jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

GAMBAR PERIBADI YANG TIDAK PERIBADI

Oleh:-

Ahmad Jailani Abdul Ghani

11/04/9009

www.ustjai.wordpress.com

 

Saya rasa hairan dengan sikap generasi sekarang terutamanya muda-mudi. Sudah tiada rasa malu. Setiap telatah mereka yang sepatutnya disembunyikan, sebaliknya dirakam dengan alasan sebagai koleksi peribadi. Gambar yang amat peribadi telah menjadi tontonan umum.

 

Tidak cukupkah dengan “gambar-gambar” kita yang akan “ditayangkan” di padang mahsyar nanti sehingga membuat gambar-gambar yang akan memberi azab kepada kita di dunia? Musuh kita memiliki senjata buatan kita sendiri untuk “blackmail” kita? Berapa ramai tokoh-tokoh penting dalam dan luar negara yang jatuh dan musnah karier mereka justeru gambar-gambar mereka sendiri.

 

Saya teringat Hadith Imam Bukhari (Fathul Bari, 10/380), Nabi SAW bersabda maksudnya; “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar”

 

Sebaliknya, remaja-remaja kita tidak mempedulikan panduan Nabi SAW ini. Ini dahsyat, mereka menggantung gambar-gambar selebriti yang mengghairahkan, gambar yang melupakan mereka kepada akhirat, gambar “idola” dan sebagainya.

 

Tidak takutkah kita kepada ancaman azab seperti yang disebut dalam hadith marfu’ yang bermaksud ; “Setiap pembuat gambar berada dalam neraka, dijadikan untuknya dari setiap gambar yang dia buat, suatu nyawa, maka diseksa dalam neraka Jahannam.”

(Riwayat Muslim, 3/1671)

 

Ada di antara kita, khususnya jurugambar yang dengan sengaja “mencipta” gambar-gambar jahat. Model-model mereka disuruh memberi “posing” yang provokatif. Butang-butang baju disuruh buka, kain diangkat setinggi-tingginya lalu terpampang di dada akhbar. Apakah model-model ini tiada ayah, ibu, adik atau sanak saudara yang akan menatap gambar-gambar tersebut? Atau keluarga mereka sendiri yang memberi galakan?

 

Tidak cukupkah ancaman Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud yang bermaksud; “Sesungguhnya orang yang paling keras seksanya nanti pada hari akhirat adalah pembuat gambar” (Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari 10/382)

 

Namun bagi gambar fotografi yang mempunyai keperluan yang baik kepadanya seperti gambar passport dan seumpamanya, maka ia termasuk ke dalam pengecualian sebagaimana pendapat Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

11/04/9009

www.ustjai.wordpress.com

3 responses

  1. Tahniah Ustaz Jai !!!

    Seronok baca pandangan.

    Ada masa boleh layari blog saya:

    1.drjazimin.com
    2. http://drjazimin.blogspot.com

    13/04/2009 at 6:23 am

  2. Tahniah Ustaz Jai!!!

    Seronok baca pandangan.

    Ada masa boleh layari blog saya:

    1.http://drjazimin.com
    2.http://drjazimin.blogspot.com

    13/04/2009 at 6:25 am

  3. Nas

    Ustaz..saya sedey lah tengok budak2 sekarang..budak laki laki pun dah tak tahu malu pakai seluar pendek.budak perempuan jgn cakap la lagi pendek dia pakai. kadang2 tu bila saya nak bagi salam dengan diaorang pun dah mushkil.. tak dapat beza dah yg mana kafir yg mana islam..sama jer. islam hanya terletak pada sijil beranak jer lah dek..masyaAllah.

    14/04/2009 at 4:49 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s