jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

WANITA FASIQ YG DARING & ISTERI SOLEHAH YG NAIF

Saya dan isteri di Prague. Moga kasih sayang kami diberkati Allah

Saya dan isteri di Prague. Moga kasih sayang kami diberkati Allah

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
10/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Belayar di alam rumahtangga, ada ketikanya membuatkan kita berada di persimpangan. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang sentiasa diuji oleh Allah untuk membezakan di antara hambaNya yang soleh dan fasiq. Syaitan pula menerpa kita dengan pelbagai godaan yang menyebabkan ramai di antara kita yang tewas. Tidak kurang juga yang tewas tetapi sentiasa bangkit kembali mencari keredhaan Allah.

2. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa wanita fasiq pandai menggoda, manakala isteri di rumah yang beriman seolah-olah tidak tahu cara memikat suami. Bagaimana mungkin kita sebagai lelaki beriman dapat mengharungi segala ombak dan badai jika sekiranya kita hanya keseorangan tanpa sebarang bantuan. Adalah tidak adil jika isteri menuntut kita sebagai suami agar tidak berlaku curang sedangkan pada masa yang sama si isteri tidak berusaha menjadikan dirinya sebagai alternatif halal kepada segala godaan jahat di luar sana yang sedang menggugat sang suami.

3. Lelaki yang beriman juga seorang manusia biasa. Apabila berada di pejabat, taman rekreasi, pasar, jalanraya hatta tempat ibadat sekalipun akan menemui segala jenis “mak nenek” godaan. Mereka akan berjumpa dengan wanita fasiq yang sangat “daring”. Bukan lelaki yang memulakan bicara tetapi mereka yang membuka kata. Bukan lelaki yang mencari tetapi wanita itu yang datang memukau.

4. Adalah sukar bagi sang suami untuk melepasi fitnah ini tanpa peranan berkesan sang isteri. Bagaimana mungkin si suami mampu menghadapi “keberanian” wanita fasiq yang datang ke pejabat pada waktu senja. Keberanian yang tidak mampu ditepis oleh sesiapa kecuali taqwanya sangat hebat kepada Allah. Keberanian wanita yang dengan sengaja tidak mengenakan butang tertentu pada baju yang dipakai. Wangian yang mengkhayalkan dari Kota Paris, selaku syurga haruman. Si wanita penggoda telah meninggalkan bau-bauan yang mampu bertahan separuh hari di pejabat sang suami. Si bidadari penggoda bercakap dengan suara yang lunak dan manja, mampu memperdengarkan degupan jantung sang suami. Kaum Hawa ini tahu bagaimana mempertahankan bentuk badan yang sangat menarik. Ditambah pula dengan pakaian yang sangat berani dan mendedahkan bahagian tertentu yang disukai oleh si suami. Kaum penggoda tahu menggunakan “penegasan”. Penegasan pada dadanya yang sengaja didedahkan, di “tegaskan”kan dengan rantai leher atau kalung yang menggantung bentuk “love” berwarna merah di tengah-tengah dadanya, suatu penegasan yang disengajakan untuk menarik mata kaum adam kepadanya.

5. Maka menderitalah sang suami dengan ujian hebat ini. Hasrat di hati untuk menjunjung sunnah Nabi SAW dengan pulang ke rumah mencari isteri yang suci bagi meredakan gelojak yang amat hebat itu. Tetapi, mampukah sang isteri untuk menandingi wanita penggoda tersebut? Si isteri yang beriman ini, hanya tahu memakai bedak wangi berharga RM5.90. Baju yang ada hanya T’Shirt putih hari sukan sekolahnya dengan hanya berkain batik yang mempunyai bau tomyam yang sedang disiapkan di dapur. Lenggangnya tidak menyamai “catwalk” wanita penggoda di luar tadi. Langsung tidak tahu dan amat naif tentang seni di kamar peraduan. Tiada tarian sehebat tarian gadis muda di Betong.

