jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

MENELADANI TUN RAZAK & DATUK MUSTAPA MOHAMED

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
07/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Pemimpin, saya umpamakan seperti dahan di mana rakyat bergantung kepadanya. Jikalau dahan tersebut reput maka jatuh dan terhempaslah sesiapa jua yang berpegang kepadanya, tetapi, jika dahan itu kuat, maka selamatlah sesiapa yang berpaut padanya.

Saya teringat kepada dua orang pemimpin, seorang telah pun menemui Allah SWT di alam barzakh, manakala seorang lagi masih lagi hidup di dunia yang sementara ini. Mereka berdua tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Abdul Razak dan Datuk Mustapa Mohamed.

Tun Abdul Razak ialah bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang iaitu Datuk Seri Najib Razak. Walaupun saya tidak sempat merasai kemakmuran negara di era pemerintahan Tun Abdul Razak tetapi legasi beliau sangat masyhur dan sentiasa bermain di bibir rakyat dan sesiapa jua yang saya temui yang pernah merasai nikmat pemerintahan di era beliau.

Pada zaman beliau, parti pembangkang yang sememangnya “garang”, tiba-tiba menjadi lunak dan sanggup bernaung dan seterusnya bergabung dengan Barisan Nasional (Perikatan). Di bawah kepimpinan beliau, negara dibangunkan, sehinggakan beberapa tempat termasuk bandar di negara ini diberikan nama beliau. Apabila negara ini mengalami peristiwa hitam 13 Mei 1969, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengubati segala “luka” yang telah berlaku seterusnya mengemudi negara ini ke arah keamanan. Tetapi, taqdir Allah mengatasi segalanya, dalam keadaan rakyat di negara ini belum puas menikmati nikmat kepimpinan beliau, Allah SWT terlebih dahulu “memanggilnya” pergi menemui-Nya di alam barzakh.

Datuk Mustapa Mohamed, ahli parlimen kawasan Jeli, Kelantan dan juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), adalah seorang pemimpin yang sangat disegani oleh kawan dan lawan dan saya berani mengatakan bahawa beliau mempunyai potensi menjadi “Tun Razak Kedua”.

Beliau mendapat undi tertinggi dalam pertandingan peringkat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, terkenal sebagai seorang yang “bersih” sangat sukar untuk dikaitkan dengan sebarang gejala poltik wang, berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka menyebabkan kita dapat melihat betapa lesunya bendera-bendera Pakatan Rakyat untuk berkibar di kawasan parlimen Jeli!!

Saya sendiri pernah hadir ke rumah beliau untuk berhariraya, dan sebagai tuan rumah beliau datang ke setiap meja makan termasuk meja di mana saya berada , saya berkesempatan melihat dengan dekat bagaimana “humble”nya seorang pemimpin yang sangat terkenal dengan panggilan To’ Pa ini. Ucapan beliau di mana-mana tidak pernah atau sukar untuk kita mendengar ucapan-ucapan mengutuk atau mencaci sebagaimana amalan biasa ahli politik, malah sebaliknya, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau adalah perkataan yang sangat teratur dan berhati-hati. Justeru itulah, mungkin, ketika PRU 2008 baru-baru ini kita dapat menyaksikan jumlah pengundi yang mengundi BN di peringkat parlimen Jeli adalah amat berbeza dengan jumlah yang diperolehi oleh BN di peringkat DUN dalam parlimen Jeli. Ini menjadi bukti bahawa ramai pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat di peringkat DUN tetapi untuk Parlimen Jeli mereka memberikan undi mereka kepada To’ Pa!!! Bukankah keajaiban politik seperti ini yang kita mahu, sama ada kita berada di pihak BN atau PR, suatu keadaan di mana pihak lawan juga gembira dengan kemenangan kita?

Berdasarkan pengamatan saya, jika kita dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang memiliki peribadi seperti Almarhum Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed, saya amat yakin bahawa negara ini akan melihat suatu suasana politik baru yang akan menjadikan parti politik pembangkang menjadi “malu-alah” .

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
07/06/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

23 responses

  1. dato K t.gp

    lepas ni mesti ada la yang berpendapat / reply…
    ….”oooo..rupanya ustadjai ni orang Umno….” patut la tulisan-tulisan dia dalam blog ni pun banyak kontraversi…orang Umno rupanya, tak heran la dia tulis macam-macam tu……betoi tak ustad??

