jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

CHIN PENG TAK BOLEH BALIK

KASIHANILAH ANGGOTA KESELAMATAN KITA YG SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

KASIHANILAH ANGGOTA KESELAMATAN KITA YG SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
28/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Saya bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri yang tidak membenarkan Chin Peng “pulang” ke Malaysia. Malah keputusan mahkamah di Malaysia juga jelas; tidak membenarkan beliau pulang. Kita perlu mengambilkira berapa ramai yang menjadi janda/balu kerananya, berapa ramai anak-anak menjadi yatim dan hilang tempat bermanja, berapa ramai ibubapa yang kehilangan anak tersayang.

Sebahagian pemimpin politik mendesak agar kerajaan bersikap lebih berperikemanusiaan terhadap Chin Peng. Saya rasa cukup hairan dengan permintaan seperti ini. Berperikemanusiaan untuk siapa? Untuk Chin Peng? Bagaimana pula dengan anggota keselamatan kita yang terkorban di tangan komunis yang dipimpin oleh Chin Peng? Bagaimana dengan kaum keluarga mereka? Bukankah kita juga perlu malah lebih perlu untuk berperikemanusiaan terhadap mereka? Kalau kita ingin bersimpati dengan Chin Peng seorang, tidakkah keluarga kepada 2500 orang awam dan 1800 anggota keselamatan yang terbunuh di zaman darurat lebih perlu mendapat simpati kita. Tidakkah Chin Peng sepatutnya dihukum bunuh di atas kesalahan menentang kerajaan yang sah serta keganasan terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa.

Saya masih teringat kisah kekejaman komunis di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang yang diceritakan oleh ibu mertua saya. Seorang penduduk kampung berkenaan yang disyakki oleh pihak komunis sebagai tali barut kerajaan telah dibunuh dengan kejam. Beliau yang sedang makan malam bersama keluarga telah ditembak oleh anggota komunis yang menyusup masuk ke bawah rumahnya dan menembak pada arah punggungnya melalui celahan lantai kayu rumah tersebut. Beliau mati di hadapan kaum keluarganya.

Begitu juga cerita anak kecil yang ditinggalkan oleh ibunya dalam buaian, hanya semata-mata termakan hasutan pidato perjuangan komunis. Saya sendiri pernah berbual-bual dengan seorang wanita berusia 70’an bekas pejuang komunis yang dibenarkan pulang ke Malaysia dan sekarang menetap di atas tanah peninggalan ibunya yang juga bekas pejuang komunis. Dia begitu bangga dengan perjuangan ideologi komunisnya, langsung tiada sebarang tanda keinsafan padanya. Kita merasa hairan “racun” apakah yang menyebabkan mereka sanggup berjuang di bawah kepimpinan Chin Peng menentang kerajaan dan rakyat jelata. Itu hanya secebis kisah dari pelbagai cerita duka hasil keganasan komunis di negara ini.

Harapan saya agar Perdana Menteri kekal dengan keputusannya demi perasaan rakyat jelata yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kejahatan komunis.

Berita selanjutnya saya copy paste dari Utusan.

Pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng tidak dibenarkan kembali ke negara ini, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kepulangannya jika dibenarkan hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terkorban semasa era Darurat antara 1948 hingga 1960.

”Kerajaan tidak benarkan Chin Peng balik ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu,” katanya.

Perdana Menteri mengulas permintaan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan baru-baru ini agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM itu pulang ke Malaysia.

Hock Nan membuat permintaan itu atas alasan kemanusiaan di samping mendakwa Chin Peng bukan lagi ancaman keselamatan kepada negara.

Kenyataan pemimpin Gerakan itu mendapat bantahan keras daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berasakan permintaan tersebut tidak tepat.

Kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM diketuai Chin Peng semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehingga mereka meletakkan senjata pada 1989.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
28/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

4 responses

  1. MashaAllah, ana kesal dengan sikap kita yang mudah lupa. Berbeda amat dengan sikap orang2 Bosnia. Mereka ingat dan tidak akan lupa akan apa yang telah puak Serb dan Croat lakukan pada mereka. Ini bukan soal dendam. Ini soal keadilan.

    Masyarakat perlu lebih diterapkan dengan sejarah, agar mereka tidak mudah lupa. Daripada sejarahlah kita belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Daripada sejarahlah kita belajar untuk bertoleransi. Daripada sejarahlah kita boleh sedar siapa kita.

    Sebab itu ramai remaja yang keliru dengan identiti mereka kini.

    28/05/2009 at 2:02 pm

  2. syed amir

    heran juga ya, kat newspaper, kat TV kecoh pasal cerita Chin Peng nak balik. Gomen pulok begitu bersemangat mengwarwarkan ceritera ketegasan gomen. pasal byk cerita pasal ni, eh? nak tutup cerita pasal apa,eh? bukannya saya ni selalu buruk sangka. tapi I always believe, …… we know what the government ( ANY government for that matter) want us to know….. so dont simply take things at face value

    29/05/2009 at 10:05 am

  3. jai usman, kg machang

    Well, they always up for something. I believe it’s their internal issue. The other fact is, many had actually propagate this issue long ago. Only recently clearly shared everywhere. Whatever that is, CP killed my family, he could only get back here to be punished

    29/05/2009 at 10:15 pm

    • ustjai

      Yess, ana ma’aka (I agree with u).

      30/05/2009 at 12:07 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s