jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

UJIAN USTAZ AKHIL HAYY

Isteri tercinta di Old Town, Prague yang sungguh romantik

Isteri tercinta di Old Town, Prague yang sungguh romantik

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
26/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Sedih sebenarnya apabila orang mengutuk dan mengeji kenalan atau sahabat kita yang ditautkan dengan persaudaraan yang ikhlas. Begitulah perasaan saya apabila membaca di media tertentu cerita-cerita hangat berkaitan rakan saya iaitu Ustaz Akhil Hayy. Kritikan pedas yang bertali arus melingkari pelbagai isu dan yang terbaru dan paling hangat ialah beliau dikaitkan dengan masalah rumahtangga. Inilah yang menyebabkan saya tidak suka populariti dan kemasyhuran. Bila bercerai pun heboh, isteri mengandung pun satu negara tahu, jatuh kuda pun terpampang muka depan akhbar dan seumpamanya. Kita tidak lagi memiliki privasi.

2. Saya dan Ustaz Akhil Hayy beberapa kali digandingkan oleh masjid & surau yang menjemput kami berceramah. Kali pertama saya mengenali Ustaz Akhil Hayy sekitar 10 tahun yang lalu jika saya tidak silap ketika kami digandingkan kali pertama di Ipoh. Pada masa itu beliau penceramah pertama dan saya penceramah yang kedua. Saya sampai sekitar jam 9.30mlm, orang sangat ramai. Saya dapat melihat Ustaz Akhil baru memulakan ceramahnya. Anak-anak muda termasuk remaja lelaki “rock”, berambut panjang juga kelihatan ramai datang mendengar ceramahnya. Seorang gadis “kilang” (berdasarkan uniformnya) tidak bertudung juga sedang berlari di hadapan saya menuju ke tempat Ust Akhil Hayy sedang berceramah. Sungguh menakjubkan!

3. Disebabkan faktor inilah saya hanya mendiamkan diri sambil tersenyum jika ada ajk masjid atau surau yang mengkritik beliau. Beliau mempunyai kekurangan sebagaimana ustaz dan agamawan lain juga memiliki kekurangan kerana kita hanyalah manusia biasa. Tetapi apabila datang isu terbaru yang dikaitkan dengan beliau, sukar untuk saya memberikan pandangan melainkan peringatan biasa sekadar menyegarkan semula ingatan kita kepada perkara asas dalam agama.

4. Media melaporkan bagaimana luahan oleh isterinya iaitu Maizawati Zainal bahawa “ustaz” tidak pulang ke rumah sejak Februari lalu bermakna sudah lebih kurang 3 bulan.

5. Ini mengingatkan saya kepada nukilan Almarhum Sheikh Abdullah Nasih Ulwan tentang seorang perempuan di zaman Khalifah Umar Al-Khattab yang lama ditinggalkan oleh suaminya kerana berjihad. Wanita itu memendam rindu terhadap suaminya, batinnya memberontak, perasaannya tidak tentu arah, naluri kewanitaannya berkecamuk, keinginannya sebagai manusia biasa memuncak. Hanya kerana imannya yang tebal sahaja yang menghalangnya daripada melakukan perkara haram. Ketika itulah, Khalifah Umar yang sedang “meronda” pada waktu malam terdengar suara perempuan itu mendendangkan lirik berikut:-

6. “Sungguh terlalu panjangnya malam ini,
Dan sangat gelap pula penjuru-penjurunya,
Hati ini pula sedang bersedih,
Kerana tiada kekasih untuk bermanja-manja,
Demi Allah, Kalaulah tidak kerana Allah,
yang aku takut hukuman-Nya,
Sudah tentu, aku akan goncangkan segala penjuru katil ini (simbolik kepada aksi zina)”.

7. Khalifah Umar yang terasa tergugat mendengar kata-kata itu, keesokannya telah pergi menemui Hafsah (anaknya) dan bertanya, berapa lamakah isteri sanggup bersabar, jika suaminya keluar negeri? Jawab Hafsah, 4 bulan. Kerana inilah, Umar telah membuat polisi bahawa panglima tentera pada zamannya dilarang daripada menggunakan khidmat tentera yang berpisah daripada keluarganya lebih daripada 4 bulan.