    07/06/2009 at 12:55 pm

    • ustjai

      dato K, org kita ni, kalau kita setuju dgn kerajaan, dia kata kita UMNO atau pengampu kerajaan. Kalau kita tak setuju dgn kerajaan, dia kata kita ni pembangkang… susah laa mcm ni

      08/06/2009 at 1:10 am

  2. Betul macam dato K tulis. Namun dato K, ingatlah – kita tak boleh salahkan orang kalau orang kata ustaz adalah orang UMNO. Sebab tulisan ustaz di sini semacam mengundang kontroversi, semacam disengajakan. Lihat saja artikel yang lain tajuk dan isinya. Barangkali itulah yang diharapkan oleh ustaz, respon-respon kontroversi terhadap penulisan ini.

    Saya tidak pernah kenal personal Dato Pa. Tetapi saya boleh akur dan tidak keberatan dengan kisah yang diceritakan dengan budi dan peribadinya apatah lagi jika benarlah apa yang ditulis ustaz. Tetapi kita tanya ustaz, sejauh manakah budi dan peribadinya itu dapat membantu menegakkan perjuangan Islam di bumi Malaysia ini. Sekurang-kurangnya biarlah kita jelas dengan corak pemikirannya. Sebagaimana saya kagum dengan Dr. Mahathir tetapi tidaklah sampai mahu menulis begini :

    “Berdasarkan pengamatan saya, jika kita dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang memiliki peribadi seperti Almarhum Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed, saya amat yakin bahawa negara ini akan melihat suatu suasana politik baru yang akan menjadikan parti politik pembangkang menjadi “malu-alah” .

    Kenyataan inilah sebenarnya yang mengundang kontroversi. Untuk menyingkap kebesaran tokoh pembesar negara tidaklah perlu pula untuk melukakan pembangkang dan penyokongnya. Sebagai seorang yang berjiwa dan berfikrah Islam yang mahu dilahirkan pastilah bukan sekadar pemimpin yang memiliki peribadi yang tinggi tetapi tinggi berdasarkan akhlak Islamiah.

    Bak kata pepatah, “Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang.”

    08/06/2009 at 12:18 pm

  3. Roslini

    Saya setuju dengan Abuyon.. Kita perlu menilai budi pekerti seorang pemimpin dari perspektif dan akhlak Islamiah. Mungkin Tun Razak dan Dato’ Pa adalah contoh yang terbaik di dalam UMNO tapi parti pembangkang pada masa kini tetap tidak kalah dengan adanya insan seperti Tn Guru Nik Aziz yang disegani kawan dan lawan

    08/06/2009 at 8:33 pm

  4. Pemimpin yang benar ialah yang menunjukkan jalan ke akhirat. Bukan sekadar umpama dahan tempat berpaut.

    09/06/2009 at 8:08 am

  5. GER

    ustad Jai bukan pembangkang tapi cuma mau cari makan… ke guane ustak?

    09/06/2009 at 8:14 am

  6. lina fazira

    setiap orang ada pendapat masing-masing…pendapat saya pulak blog ni tak delah mengundang kontroversi sangat pun….sebaliknya membuatkan saya menjadi seorang yang pemikir dan pengkaji disamping mendapat ilmu dari uztaz dan juga pengunjung-pengunjung blog ni.

    09/06/2009 at 12:19 pm

  7. donnie yen

    Saya setuju dgn apa yg cik lina fazira ckapkan..xdelaa kontroversi mane pon blog ustaz nih…byk lg blog kontroversi yg sy penah baca…sy rasa masalahnye dkat encik Abuyon nih…ade masalah ke ngan ustaz cik Abuyon??sy dh follow blog ustaz lama dah..dan saya slalu baca komen2 org…mmg kebanyakan entry ustaz nih di’bashing’ oleh abuyon nih…mayb cik abuyon nih ada masalah peribadi ngan ustaz…hampir semua yg ustaz tuliskan salah(bg cik abuyon laa)…dr pola pemikiran cik abuyon nih, org bodoh pon boleh agak yg cik abuyon nih sokong belah mane…ohhh yee..dh name pon pembangkang kan??mmg keja nya membangkang je laa…kpd ustaz, teruskan usaha…kekadang xsah layan sgt org2 yg suke sgt membangkang nih…diorg komen dkat blog org boleh laa…tp kalau nk tules entry dkat blog sendirik, ternganga jugak…

    “Untuk menyingkap kebesaran tokoh pembesar negara tidaklah perlu pula untuk melukakan pembangkang dan penyokongnya.”

    Saya suka dgn ayat cik abuyon nih…tp kalau pikir in the otherside, sy rasa lebih byk kelukaan yg dilakukan oleh puak pembangkang kpd penyokong kerajaan dlm membesarkan pemimpin2 mereka…ye x??

