jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

ISLAM HANYA SEKADAR MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH?

Oleh:-

Ahmad Jailani Abdul Ghani

www.ustjai.wordpress.com

 

 

Paradoks yang berlaku dalam masyarakat Islam ialah selagi mereka mengucap dua kalimah syahadah, maka selama itulah mereka menjadi orang Islam. Mereka lupa bahawa sebenarnya itu adalah fahaman yang keliru, malah, banyak perkara yang boleh menyebabkan Islam mereka terbatal atau tidak diperakui.

 

Hakikatnya, proses memeluk Islam adalah sangat mudah berdasarkan sunnah Nabi SAW. Sheikh Yusuf Al-Qardhawi menyebut di dalam Fatawa Mu’asirahnya bahawa baginda hanya mensyaratkan golongan muallaf untuk mengucap dua kalimah syahadah sahaja tanpa menunggu ketibaan waktu solat atau bulan Ramadhan untuk melihat mereka beramal atau tidak dengan ajaran Islam. Ini adalah satu kemudahan dalam ajaran Islam. Sepatutnya proses pengislaman tidak disukarkan dengan pelbagai perkara yang tidak perlu.

 

Namun begitu, apabila mereka sudah menjadi umat Islam, maka adalah diharapkan mereka akan mengamalkan ajaran Islam secara beransur-ansur. Semata-mata mengucap dua kalimah syahadah tetapi pada masa yang sama tetap meyakini dan bertegas dengan ajaran syirik yang lampau akan menjadikan Islam yang ada pada diri seseorang itu dipertikaikan serta menyebabkan mereka termasuk ke dalam golongan munafiq kerana kepura-puraan dalam beragama.

 

Tidak kurang golongan yang keliru, cuba membawa beberapa hadith sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa hanya semata-mata mengucap dua kalimah syahadah sudah cukup untuk menjadi orang Islam. Sama ada sedar atau tidak, mereka telah terjerumus dalam fahaman murji’ah yang tertolak aqidah mereka. Golongan ini berpendapat bahawa mengucap dua kalimah syahadah semata-mata adalah mencukupi untuk diperakui keimanan mereka. Sedangkan, mengucap dua kalimah syahadah tanpa disertai dengan keyakinan hati hukumnya adalah nifaq. Mereka digelar sebagai munafiq!

 

Syahadah atau penyaksian hanya sah apabila mempunyai ilmu, keyakinan, keikhlasan dan kebenaran. Pengucapan dua kalimah syahadah tanpa mengetahui maknanya, tidak yakin, tidak beramal dengan perintah membebaskan diri daripada syirik, tidak ikhlas pada perkataan dan amal perbuatan, maka ianya tidak bermanfaat mengikut ijma’ para ulama’ (Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid, Al-Sheikh Abdul Rahman bin Hasan Aali Al-Sheikh, Maktabah Nizar Mustafa Al-Baz, 29).

 

Iman yang sebenar dan sah mengikut pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah ialah mengucapkannya dengan lidah, beramal dengan rukun-rukunnya dan membenarkannya  dengan hati. Adalah tidak mencukupi jika sekadar mengucap dengan lidah. Namun, jika dia meninggal dunia dan pada masa yang sama tidak diketahui tanda-tanda kekufurannya, maka mayatnya hendaklah dimandikan, dikafankan, dan dikebumikan mengikut cara pengurusan jenazah Islam. Penyaksian bahawa “Tiada Tuhan Selain Daripada Allah” adalah bermakna tiada sembahan yang hak melainkan Allah. Penyaksian seperti ini adalah tidak memadai hanya dengan kata-kata, bahkan lebih dari itu, mestilah beriman dengan maknanya dan beramal dengan segala yang diperintahkan. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah Lil-Buhuthi Al-‘Ilmiyyah wa Al-Ifta’, 3 / 248).

 

Golongan yang memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin, mendapatkan status warganegara atau sebab-sebab keduniaan yang lain tetapi pada masa yang sama tetap kufur kepada Allah, maka mereka adalah golongan munafiq. Imam Ibnu Abi Al-‘Izz Al-Hanafi telah menyatakan bahawa orang munafiq dihukum berdasarkan dua keadaan. Jika tidak diketahui tanda kekufurannya, maka dia dianggap sebagai Islam. Sebaliknya berlaku, jika tanda kekufurannya diketahui dengan jelas tanpa sebarang keraguan, maka dia dihukum sebagai seorang kafir (Syarh Al-Tohawiyah fi Al-‘Aqidah Al-Salafiyyah, Ibnu Abi Al-‘Izz Al-Hanafi, Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir, Maktabah Al-Riyadh Al-Hadithah, 325)

 

 

Sekian.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

www.ustjai.wordpress.com

 

About these ads

5 responses

  1. zack

    and if we calculated the % of the activities that we perform on rukun islam against our whole life…still it will fall below 10%….so we actually 10% muslim je…fikir fikirkan lah…

    13/04/2009 at 3:56 am

  2. md man

    Salam ustaz.sy nak tanya…

    1) org Islam secara keturunan tak perlu bersyahdaah ke?

    03/06/2010 at 11:20 am

    • ustjai

      “Mengucap 2 kalimah syahadah” kan rukun Islam pertama

      03/06/2010 at 11:34 am

  3. salam,adakah mengucapkan kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir dapat menghindar diri dari fitnah kubur?minta penjelasan.

    30/12/2011 at 7:05 am

    • ustjai

      Selain terdinding drp fitnah kubur, banyak nas yg menunjukkan tambahan yg lain. Contohnya 1. hadith Bukhari spt diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a) beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling bahagia mendapat syafaatmu pada hari kiamat nanti?” Rasulullah (s.a.w.) menjawab : “Wahai Abu Hurairah, sungguh aku menduga tidak ada seorang pun yang mendahului engkau untuk menanyakan perkara ini, kerana aku melihat minatmu terhadap hadith. Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatku pada hari kiamat nanti adalah orang yang mengucapkan kalimah ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas dari hatinya atau jiwanya. 2. Juga hadith Muslim iaitu “Sesiapa naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusanNya, maka Allah mengharamkan neraka baginya.” 3. Imam Muhd Nasiruddin Al-Albani juga dlm satu buku beliau memberikan byk dalil yg menunjukkan mati dlm keadaan mengucap 2 kalimah syahadah adalah salah satu tanda mati kesudahan yg baik (husnul khatimah). Namun, itu secara umumnya. Para ulama telah menghuraikan bhw terdapat syarat2 yg perlu dipenuhi cth ringkas; percaya/yakin, ilmu/mengetahui dsbnya. Bukan sekadar ucapan seorang munafiq atau burung kakak tua. Moga membantu.

      02/01/2012 at 6:30 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers