jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

KERANA ANAK, MANUSIA SYIRIK

Janganlah kerana anak, kita mensyirikkan Allah. Na'uzubillah

Janganlah kerana anak, kita mensyirikkan Allah. Na'uzubillah

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
17/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Kerap kali saya dijemput oleh sahabat-sahabat untuk tahnik (belah mulut) anak mereka. Terbaru, seorang lagi kenalan meminta saya memenuhi hasratnya itu. Tanpa mengecewakan beliau, saya hadir ke rumahnya pada waktu tengahari, walaupun pada hari tersebut adalah hari bekerja. Dengan pakaian biasa seorang “lawyer” (hitam dan putih), saya melakukan tahnik kepada anaknya tersebut, alhamdulillah.

Ada perkara yang mengejutkan saya, apabila terpandang pada bahagian lengan anak tersebut. Terdapat sejenis “tali” yang saya sangat “familiar”. Itu adalah tali (dibuat seperti gelang) yang sering dijadikan sebagai “tangkal” oleh orang-orang tua di kampung dengan niat untuk melindungi anak mereka daripada “sial”.

Lantas, saya bertanya kepada beliau, “tali apa ni”. Dia jawab, “tak tahu”. Saya hairan, bagaimana mungkin seorang bapa tidak tahu apa-apa tentang tali yang ada pada lengan anaknya itu. Mungkin, juga tali itu dipakaikan oleh ahli keluarga yang lain. Sebenarnya, sama ada sedar atau tidak, ramai di kalangan kita, lantaran sayang kepada bayi yang baru lahir, mereka memakaikan pelbagai tangkal sebagai “pendinding” bagi menjauhkan anak mereka daripada pelbagai gangguan atau bahaya.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Imran bin Husoin:-
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melihat seorang lelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya, “Celaka engkau, ini apa?” Jawab lelaki itu, “ini benda yang lemah”. Jawab baginda, “Ingat, sesungguhnya ia menambah kelemahan kamu, sebab itu, buanglah ia. Kerana, kalau kamu mati, sedangkan ia masih tetap kamu pakai, selamanya kamu tidak akan selamat”.

Kasih dan sayangkan anak tidaklah salah. Malah ia menepati fitrah kejadian manusia dan menjadi ajaran Islam. Kesalahan yang sebenar ialah apabila kecintaan kita kepada anak menyebabkan kita melanggar perintah Allah.

Di dalam Surah Al-A’raf ayat 190, Allah SWT menceritakan tentang satu pasangan suami isteri dengan maksudnya:-
“Ketika Allah memberi kepada kedua-duanya anak yang sempurna, tiba-tiba, kedua-duanya mengadakan sekutu bagi Allah dalam apa (anak) yang diberikan kepada kedua-duanya itu. Maha Tinggi Allah dari segala apa yang dipersekutukan”.

Sebahagian ulama berpendapat, pasangan tersebut adalah Nabi Adam & Hawa, manakala yang lain berpendapat bahawa pasangan tersebut daripada kaum Nasrani atau Yahudi.

Ibnu Abi Hatim telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas dengan riwayat dhaif / lemah bahawa ketika Hawa mengandung (selepas terkeluar dari syurga) datanglah Iblis menggoda dan mengugut supaya anak yang bakal lahir mesti dinamakan dengan nama Abdul Harith, jika tidak, anak tersebut akan dibubuh tanduk rusa padanya supaya bila dilahirkan nanti akan merobek peruk Hawa. Nabi Adam & Hawa enggan tunduk kepada godaan Iblis tersebut. Lalu lahirlah anak tersebut tetapi mati. Begitu juga kali kedua mengandung berlaku ugutan yang sama daripada Iblis dan anak itu juga mati. Apabila masuk kali ketiga, Nabi Adam & Hawa akur kepada kehendak Iblis lalu menamakannya dengan nama Abdul Harith. Ini kerana mereka takut anak tersebut akan mati kali ketiga. Sedangkan Al-Harith bukanlah nama Allah. Malah ada riwayat yang menunjukkan ia adalah nama Iblis.

Tanpa mengira sama ada benar atau tidak pasangan tersebut adalah Nabi Adam & Hawa, tetapi yang penting ialah teguran dan larangan Allah SWT agar jangan dengan kurniaan anak daripada Allah SWT kepada kita, menyebabkan kita mensyirikkan Allah SWT.