    10/06/2009 at 12:42 am

    • Salam semua. Saya setuju, blog ini tak ada la kontroversi sangat. Tapi pun begitu, pada saya ada juga satu dua entry ustaz yang kontroversi. Orait.. bila pada pandangan saya ada entry yang kontroversi, maka kita berminatlah memberikan komentar (ada masalah ke saudara Donnie, sebab macam yang saudara sebut, ada kontroversi, barulah menarik.

      Ini komen saudara dalam entry Tak Haram Salam Perempuan :
      “tajuk yg kontroversi mmg penting dlm sesetengah perkara utk menarik minat org membaca dan terus membaca pola pemikiran kita…bg sy, x salah gunakan tajuk yg kontroversi asalkan ada justifikasi yg betul2 kuat dlm menyokong pandangan kita…”

      Ini komen saudara yang bercanggah pula di sini :
      “Saya setuju dgn apa yg cik lina fazira ckapkan..xdelaa kontroversi mane pon blog ustaz nih…”

      Itu sudah menunjukkan siapa saudara. Sebelah sana cakap Ok. Sebelah sini cakap tak OK.

      Saya tak masalah peribadi pun dengan ustaz (apahal pula nak berperibadi dengan ustaz), cuma ada masalah dengan pandangan beliau dalam satu dua entry sahaja. Bukan kebanyakan entry saya komen sebagaimana yang saudara fitnahkan terhadap saya ya. Untuk saudara Donnie, katakan tidak kepada fitnah. Ingat ya, fitnah itu lebih besar dari membunuh.

      “mmg kebanyakan entry ustaz nih di’bashing’ oleh abuyon nih…mayb cik abuyon nih ada masalah peribadi ngan ustaz”

      Saudara Donnie, siapa pula yang membangkang di sini dan nak bangkang apa ni. Alahai saudara Donnie. Come on man, saya hanya respon pada pandangan ustaz, baca baik-baik komen saya.

      11/06/2009 at 6:25 am

      • ustjai

        abuyon, fitnah lebih besar dari membunuh tu, ambik kat mana? Kalau ayat Quran, fitnah di situ bukan dgn makna defamation. Cuba check.

        11/06/2009 at 4:32 pm

  8. zack

    Mana ada pemimpin yg perfect? both pemerintah n pembangkang. Tun Razak ke, Tok guru Nik Aziz ke…sapa ke. Kita yg manusia bernama rakyat ni pandai2 lah sedut yg baik dan tinggal yg tak baik, someday..kita plak yg memimpin.

    As individuals we are nothing and weak, but as a jemaah, we can change the world around us. We all need each other lah braders, thats why Allah put we all on this globe, not to measure each other but to live together le…regardless of what flag we carry.

    10/06/2009 at 5:50 pm

  9. donnie yen

    Saya amat bersetuju dgn pandangan saudara zack

    10/06/2009 at 7:32 pm

  10. Salam Zack. Yup dah betul, setuju. Kalau saudara zack refer pada komen saya, tak ada pula saya sebut nama-nama sesiapa. Sebab saya tahu kalau tulis, nanti dikata pembangkang oleh orang yang tak baca betul-betul. Tak tulis dah kata, lagilah kalau tulis. (Dan memang betullah sangkaan saya tu). Barangkali saudara zack refer pada komen Roslini ya.

    Pun begitu, bagi orang yang tak tahu saya suka memberitahu, komen saya mula-mula di atas kerana saya kenal peribadi ustaz Jai senior saya, sebagai seorang pejuang Islam. Sebab itulah komen itu ditulis.

    Saya tak rasa ustaz berubah arah ke apa cuma macam saya tulislah :

    Sebagaimana saya kagum dengan Dr. Mahathir tetapi tidaklah sampai mahu menulis begini :

    “Berdasarkan pengamatan saya, jika kita dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang memiliki peribadi seperti Almarhum Tun Razak dan Datuk Mustapa Mohamed, saya amat yakin bahawa negara ini akan melihat suatu suasana politik baru yang akan menjadikan parti politik pembangkang menjadi “malu-alah” .

    Itu sahaja. Cuma bagi yang faham Bahasa Melayu, apabila ustaz menulis, “saya amat yakin bahawa negara ini akan melihat suatu suasana politik baru yang akan menjadikan parti politik pembangkang menjadi “malu-alah” dapatlah kita ambil faham, kalau dulu beliau pembangkang, bermakna beliau adalah pencadang. Kalau dulu beliau pencadang, bermakna beliau telah bermuka kepada kami di SMSD. (Maaf ustaz atas kenyataan ini sebab ada setengah orang tak faham apa dan kenapa). Tetapi kalau dulu dan sekarang beliau tidak berubah-ubah, hanya yang khilaf adalah cara penulisan beliau, itu sahaja.

