jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

JANGAN MENGAKU BERZINA

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

29/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Suatu ketika seorang isteri memberitahu kepada saya bahawa beliau telah berzina. Sekarang telah pun bertaubat di atas dosa yang telah beliau lakukan itu. Malangnya timbul pula masalah lain. Beliau berhasrat untuk berterus terang dengan suaminya tentang dosanya itu. Dilemanya ialah beliau bimbang jika suaminya mengetahui berkenaan maksiat lampaunya itu, kelak suaminya akan menceraikannya. Sedangkan rumahtangga mereka aman damai, tiada perbalahan. Ada anak yang comel. Beliau juga tidak sanggup diceraikan. Namun, hati kecilnya sering rasa bersalah bila memandang wajah suaminya. Soalan yang beliau utarakan kepada saya ialah adakah wajar beliau menyembunyikan dosanya itu atau lebih baik beliau berlaku jujur dengan suaminya dengan memberitahu apa yang telah berlaku dan seterusnya memohon maaf daripada suaminya.

 

Sebenarnya amat sukar untuk saya memberikan jawapan walaupun saya sudah ada jawapan yang telah tersedia dan telah pun diberikan kepada orang lain sama ada yang menemui saya secara bersemuka, melalui telefon atau saya menyampaikannya melalui kuliah atau ceramah. Ini kerana saya bimbang ia boleh disalah-ertikan.

 

Jawapan saya kepada beliau ialah JANGAN MENGAKU BERZINA! Kenapa? Pertamanya; Untuk menutup dosa dan aib kita. Kedua; Untuk menggalakkan kita supaya sentiasa mencari Allah SWT dan bertaubat kepadanya dan ketiga; untuk mengelak berlakunya kemudaratan kepada orang yang bertaubat atau ingin bertaubat iaitu kehancuran rumahtangga.

 

Apabila Ma’iz Al-Aslami (sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya) berjumpa dengan Nabi SAW dan membuat pengakuan zina dengan berkata ” Ya Rasulullah, Inni zanaitu” (sesungguhnya aku telah berzina), baginda berpaling daripada Ma’iz, walaupun Ma’iz mengaku berkali-kali. Sehingga sebahagian fuqaha menjadikan hadith ini sebagai dalil bahawa tidak digalakkan mengaku berzina!

 

Sheikh Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) apabila ditanya fatwa beliau tentang hukum memperbaiki hymen (selaput dara) atau struktur yang berkaitan dengannya bagi gadis-gadis yang pernah terlibat dengan dosa dan noda pada suatu ketika tetapi kemudiannya telah meninggalkan kefasiqan tersebut dan bertaubat, maka beliau menjawab agar ditutup keaiban itu (boleh memperbaiki ‘dara’) kerana menutup keburukan orang mukmin adalah suatu perkara yang terpuji dalam agama. Bukankah terdapat dalil syarak yang menunjukkan bahawa sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia, maka Allah SWT akan menutup aibnya di akhirat kelak! Ini terpakai kepada gadis tersebut sama ada kejadian hitam itu dengan kerelaannya atau paksa.

 

Imam Nawawi, ulama’ terkenal dalam mazhab Imam Shafie, telah menulis dalam kitab “Raudhah”, dengan katanya, “Sesiapa yang telah terlibat dengan perkara buruk dan dosa, maka disunatkan kepadanya untuk menutup kesalahannya itu.

 

Berbeza dengan amalan dan sikap masyarakat kita hari ini yang secara tidak langsung (mungkin tak sengaja) berbangga-bangga dengan menceritakan “maksiat” lampaunya. Contohnya, terdapat kenalan saya, yang pernah bercerita bahawa beliau masa muda-muda dulu pernah beberapa kali ke Hatyai, Thailand kerana mencari pelacur! Astaghfirullah, Ya Akhi, bertaubatlah.

