jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

SUKUK, BISKUT & RED LIGHT DISTRICT

Oleh:-

Ahmad Jailani Abdul Ghani

14/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Hari ni 14 April 2009. Bermulalah episod SUKUK. Apa dia SUKUK? Bunyi macam biskut. Sebenarnya sukuk ialah “bon” atau “securities” versi Islamik. Definisi yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti ialah “a document or certificate which represents the value of an asset”. Kerajaan perlukan duit untuk projek tertentu. Tetapi kerajaan takde duit. Maka kerajaan lantik Bank Negara Malaysia untuk mewakili kerajaan bagi menerbitkan sukuk. Pelaburan minimum RM1,000.00. Mesti ramai ada duit RM1,000.00. Maksimum RM50,000.00. Tetapi yang dukacitanya kadar keuntungan hanya 5% setahun. Takde 50% atau 300% sebulan macam “skim cepat kaya”.

 

Sebenarnya yang 5% inilah pelaburan yang “genuine”. Takde tipu-tipu. Dalam Majallah Al-Ahkam Al-‘Adliyyah ada menyebut “Profit comes with liabilities”. Mana ada profit gila-gila tetapi tiada liability.

 

Info ringkas seperti di bawah sebagaimana yang dipaparkan dalam website BNM.

Key Features of Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009

Name of sukuk
  • Sukuk Simpanan Rakyat 01/2009
Date of issuance
  • 14 May 2009
  • (Sales period 14 April to 13 May 2009)
Allocation of sukuk
  • First-come first-served basis
Total sukuk size
  • RM2.5 billion
Sukuk type
  • Sukuk to be based on Shariah principles
Profit to investors
  • 5 % per annum
Frequency of profit payment
  • Quarterly
Tenure
  • 3 years
Eligible buyers
  • Malaysian citizens who are 21 years and above
Minimum holding
  • Minimum holding per investor is RM1,000 at the point of sale and investors may purchase the sukuk in a multiple of RM100 e.g. RM1,100, RM1,200, etc.
Maximum holding
  • Maximum aggregate holdings per investor for the two series of Sukuk Simpanan Rakyat 2009 is RM50,000
Early redemption
  • Sukuk holders may redeem the sukuk at face value on and before maturity date, but not earlier than the first profit payment. The profit payments will be apportioned based on the number of days held
  • Minimum redemption amount allowed is RM100
  • The sukuk holders may redeem sukuk in multiples of RM100
Sales period
  • One month prior to the issuance date
Form of instrument
  • Scripless
Agent banks
  • Commercial banks, including Islamic banks, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional and Bank Pertanian Malaysia Berhad
Tax exemption
  • Returns on the sukuk to be exempted from tax
Transferability and assignability
  • The sukuk is non-negotiable, non-transferable and non-assignable
  • In the event of the death of the sukuk holder, the prevailing inheritance law will take precedence

 

Yang saya rasa hairan ialah kenapa sukuk, bba, aitab, musyarakah mutanaqisah dsbnya ada Syariah Advisory Council. Biskut pun ada tanda halal JAKIM.

 

Kenapa rancangan / program TV tiada tanda halal JAKIM? Kenapa tiada label “shariah compliant” atau seumpamanya. Kenapa perkhidmatan di hospital, perkhidmatan perundangan dan kehakiman serta jabatan kerajaan lain tiada tanda “halal” atau “shariah compliant”? Kenapa perkhidmatan lain tiada “pematuhan syariah”?

 

 

Amsterdam sangat cantik

Amsterdam sangat cantik

 

 

 

Saya teringat “Red Light District” di Amsterdam. Sangat terkenal dengan industri pelacuran, dadah dan senjata yang “dihalalkan” oleh Kerajaan Belanda. Para pelacur boleh dilihat melalui kaca “akuarium”. Dadah boleh dibeli dengan bebas. Tiba-tiba di kawasan “syaitan” itu juga ada kedai makanan halal. Ooo.. rupa-rupanya selepas menatap “daging” yang haram, tiba masa makan “mesti” cari makanan halal. Makanan halal kerana adat atau ibadat? Kalau kerana ibadat, kenapa berada di “Red Light District” at the first place?