    Bagaimanapun, kenyataan ini menyakitkan kepada sesiapa yang kenal ustaz semasa di SMSD, bukan kenal semasa kuliah di Penang atau mana-mana. Kalau tidak di SMSD pun, menyakitkan kepada yang berjuang dan pejuang-pejuang.

    Dan untuk info saudara Donnie, kami (saya + ustaz) ada yahoogroups ya, kita ex-semesdians ada email group, jadi di sana banyak lagi pandangan-pandangan junior + senior ustaz. Kalau saudara ex-semesdian, silakan daftar di sana.

    Oklah, saya tidak mahu sebut lagi tentang senior ke junior ke. Saya hanya mahu respon di sini secara ilmiah biarpun kadang-kadang nampak emosi (itu biasa kalau anda selalu berhujah).

    Dan kita hormat ustaz sebagai ustaz yang sekarang. Kita komen pun kerana meraikan ustaz sebagai senior, dan blog ini sokmo dipromote ustaz dalam email kami.

    Tetapi untuk seorang murid berbeza pandangan dengan gurunya, itu adalah biasa. Sesekali kita berlembut, sesekali kita berkeras. Ingat pesanan ini wahai saudara Donnie.

    11/06/2009 at 7:04 am

  11. Salam ustaz

    Ustaz reply :
    “abuyon, fitnah lebih besar dari membunuh tu, ambik kat mana? Kalau ayat Quran, fitnah di situ bukan dgn makna defamation. Cuba check.”

    Ustaz, kalau saya salah quote ayat Quran tersebut, mohon maaflah ustaz barangkali lebih arif. Tetapi itu bukan isunya ya ustaz. Cuba ustaz baca komen saya dan baca komen Donnie Yen. You should say something to him, sebab cuba buat fitnah kepada saya. Tak dipanggil fitnah ke begitu. Nak saya senaraikan ke apa yang saudara Donnie tulis.

    Jangan alihkan isu ya ustaz. Kalau mahu, ustaz responlah komen saya yang belum diulas atau dijawab.

    Malanglah ustaz cuba dibantu dan dibela orang seseorang yang penuh emosi. Ustaz yang barangkali bukan pro-kerajaan boleh disalahtafsir sebagai pro-kerajaan.

    Saya ada masalah peribadi ke dengan ustaz. Tak ada. Ustaz? ada masalah peribadi ke dengan saya, tak ada rasanya.

    11/06/2009 at 5:14 pm

  12. donnie yen

    At 1st, sy minta maaf byk2 kpd encik Abuyon kalau dah membuat encik Abuyon resah sehari dua ini…oh ya, sy ada teguran kpd encik Abuyon pasal fitnah tu…mmg betul fitnah itu 1 dosa besar…tp ayat yg diberi oleh saudara itu bukan ayat yg menjustifikasikan dosa fitnah@defamation itu sendiri…

    ‘Wal fitnatu ashaddu minal qat`l…’
    (Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh) -Al Baqarah;191

    Kalau saudara telusuri kesuluruhan teks Quran, perkataan ‘fitnah’ itu sendiri byk digunakan dlm beberapa surah lain yg menggambarkan maksud spt syirik,maksiat,ujian,bala,kerosakan dsb…dan konotasi ‘fitnah’ dlm ayat di atas bermaksud ‘syirik’…bukan fitnah@defamation dlm erti kata perkataan yg lazimnya difahami oleh kebanyakan dari kita sebelum ini…maka lihatlah maksud ‘fitnah’ ini dari tafsiran para ulama`..bukanlah dr aspek ‘literal’ semata-mata…inilah kesilapan yg byk dilakukan hatta ustaz@ustazah yg muncul di kaca TV…

