jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

MERENUNG UJIAN ALLAH

Sisa-sisa kemewahan di Topkapi Palace, Istanbul

Sisa-sisa kemewahan di Topkapi Palace, Istanbul

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
19/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

1. Banyak ketikanya yang mungkin kita tidak mengerti dan mulai berasa pelik dengan cara Allah SWT menguji hambanya. Kenapakah bila Allah SWT sayang kepada hambaNya, Dia timpakan musibah? Kenapakah ada ketikanya, Allah SWT murka kepada hambaNya tetapi diberi rezeki ,melimpah ruah? Kenapakah Allah SWT datangkan musuh kepada kekasihNya?

2. Nabi SAW yang merupakan kekasihNya dan antara yang berpendapatan lumayan (satu perlima daripada rampasan perang milik baginda) tetapi hidup miskin dan terpaksa mengikat perut dengan batu kerana menahan lapar. Sedangkan Umayyah bin Khalaf hidup mewah, senang lenang dengan rezeki melimpah ruah.

3. Nabi Musa a.s. juga pernah hidup dalam keadaan miskin sehingga terpaksa memakan daun-daun kayu, sedangkan Qarun yang jahat itu hidup mewah semewah-mewahnya. Kunci gudang hartanya sahaja pun terlalu banyak dan berat.

4. Allah SWT menyesatkan Firaun tetapi memberi hidayah kepada isterinya sehinggakan doa Asiah yang memohon dibina rumah untuknya dalam syurga dimaktubkan dalam wahyuNya. Allah SWT menjadikan Nabi Nuh dan Nabi Lut sebagai nabiNya dan hambaNya yang soleh tetapi menyesatkan isteri-isteri mereka. Bila Nabi Nuh cuba berdoa untuk anaknya, Allah mencegah Nabi Nuh dari berbuat demikian.

5. Allah SWT menjadikan Nabi Ibrahim a.s sebagai kekasihNya (khalil) tetapi menyesatkan bapa Ibrahim a.s. Apabila Ibrahim a.s cuba memohon ampun kepada Allah bagi pihak bapanya, Allah SWT melarang doa tersebut.

6. Allah SWT memilih untuk memberi hidayah dan kemuliaan iman kepada Bilal Bin Rabah, seorang hamba abdi berkulit hitam yang dihina masyarakat berasal dari Ethiopia, tetapi tidak memberi hidayah kepada Abu Talib bapa saudara Nabi SAW, seorang bangsawan yang banyak menolong dan melindungi Nabi SAW. Allah juga tidak memberi hidayah kepada Abu Lahab seorang elit yang sangat dihormati oleh bangsanya.

7. Apa kata Allah Jalla wa ‘Ala? Jawapannya, dalam Surah Al-Anbiya ayat 23, maksudnya, “Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan tetapi merekalah (manusia) yang akan ditanya (tentang apa yang mereka lakukan). SUBHANALLAAH…

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
19/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

5 responses

  1. zack

    Jai.

    In conjuction with ujian Allah’s article above..
    U got anything on ajaran sesat di Malaysia? sebab untuk menjadi sesat amatlah mudah sekarang ni…and i believed u must have come across cases regarding this in court….

    Tq.

    19/05/2009 at 3:43 pm

    • ustjai

      Zack, I have a number of cases that I wud like to share here… coming soon, insya Allah

      20/05/2009 at 7:12 am

  2. karimpek

    segok…sungguh..!!

    19/05/2009 at 4:14 pm

    • ustjai

      Karimpek, Ya laa.. muda lagi.. uban pun sikit lagi hehe

      20/05/2009 at 7:10 am

  3. Cikgu

    Tentang ujian Allah, teringat waktu sekolah dulu.

    Memang saya pun kerap merasakan diri saya tak bahagia dan sentiasa kekurangan berbanding orang lain. Arwah cikgu saya pun cakap kat saya

    ” manusia sering mentafsirkan bahagia seperti melihat pelangi; sentiasa kelihatan ia di atas kepala orang lain…..

    lega juga bila renungkannya…..

    23/05/2009 at 9:42 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s