8. Pernah seorang isteri yang sangat benci kepada suaminya dan tinggal berasingan daripada suaminya akibat suatu perbalahan tetapi membuat pengakuan kepada saya bahawa dia “terpaksa” “bersama” suami beberapa kali dalam tempoh perbalahan tersebut kerana desakan naluri kewanitaannya.

9. Ingatlah! Wanita adalah amanah daripada Allah SWT untuk kita semua kaum adam menjaganya dengan cara yang paling baik.

10. Mengenali peribadi Ustaz Akhil Hayy, saya percaya beliau mampu menyelesaikannya dengan cara paling baik. Jika kita tersilap, kita perbetulkan. To err is human. Yang penting, kita perbaiki dari semasa ke semasa. Kepada sahabat saya, Ustaz Akhil, saya kagum dengan beberapa kelebihan yang beliau miliki, amat sayang jika tidak dimanfaatkan. Doa saya, beliau dan kita semua tetap di landasan yang benar dan tidak terjerumus ke dalam golongan mutasaqitun fi tariq ad-da’wah.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
26/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

28 responses

  1. Piang Joke

    assalamualaikum,

    kesian tengok ustaz akhir hayy tu. aku dah beberapa kali pergi ceramah dia kat kuantan. betul kata ustaz jai, memang ramai org dan mat2 rempit dan minah rempit memang ramai sebab nak tengok mat rock jadi ustaz. alhamdulillah, ada yg jadi jemaah masjid lepas tu. sejak akhir2 nie macam2 cerita pasal ustaz akhir tu. yg terbaru wife dia masuk TV9 cerita pasal rumahtangga dia org. apa pendapat ustaz jai tentang perkara nie, boleh tak seorg isteri/suami masuk TV nak memperbetulkan rumah tangga. adakah isteri tu derhaka kepada suami atau suami tu dayus kepada isteri? kononnya nak bagitau satu malaya supaya tiada fitnah dan hinaan. wasalam

    26/05/2009 at 9:49 am

  2. Feza

    Salam,

    Utk point 4,5,6 & 7 tu, pada pendapat saya, dalam dunia serba moden yg mana sistem komunikasi telah menjadi mudah berbanding dizaman Khalifah Umar Al-Khattab dahulu, agak janggal jika kita tidak dengan sengaja menghubungi atau dihubungi pasangan kita.

    Adakah kita ‘dibenarkan’ untuk berdiam diri jikapun atas tujuan jihad(sehingga 4 bulan)? Adakah(Bukankah) itu semua disebabkan masalah perhubungan (sistem komunikasi) pada masa itu sendiri? Oleh itu kita jatuh kedalam golongan yg ‘mengabaikan’ tanggungjawab?

    Ke guaner?😉

    Terima Kasih.

    26/05/2009 at 4:00 pm

    • musang berjanggut rebonding

      saya bersetuju dgn pendapat feza, …tv bukan utk memburuk-burukkan sesiapa…kalau dia rasa bersalah dan dia memang bersalah..itu memang hakikatnya.
      kenapa tak balik sampai 3 bulan?..dah lupa anak-anak ke?. dia bukan pergi berjihad mcm zaman rasulullah dan sabahabat dulu…dia pergi mana?…sampai nak call/sms pun tak dapat????…apa cerita ni?.
      tak kan ustaz x tahu hukum hakam agama?. meninggalkan isteri dan anak-anak…ini ZALIM namanya!.
      saya dulu hormat dgn Akil ni, tapi bila dia buat perangai mcm ni, saya hilang hormat langsung!. memalukan…kalau dia bukan bergelar ustaz tak mengapa…tapi dia di gelar ‘ustaz’ dan pernah berceramah di atas pentas PAS…itu yg saya marah!. layakkah dia digelar ustaz???. kalau setakat mengaji agama x seberapa dan lebih menumpang nama bapa dan datuknya yang alim warak.
      lagi satu, waheeda pun sama. ini perempuan x boleh pakai, kalau dia baik, dia tak akan kacau rumah tangga orang, tambahan pula anak-anak akil 6 orang semuanya…sanggupkah rampas kebahagiaan org?.
      saya rasa ada seperti ‘gangguan’ disini, baik dari Akil mahupun waheeda…Akil mungkin dibisikkan oleh jin/syaitan agar ia terkeluar dari landasan agama sedikit-demi sedikit, manakalah waheeda mungkin telah ‘bomoh’kan Akil.
      wallahualam..itu firasat saya aje…
      tapi apa pun Akil & waheeda ni tak akan kekal lama kalau mereka berkahwin pun…Allah akan turunkan bala bencana kepada mereka supaya mereka sedar kesilapan mereka.
      to waheeda… kau buang jelah tudung dan konsep tutup aurat kau tu, kau memalukan kaum hawa aje!.