6. Maka tinggallah si suami yang beriman itu keseorangan mempertahankan imannya yang semakin goyang itu. Kepada sang isteri, kasihanilah dan bantulah suamimu.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
10/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

11 responses

  1. donnie yen

    Salam ustaz…menarik entry ni…kekadang sy pn pelik jugak…dlm norma masyarakat kita, ada pemikiran ini dlm memilih calon isteri; Cantik atau alim?? Sy tahu dan sedar ttg hadis Nabi yg menyuruh kita meletakkan agama mendahului segalanya dlm memilih calon isteri…tp kita boleh memilih untuk mencari calon isteri yg dtg dgn pakej;Cantik dan juga alim…sbb bg sy personally, kahwin ni bukan mcm makan tebu…lepas dpt air,hampas dibuang…kita kena menghadap muka yg sama insyaAllah smpai kita hembuskan nafas terakhir nnt…jd, kita x boleh semberono dlm mencari calon isteri kita…kita x boleh menafikan hakikat asal kejadian manusia yg sememangnya memandang kpd kecantikan…sbb itulah sy agak ‘choosy’ dlm memilih calon isteri dan berkahwin dlm usia yg agak lewat; 29 tahun…mungkin isteri sy x secantik isteri ustaz, tp Alhamdulillah dia cantik dlm pandangan mata sy…hahaha…

    Sebenarnya, ada 1 norma masyarakat Melayu nih yg bg sy, perlu diubah…kebanyakan kita x kira lelaki@perempuan, hanya menjaga penampilan fizikal kita sblum berkahwin…tp ‘hancus’ setelah berkahwin…mungkin kita rasa selesa apabila sudah berada dlm ‘comfort zone’..dan berfikir; ‘Takpelah…buat apa nk ensem2@cantik2 dah, aku dh ada pasangan…” Sy terigt 1 talk yg diberi oleh Dr Fadzilah Kamsah yg menyebutkan suami isteri kenalah maintain ‘tip top’ selepas berkahwin…barulah rumah tangga bahagia dan suami tak cari lain…sy bersetuju dgn statement Dr Fadzilah Kamsah tu…

    Suka sy utk memetik 1 kisah;

    Asma’ binti Kharizah Fazari r.a. di riwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu., “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meniggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

    Sy suka utk mengulas baris terakhir iaitu: ‘Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.’

    Mmg sudah tertera dlm riwayat ini yg tak kisahlah suami atau isteri, masing2 perlu menjaga penampilan fizikal agar perkahwinan kekal bahagia…bg sy, kita patut mencontohi bangsa Arab@mat salleh dlm menjaga penampilan mereka selepas berkahwin…sy mempunyai seorang kenalan dr Syria yg sudah mempunyai 5 org anak…tp isterinya kelihatan spt anak dara yg baru berusia 17 tahun…samalah juga pengalaman sy ketika mengunjungi seorg sahabat berbangsa Slovak yg tinggal di Krakow, Poland…rata-rata wanita di sana yg berusia sekitar 30an-40an masih ‘bergetah’…dan sahabat sy itu sendiri, walaupun isterinya sudah berusia 38 tahun, tp kelihatan spt anak dara yg berusia 20 tahun…dan sy ada bertanyakan ttg ini kpd sahabat sy…dia explain yg mmg sudah menjadi budaya masyarakat di sana utk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh walaupun sudah berkahwin…dan workout di gym mmg menjadi amalan masyarakat di sana x kira lelaki@perempuan…

    Dan sy rasakan, formula yg sama perlu dipakai oleh masyarakat kita…kalaupun x boleh workout di gym, berjoging pn jadilah…

    11/06/2009 at 10:12 pm

  2. Seorang Isteri

    Salam Ust

    tertarik saya dengan entry ust ni. Pertama kali sebenarnya saya sampai ke sini, terus tertarik dgn isi kandungan blog ni. Refreshing tapi rileks.