Ramai manusia, dalam usaha mereka mendapatkan anak, penjagaan kandungan (adat melenggang perut dan sebagainya) sehinggalah kepada selepas anak dilahirkan telah melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka menjadi syirik kepada Allah. Na’uzubillah.

Moga Allah menjauhkan kita semua daripada mempersekutukan-Nya.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
17/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

8 responses

  1. Max

    Salam…

    Benda yang masih banyak berlaku di dalam masyarakat kita..
    Gelang di tangan,rantai di leher..

    Banyak lagi la..

    Semoga Allah melindungi kita dari kesyirikan zahir dan tersembunyi..

    Ameen…

    17/06/2009 at 1:34 pm

  2. Ust,

    benar tu, byk amalan yg dibuat dirasakan (oleh kita yg beraliran moden) lari dari landasan, tapi, jangan cepat menghukum, apatah lagi amalan orang dulu2 yg kecil kemungkinannya terlepas pandang oleh alim Ulama’ masa lampau.

    saya pun ada n3 hampir sama subjet : http://tangsibiru.blogspot.com/2009/06/kek-tanpa-lilin.html

    17/06/2009 at 3:03 pm

  3. Assalamualaikum Ustaz.

    Nak minta izin utk link blog ustaz ni bole tak sebab entry2 ustaz ni bestla.

    Sbenarnya, byk amalan kita dipengaruhi oleh amalan datuk nenek (turun temurun) dan ikutan yg membuta tuli tanpa berpaksikan Al Quran & Hadis.

    Kekadang kita jd serba salah apabila yg menyuruh kita melakukan perkara itu adalah ibu bapa kita sendiri.

    Apapun sama2lah kita saling mengingatkan bhw tiada ketaatan kepada ibu bapa dalam perkara yg boleh membawa kita syirik kepada Allah.

    Sebagai contoh, pernah ketika bayi saya menangis tak henti2, mertua sy menyuruh sy meletak keris lama di bawah buaian supaya bayi tidak diganggu. Saya tidak mahu melakukannya kerana tidak percaya semua itu. Saya hanya menganggap semua ini adalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran saya dalam menjaga bayi kecil. Lalu sy membacakan ayat2 suci spt Fatihah, 3 Qul dan ayat Qursi.

    Malangnya, saya dimarahi kerana tidak mahu menurut perintahnya dan dia meletakkan sendiri keris tersebut di bawah buaian anak saya. Di dalam hati, saya hanya beristighfar melihatkan perbuatan mertua saya.

    18/06/2009 at 10:00 am

    • ustjai

      Alhamdulillah, silakan

      18/06/2009 at 1:24 pm

  4. Ainiz

    Salam ustaz,

    pertanyaan mengenai majlis cukur jambul
    ader mngatakan ia adalh amalan bid’ah..
    aper pendapat ustaz??

    26/06/2009 at 12:40 pm

    • ustjai

      Salam,
      Ainiz, saya x pernah hadir program majlis cukur jambul, jadi saya tak pasti apa aktiviti di dalamnya. Boleh Ainiz bagi tahu secara specific apa yg berlaku semasa majlis cukur jambul tu? Kalau “belah mulut” dan cukur rambut tu memang sunnah.

      26/06/2009 at 5:07 pm

  5. Nana Awie

    SALAM USTAZ…saya ingin btanye lbh detail pasal majlis brcukur/cukur jambul(panggilan bg org2 johor)..adakah blh?
    rmai yg bkata mcm ikut budaya hindu…tp niat kite baik..mcm ye.serba salah d buatnye…

    11/11/2011 at 3:39 am

    • ustjai

      Salam. Elok jika diperincikan amalan/perlakuan apa yg dipertikaikan. Cthnya, memasukkan rambut yg telah digunting ke dalam buah kelapa. Jika perbuatan itu dikaitkan dgn kepercayaan tertentu, sudah tentu ia adalah bid’ah/sesat. Tetapi jika sekadar adat turun temurun atau tiada sebarang kaitan dgn kepercayaan tertentu, saya tidak nampak sebarang kesalahan pada sisi syarak. WA.

      15/11/2011 at 10:55 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s