jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

TERPIKAT DENGAN RAKAN SEPEJABAT & INFERIOR MIRAGE

BERHATI-HATI DENGAN PEMANDANGAN KERANA IA MUNGKIN INFERIOR MIRAGE

BERHATI-HATI DENGAN PEMANDANGAN KERANA IA MUNGKIN INFERIOR MIRAGE

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
24/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Ada seorang lelaki berusia 40’an menemui saya dan memberitahu bahawa dia berhasrat untuk mengahwini rakan sepejabatnya. Bagi saya ceritanya itu biasa sahaja dan tiada yang istimewa atau menarik perhatian. Tetapi, apabila dia menyambung ceritanya sambil menarik nafas panjang, barulah saya tahu bahawa saya berhadapan satu situasi yang berbeza.

Sebenarnya dia ingin berpoligami dan bakal isteri keduanya adalah rakan sepejabat. Sambil memburukkan isteri pertamanya, semua serba tak kena, dia memuji bakal isterinya kerana pandai “mengemas” diri, sentiasa wangi, selalu senyum dan pelbagai lagi pujian yang indah-indah.

Secara jujur saya mengakui sifat orang lelaki yang akan membandingkan isterinya di rumah dengan mana-mana perempuan yang pernah dia kenali, tetapi ramai lelaki yang membuat perbandingan yang tidak adil sama-sekali.

Kenapa pula tidak adil? Ya, macamana seorang lelaki boleh berlaku adil jikalau suasana yang dibandingkan antara gadis manis di pejabat dengan isteri di rumah adalah dua suasana yang sangat jauh bezanya. Pernahkah dia melihat bagaimana keadaan gadis tersebut ketika makan, basuh pakaian, tidur, memasak, menguruskan anak dan sebagainya, sebagaimana dia melihat isterinya.

Gadis yang dia tergila-gila itu juga mungkin tidur berdengkur sama sebagaimana isterinya di rumah. Gadis idamannya itu juga mungkin tidur dalam keadaan air liur basinya (maaf) meleleh keluar dari mulutnya. Gadis igauannya itu juga mungkin mempunyai bau badan atau mulut yang tidak enak malah mungkin lebih teruk daripada isterinya. Gadis pujaannya itu juga mungkin mempunyai bentuk badan yang tidak cantik tetapi kelihatan cantik lantaran pelbagai peralatan moden yang dipakai disebalik pakaian luarnya tetapi semuanya akan kelihatan hodoh sebaik sahaja ianya terdedah.

Gadis tersebut boleh berpura-pura dan berlakon pada waktu yang singkat tetapi perangai sebenar akan kelihatan apabila mereka hidup sebumbung. Terdapat seorang kenalan yang memuji melampau-lampau isteri mudanya sewaktu mereka mula-mula kahwin dan mengutuk “rapat ke tanah” isteri tuanya. Tetapi kemudiannya terbukti bahawa dia lebih serasi dengan isteri tuanya berbanding isteri mudanya.

Manusia mempunyai sifat mudah jemu dan bosan dengan “barang lama” sama ada motosikal lama, kereta lama, rumah lama, pejabat lama termasuk isteri yang dah lama dikahwini. Manusia sanggup berlakon dan berpura-pura bila berhadapan dengan “buah hati” baru. Semuanya sanggup dan semuanya indah. Apabila bersua antara dua insan yang sedang “angau” itu, sendawa ditahan, makan menjadi sopan, batuk bunyi perlahan dan manja, angin dalam perut ditahan agar tidak keluar justeru takut kepada bunyi yang akan memalukan, tetapi apabila sudah kahwin antara kedua-duanya, angin dilepaskan sekuat-kuatnya, batuk menggegarkan tiang rumah, sendawa mengalahkan orang jantan, segala-galanya sungguh tidak enak dilihat dan didengar!

Inilah “inferior mirage” yang kadangkala disebut juga oleh setengah orang sebagai fata morgana. Pandangan yang menipu, ilusi lantaran faktor tertentu. Di tengah hari yang panas terik, di atas lebuhraya, kita nampak seperti ada tompokan air tetapi kita memandu selaju mana pun, sejauh mana pun, kita tidak akan menemui tompokan air tersebut. Kenapa? Kerana ia adalah fenomena optikal, yang bersifat ilusi, memperdayakan kita. Apakah kita masih mengejar ilusi tersebut?

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
24/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

21 responses

  1. dATOK kAY, tmn g.perahu

    nasib baik umoq aku baru 30’an jadi ….tak rasa la kena kenen ustadjai ni….he he

    25/05/2009 at 12:02 pm

    • ustjai

      Tok K, 30’an tu lagi 2 tahun jadi 40’an jugak… haha

      25/05/2009 at 11:07 pm

  2. nrah

    sedap membaca ayat-ayat yang disusun.