    Ada sebabnya kenapa sy ckap yg ustaz jai ini seorng yg ‘cool’…kalau saudara ada mendalami ilmu psikologi, ada 1 ayat yg menyebut ‘Response constitutes emotion’…yg bermaksud, kita boleh menilai sejauh mana tahap emosi seseorng itu dari kualiti respon yg diberi oleh org itu…sy lihat, ustaz x mudah melenting bila diasak dgn certain comment yg agak ‘nakal’ spt komen saudara GER di atas ini…sy ada juga buka blog ustaz2 lain yg adakalanya sy tgok sgt emosi kalau pendapat mereka ditolak oleh pembaca…komen yg mempertikai 1 sahaja, tp dibalas 3 oleh ustaz2 terbabit..mcm encik Abuyon ni laa…komen sy yg menghentam encik adalaa dlm 2-3 saja, tp dibalas 4-5 oleh encik…mcm keadaan ustaz sendiri yg dimana pandangan2 nya dihormati oleh ramai org, bukannya 1 keadaan yg mudah utk mengekalkan ‘state of emotion’ bila pandangannya dihentam sana sini…tp sy dapati ustaz masih dpt mengawal ketenangan emosinya dlm reply2 beliau…kpd encik Abuyon, sy ada 1 nasihat kpd encik…jikalau encik benar2 ingin tahu pandangan ustaz jai ttg persoalan encik yg masih belum terjawab, apakata encik hanya ym@thru msn messenger kpd ustaz…dan encik cakap yg ustaz jai ni senior encik tym di SMSD dulu…apakata encik call terus kpd ustaz tnya…ada sesetengah perkara yg amat sukar utk diexplain dlm ruang blog yg sesingkat ini…mudah bukan?

    Mungkin sy x mengenali ustaz spt encik Abuyon mengenali ustaz…tp bukan sekali dua sy mengikuti kuliah ustaz jai ketika berkhidmat di Hospital Kepala Batas, Seberang Perai dulu…tp byk kali…dan sy sendiri x kisah apa pendirian politik ustaz jai…encik Abuyon juga perlu sedar…zaman 20 tahun dulu mungkin merubah org…mungkin ketika usia 15-17 tahun, darah masih panas ketika itu..jd mudah terbawa-bawa oleh emosi…kalaupun manhaj politik ustaz jai telah berubah, apa masalahnya?Ustaz masih beragama Islam dan berbangsa Melayu…dan perjuangannya masih ke arah memartabatkan agama Islam…politik itu hanyalah alat, dan Islam adalah matlamat…sy tidak tahu bagaimana bi’ah saudara dlm menentukan perspektif politik saudara…terus-terang cakap, sy nih berpahaman PAS dan dibesarkan di Pokok Sena, Kedah(kawasan YB Mahfuz Omar) yg merupakan kubu kuat PAS di Kedah…dan Muasasah Pokok Sena itu sendiri merupakan tempat permainan dan pengajian sy dan rakan2 sejak kecil…tp itu x bermaksud sy redha 100% dgn PAS…sy paling anti sikap penceramah2 atau ustaz2 yg suka sgt memaki dan menjatuhkan maruah org lain dlm berceramah…tp kami di Pokok Sena dulu diajar juga utk menerima kelebihan sek2 UMNO…agar kami tidak taksub dgn perjuangan PAS semata-mata…ramai juga sahabat karib sy berfahaman UMNO dan ada juga yg giat berpolitik..tp tiada masalah utk kami bersahabat…sbb itulah kalau encik Abuyon sedar, kerajaan PAS Kedah lah yg merupakan kerajaan PR yg paling stabil berbanding Penang,Perak dan Selangor…mmg jarang kedengaran isu2 dominan yg melibatkan kecelaruan politik berbanding 3 negeri itu…sbb itulah, sy personally lngsung tdk terasa hati dgn statement ustaz jai yg mengangkat Tun Abd Razak dan Dato Mustapha Mohammad..sbb bg sy, dlm UMNO pn, ada juga tokoh2 yg berkredibiliti dan ikhlas…sy cukup mengenali Dato Mukhriz Mahathir(Ahli parlimen Jerlun) dan amat menghormati beliau…beliau amat ‘humble’ dan bersederhana dlm pergaulannya…

    Sy bukan ex-SMSD…sy budak SDAR(batch 87-91)…kpd ustaz jai, teruskan menulis demi Islam…dan kpd encik Abuyon, sy rasa kita lebih kurang sebaya…dan sy minta maaf byk2 andai membuat saudara terguris hati…ini hanya pandangan peribadi sy…mungkin hari ini kita spt ‘bermusuh’, tp siapa tahu in future kita boleh menjadi sahabat yg berdakwah demi Islam…insyaAllah

    11/06/2009 at 8:30 pm

  13. Ok saudara Donnie, salam dulu ya. Tergelak pula saya membaca komen saudara yang ini.

    Pertama, saya tak rasa seperti dihentam. Ini saya dah tulis sebelum ini. Kenyataan saudara Donnie saya dah reply semua. Fair and square. Tak ada la pula 1 balas 3, baca betul-betul ya. Dan lagi, saya sangat lapang pada minggu ini dan next 2 weeks. Tak ada masalah waktu, lagi terisi dengan membalas respon saudara.