 

Agama kita yang murni ini sebenarnya banyak mengajar kita supaya sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat kepada Allah SWT. Antaranya Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8:-

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

 

Dengan menutup aib tersebut, harapannya ialah akan menggalakkan manusia bertaubat kepada Allah. Ia juga untuk mengelak daripada berlaku mudarat kepada orang yang bertaubat. Sebagaimana riwayat Imam Malik dalam Al-Muwatta’nya – La darara wa la dirar – Tiada mudarat dan tidak memudaratkan.

 

Mungkin ada di kalangan kita yang akan berkata, bukankah ini akan menganiaya lelaki yang menjadi suami atau bakal suami kepada gadis atau isteri tersebut. Jawapan saya ialah masyarakat kita hari ini hanya sibuk dengan kesucian gadis atau isteri sehingga pernah berlaku dalam masyarakat kita suatu adat atau amalan meletakkan kain cadar putih untuk memastikan pengantin perempuan masih dara! Anehnya, masyarakat kita tak pernah sibuk tentang “teruna”nya pihak lelaki. Mereka sibuk tentang tak relanya kelapa ditebuk tupai tetapi mereka tak pernah sibuk tentang tupai yang sering menebuk kelapa! Alangkah tidak adilnya masyarakat hari ini. Malah ada yang sanggup berkata, bila diajukan tentang lelaki yang sudah tiada “teruna”, mereka jawab, “Alaa.. budak lelaki biasalaa.. yang perempuan tu gatal menggoda dia tu, siapa suruh”. Malah pernah berlaku dalam kes rogol, si bapa kepada remaja lelaki tersebut, bukannya menyalahkan anaknya yang merogol tetapi menyalahkan si mangsa (gadis) kerana gatal dan miang.

 

Ya Allah, berilah petunjukMU kepada umat ini.

 

Sekian.

 

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

29/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

26 responses

  1. Kita memilih pasangan berdasarkan siapa dia sekarang, bukan siapa dia di zaman dahulu.

    29/05/2009 at 3:06 pm

  2. Azlim Khan

    Jangan mengaku berzina, elok jugak tajuk tu.
    Saya cadangkan saudara Jai, lepas ni keluarkan tajuk :
    Jangan mengaku mencuri,
    Jangan mengaku merogol,
    Jangan mengaku diri dirogol.
    Jangan mengaku meliwat,
    Jangan mengaku diliwat,
    Jangan mengaku melarikan bini orang,
    Jangan mengaku minum arak,
    Jangan mengaku bunuh orang,
    Jangan mengaku berjudi,
    Jangan mengaku murtad,
    Pendek cerita, Jangan mengaku bila mengerjakan perkara yang haram. Gitu ke Saudara Jai?
    Senang sikit, penjara kosong, hukum hudud tak payah dilaksanakan, polis boleh rehat. Gitu ke Saudara Jai?

    Jangan mengaku bercerai, eh eh, bercerai tak boleh nanti peguam mahkamah syariah tak boleh cari makan.

    Tapi Saudara Jai, kenapa pulak nak buat repot polis kalau suami pukul isteri? Lepas tu kat repot tu tulis pulak untuk kegunaan mahkamah syariah.
    Bukan ke patut Jangan mengaku dipukul oleh suami kerana menjaga aib rumah tangga. Bukan ke gitu? May be tak boleh jugak kut, sbb peguam mahkamah syariah tak dapat nak berfungsi sebab tak dak kes.

    Kesimpulannya, fikir-fikirkanlah dulu sebelum menulis sesuatu di blog anda. Jangan menulis perkara yang boleh mengelirukan dan mengundang pelbagai konflik dalam pemikiran. Sekejap Saudara Jai kata jangan mengaku berzina, di tempat lain tulis pulak buat repot polis kalau suami pukul. Be consistent.

    05/06/2009 at 10:20 am

    • ustjai

      Azlim, boleh rujuk perbincangan ulama tentang Hadith Ma’iz Al-Aslami yang telah saya nyatakan. Ada pro dan kon di situ. Insya Allah ada banyak pertambahan ilmu.