    25/05/2009 at 10:46 pm

    • ustjai

      Alhamdulillah, atas pujian tsbt

      25/05/2009 at 11:07 pm

  3. ain

    Pelik kan ustaz……waktu pertama kali mengenali isteri dulu sikit sebanyak begitu jugak, kan. Jatuh hati dan mencintai, seterusnya mengambil jadi isteri, pun mungkin kerana senyuman manis dan santun yang terpamer. Bila dah hidup bersama, semua jadi x manis dan x enak di mata. Harap sume orang lelaki yang dah beristeri baca dulu artikel ustaz ni sebelum buat keputusan nak terpikat dengan pompuan lain…

    Agaknya orang macam ni merasakan cinta baru tu kekal manis kot……..

    25/05/2009 at 11:24 pm

  4. hani

    For the ladies out there, please be reminded when men strays, it has nothing to do with us.Stop blaming ourselves, move on.I’m in my late thirties, left my career to have babies, keep the house in tip top condition, cook delicious meals, still maintaining my anak dara weight to keep hubby happy. He left me 6mths ago , reasons was he found someone to clip his nails and pakaikan dia stoking.I could have done that if he ask me to LOL. Lessons to be learn it doesn’t matter if u are a supermodel or a domestic goddess, men will find excuses for that matter. So ladies let’s put our head high, chin up and move on. Betul tak ustaz?

    26/05/2009 at 2:28 pm

    • ustjai

      Ahsanti.. you are smart

      26/05/2009 at 10:16 pm

  5. lina fazira

    skandal opis yang takan berkesudahan…apa taknye masa banyak habis bersama dengan ‘rakan seopis’…pagi-pagi pi kerja sama (nak jimat minyak,takpun kesian tengok ‘rakan’ naik bas) sarapan,lunch,minum petang bersama…pastu habis waktu kerja tak nak balik rumah pulak…ada aktiviti riadah kononnye…sampailah ke dinner…supper…pas tu kena hantar ‘rakan seopis’
    balik rumah…pastu kena drive laju-laju selaju yang boleh nak balik umah(nasib baik Allah masih panjangkan umur-doa isteri kat umah yang sentiasa minta suami panjang umur) sebab esok nak kena bangun awal lagi nak pi jemput ‘rakan seopis tu’.Weekend pun kena pi opis jugak…ada aktiviti company bersama ‘rakan seopis’….

    26/05/2009 at 5:10 pm

  6. Junaida

    salahkan seorg lelaki bgelar ‘suami’ utk bernikah lain??

    28/05/2009 at 8:24 am

    • ustjai

      Junaida, tak salah bagi lelaki utk bernikah lain, kerana Islam membenarkannya jika cukup syarat2nya. Lagi pun sifat manusia ramainya (khususnya lelaki) mmg tak pernah berpada dgn yg satu. Apa yg saya cuba “attack” di sini ialah sifat lelaki yg mudah terburu2 mengikut nafsu.

      28/05/2009 at 9:10 am

  7. Kini

    Tak salah lelaki kawin lebih daripada 1 kalau boleh berlaku adil (dr pebagai sudut). Cuma satu pesanan saya kpd para suami yg menjadi ketua rumahtangga agar jujur dalam setiap perlakuannya.
    Apa lagi yg isteri boleh buat melainkan berdoa dan perbaiki apa yg kurang.
    Satu pejabat, tiap2 hari berjumpa. Weekend pun pergi pejabat. Erm….orang bercinta….
    Sebenarnya lelaki sekarang lebih kepada memenuhi tuntutan nafsu. Apa salahnya cinta kepada lain perempuan itu dialihkan kepada cinta kepada Allah, Rasul, AlQuran, isteri dan anak2. Pikir la yg mana baik.

    28/05/2009 at 12:46 pm

    • ustjai

      Satu lagi, naik kereta sekali. Lelaki mmg suka perempuan tumpang kereta dia. Lepas tu buat2 nak pegang gear, lepas tu buat2 tersilap, terpegang paha perempuan tu pulak, perempuan tu pulak senyum2 suka, last sekali perempuan tu duduk atas gear.. Laaaa… Cuba tengok suami isteri naik kereta… elok je duduk… tapi kalau “couple” naik kereta, kenapa bahu perempuan tu rapat dgn bahu lelaki? Duduk atas gear la tu.. Ishh ishhh..

      28/05/2009 at 1:01 pm

      • lina fazira

        heheh….tu mesti naik kereta besar tu yang kena duduk atas gear…kalau kancil ok kot…ishh..ishhh…ishhh…

        29/05/2009 at 1:28 pm

  8. Dylla

    Saya setuju sangat dengan pendapat Hani..Sesungguhnye manusia itu tak pernah puas dengan apa yang dimiliki..

