hendaklah kalian takut terhadap (godaan) wanita, dan takut pulalah kalian terhadap (godaan) wanita.”
    Ibn Abbas mengatakan:
    “Tidak ada di kalangan org2 terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita, dan orang-orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (pula).”
    Antara syaitan2 ini ada yang pakar,membuat indah bahagian tubuh wanita, dengan menampakkan goyangan-goyangan tubuh dalam pandangan orang yang melihatnya. Mereka melakukan hal itu siang dan malam, dan hanya sedikit saja beristirehat. Sedangakan sebahagian besar syaitan melakukan kegiatannya secara bersungguh-sungguh di kegelapan.
    Antara syaitan2 ini ada yang tinggal di dalam rahim dan kemaluan pelacur, untuk membuat kemaksiatan tersebut semakin menawan dan asyik masyuk, sehingga kaum lelaki yang menggauli atau bersetubuh dengan mereka menjadi ketagihan, sering teringat-ingat kenikmatan dan kelazatannya.
    Oleh yang demikian tidak hairanlah jika kaum lelaki yang tidak beriman dan bertaqwa kepada Allah, mereka mudah terjerumus ke arah zina. Isteri yang halal sudah tidak dirasakan cantik dan nikmat lagi ketika menggaulinya, sebaliknya mereka lebih menghargai barang yang busuk. Astaghfirullahalazim.
    Wahai kaum lelaki yang suka mencari perempuan lacur, atau perempuan yang selain isterinya, bertaubatlah sebelum terlambat. Begitu juga kaum wanita yang terjerumus di lembah pelacuran dan kemaksiatan, kembalilah kepada Allah. Apa dikejar dalam hidup di dunia yang hanya sementara waktu sahaja ibarat berjalan pada waktu petang. Akhirat jua penuh kenikmatan dan kekal selamanya, tiada penghujung atau akhiran.

    23/06/2009 at 2:35 pm

  3. Nor Azlan

    Surah An Nur26]
    (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

    Mana datang Ayat Perkawinan tersebut di larang pada orang Beriman! (Edited)

    30/06/2009 at 9:27 am

  4. hani

    I fikir kalau kita dah tahu suami kita suka pelacur atau perempuan yang sewaktu tak payahlah tunggu lagi.Untuk kesejahteraan diri dan anak-anak atau anak-anak yang bakal lahir baiklah kita mengundurkan diri. Entah apa penyakit yang suami kita bawa.Ada seorang teman yang sering ke doktor kerana infeksi di bahagian kemaluan, macam-macam hal, keputihan,gatal, urinary tract infection dan entah apa lagi.Lama-kelamaan doktor yang merawat bertanya dengan nada serius sejauh manakah anda kenal suami anda ? Dia tersentak. Memang setelah disiasat suaminya memang ‘nakal’. So janganlah jadikan diri kita atau anak-anak mangsa lelaki begini.Bayangkan kalau anak-anak yang tak berdosa terkena HIV kerana sikap bapa. Sama-samalah kita renungkan

    30/06/2009 at 11:08 am

  5. mala

    sangat bagus tajuk ni, bagi saya kalau yer pun lelaki tu atau mana lelaki-lelaki lain yang berhajat nak kawin lebih pada 2 carilah calon yang ke 2 tu orang yang keturunannya baik jugak barulah isteri pertama tu sejuk jugak untuk memberi keizinan kawin lagi, jgnlah cari pelacur……. dah tentu kerja seorang pelancur tu sangat kotor dan menjijitkan so pikir-pikirkan lah sendiri,

    sayangilah isteri dan anak yang ada skrg………

    01/07/2009 at 12:57 pm

  6. GK

    Pelacur pun manusia jugak. Tak nak beri diaorang peluang pulang ke jalan yang benar? Bukan ke memberi kemaafan itu lebih baik dan mulia?

    01/07/2009 at 11:39 pm

  7. Nasir

    Minta ustaz kupas ayat 26 surah anu nur seolh-olh lelaki tdk baik mendpat blsan dlm perkhwinan dalam dunia?