 

Kewajipan kita ialah menjauhi segala tempat / orang yang derhaka. Lihat Firman Allah, Surah Al-An’aam, ayat 68:-

 

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

14/04/2009

www.ustjai.wordpress.com

6 responses

  1. Assalamualaikum wa rahmatullah …

    Ana Abul Yasr Abdullatef, dulu tinggal di Lunas. Pernah hadir juga kelas ustaz di IQ.

    Nak tanya ustaz. ada disebut di atas “profit for investors” – 5 % per annum .

    Kalau tak salah ana, kalau ditetapkan keuntungan, ia dikira riba. Bukan macam tu ke ustaz?

    15/04/2009 at 1:01 am

  2. zack

    satu lagi soalan ustaz..boleh kah sesebuah entity/company/pertubuhan melantik Syariah Councilnyer sendiri?

    15/04/2009 at 9:42 am

  3. Salam,

    Apa yang ana faham tentang “profit for investors” – 5 % per annum daripada pembelajaran dan diskusi dengan pensyarah tentang peratusan sedemikian. Ianya digelar historical rate yang manabased on historical performance of the bank.

    Walaupun isunya tidak boleh kita menjanjikan keuntungan kepada para pelabur historical rate itu pada hemat practitioner / banker adalah untuk menarik perhatian para pelabur daripada bank konventional yang juga berlumba-lumba menawarkan pulangan tetap (fixed rate return).

    Contoh nya, jika tenure lepas bank berjaya memperoleh keuntungan ,maka berdasarkan kajian dan telitian mereka membuat anggaran tentang perolehan yang dapat dibuat berdasarkan peratus (e.g 5% profit rate) untuk menarik investor. Selagimana ianya dalam peratusan maka ianya dapat mengelak daripada keuntungan tetap yang jelas haram.(e.g invest RM5000 setiap bulan ‘confirm’ dapat RM500)

    Sekadar perkongsian maklumat.Mungkin ustaz boleh betulkan.

    Wallahu’allam.

    17/04/2009 at 8:19 am

  4. Saya berpandangan sama dengan Abdellatif. 5% itu dikira tetap, fixed. Bila fixed, jadi riba.

    21/04/2009 at 4:34 am

    • ustjai

      SALAM,
      JAMINAN DIBERIKAN OLEH BNM BAHAWA IA ADALAH BERDASARKAN HUKUM SYARAK
      “The sukuk, which will be scripless and based on Shariah principles, is an additional investment instrument for Malaysian citizens who are 21 years and above. The RM2.5 billion sukuk, which has a 3-year tenure, offers a return of 5% per annum and provides the flexibility for early redemption before the maturity date. ”
      IANYA TERTERA PADA WEBSITE BNM. BERMAKNA SUKUK SIMPANAN RAKYAT TELAH MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA SAC BNM YANG DIANGGOTAI OLEH PAKAR-PAKAR PERBANKAN ISLAM. KALAU KITA MENGAMBIL JALAN MUDAH, MAKA PEJAM MATA, TERIMALAH BAHAWA IANYA SHARIAH COMPLIANT

      TETAPI, SBG MAKLUMAT TAMBAHAN, KITA PERLU JUGA MENDAPATKAN PERINCIAN TERHADAP JENIS KONTRAK YANG DIGUNAKAN DALAM SSR TSBT. JIKA KONTRAK MUDARABAH, SYARATNYA IALAH 5% TERSEBUT MESTILAH PADA PROFIT DAN BUKANNYA PADA JUMLAH MODAL PELABURAN. ITU ANTARA GARIS PANDUAN YANG DIBUAT OLEH AAOIFI. INI KERANA KONTRAK MUDARABAH ADALAH BERBENTUK PERKONGSIAN PADA PENGAGIHAN KEUNTUNGAN. JIKA SEMPAT SAYA AKAN SAMBUNG PERBINCANGAN INI. WALLAHU A’LAM

      21/04/2009 at 5:18 am

      • Kalau 5% dari keuntungan, itu sikit sangat ustaz. hehe

        21/05/2009 at 4:33 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s