jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

REPOT POLIS, SUAMI PUKUL

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
05/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

Adakah anda atau orang yang anda kenali pernah dipukul, didera atau dianiaya oleh suami? Tidak tahan dengan kezaliman tersebut. Anda tidak tahu cara membuat laporan polis? Saya kemukakan contoh deraf laporan polis untuk panduan umum bagi kemudahan kita bersama. Sama ada anda ingin menggunakan laporan polis tersebut atau tidak, ingin bercerai atau tidak, adalah penting laporan polis dibuat terlebih dahulu. Anda tidak perlu menyimpan laporan polis tersebut (mungkin atas sebab-sebab tertentu, contohnya hati masih sayang pada suami walaupun dia zalim terhadap anda). Salinan laporan polis boleh “dibeli” atau diperolehi kemudian hari. Apa yang penting, segala kezaliman tersebut perlu direkodkan untuk kegunaan pada masa depan.

CONTOH LAPORAN POLIS DI MANA ANDA TIDAK MAHU POLIS MENAHAN SUAMI ANDA

Pada 10/10/2010, jam lebih kurang 10.00 malam, ketika saya berada di rumah no. 123, Lorong Planet Bumi, Taman Matahari, Kuala Lumpur, suami saya nama Fulan Bin Fulan telah menampar, memukul dan menendang saya bertubi-tubi pada beberapa bahagian tubuh saya. Beliau juga telah menghantuk kepala saya ke dinding. Akibat perbuatan beliau itu, saya mendapat kecederaan lebam pada bahagian paha dan muka serta luka pada bahagian kanan kepala dan bibir. Perbuatan beliau yang memukul saya ini sebenarnya telah berlaku beberapa kali sejak dua tahun lalu. Tujuan saya buat laporan polis ini adalah untuk kegunaan mahkamah syariah.

CONTOH LAPORAN POLIS DI MANA ANDA MAHU POLIS MENAHAN SUAMI ANDA

Pada 10/10/2010, jam lebih kurang 10.00 malam, ketika saya berada di rumah no. 123, Lorong Planet Bumi, Taman Matahari, Kuala Lumpur, suami saya nama Fulan Bin Fulan telah menampar, memukul dan menendang saya bertubi-tubi pada beberapa bahagian tubuh saya. Beliau juga telah menghantuk kepala saya ke dinding. Akibat perbuatan beliau itu, saya mendapat kecederaan lebam pada bahagian paha dan muka serta luka pada bahagian kanan kepala dan bibir. Perbuatan beliau yang memukul saya ini sebenarnya telah berlaku beberapa kali sejak dua tahun lalu. Saya percaya bahawa perbuatan beliau ini adalah suatu jenayah dan berbahaya terhadap saya. Saya bimbang keselamatan diri saya. Oleh itu saya memerlukan perlindungan daripada pihak berkuasa. Tujuan saya buat laporan polis ini adalah supaya pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap suami saya tersebut. (Contoh berhenti di sini)

Jika anda memerlukan Interim Protection Order (Perintah Perlindungan Sementara) yang dikeluarkan oleh Majistret, Mahkamah Majistret, maka sebaik-baiknya anda mempunyai satu laporan polis dan satu laporan perubatan (hospital kerajaan). Ianya akan diuruskan oleh pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di tempat anda.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
05/05/2009
http://www.ustjai.wordpress.com

One response

  1. kota kemuning

    Jai…mintak anta tulis sikit pasal wasiat..terutama dikalangan orang kita yg merasakan wasiat itu bukan suatu keutamaan dengan memberi alasan kita sudah ada hukum faraid.

    Terima kasih.

    06/05/2009 at 12:46 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s