jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

KRISTIAN JUGA HARAMKAN BABI

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

29/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Semalam, saya menyampaikan kuliah maghrib di sebuah masjid dalam daerah Seberang Perai Utara dengan menggunakan teks Matan Arba’in Imam Nawawi. Dengan kehangatan isu merebaknya penyakit Selsema Babi ini, saya mengambil pendekatan mendedahkan perkara baru untuk pengetahuan para jemaah masjid berkenaan.

 

Selama ini, kita kerap menceritakan tentang persamaan di antara Islam dan Yahudi dalam mengharamkan memakan babi, tetapi kita terlupa tentang Kristian. Kebetulan, di rumah saya terdapat satu naskhah “The Holy Bible” terbitan The Gideons International yang diberikan secara percuma.

 

Maka dalam kuliah maghrib semalam saya telah menceritakan tentang larangan “Bible” ke atas para penganut Kristian agar mereka tidak memakan daging babi. Antaranya:-

 

Dalam Kitab Deuteronomy (The Fifth Book of Moses Called), Bab 14 dinyatakan:-

 

Ayat 8 “Also the swine is unclean for you, because it has cloven hooves, yet does not chew the cud; you shall not eat their flesh or touch their dead carcasses”

 cloven hoof

Larangan “Bible” ini antara lain menyatakan bahawa babi tersebut kotor (unclean), bentuk kakinya “cloven hooves” dan babi tidak mengunyah makanan yang ada dalam mulutnya. Maka “Bible” melarang penganut Kristian memakan daging babi dan menyentuh bangkainya.

 

 

Namun, bagi setengah penganut Kristian tertentu, mereka beranggapan bahawa jika mereka tidak memakan babi, ia akan menjadikan mereka sama seperti Yahudi. Mereka enggan digelar sebagai Yahudi sebagaimana Yahudi tidak mahu percaya bahawa “Messiah” yang dijanjikan kepada Yahudi adalah Nabi Isa a.s. kerana takut digelar sebagai Kristian. Sedangkan mereka (penganut Kristian) amat memusuhi Yahudi kerana mereka percaya (mengikut aqidah Kristian) orang Yahudilah yang telah membunuh Nabi Isa a.s.

 

Ini kerana The Book of Deuteronomy adalah termasuk dalam Perjanjian Lama (Old Testament) yang diberikan kepada Nabi Musa a.s. (mengikut kepercayaan mereka). Sedangkan dalam ajaran Kristian, undang-undang larangan tersebut terpakai kepada semua manusia. Ini disebut dalam beberapa ayat “Bible” termasuk Psalm 94:12; Ezekiel 18:5-9; Mark 2:27; dan Romans 2:12-16.

 

Walaupun begitu, sebenarnya fenomena kebanyakan penganut Kristian masih memakan babi walaupun kitab suci mereka sendiri melarangnya, adalah sama dengan keadaan orang Islam kita yang masih meminum arak walaupun terdapat ayat Al-Quran dan Hadith yang jelas dan terang melarangnya.

 

Kenapa??? Jawabnya, orang Islam dan Kristian species ini adalah dari jenis yang tidak pernah mempedulikan apa kata “TUHAN”!!!

 

Baca berita tentang Yahudi tak suka nama SELSEMA BABI,

 

Deputy health minister, Yakov Litzman, a member of an ultra-religious party, said earlier this week that the name “swine flu” should not be used as it contains the name of the animal banned by Judaism.

 

Eating of pork is prohibited by Judaism, the religion practised by the majority of Israelis. Islam, adhered to by most of Israel’s Arab minority, likewise bans consumption of pork.

BERITA SELANJUTNYA

http://sg.news.yahoo.com/afp/20090429/tts-health-flu-israel-mexico-offbeat-c1b2fc3.html

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

29/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

5 responses

  1. zack

    Ye btol ustad…

    Even worst, ramai org islam takutkan bible…

    29/04/2009 at 4:09 pm

    • ustjai

      Zack,
      Tu laaa.. kdg tu, takut tak kena tempat

      29/04/2009 at 4:56 pm

  2. rosnanie

    salam, ustaz, nak tanya macamana pulak hukumnya dengan anjing?
    Terdapat masyarakat Islam hari ini yang membela/ memelihara anjing dan menjadikan anjing sebagai salah satu haiwan peliharaan.

    18/05/2009 at 12:17 pm

    • ustjai

      Terdapat hadith Nabi SAW, “Sesiapa yang memelihara anjing bukan bertujuan untuk menjaga ladang atau binatang ternakan, maka setiap hari pahalanya akan berkurangan satu qirath (Bukhari & Muslim). Ini menunjukkan bahawa Nabi SAW melarang kita memelihara anjing dengan tujuan hobi atau binatang kesayangan. Majoriti ulama juga berpendapat hukumnya adalah haram (walaupun ada segelintir yang berpendapat makruh). Oleh itu, hendaklah kita mengelak daripada memeliharanya selain daripada sebab2 yg dibenarkan syarak. Tetapi janganlah pula menzalimi anjing dengan sengaja memukulnya tanpa sebab, kerana perbuatan menganiayai binatang adalah dilarang walaupun terhadap anjing.

      18/05/2009 at 1:09 pm

  3. liana

    salam…ustaz,

    saye pn pelikla…org islam pn ader yg sanggup bela anjing dalam rumah lg.Ia pulak dijadi kn binatang kesayangan pulak tu??eerrmmm…alasannye anjing kering kite leh sentuh??bahkan daging babi pn org islam sanggup mkn??mane ltk nye maruah masing2..mane pegangan agama mereka??

    30/05/2009 at 9:09 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s