    Pasal entry ni, saya ingin nak komen. Saya terasa sebab saya umpamakan diri saya isteri yg pakai tshirt lusuh berbau tomyam itu (ok tshirt saya berbau kari sebab itu lauk kegemaran suami, tomyam bukan makanan kegemarannya). Saya dan suami agak terbuka hal-hal macam ni. Bertuah saya sebab orangnya sangat terbuka dan boleh menerima saya seadanya, at least sampai masa saya menulis, Alhamdulillah, begitulah. Harap sampai bila-bila pun masih begitu. Mungkin dia mengerti sebab hakikat kehidupan yg tak mewah, buatkan isteri tak mampu berdandan indah indah 24 jam, dengan anak-anak, kerja rumah, biz kuih muih yg saya usahakan, saya tak sempat menjaga diri sendiri, mas alebih banyak di ceruk dapur dari membelek muka dan bodi depan cermin. Kadang saya takut, sebab saya dah tak solid macam anak dara dulu, dia mungkin akan berpaling dari saya. Sebab adakala katanya, sebagai seoarang lelaki, memang tipulah katanya kalau tak kepingin wanita no 2. Nak-bak lagi terkadang tengok wanita-wanita yg sungguh menggoda sekarang. Tapi kata suami saya, kalau fikirkan nafsu saja, mmg dah “on”, tapi bila fikir dengan akal yg waras, maslaah dan tanggungjawab , tu yg jadi “off”. Mmg kalau ikuthati wanita saya, sedih.

    Sapa tak mau husband selalu nampak kita cantik-cantik. Tak mau husb terdetik dalam ahti walau sekalipun – yg isterinya selekeh, wanita A ni cantik, putih mulus pandai bergaya tak serupa isteri kat rumah etc.

    Isteri macam saya, bukan superwoman. Untuk kami hebat secara fizikal seperti perempuan lain diluar sana, kami perlukan pertolongan dari pihak suami jugak, bukan? Jadi suami-suami ni, tolong lihat dan analisa keadaan isteri kat rumah tu dulu, sebelum buat comparison.. kalau dah cukup dari semua segi, tapi isteri masih begitu, ya, itu maknanya si isteri yg perlukan pertolongan.

    Apa pun terima kasih atas peringatan, Jazakallah.

    12/06/2009 at 5:19 am

  3. Ust.

    salam kenalan dan salam ziarah kembali.
    Hal N3 ni memang biasa kita hadapi sebagai manusia mengharungi zaman fasiq ini. Sudah beberapa kali saya bertanyakan yg arif, guru2 akan hal yg sama.

    Dalam perjalanan, saya ketemu sedikit rawatan utk hati yg gelora ini. Satunya, kita kembali kepada amalan Sunnah yg teladani Nabi s.a.w dan isteri2nya. Berapa banyak pasangan yg sang suami duduk di riba isteri spt Nabi dan Aishah? Berapa ramai isteri yg membelai rambut suami spt Nabi s.a.w dan isterinya? Berapa ramai yg mandi bersama? Yang panggil pasangan2 mereka dgn panggilan2 manja. Dan yg paling penting, berapa ramai suami yg suka tengok wajah isteri semasa dia sedang tidur…. Bila hati dah terlekat pada pasangan sah masing2, maka yg tidak halal yg datang dari luar akan dirasai spt pincisan sahaja dah tidaklah spt satu ancaman…waallahualam

    12/06/2009 at 9:58 am

  4. aidina

    salam
    kelakar juga dengar suami yang tidak boleh menahan diri dari godaan peempuan cantik di luar rumah…
    Apa yang penting iman mesti kuat, banyakkan mengingati Allah dan berzikir untuk membina bentangkekuatan diri. Jangan sesekali mencari penyakit bergaul dengan wanita lain secara rapat. Ini kerana lama-kelamaan akan terbit bibit-bibit cinta yang tidak sepatutnya.
    Suami mendambakan isteri berpakaian seksi, menarik dan menggoda. Tetapi adakah si suami sedar bagaimana pula penampilan mereka di rumah, yang berkain pelikat dan baju t yang lusuh. ubat ketiak pun tak pakai apatah lagi nak sembur perfume. Bila isteri berpakaian cantik tidak pun dipandang, jauh sekali dipuji, ah…ego sang suami kadang-kadang memeningkan.
    Kebahagiaan rumah tangga banyak bergantung kepada suami. kalau suami seorang yang beriman dan bertaqwa, serta pandai mengambil hati isteri, insyaAllah isteri akan menghambakan diri kepada suami tanpa merungut sedikit pun, malahan sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya. Hati seorang wanita memang sangat sensitif. Hargailah mereka.