    Suka baca buah fikiran ust. jai.. utk kiter sumer renung2 kan..hehehehe..

    28/05/2009 at 1:55 pm

  9. dato K t.gp

    ait…. ingatkan ustad bawak kereta tunduk bawah ja….. kepala dok jengoi jugak ka ?? ..keh keh

    28/05/2009 at 10:27 pm

  10. dato K t.gp

    Dylla..renung fikiran dah la..jgn renung yg lain2 takut ustad pun tergoda dgn mahkluk yg namanya perempuan ni…

    28/05/2009 at 10:32 pm

  11. zack

    pelik gak lah..bila topic camni..boleh cecah 15 komen…

    topic yg lain2…nak cecah 5 komen pun susah…
    and yet we blame other people….hhmmm.

    29/05/2009 at 10:15 am

  12. anak didik

    Tambah comment sikit lagi nieh..

    Yup.. salah kan orag lain, tp yg sebenarnya salah semua org, ketiga tiga pihak, si suami, si isteri, dan si gadis / perempuan tu…

    Salah:
    1. Si suami, sebab terlalu berharap yg terbaik untuk bermanja.. mata dan fikiran tak reti nak kawal, duk meliar nengok anak dara org lain. Tu semua nafsu jer tuh..

    2. Si isteri, kenapa ada perubahan selepas berkahwin?? susah sangat ker nak pakai minyak wangi sikit kat leher / celah ketiak tu sebelum tidur dgn suami… kenapalh nak peluk bantal busuk yg disimpan dari kecik tu, sebelah tu kan dah ada suaminya.. kenapa lah dulu kalau bercinta dalam keter sampai boleh duduk atas gear (gear yer ustad?? ;p ) tapi sekarang bila berjalan, dibantai tidur sepanjang jalan… segan dengan anak2 kat belakang? takpe biarlah dia belajar kemesraan emak dengan ayahnya..

    3. Si gadis tu, kenapalah layan lelaki yg dah berkahwin tu sampai dia tergoda ke awak… (Mustahil kalau dah se pejabat tak tahu lelaki tu dah berkahwin).. awaitlah pi pakai minyak wangi dan ber make-up sampai lelaki berpaling bila lalu..

    Pokok tak bergoyang tanpa angin, tepuk tak berbunyi sebelah tangan..

    29/05/2009 at 5:42 pm

  13. Junaida

    yg paling penting masing2 ada alasan tersendri knapa berlakunya perkara sedemikian….yg penting si gadis tu tak menggoda lgsg llaki yg dah bstatus ‘suami org’ tersebut….msg2 ada kelemahan dan kelebihan yg telah diberikan…

    01/06/2009 at 8:18 am

  14. zalee

    Salam,

    Pernah terbaca satu artikel tapi tak ingat dimana dan tarikh isu. Antara kebanyakan sebab orang boleh jatuh cinta adalah sering ‘terjumpa’. Maksudnya selalu nampak la antara satu sama lain. Sebab tu ramai yang jatuh cinta sesama officemate, departmentmate, companymate or maid. Cinta itu kompleks dan luas. Sebab tu ramai salah anggap dan menyalah anggap tentang cinta. Cam ustaz kata fatamorgana. Itu biasa la bagi orang bujang. Bagi yg dah kawin, fatamorgana tu tidak seharusnya wujud la. Tidak salah lelaki nak kawin lebih dari satu tapi ukur la dulu baju di badan. Pengalaman dah ada, gunakan la. Buat la research sikit tentang girlfriend dan tentang diri sendiri. Jangan buat research tentang isteri, tak adil la cam ustaz cakap.
    Dari pengalaman sendiri dengan geng2 yg double barrel ni, ramai yang lebih menyesal dari bersyukur. Kawin ikut nafsu la tu kot…well..Allah lebih mengetahui.

    03/06/2009 at 11:58 pm

  15. aidina

    salam
    lumrah lelaki memang begitu…. banyak alasannya kalau nak berkahwin lain. alasan utama ikut sunnah nabi, tapi sunnah nabi yang lebih penting tak mau pulak ikut. sebaliknya ikut sunnah yang payah nak dipikul, berat tanggungjawabnya, silap nanti di akhirat berjalan senget.
    wahai lelaki, banyakkanlah mengingati Allah daripada mengingati cara untuk memuaskan tuntutan nafsu sahaja. Di akhirat esok, di syurga penuh dengan bidadari yang sedia menunggu. dunia ini penuh dengan keindahan yang sementara, dunia ini juga hanyalah angan-angan, akhirat jua yang kekal dan indah selamanya…

    12/06/2009 at 1:21 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s