    Ke-2: Respon pada kenyataan saya tentang fitnah itu lagi lucu. Saya dah la tak sangka demikian respon ustaz. Saudara pula meniti pada patah perkataan ustaz sedangkan saya sudah memberitahu ustaz, thats not the point. Seolah-olah macam ustaz Jai la pula yang jawab ni. Jawab macam ala-ala orang politik.

    Ke-3 : The point is saudara menulis tentang saya sesuatu yang bohong dan fitnah (whatever apa dia punya makna). Kalau saudara jujur, minta maaf saja dengan saya. Saya katakan bohong dan fitnah kerana apa yang saudara tulis tentang apa yang saya buat atau tulis sama sekali tidak benar. Itu dikira apa dalam ajaran Islam. Jadi, don’t play around dengan perkataannya, yang terpakai dan utama isinya.

    Lagi saudara, saya tak sentuh isu-isu parti dan politik di sini ya. Mohon baca semula la komen-komen saya. Dan kalau betul ikhlas nak minta maaf, perbetulkan semula kenyataan saudara tu. Nak saya senaraikan ke satu per satu apa yang saya kata bohong dan fitnah.

    Ke-4 : Yo bro, saya pun tak kisah apa pendirian politik beliau sekarang sebagaimana saya pun tak kisah apa pendirian politik saudara. Tak ada pun saya kecoh cerita asal usul saya, besar bagaimana, politik apa. Saya dah beritahu kenapa dan sebab apa saya komen entry beliau : Meneladani Tun Razak dan Dato Pa. Baca betul-betul. Dan respon saudara terhadap komen saya menyebabkan beliau sebenarnya disalah tafsir pro-kerajaan. Jangan berkecil hati kalau saya kata saudaralah antara sebabnya. Baca semula komen sendiri ya.

    ke-5 : Tentang cool. Apa kata saudara baca semula respon ustaz terhadap komen saya. Adakah beliau cool (benar-benar mahu menjawab) atau cool (defensif secara dingin). Beliau tidak menjawab pun masalah yang dikemukakan saya kalau saudara betul-betul membaca respon saya. Misalnya, apa hukum bersentuh kulit lelaki + perempuan.

    ke-6 : Saya pernah komen secara kritikal blog seorang ustaz. Dan beliau membalas komen@kritikan tersebut secara pro dan sewajarnya, bukan mengambil sikap lempar batu, sembunyi tangan. Nyatanya, ustaz ini bersedia bertanggungjawab atas setiap apa yang beliau kemukakan. Barulah blogger namanya. Saudara pun tak tolong ustaz dengan menjawab mana-mana respon saya secara ilmiah, secara emosi ada. Ini macam orang tua dulu-dulu kata, sokong membawa rebah.

    ke-7 : Saya dah beritahu ya. Kami ada emel groups. Di sana pun saya ada respon, di sini pun saya respon. Jadi, tak ada masalah. Saudara Donnie la yang patut emel saya, sebab pada perenggan akhir kata ini pandangan peribadi. Ke guane?

    Jadi, pesan saya kepada saudara dan ustaz. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kepada saudara, sebelum nak respon komen saya atau orang lain, baca betul-betul dengan mata kepala dan mata hati. No heart feeling, really. Moga-moga Allah merahmati.

    P/s : 1. Saya pun dah tulis 2 kali yang saya pun kagum Tun Mahathir, tak ada masalah pun.

    2. Kalau ada blog, bagilah link saudara. Biar saya baca dan nilai pula dengan saksama. Adapun blog saya, saudara dah bacakan. Harap baca dengan saksama ya.

    11/06/2009 at 11:42 pm

  14. O ya tak perlu berencik-encik dengan saya. Just abuyon, ok. Dan komen ini tak dikira sebagai komen ya. Just terlupa nak tulis tadi.

    11/06/2009 at 11:51 pm

  15. donnie yen

    Salam Abuyon…

    sy rasa x perlu lah kot nk extent perkara ni…kalau saudara betul2 x marah, xdelah saudara komen pjg berjela spt ini semata-mata utk defend diri
    saudara…dlm comment sy sebelum ini pn, 2 x sy mintak maaf dkat saudara…di awal dan di akhir comment…saudara x perasankah?