    12/06/2009 at 1:01 pm

  5. lina fazira

    kengkadang isteri-isteri ni bila dapat tau ‘perangai’ suami mereka kat luar mereka mula melaram balik….masalahnye bukan melaram untuk rebutkan suami balik tapi melaram untuk ‘test market’ ada tak jejaka-jejaka diluar sana yang masih akan memandang mereka atau nak keluar dengan mereka(kiranye macam balas dendam).kesian jugak dengan wanita-wanita yang masih bergelar isteri ni……dahlah tak bahagia di dunia…cuba pula menempah tempat ‘ terburuk’ di akhirat.kawan-kawan sejenis pun bukannye banyak yang nak tolong sebaliknya lagi menjahanamkan…dengan kata-kata”ko masih bergetah …..ramai lagi lelaki kat luar tu….kalau laki ko boleh keluar dengan pompuan tu ko pun keluar je dengan mana-mana lelaki…ajar sikit laki ko tu”hmmmmm…..kawan ke namanye tu….

    15/06/2009 at 7:42 pm

  6. Assalamualaikum Ustaz & salam kenal.

    Saya terpanggil utk mengulas entry ini kerana kesian kat para suami yg beristerikan wanita solehah seperti yg Ustaz gambarkan.

    Apapun, jika mahu isteri harum, si suami hadiahkanlah haruman berjenama apapun yg anda sukakan baunya. Jika mahu isteri kelihatan seksi, belikanlah pakaian yg mengiurkan utk si isteri anda. Jika mahu isteri yg manja, panggillah dengan nama yg manja utk para isteri…cthnya sayang ke…darling ke.

    Tapi, kalau isteri masih tak faham…bagitaulah kat diorang directly…katakan yg anda suka dia macam ni…macam tu…

    Bukan apa…suami kan pemimpin, so pimpinlah isteri anda sebagaimana yg anda mahu. Asalkan hanya untuk anda…bukan untuk org lain.

    16/06/2009 at 4:41 pm

  7. rupawan

    Salam untuk semua,

    Menarik entry ini …ini pertama kali saya singgah di blog ustjai ini dan saya tertarik utk terus melekat membaca entry2 yg dipost dlm ni….bnyk yg boleh saya ambil buat panduan…

    Berbalik kpd isu isteri dirumah yg kurang menarik ni…bg saya cantik dan menarik itu subjektif…terpulang kepada pasangan masing2… ada suami yg suka isterinya montok2 dan gebu…ada pula suami yg suka isteri nya kurus ala2 model kate moss pulak…tp bagi saya, yg penting komunikasi dua hala antara suami isteri…
    suami perlu sentiasa beri dorongan untuk isteri nampak cantik dan menarik…bukan semestinya haruman dari paris yg berharga ratusan RM…yg penting sentiasa harum (kan ade one drop perfum yg murah….?? ahaks)…bukan semestinya baju tidur satin yg berharga ratusan malah ribuan RM…(pakai boxer n singlet pun dah seksi aper…)
    yg penting nawaitu dan niat si isteri..berdandan dan bersiap utk menggembirakan si suami…

    Suami pula, jgn asyik mengharapkan isteri yg cantik…suami pon perlu jaga penampilan…bukan utk menggoda wanita lain diluar sana..tp utk tatapan si isteri yang menanti dirumah…
    berpakaian kemas…sentiasa berbau harum…bersih…dan jgn lupa utk menjaga kesihatan…jgn lokek untuk memuji dan menghargai isteri…berterima kasih dengan segala pengorbanan si isteri membantu urusan rumah tangga…insya Allah…semoga Allah swt memberkati rumahtangga yang dibina…

    30/06/2009 at 12:04 pm

  8. e.k.

    assalammualaikum, agree with nurie, kalau nak isteri cantik hantar lah sesekali ke spa ke, wat facial ke, wat make over ke….then belikan la something yang husband suka untuk isteri…..and as a return isteri pun kenalah faham kehendak suami….tapi kenalah sesuai dengan ekonomi keluarga, kalau mampu, ok….tapi kalau tak, cukuplah dengan apa yang ada…..jgnlah suami complain banyak2 sebab dia tak mampu menandingi godaan di luar dengan gaya2 yg penuh materialistik tu…..suami pun jgn lupa bergaya kat rumah untuk isteri…..hehehehhe….sesekali amik masa untuk berdua….

    22/11/2009 at 5:52 pm

  9. petite_risy

    Assalamualaikum….