      16/07/2009 at 11:24 am

  3. lina fazira

    salam…..
    apa-apa pun saya suka tengok rancangan cafe ustaz akhil tu kat astro oasis.(kelakar …senang nak ingat apa dia cuba sampai kan).

    26/05/2009 at 4:17 pm

  4. fazli

    Saya fikir Ustaz Akil Hayy perlu muhasabah diri. Kenapa boleh jadi macam tu. Saya bimbang dia seorang yang ‘bersemangat’ tetapi kurang berilmu. Semangat sahaja tanpa ilmu menjadikan asas yang dibina kurang kukuh. Muhasabah juga untuk diri kita bersama.

    wallahu’alam

    26/05/2009 at 7:06 pm

    • cikgu

      saya sependapat dengan fazli….dah ustaz Jai kenal, kalau dapat contact dapat kot bantu mana patut

      26/05/2009 at 11:49 pm

  5. yaqzan

    salam ustaz..
    salam perkenalan…saya belajar medic di Prague, Cz.
    Bila isteri ustaz ke prague? kalau tahu boleh amik manfaat untuk bagi nasihat pada kami pelajar2 di sini..

    26/05/2009 at 8:47 pm

    • ustjai

      Yaqzan, tarikh dia pegi Prague tertera pada foto tu. Dia pegi dgn saya laa hehe. Tapi Prague mmg cantik, betul tak?

      28/05/2009 at 7:31 am

      • Yes….bukan jer view cantik…ur wife pun cantik…

        08/06/2009 at 3:10 pm

      • ustjai

        Alhamdulillah… terima kasih

        10/06/2009 at 12:26 am

  6. cikgu

    saya pun harap ustaz akil bertindak bijak hadapi situasi ni. Bukan apa……bukan senang tarik remaja p surau masjid dan buka Youtube semata2 nak dengar ustaz akil ceramah. Saya sedih kalau mereka lari kerana hilang hormat dengan ustaz akil.

    saya pun doakan kemelut ni cepat berakhir dan ustaz akil tampil memberi penjelasan. bukan apa banyak forum2 kat internet yang kutuk dia macam2…

    26/05/2009 at 11:44 pm

  7. cikgu

    Akhirnya……………………keluar gak gambar mem…he he…….comel syidah

    26/05/2009 at 11:53 pm

    • ustjai

      Cikgu, kalau benar bagai dikata, Alhamdulillah, saya x silap pilih le tu hehe

      28/05/2009 at 7:19 am

  8. kamalia

    Salam….saya setuju dgn ustaz jailani mengenai isu ustaz akhil hayy ni..kita manusia biasa bukannye ma’som yg x pnh buat kesalahan..saya terdengar juga desas-desus org menceritakan kburukn beliau..saya kagum ngan ustaz akhil hayy ni..dari penyanyi …”rock” berhijrah kepada pendakwah..satu tranformasi yang sangat impressive..Allah tu Maha Kaya..kita tidak tahu masalah seseorang ..kerana dia seorang penceramah agama yg dikenali kemudian terdapat perselisiahan@masalah hubngan rumah tangga,beliau di cop sebagai ikon negative..hmmm..mungkin mereka ada masalah yang kita tidak ketahui langsung..jd jgn lah mudah utk kita menuding jari kpd ustaz akhil hayy…bak kata pepatah ” dont judge a book by is cover “..