    1)Berkenaan soal fitnah itu, sy dh tahu ttg ‘misconception’ ayat surah Al-Baqarah tu dah lama dah…ustaz jai bukan org 1st cakap psal ni…kalau saudara pernah mengikuti kuliah ustaz asri sewaktu beliau masih menjadi mufti Perlis, berulang-ulang kali beliau menyebut psal nih dlm kuliah2 beliau(sy selalu follow kuliah beliau di Masjid Negeri Perlis tym bercuti di Pokok Sena)…dan x perlulah kot sy listkan surah2 lain yg mengandungi perkataan ‘fitnah’ ini sbb bukan itu yg didebatkan di sini…

    2) ‘Dan respon saudara terhadap komen saya menyebabkan beliau sebenarnya disalah tafsir pro-kerajaan. Jangan berkecil hati kalau saya kata saudaralah antara sebabnya. Baca semula komen sendiri ya.’

    Kalau saudara cakap sy fitnah saudara, ayat di atas pn membuktikan yg saudara turut memfitnah sy…sila saudara baca balik komen saudara pd 8/6/09 12.18 pm…antaranya:

    ‘Betul macam dato K tulis. Namun dato K, ingatlah – kita tak boleh salahkan orang kalau orang kata ustaz adalah orang UMNO. Sebab tulisan ustaz di sini semacam mengundang kontroversi, semacam disengajakan. Lihat saja artikel yang lain tajuk dan isinya…’ dan meletakkan peribahasa ‘Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’

    Padahal sy mula menghantar comment di blog ustaz jai pd 10/6/09 12.42 am…iaitu selepas comment yg dipost saudara itu…so sekarang, siapa yg mula2 memberi respon yg menyebabkan ustaz disalah tafsir sbgai pro kerajaan??? Itu saudara fikir dan jawab sendiri…bg sy, saudara juga kena baca dgn mata kepala dan mata hati…

    3) Sy tiada masalah dgn dalil2 dan hujah2 yg saudara keluarkan utk menyokong pandangan saudara ttg hukum bersalam dgn bukan mahram itu…sbb itu pandangan saudara…dan saya tiada masalah juga dgn pandangan ustaz jai ttg isu itu…masing2 ada penilaian masing2…tp yg sy tegur adalah sikap saudara dlm memberi komen…mcm sy tulis dlm komen di atas, kalau saudara betul2 ingin tahu persoalan yg masih x dijawab ustaz, saudara x patut tunggu sahaja jawapan itu ditaip oleh ustaz di ruangan comment ini…mungkin beliau x selesa utk ulas dgn pjg lebar sambil menaip…senang cerita, call sahaja beliau…sy pasti ustaz akan bersedia membantu saudara…xkan masalah semudah itu pn perlu sy tjukkan jalan keluar?

    Dan sekali lg, kalau saudara hadap juga dgn permintaan maaf, sy mintak maaf sekali lg…moga Allah merahmati saudara juga.

    12/06/2009 at 12:39 am

    • Salam saudara Donnie. Orait … tak ada masalah kalau saudara hendak bersalam sebab saya tak bergaduh pun dengan saudara. Lebih-lebih lagi tak anggap pun saudara musuh atau seperti musuh.

      Maaf ya kalau komen saya panjang. Panjang komen saya sebab untuk menerangkan. Itu perlu agar sesiapa yang baca terutamanya saudara faham dan sedar perkataan saya dan perkataan sendiri (Lihat komen saudara, panjang juga).

      Hmm .. atas isu no. 2 yang saudara tulis, lihatlah saudara, saya terpaksa pula menulis panjang sebab saudara tidak berhati-hati semasa menulis. Terpaksa saya jawab sebab atas nama fitnah ia ditulis.

      Tulis saya :
      ‘Betul macam dato K tulis. Namun dato K, ingatlah – kita tak boleh salahkan orang kalau orang kata ustaz adalah orang UMNO. Sebab tulisan ustaz di sini semacam mengundang kontroversi, semacam disengajakan. Lihat saja artikel yang lain tajuk dan isinya’

      Saudara tulis :
      Padahal sy mula menghantar comment di blog ustaz jai pd 10/6/09 12.42 am…iaitu selepas comment yg dipost saudara itu…so sekarang, siapa yg mula2 memberi respon yg menyebabkan ustaz disalah tafsir sbgai pro kerajaan???

      Bezakan ya: saya tulis, orang UMNO. Saudara tulis : pro-kerajaan. Dan saya tak fitnah beliau ya, bahkan saya hanya menegur bahawa tulisannya itu boleh disalahtafsir. Dato K sendiri pun awal-awal lagi dah mengakui bahawa tulisan ustaz tersebut akan disalahtafsir, bukan pro-kerajaan tetapi orang UMNO.

      Dato K tulis :
      lepas ni mesti ada la yang berpendapat / reply…
      ….”oooo..rupanya ustadjai ni orang Umno….” patut la tulisan-tulisan dia dalam blog ni pun banyak kontraversi…orang Umno rupanya, tak heran la dia tulis macam-macam tu……betoi tak ustad??

