jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

TOLONG TAPI NAK HADIAH

Oleh:-

Ahmad Jailani Abdul Ghani

15/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Sesiapa yang bekerja di lapangan “marketing” dia akan setuju dengan saya bahawa perkataan “tolong” sebenarnya banyak mendatangkan keburukan. Sedangkan sepatutnya, ia membawa banyak kebaikan. Biasanya, kita akan dengar perkataan seperti ini:-

a)    Takkan tolong saje

b)    Kalau I tolong U, apa yang I dapat?

c)    I tak pernah pergi umrah, kalau U bagi I pegi umrah U pun dapat pahala (sebagai hadiah atas pertolongan)

d)    U ni cantik / hensem lah. I suka tolong U

e)    Macam-macam lagi, yang memberi isyarat bahawa pertolongan yang diberi mempunyai “makna”

 

Pernah seorang staf bank (perempuan) seorang cina, sorang lagi melayu, datang jumpa saya buat “marketing”, maksudnya, kalau ada orang yang nak buat “refinance” atau nak apply loan bank, mereka harap kita “pass” kes tu kepada bank di mana mereka bekerja. Staf yang melayu tu menceritakan kepada saya bahawa walaupun dia sudah kahwin tetapi dia sering mendapat “gangguan” ketika marketing.

 

 

 

Maka bagi sesiapa yang suka menolong tetapi ada “udang di sebalik batu” berwaspadalah dengan amaran berikut.

 

Hadith Abu Umamah bermaksud:-

Sesiapa yang memberi pertolongan kepada seseorang, lalu ia diberi hadiah, kemudian mahu menerimanya, sungguh dia telah mendatangkan suatu pintu yang besar di antara pintu-pintu riba

Riwayat Imam Ahmad, 5/261; Sahihul Jami’, 6292

 

Betapa ramai manusia, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan tertentu meletakkan syarat mendapat “hadiah” atau “komisyen” untuk pertolongan yang mereka berikan.

 

Apabila kita nyatakan kepada mereka bahawa “hadiah” tersebut adalah haram atau terlarang, mereka jawab, kami tak makan, kami guna untuk deposit kereta atau melancong. Tidak sedarkah mereka bahawa Al-Aklu (makan) juga termasuk di dalamnya Al-Intifa’ (manfaat). Jika sesuatu harta itu haram dimakan, maka ia juga haram diambil manfaat daripadanya.

 

Kenapa mereka tidak mahu menolong dengan ikhlas? Bukankah besar pahala yang dijanjikan Nabi SAW untuk mereka yang memberi pertolongan dengan ikhlas. Maksud hadith “Berilah pertolongan, nescaya kamu diberi pahala” (Fathul Bari, 10/450)

 

Namun begitu, hendaklah dibezakan muamalat “upah” dan “sewa”. Ini tidak termasuk dalam isu yang dibincangkan. Seseorang broker tanah/kereta dibenarkan mengambil upah atau komisyen daripada tanah/kereta yang dia mampu memcari atau mendapatkan pembeli atas usahanya itu. Begitu juga lawyer, doctor, jurutera, arkitek dan lain-lain dibolehkan mengambil upah di atas kerja-kerja professional mereka sebagaimana tukang kebun, kerani dan lain-lain dibenarkan mengambil upah.

 

Sekian,

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

15/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

3 responses

  1. zack

    So , upah = pertolongan ?..cool. thank you Jai.

    15/04/2009 at 9:32 am

  2. jai

    Zack, “cool” tu maknanya sejukkan? hehe

    15/04/2009 at 3:29 pm

  3. zack

    Jai..yes, bila sejuk tu maknenye ok lah tu..super cool…

    16/04/2009 at 2:03 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s