    27/05/2009 at 11:59 am

  9. kamalia

    berdoalah semoga ustaz akhil hayy tabah menghadapi dugaan ini…Semakin dekat kita dengan Allah..makin dekat Allah menguji kita…
    Ini sekadar pandangan dan luahan hati….

    27/05/2009 at 12:02 pm

  10. Mohd Jalani Hj Said

    Assalamualaikum, disini izinkan ingin saya komen mengenai perkara krisis rumahtangga seharusnya isteri yang soleha tidak seharusnya memaklumkan perihal masalah dgn suami di media atau pengetahuan umum seolah-olah membuka pegung dalam dada, segala keburukan yang sepatutnya dirahsiakan didedahkan ini mengaiabkan suami nya yang masih sah. Saya telah dua kali bercerai dan masih berhubung baik dengan bekas isteri kerana kami pilih cerai secara baik-baik (sudah jodoh ditentukan Allah) alhamdulilah perkahwinan ketiga berkekalan insyallah, pernah disatu keramaian tetamu heran bila bekas isteri-isteri dan anak saya bolih duduk semeja, ini kerana perceraian kami dibuat secara aman dan damai serta saling hormat menghormati pertalian kami tak terputus walaupun mereka sudah berkahwin lain saya masih baik dgn mereka dan suaminya. Seharus kita jangan panjangkan perbalahan yg rugi kedua2 pihak terutama anak2 yang jadi mangsa. Sabarlah menempuhi dugaan, lagi kuat keimanan lagi besar cabaran Allah. Percayalah dugaan Allah itu ada ganjarannya hanya kita yang perlu berbanyak sabar dan berdoa cari jalan yang terbaik..insyallah

    01/06/2009 at 10:49 am

    • ustjai

      Saya kagum dgn Bro Jalani yg masih ada hubungan baik dgn “ex”. Pengalaman saya pun, tak ramai yg saya jumpa mampu sedemikian. Tahniah!

      01/06/2009 at 1:32 pm

    • aidina

      Assalamualaikum,
      saya lihat kes kes ini kesalahannya adalah pada pihak lelaki. tindakan isterinya itu betul. sampai bila harus tunggu dan bersabar, sabar pun ada had dan batasannya. isterinya juga mempunyai hak. wahai lelaki ambillah ikhtibar, dan perempuan pula saya nasihatkan janganlah suka merosakkan rumah tangga orang…

      03/06/2009 at 2:27 pm

  11. Dalam bukunya bertajuk “Petua Menjadi Manusia Pintar Cerdas”, Dr ‘Aid Abdullah al-Qarni ada menyebut bahawa ada sabar yang indah dan ada sabar yang tidak indah.
    Kata beliau, “Kesabaran yang tidak indah adalah penanggungan bersama rintihan, ketabahan bersama kepura-puraan, penerimaan tanpa keteguhan hati. Sabar yang indah ialah menanggung musibah dengan diam, menerima musibah dengan tenang dan menyambutnya dengan keredhaan.”

    05/06/2009 at 10:38 pm

  12. jawi

    1)tiga bulan tidak pulang….berjihad atau berdakwah di luar malaysia ke?…kerja di Astro..masa 24 jam .
    2)Pi santai di PD bertemu kawan-kawan tak bawa isteri tapi awek tu..
    3)Sembilan perasaan dan satu akal itu yg di kata oleh beliau terhadap isteri nya sedangkan jika 3 bulan tak balik pastinya akhil yg tidak bertanggungjawab pada perasaan itu..
    4)Tanggungjawab pada anak bagaimana..terurus,diurus ?
    5)tepuk dada tanya selera apa jua alasannya Allah mengetahui rencana kalian.
    6)Adakah itu ujian atau bala jika masalah itu kalian yang cipta…?
    7)Jangan guna nama jihad atau berdakwah atas jalan Allah jika kita bergantung hidup pada jalan itu……