    02/07/2009 at 12:03 am

  8. qal

    setiap orang ada pendapat macam tu….di sini saya ingin berkongsi sebuah pengalaman yang luar biasa tapi benar…saya seorang peniaga…pernah menghadapi kejatuhan perniagaan yang menyebabkan rumah tangga saya hampir bercerai…isteri saya masa itu berputusan untuk bawa lari anak2 saya kerana risau saya tidak mampu menyala mereka…saya pernah kecewa hampir nak bunuh diri…

    ketika saya ke CHINA untuk mencari jalan penyelesaian dalam kemahiran bidang yang saya ceburi. saya pernah mengenali seorang pelacur di sana. saya berkongsi kebenaran ini kerana saya pada mulanya sedih dan hilang waras akar fikiran kerana tidak dapat menerima realiti kegagalan hidup ini. namun saya bermalam dengan pelacur itu, tetapi saya tidak menyetubuhinya, sebaliknya hanya berbual dengannya sepanjang malam.

    saya masih ingat peristiwa ini walaupun sudah 3 tahun berlalu, setelah mengenali nya, saya dapati dia sangat pintar orangnya sedangkan kepandaiannya tidak perlu membuatkannya memilih jalan yang hina ini. setelah bercerita dan memahami keadaan sebanar baru saya mengetahui rupanya, dia seorang kakak dan mempunyai seorang adik yang pandai dan hendak menerusi universitinya. tetapi sangat malang keluarganya miskin dan adiknya menghidapi pengyakit buah pinggang! dia dulu seorang sales girl dalam bidang perdagangan antara bangsa. kerana ingin mencari duit cepat dan membantu adiknya, dia memilih jalan untuk menjadi pelacur sambilan sementara tiada orang rumahnya yang mengetahui kerja sebanarnya. kehidupan rumah tangga nya juga menyebabkan dia hilang kepercayaan kepada kaum lelaki. suaminya selalu mabuk dan memukulnya setiap kali meminta duit gajinya untuk berjudi.

    saya menjadi saksi kerana saya melihat lebam2 lama badannya yang dipukul oleh suaminya menggunakan kayu.saya dapati dia juga seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak….setelah mengetahui semua itu, saya meninggalkannya duit lalu keluar dari hptel dan memberitahuinya ” hidup ini sementara sahaja, kamu masih ada pilihan lain lagi.berhentilah kamu dari kerja begini sekirannya benar2 sayangkan adik kamu dan anak kamu! jika suami kamu tidak pernah cintakkan kamu, hanya berkahwin dengan kamu sekadar menikmati sex…kamu ada hak untu kmenceraikannya daripada terus membiarkan hidup mu musnah dalam usia yang begitu muda.”

    dia meningggalkan saya MSN dan masih berhubung dengan saya selam 1 tahun setelah saya pulang ke malaysia. malahan menjadi kawan dengan nya … dia meberikan saya banyak tunjuk ajar dala mhal memahami perasaan seorang isteri. saya tidak pernah sangka nasihat dia membantu saya berbaik semula keluarga saya dan isteri saya. dia berkata itu saja yang dia mampu erikan kepada saya sebagai hadiah kerana menyedarkannya bahawa…setiap kesilapan masih ada peluang untuk pulang ke pangkal jalan yang benar.

    setelah setengah tahun saya berhubung dengan dia sekali sekal bertanya khabar melalui MSN, dia memberitahu saya dia berjaya mendedahkan kisah hitammnya dengan keluarganya dan membuat laporan polis untuk dakwah suaminya yang sering menderanya. malahan kini dia sudah ceraikan suaminya dan mulakan hidup barunya dengan erniaga kedai telefon di CHINA . adiknya berjaya dalam pembedahan mengantikan buah pinggang dan kini berusaha dengannnya untu kberniaga jual telefon walaupun untungnya bukanlah banyak! dia ucapkan terima kasi hpada saya dan meminta saya tidak lagi menghubunginya kerana ingin mulakan hidup baru dan tidak ingin mengenangi sebarang kisah silamnya!

    sekian cerita benar pengalaman saya tentang seorang pelacur, peristiwa kali itu membuka mata saya tentang realiti….memang benar islam mengharamkan perbuatan sedemikian kerana xbertamadun dan tiada akhlak moralnya. namun, tanya diri anda…siapa kah dilahirkan ke dunia ini sebagai perempuan inginkan dirinya menjadi ‘tandas awam’ yang diguna pakai siapa2 saja lelaki? hidup susah kadang kala membuatkan kita tiada pilihan apabila setan menghasut kesesatan iman kita! namun, saya percaya setiap insan tiada yang sempurna…..jika kita sedar kesalahan kita dan bertekad untuk berubah… mengapa kita tidk memberikan mereka peluang.