      06/06/2009 at 1:33 am

    • ustjai

      Azlim, mungkin anda suka mengaku segala dosa yang telah anda lakukan, mungkin anda suka menceritakan kpd org lain tentang dosa anda, mungkin anda tidak kisah untuk bercerita kpd anak isteri tentang dosa anda selama hidup di dunia ini. Jika begitu sikap anda… terserah… saya berharap anda benar, sebagaimana saya juga berharap saya benar.

      08/06/2009 at 1:25 am

      • Azlim Khan

        Saya harap saudara Jai dapat baca dengan teliti apa yang saya reply kepada saudara tempohari.
        Lepas dah baca dengan teliti, sila baca jawapan Saudara Jai pada 8/6/2009.
        Lepas tu pikir jawapan tu kena ke tak kena dengan apa yang saya tulis.

        09/06/2009 at 9:15 am

  3. hamba Allah

    Kepada saudara azlim,

    Apa yg dapat saya simpulkan di sini adalah saudara kurang jelas dgn apa yg disampaikan oleh saudara jai.
    Dalam konsep Islam sebenarnya mengatakan orang yg telah bertaubat, sedar & insaf atas kesalahan lampau yg pernah dilakukan tidak perlu membuka pekung di dada (contohnya isteri mengaku berzina) yg mana akan mendatangkan kemudaratan/perceraian kepada pasangan itu sendiri.

    Sy ambil cth:
    Saudara mempunyai seorg isteri yg pernah melakukan zina & kemudiannya bertaubat. Dia merasa berat & bersalah mnyimpan perkara itu dr pengetahuan saudara maka mngambil keputusan utk mengaku.

    Ade 2 kemungkinan yg akn berlaku kpd kalian:
    1. Jika saudara seorg yg penyabar dan menerima sgla Qada’ & Qadar dr Allah saudara akn memaafkan dan menerima isteri saudara seadanya.
    2. Saudara akan menceraikan isteri kerana tdak sggup lg melihat mukanya yg pernah berlaku curang.

    Ketahuilah saudara bahawa ‘TALAK’ itu adalah perkara halal yg sgt dimurkai Allah SWT..
    Ini sebenarnya apa yg ingin disampaikan oleh saudara Jai – mengelakkan berlakunya perceraian. Harap maklum..

    Mengenai kes pukul samada suami pukul isteri atau sebaliknya, perkara itu trg2 adalah kesalahan pihak 1 kpd pihak 2 bkn kesalahan d blkg mereka. Maka sbg mangsa pasti kita akan mngambil tindakan kpd pesalah.

    Sila baca dgn teliti & fahami ape yg disampaikan atau apa yg anda baca.

    Kepada saudara jai,

    W/bgmn pun, sy tdak mnyagkal org yg tidak memahami dgn jelas perkara ini akan salah faham apa yg dibaca.
    Sepatutnya di sini x perlu highlight title tu, mgkn jg perlu ditukar. Kpd yg kurang arif ttg perkara ini pasti akan salah faham, contohnya sudah jelas.

    TQ

    26/06/2009 at 12:30 pm

  4. Azlim Khan

    Kepada hamba allah,

    Kalau nak berda’wah biar kena caranya. Saudara Jai tu peguam. Gunalah cara yang terbaik menyampaikan sesuatu perkara itu.
    Tujuan saya kaitkan ngan dengan hal2 yang lain tu supaya Saudara Jai dapat (edited) fikir-fikirkanlah mungkin orang boleh salah faham.
    Lagipun tajuk tu tak kena langsung. (Edited).
    Fikir2 kan lah.

    30/06/2009 at 5:52 am

    • ustjai

      Saudara Azlim, berbeza pendapat adalah perkara biasa. Saya tak boleh memaksa Azlim menerima pendapat saya sebagaimana Azlim juga tak boleh berbuat demikian. Yg penting kita berbincang dgn penuh hormat dalam suasana ukhuwwah antara satu sama lain.