    Jangan atas nama jihad kita meroboh masjid

    08/06/2009 at 9:58 am

  13. Assalamualaikum, wah cantiknya wife saudara…..

    08/06/2009 at 3:06 pm

  14. siti

    x patut biarkan isteri kan rmh jaga anak2…dah 6 org dia bagi kat engkau…ni ke balasan nyer..

    ada mase terluang patutnyer bawak anak bini tgok wayang bukan bwk ank dara org…

    yang ank dara tu pun xkn la x fikir…

    sok2 dah kawen. Dia letih bekepit ngan anak2 kat rmh..laki dia bersuka ria kat luar dgn anak dara lawa apa la dia rasa…

    x mo tanya apa dia rasa lah..nak tanya apa korang rasa sebagai seorang perempuan kalau laki korang buat macam tu…

    12/06/2009 at 11:24 am

  15. aidina

    salam
    ‘Beruzlah’ lah wahai manusia … janganlah kita cuba mendekati orang-orang yang kita sudah tahu akan kejahilan mereka. mungkin niat kita baik untuk mengajak mereka ke jalan Allah, tapi akhirnya bukan ‘mereka bersama kita’ tetapi sebaliknya ‘kita bersama mereka’. kita merasakan bahawa iman kita sudah kuat dan dapat menangkis segala perkara kemaksiatan, tetapi sebenarnya iman kita sangatlah rapuh.
    Selamat beruzlah daripada rakan-rakan yang tidak memberi manfaat kepada kita untuk kita menuju ke hari akhirat… Pandailah mencari kawan dan menjaga diri dalam pergaulan. Sentiasalah mendekati alim ulama, cerdik pandai Islam nescaya sedikit sebanyak kita akan terpalit dengan kewangiaan mereka. Jika kita hendak lihat keperibadian seseorang, kita boleh lihat dulu siapa kawan rapatnya.
    sekian. renungkanlah.

    12/06/2009 at 1:33 pm

  16. zai

    Salam.

    Akhirnya berkahwin juga akil dgn waheeda…lepas ni kita tengok pula apa rasa waheeda kalau suami (akil) dia tengok wayang dengan wanita lain. Allah Maha Adil.

    16/08/2009 at 4:59 pm

  17. nuri

    salam 1 malaysia, saya tertarik tentang perbincangan diatas yg melibatkan seorang artis bergelar ustaz, kita jangan cepat menghukum orang lain dgn berbagai tudahan yg kita sendiri tidak pasti, cerita dalaman hanya yg punya diri lebih tahu, kadang2 org cepat membuat andaian itu fitnah namanya, kita tidak sempurna bnyk kelemahan.

    17/08/2009 at 4:25 am

  18. matdom

    salam!
    saya rasa lebih baik kita mendiamkan diri dari dok kutuk ustad akhil! kita tidak tahu apa masaalah yang mereka hadapi, jadi dia lebih mengetahui bagaimana nak solve problem dia. kita pulak yang lebih2 nak komen.apa yang baik jadikan tauladan dan apa yang tak baik jadikan sempadan untuk kita meneruskan hidup kita yang singkat ini. jadi, kita jangan cepat melatah perihal orang lain! ada telinga dengar, ada mata tengok dan ada mulut diam.
    wasalam

    24/08/2009 at 7:12 pm

  19. ana:laila

    salam, saya setuju dgn pandangan nuri dan matdom. insaf2lah rakyat malaysia yg suka bergosip dan ambil tahu hal org lain. silala check diri kita jga. mana tahu org yg kita dok gosip ble dye di akhirat dye lbh baik dr kita. tlgla jgn memburukkan lg keadaan. diam lebih baik drp berkata2 kosong

    03/09/2009 at 12:46 pm

  20. anti ustat jumud

    bukan mengutuk sebarangan tetapi menegur tindakan ustaz jai yg macam berat sebelah dan menangkan perbuatan si akhil hay siap cover perbuatan tnggalkan isteri sebagai jihad konon. maka ramailah suami2 yg akan tiru perbuatan si akhil hay ni feza good point terima kasih atas feedback anda

    15/01/2010 at 10:56 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s