jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

NUSYUZ & SYIQAQ, ANJING & KUCING

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

16/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Apa dia nusyuz? Apa dia syiqaq? Nusyuz ialah perbuatan isteri yang derhaka kepada suami. Manakala syiqaq ialah perbalahan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan. Ramai isteri yang dianiaya suami, enggan atau dihalang keluar dari rumah mereka walaupun rumah mereka adalah azab dunia yang tidak terperi lantaran kezaliman yang dilakukan suami terhadap mereka, disebabkan takut kepada perkataan nusyuz berlaku kepada mereka

 

Para suami hari ini pula mungkin terlupa dan mungkin perlu diingatkan bahawa mereka akan mati dan menemui Allah SWT bersama-sama dengan semua amalan baik & jahat yang mereka lakukan di dunia ini termasuk segala sepak terajang, flying kick, helicopter kick, hantuk kepala ke dinding, tampar, tumbuk dan sebagainya yang telah mereka lakukan di dunia ini terhadap isteri-isteri mereka.

 

Mereka juga perlu diancam dan diperingatkan bahawa Allah SWT Maha Mengetahui akan penderaan yang “invisible” yang mereka lakukan terhadap isteri mereka. Penderaan secara halus, mentally tortured, kadang-kadang jauh lebih menyeksakan berbanding penderaan fizikal. Tujuan para suami berbuat demikian kerana mereka mahu isteri mereka akan meminta cerai dan ini akan menyebabkan para isteri dipandang serong kerana meminta cerai lalu dicerca dengan perkataan “isteri yang meminta cerai takkan berbau syurga” sedangkan hakikat sebenarnya suami itu yang mahukan perceraian kerana sudah ada gadis atau janda yang tidak sabar menanti keruntuhan rumahtangga berkenaan.

 

Maka, si isteri tetap berada di rumah yang bagaikan neraka dunia itu walaupun mengalami trauma melampau seperti terbangun ketakutan di tengah malam hanya kerana terdengar batuk suami disebelah.

 

Kepada para isteri yang teraniaya, dengarlah nasihat saya ini. Islam bukanlah suatu agama yang zalim sehingga memaksa puan-puan tetap berada dalam neraka dunia. “La darara wa la dirar” (Tiada mudarat dan tidak memudaratkan) sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Malik Bin Anas di dalam Al-Muwattha’nya, menjadi satu kaedah untuk melindungi para isteri tersebut dan mereka dibenarkan keluar dari neraka dunia itu jika ia akan memudaratkan nyawa, diri atau harta benda mereka. Percayalah, kalian tidak nusyuz dan tidak berdosa jikalau kalian keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. Malah dalam keadaan yang ekstrem, wajib mereka keluar dari rumah tersebut.

 

Itulah yang dinamakan syiqaq, perbalahan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan kepada kuasa mahkamah atau hakim untuk menjadi pemutus yang memuktamadkan hubungan antara dua insan yang dahulunya saling cinta-menyintai tetapi selepas beberapa tahun menjadi seperti anjing dan kucing, satunya pemangsa, satu lagi mangsa.

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

16/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

3 responses

  1. JAZIMIN

    sangat bermakna

    17/04/2009 at 2:57 pm

  2. ct

    Ustz.
    Apakah hukumnya seorang isteri menghalau suaminya keluar dr rumah?

    Sy syg suami sy. Tp ada masanya saya benci sgt suami. Terutamanya bila saya teringat segala presure yg dia kasi kt sy. Masa 2 pasti sy akan halau dia dr rumah malah sy akan siapkan beg bajunya sekali letak luar rumah.

    Pelik tapi benar. Suami sy baik. Pelbagai cara sy usahakan utk suami taat dgn Allah gagal. Dr cara baik hingga ke kasar. Suami juga suka berhutang. Atas sbb ini juga sy sering laser kt suami. Sy bg direct. Sy xtahan. Dulu sy dah jelaskan hutang credit cardnya yg black list tp skrg sy masih lg menanggung hutang baru credit cardnya yg 3x ganda dr dahulu sampai segala simpanan licin & impian utk memiliki rumah hancur. Bab nafkah sy blh kata on off. Mana xnya hutang terlalu byk.

    Ada lg perkara yg menyakitkn hati. Tp biarlah sy simpan krn ini main amat2. Sy kesiankan anak2 yg 4 org kt rumah 2. Sume kecil2 g. Tp apa patot sy buat pd suami degil ni? Bab cerai, kaunseling xpayahlah ustaz suggest. Degil benar. Adik bradiknya pun xleh bantu. Mak ayahnya dah lama meninggal.

    Pening sy ustz. Sbb 2 bila tak tahan sy halau dia. Mcm benci jer tgk muka dia. Benci amat. Sy geram sbb anak2 ngikut. Sy didik anak2 cr lain bila dia masuk anak2 jd lain. Skrg anak sulong dah pandai menipu sy mcm mana abahnya menipu sy. Stres sy ustz.

    25/03/2011 at 9:06 am

    • ustjai

      Puan, sukar utk saya berikan pandangan dlm ruang sebegini. Tetapi ringkasnya, puan ada beberapa pilihan. Pertama, puan pilih antara teruskan rumahtangga puan atau cerai. Mahkamah boleh “ceraikan” puan dan dia walaupun dia degil. Ada kala perceraian lebih memberikan kebaikan drp meneruskan rumahtangga yg kacau bilau. Puan juga boleh memilih antara terus berusaha membaiki suami atau mendiamkan diri lantaran tiada daya. Pilih berdasarkan fakta yg ada depan puan. Hidup ini tidak akan sunyi drp masalah. Tindakan menghalau dia dari rumah pula menimbulkan persoalan, apakah kesan drp tindakan puan itu? Adakah memberikan kebaikan atau lebih mendatangkan keburukan?

      09/04/2011 at 5:19 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s