      30/06/2009 at 8:02 am

  5. atiyah

    kpd ustaz jai, terime kasih ats nshtnya…saye setuju dgn pndpt ustaz…semoga Allah sentiasa memberi Hidayah pada kita semua…saya juga berdoa agar Allah mengampuni dosa2 silam saya…sesungguhnya saya amt menyesali kekhilafan saya..ada hikmah ats ape yg tlah t’jdi…skerana saye smkin m’dktkan diri kpd-NyA dan masih berush sehingga kini untuk beroleh hidayah-Nya.Semoga saya t’golong dlm golongan yg solehah…amin…

    16/04/2010 at 3:05 pm

    • ustjai

      Setiap dari kita takkan sunyi dari silap dan dosa dalam hidup. Keyakinan yg tinggi dan sangka baik kpd Allah bahawa dia akan mengampuni kita akan membuka jalan kpd kita utk sentiasa memperbaiki diri. Doa saya agar kita semua diampuni Allah.

      16/04/2010 at 4:07 pm

  6. isteri

    Salam, ustjai..
    Baru2 ni suami ada mengaku bahawa dia telah melakukan zina bersama GRO.. hancur hati saya..tuhan saja yang tahu.. tetapi saya terima ini sebagai qada & qadar Allah.. dan rela memaafkannya kerana dia berjanji takan mengulanginya.. tetapi saya memerlukan kekuatan untuk mengharunginya kerana.. saya sayangkan suami dan anak2 say. bagi saya manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.. soalan saya bagaimana cara saya nak memantapkan hati saya… tetapi saya tak pernah nak tunjuk rasa marah saya kepada suami kerana bagi saya ini akan menambahkan beban kepada suami saya dan akan menghancurkan ruamh tangga saya….

    10/05/2010 at 1:53 am

  7. tawwabin

    assalmualaikum ustaz….

    saya ingin bertanya kepada ustaz, jika seseorang pemuda yang belum berkahwin itu pernah berzina dan dia telah bertaubatsaya tahu adalah zina wajib dihukum mengikut hukum syarak yaitu dengan disebat 100 kali dihadapan orang-orang beriman namun kita tidak digalakkan mangaku telah berzina mengikut suatu hadis nabi yang ustaz perkatakan dalam masaalah yang hampir serupa….apakah yang perlu dilakukan oleh pemuda tersebut ustaz bagi menghapuskan dosa zina beliau….

    09/06/2010 at 12:40 pm

    • ustjai

      Memadai baginya bertaubat kpd Allah dgn taubat nasuha, bersangka baik kpd Allah bhw Allah menerima taubatnya dan perbanyakkan amal kebaikan dalam kehidupannya. Allah Maha Penerima Taubat.

      11/07/2010 at 9:54 am

  8. rose ahmad

    DEAR USTAZJAI,
    AS A PARA COUNSELOR, I HAVE THE SAME VIEWPOINT. THERE HAD BEEN ENOUGH DISCRIMINATION AGAINST WOMEN. IF ANY ‘AIB’ FROM THE PAST, BETTER KEEP IT AS A PRIVATE OCCURENCE,NOT NECESSARY TO SHARE WITH YOUR PARTNER OR SPOUSE COZ SOMETIMES IT WILL HURT THEM MORE. THUS, MAKING RECONCILIATION ALMOST IMPOSSIBLE OR THEY MIGHT USE IT AGAINST THE CLIENT WITH FULL BLOWN GRUDGE. IF THE CLIENT SINCERELY REPENT AND FULL HEARTEDLY WANT TO SAVE THE RELATIONSHIP, THEN THE CLIENT SHOULD BE GIVEN A SECOND CHANCE. SEPARATION OR DIVORCE IS ONLY AS A LASTRESORT.