      Saya hanya respon kepada dato K yang menulis demikian. Lihat saudara, kenyataan saya bersandar, bukan saja nak tulis. Pun begitu, saya dah beritahu sebab, mengapa ustaz akan dilabel begitu …

      Tulis saya :
      Sebab tulisan ustaz di sini semacam mengundang kontroversi, semacam disengajakan.

      Jadi, saya menulis untuk memberitahu agar ustaz, alert dan berhati-hati sewaktu melontarkan pandangan. Ustaz adalah public figure sekarang. Jadi, pandangannya dibaca dan diikuti. Justeru, saya menegurnya sebagai rakan dan seorang ex-semesdian ya.

      Adapun peribahasa itu ‘Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’ adalah mesej saya kepada ustaz. Sebab itulah saya tak tanya direct. Itu hanya untuk ustaz, bukan saudara. Kalau ustaz nak persoal dan perbetulkan saya, dia boleh emelkan dalam emel grup kami. Tak ada masalah. Tetapi kalau beliau diam, itu bukan masalah saudara pun.

      Saya sudah beritahu ya saudara. Kami ada emel grup (berapa kali nak bagitau da). Tak ada masalah kalau ustaz sendiri nak respon di sana. Saya pun tulis, saya respon sana respon sini. Tetapi di sini ialah blog. Jadi, apa masalah saudara, kalau saya komen di sini. Macam saya tulis. Kalau berani kontroversi, berani pula diprovoke. Kalau sanggup dilambung ombak, sanggup pula berumah di tepi pantai. Saudara pun, berapa banyak pertanyaan dan soalan saya khas untuk saudara tidak dijawab. Tapi tak apalah.

      Last, ya kita perasan permohonan maaf saudara. Dan kita dah tulis, saudara mohon maaflah tetapi biar ikhlas. Maaf tetapi ikhlas. Tetapi tak apalah, kita sudah terima maaf saudara, sudah lama. Kita sudah tulis, no heart feeling. Cuma apa yang saudara nukilkan di sini tidaklah terpadam begitu saja. Masih ada yang membacanya, sebab itulah kalau saudara sanggup, kena terangkan yang mana-mana patut. Tetapi macam yang kita tulis di atas, tak apalah. Kitakan saudara seagama. Jadi, maaf itu tinggi dan mengatasi segalanya.

      Moga-moga Allah merahmati, saudara dan saya, semua kita.

      12/06/2009 at 11:29 am

  16. matdom

    assalamualaikum ustaz!
    saya dah lama tak pi kuliah ustaz di gelugor tapi dgn adanya website ni best juga dapat kacau ustaz! saya amat bersetuju dengan ustaz tentang tok pa! walaupun saya tidak mengenali beliau tapi body language dapat mempamerkan personality seseorang. memang dia seorang yang baik tapi alangkah baiknya kalau dia berada di kalangan orang yang memperjuangkan islam. nescaya setiap perjuangan yang berlandaskan islam akan mendapat rahmat didunia dan di akhirat.
    wassalam

    19/08/2009 at 9:42 pm

  17. Salam

    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu free, ok…
    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu makan masa 1/2 jam je, ok…
    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu akan membolehkan pemilik keta yg lulus diperiksa dapat pengecualian cukai jalan, ok…
    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu akan menyebabkan pemilik kereta yg gagal dlm pemeriksaan tersebut, boleh memperolehi sparepart OEM/aftermarket yg perlu diganti serta-merta dgn diskaun sebyk 95%, ok…
    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu akan membolehkan pemilik kereta tu dapat 50% diskaun utk beli keta yang baru, ok…
    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu boleh mengurangkan karenah birokrasi dan korupsi dlm Puspakom, ok…
    * kalo pemeriksaan keta 15 tahun kat Puspakom tu melayakkan Puspakom disaman kalo kereta yg telah lulus diperiksa tu terlibat dlm kemalangan, ok…
    * kalo pembuat dasar/polisi ni pun pakai keta umor 15 tahun, ok…

    29/10/2009 at 11:17 pm

  18. syed amir

    laaaaa, sembang pasal perjuangan islam, tapi balik balik PAS UMNO, UMNO PAS…tu je ke? Islam setakat PAS UMNO ke

    18/11/2009 at 4:04 am

  19. rasional

    Salam semua… Artikel ni tak kontroversi pun… Artikel yang adil, insya-Allah… Letakkanlah sesuatu pada tempatnya…. Itu adab-nya, pada pandangan saya

    18/11/2009 at 5:45 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s