    Teringin nak bagi pendapat bg entry ni…

    Berkenaan dgn suami yg terpaksa menahan godaan perempuan di luar tu, jgn lah bandingkan dgn isteri anda yg ada kat rumah tu….

    Perempuan seksi, menggoda yg berbau harum dan bermekap tebal tu semua hanya luaran sahaja….isteri anda pon bleh jadi mcm tu jugak tp mestilah dgn sokongan si suami2…Perempuan2 cantik kat luar sana tu mungkin xde tanggungan atau tanggungjawab2 lain spt melayan anak2, memasak, mengemas rumah dan sebagainya…Sebab tu la boleh berdandan sakan…

    Klu nak isteri cantik dan seksi sentiasa spt perempuan2 tu, haa sediakanlah org gaji atau pembantu utk isteri anda itu….ada lah masa utk isteri2bersolek dan berdandan sentiasa….begitu jugalah dgn bau2-an dan baju2 seksi, si suami lah yg perlu bg sokongan pd si isteri dgn membeli benda2 tu semua pada si isteri…

    kdg2 bukan isteri xnak tp isteri lebih memikirkan keperluan yg lagi penting dr brg2 tersebut spt utk pelajaran anak2, keperluan anak2, perubatan, dan mcm2 lg…

    Suami2 jgn lah asyik bandingkan isteri dgn perempuan mengoda kat luar tu…fikirkanlah ttg pengorbanan isteri anda itu…Klu lah isteri2 duduk rumah goyang kaki je tentulah isteri2 ni pn boleh bergaya, bersolek dan berbau wangi 24 jam…tp nnt suami2 plak yg mengeluh sbb keje rumah sume x jalan, anak2 ntah ke mana, siang malam beli mknn kat luar je….

    Ha mcm mana,….boleh kah suami2 hidup mcm tu?

    Jadi fikirlah dulu peranan, tanggungjawab dan pengorbanan isteri anda sblom membandingkan dia dgn perempuan2 cantik bergaya, mengoda kat luar sana tu…Bukan isteri anda x boleh jadi spt mereka tp nnt suami2 makan hati pulak…rumah tunggang langgang x berkemas, anak2 ntah ke mana…so mcm mana? Lu pikir la sendiri…hehehehe

    Sekian…

    04/10/2011 at 5:27 am

  10. perkongsian yang menarik

    15/11/2011 at 3:53 pm

  11. Wan

    Assalamualaikum,

    saya setuju dengan pendapat petite_risy ni. Saya sebagai lelaki memang tidak dapat dinafikan suka memandang sesuatu cantik. Saya dah berkahwin ada punyai anak 3 orang. Isteri Saya suri rumah. Dalam opis saya toksah critalah punyalah ramai anak dara yang cun melecun, cuma di hati ini tak terlintas nak tackle diaorang ke or something else. Just sebagai seorang ketua, sungguh jarang berbicara dgn mereka kecuali kalau terserempak kat pantry ke, or kat tempat makan ke..Cuma diaorang pandai dressing. Kalau terlalu menggoda sgt tu, eloklah di elakkan..pandanglah ke tempat lain…Jadinya pandanglah yg halal iaitu isteri…
    Saya nak juga isteri saya kelihatan cantik, so saya buatlah satu jadual untuk nya seperti pergi spa, facial setiap hari sabtu. Pada hari tu saya akan jaga anak-anak saya di rumah. Tak jauh pun tempat tu dari rumah. Lagi pun saya yang duk anta dan ambik dia lepas spa or facial…Nak isteri cantik kan….kenalah korban sikit…belilah pakaian yg seksi seksi untuk waktu malam…especially ketika di bilik tido…saya pesan juga pada isteri, kalau nak tido pakailah yang menarik perhatian saya macam lingerie ke….minyak wangi, makeup lah sikit, pakai gincu pun dan cun bagi saya…tapi nak lebih lebih pun lagi bagus…alhamdullillah isteri ikut cakap saya….katanya ia khas untuk abg sahaja…saya jawap…teruskan usaha anda…hahaha…kenalah gurau sikit…
    Sebagai suami, sebenarnya byk perkara lain yang perlu diberi perhatian terutamanya pengurusan rumah tangga…sifat sabar sgtlah penting dalam melayan kerenah isteri dan anak anak…

    18/11/2011 at 7:04 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s