    14/09/2010 at 2:58 pm

  9. faizal

    Saya tak bersetuju. Mmg kita tidak digalakkan membuka aib sendiri.

    Tetapi konsep ini harus dipakai kepada sasaran yg tidak berkaitan. Kita tak boleh cerita kepada orang yg tiada kaitan yang tiada kepentingan dalam hal ini.

    Tapi jika dia suami, bakal suami, atau dalam kes mahkamah, hakim, polis dan sebagainya …mereka ada hak untuk tahu. Kerana perkara ini turut melibat diri mereka dalam menjalankan tangungjawab sebagai suami, hakim dan sebagainya.

    28/02/2011 at 11:45 pm

  10. x7486x

    ustaz jai…
    saya rasa perkataan AIB telah disalah gunakan oleh orang zaman sekarang…
    Saudara Jai tidak meletakkan secara terperinci sehingga hadis berkaitan Malik al Maiz itu habis di dalam post anda..

    http://ustaznaim.blogspot.com/2010/07/hadis-berkaitan-zina.html

    http://www.ukhwah.com/print.php?sid=888

    aku sokong saudara Azlim.

    Setelah aku baca hadith penuh pasal hal ni baru aku tau…

    Jujur
    Amanah
    Tabligh
    Fatanah

    Tidak mengaku berzina kepada suami = tidak jujur pada suami..

    Apakah hukumnya tidak jujur pada suami????

    07/05/2011 at 11:51 am

  11. x7486x

    dan maksud Aib – Ghirab itu sendiri tidak diperincikan dalam post saudara JAi…
    Macam mana tu??

    07/05/2011 at 11:52 am

  12. mat debs

    bg sy kebenaran adalah perlu.. suami berhak tahu.. bukan smua isteri benar2 taubat.. mereka hanye tau buat saje dan pandai ambil kesempatan atas kebaikan suami. sy ada contoh seorg isteri yg taubat tp perangai lbih kurang sama msih x berubah! gempak lebih.. lainlah benar2 taubat..

    22/05/2011 at 6:32 pm

  13. mat debs

    sy bukan x setuju pendapat ustjai.. tp kenalah bini yg benar2 baik, yg btul2 kesali dosa silam dan taubat nasuha sungguh2.. bukannye dh kantoi dgn suami baru nk mengaku kecurangan terdahulu satu2 plak bocor rahsia baru nk taubat, itupun kena suruh taubat, tp x ikhlas x guna gak.. lg2 kembali perangai asal balik.. patut sebelum kahwin trus-trang hakikat sebenar diri tu, xyahlah main wayang gempak.. hrp xde suami yg kena tipu hidup2 dgn isteri tertentu yg selama ini berlakon baik tetapi rupa2nye.. maaf ye, bukan smua isteri..

    22/05/2011 at 6:51 pm

  14. gadis ayu

    as’salam..saya nk tnya pndapt…ape hukum jika mengaku dirogol..tetapi yg sebaliknya berlaku???untuk mengelakkan dari putus perhubungan…

    20/06/2011 at 5:41 pm

  15. lara

    salam,,

    jika saya sudah mengaku pada suami.. bagaimana..
    sy sudah bertaubat.. niat saya hanya nak berlaku jujur…

    22/07/2011 at 4:20 am

  16. dzulqornain

    Saya pula mempunyai masalah. Pada April 2011, Isteri muda saya telah meminjam sejumlah wang tanpa pengetahuan saya dan telah menyerahkan tubuhnya sebagai ganti. Ibunya juga telah bersubahat dengan mengakui kepada lelaki tersebut bahawa isteri saya adalah seorang janda. Kesemua perkara tersebut adalah di luar pengetahuan saya. saya hanya mengetahui apabila isteri kepada lelaki yang dizinainya itu menalipon saya pada bulan Jun 2011. Isteri saya telah mengakuinya melalui pengakuan sementara lelaki tersebut telah mengakuinya melalui sms.