    saya orang baru dalam islam, saya memeluk islam secara suka rela bukan kerana khawin saya dengan isteri saya! saya bukannya sempurna dalam hal agama, tetapi saya mengetahui islam mengajar kita untuk beramal, membantu orang yang sudah sesat dalam hidup kembali ke jalan yang benar! dalam kes ini saya berasa saya sudah melakukan satu perkara yang baik kerana berjaya menyelamatkan kehidupan seseorang daripada terus jatuh ke lubang neraka. dosa atau tidak, saya berpendapat ALLAH saja yang menjadi saksi dan menentukannya apabila saya mati kelak!

    wasallam………

    14/04/2012 at 12:22 pm

  9. qal

    saya berpendapat bahawa kita semuanya cuma lah makhluk ciptaan ALLAH…jadi baik atau buruk diri kita yang memilih. saya juga mempercayai kebesaran ALLAH kerana saya percaya ALLAH itu maha penyayang dan pemaaf…. cuba anda fikirkan jika anda mempunyai adik perempuan, anak perempuan atau kakak? atau ibu anda yang mempunyai pengalaman dirogol ? ditipu oleh sendiket pelacuran…anda akan faham perasaan mereka. sebagai isteri tanya diri sendiri kenapa suami anda berminat dengan perempuan luar? adakah anda sudah melakukan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri dengan baik atau????? (anda saja yang tahu) … begitu juga dengan suami…jika anda seorang pemimpin yang beriman, anda xpilih jalan yang salah kerana kamu sayangkan keluarga anda! mesti kekuatan iman mu xcukup level…jangan jadikan alasan nak bertakwa konon untuk menipu semua orang!

    ISLAM membenarkan lelaki kahwin 4 orang isteri xbermakna anda boleh suka2 kahwin 4 orang perempua nuntu kkemahuan nafsu mu! jika saya berkemampuan dari segi kewangan dan ilmu keagaaman ! jika saya bertemu dengan situasi sebegini…kes perempua ditipu menjadi pelacur! dengan rela hati saya sanggup menyelamatkannya keluar daripada sindeket itu, lalu membantunya mulakan hidup baru jika dia seorang yang beringinan mulakan hidup baru. jika dia (pelacur itu) insaf dan memeluk agama islam saya secara hati terbuka bukannya paksaan atau tamak dengan harta ku! saya sanggup mengahwininya setelah memberitahu isterisaya….

    adakah perbuatan saya itu satu dosa?? siapa yang alif sila balas pendapat saya! terima kasih…….

    14/04/2012 at 12:35 pm

  10. qal

    saya tersentuh tentang topik ini kerana saya memiliki kawan yang ibunya masa mudah dulu seorang kristian, lalu pernah dirogol bapanya (sebelum kahwin, bapa kandungnya ialah orang islam) lalu meninggalkan ibunya dengan anaknya membesar sendiri….ibunya kini seorang pengetua sekolah….sudah memeluk islam secara suka rela…..anaknya pernah hampa dan terjebak dengan dadah masa zaman sekolah. saya berkawan dengannya dan berjaya memberikannya motivasi untuk menyayangi dirinya dan ibunya yang bersusah payah 20 tahun ini….kini mereka bahagian tanpa harapkan kepulangan ayah nya yang sial itu! dalam kes begini? ibunya ialah mangsa dan dia ialah anak luar nikah? adakah kawan saya dan ibunya ialah manusia hina yang dipandang masyarakat atau agama kita? pendapat saya! ALLAH sayangi mereka dan melindungi mereka….jadi! sebelum komen sesuatu perkara jangan main cakap lepas mulut saja sedangkan sendiri xtau apa-apa…..pastikan anda cukup layak sebelum bag komen ( lidah itu harus dijaga, berfitnah lebih besar dosanya daripada membunuh) ……..

    sekian! (ini cuma nak kongsi pendapat, kata2 saya xmembawa maksud saya pro dalam agama…saya umat islam biasa yang banyak kelemahannya)

    14/04/2012 at 12:40 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s