    Saya menasihati isteri saya dan dia bertaubat. namun begitu, pada hari raya yang baru ini, saya mendapati isteri saya telah menghubungi lelaki tersebut melalui panggilan talipon dan sms tanpa pengetahuan saya. Saya mengetahui perkara tersebut setelah menyemak senarai panggilan yang dicetak dan juga setelah ditalipon oleh isteri lelaki yang sama. Isteri muda saya dilihat seolah-olah tidak benar-benar bertaubat kerana telah mula meninggalkan solat.

    Bagi saya, isteri saya telah mempermainkan janjinya, taubatnya dan ketaatnya kepada saya. Apakah boleh saya sabitkan mereka di mahkamah atas perbuatan zina mereka? Apakah perlu saya menusyuzkan isteri saya? Apakah boleh saya mendapatkan hak jagaan anak-anak perempuan saya iaitu 2 orang?

    08/09/2011 at 3:22 pm

  17. Fidel H

    Apa pun , balik kepada ulama, terima kasih ya Ustaz Jai…:)

    08/12/2011 at 4:40 pm

  18. potsmokerz

    Assalamualaikum ustaz Jai

    Pada pendapat peribadi saya si perempuan atau lelaki yang melakukan zina perlu mengaku kesalahanya. Tapi hanya jika ditanya. Jawap la dengan seikhlas hati. Ini kerana untuk elak daripada x berlaku jujur pada pasangan. Pasangan berhak mengetahui kedaan sebenar. Jangan dirampas hak itu. Sudahla dikhianati dengan cara paling dasyat, sekarang dirampas pula hak pasangan untuk mengetahui perkara sebenar. Itu zalim. Samada perhubungan itu kekal atau x bergantung kepada budi bicara pasangan masing2. Jika si penzina sudah bertaubat nasuha. Mungkin Allah akan lembutkan hati pasangan untuk memaafkan dosa itu. Bersangka baik dan Allah Maha Mengetahui. Penzina pula haruslah redha dengan apa yg bakal terjadi. Lagipun apala sgt hukuman di dunia nak dibandingkan dengan hukuman diakhirat kelak. Biarlah kita dihukum di dunia yang bersifat sementara ini asalkan kita tak dihukum di akhirat yang siksaannya jauh lebih memeritkan. Bukankah kita bertaubat kerana takut pada Allah. Takut kerana kita pada satu ketika dulu x takut melakukan sesuatu yg dimurkai oleh Allah. Jadi berani buat berani la tanggung kn. Tiada alasan. Berapa lama rasa bersalah itu hendak ditanggung? Sampai matikah? Sanggupkah? Apapun ini hanya pendapat peribadi daripada pengalaman sendiri. Maaf jika ada salah.

    11/01/2012 at 7:46 am

    • ustjai

      Isu ini bukanlah satu ketetapan hukum yg muktamad sehingga kekal tidak berubah selama2nya. Ianya juga bergantung kpd byk faktor lain. Saya setuju bhw ada ketikanya kita perlu berlaku jujur tanpa menyembunyikan kesalahan2 spt ini. Tetapi spt dlm perbincangan yg lepas ia juga bergantung kpd faktor “kekuatan” orang yg ingin bertaubat. Jika seseorang itu, kebal imannya, sanggup berhadapan dgn segala pahit getir, maka tiada halangan utknya berlaku jujur. Tetapi ada manusia, bukan kerana berani buat, tetapi lantaran kelemahan dirinya menyebabkan dia hanyut atau terlanjur. Pada masa yg sama, dia tidak berkeras mempertahankan dosa yg telah dia lakukan.

      12/01/2012 at 1:24 am

  19. potsmokerz

    terima kasih atas pndangan ustaz. manusia hanya hamba yang lemah yang bergantung sepenuhnya kepada Allah.

    12/01/2012 at 5:16 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s