
1. Arizal Jailani & Co, Advocate & Solicitor, Bukit Mertajam, Penang. Tel: 045309191 / 045309566 / 045381511
2. Arizal Jailani & Co, Advocate & Solicitor, Sg. Petani, Kedah. Tel: 044221000 / 044221222
3. Email: ustazjailani@yahoo.com,
4. Email: ahmadjailani@hotmail.com

Welcome to my blog. I'm senior advocate & solicitor, shari'ah practitioner and part-time lecturer.
Interested parties, are encouraged to reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited to ustjai.wordpress.com.
Postings containing profanities, obscenities, against Islam and the Law of Malaysia will be rejected. Thanks
21 Comments
11/04/2009 at 4:38 am
Assalamualaikum..Tuan,
Apakah hukumnya orang-orang (bukan) Islam membaca Al-Quran dan apakah tindakan kita sebagai seorang Islam.
Terima kasih.
12/04/2009 at 4:53 pm
Salam,
Boleh rujuk tafsir berkenaan ayat di bawah, surah Al-Tawbah ayat 6.
Jikalau boleh diperdengarkan kpd mereka ayat Allah (Al-Quran), maka sudah tentu mereka juga boleh membacanya.
وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلاَمَ اللّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَعْلَمُونَ ﴿٦﴾
Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (6)
Berdasarkan Sirah Nabi SAW, baginda menghantar surat2 kpd raja & pemimpin kafir pada zaman baginda yg mengandungi “bismillah” dan ayat2 Quran yg lain.
Sepatutnya kita bangga org kafir mula membaca ayat Al-Quran. Wallahu A’lam.
13/04/2009 at 4:06 am
..yes, pls noted that all over the world…non muslim is studying and analysing Quran like crazy..top universities around the world even the Vatican City ( HQ kaum christian ) pun pagi petang siang malam dok mengkaji Quran ni….cuma org muslim je yg slalu baca tapi tak faham pun…so bila ada org bukan muslim baca..jgn lah jadi gabra n nak hantar aduan polis tak tentu pasal….untuk menjaga dan mensucikan Quran ialah membaca/ mempraktikkan dan dapat hasil…bukan dgn marah kat org bukan islam bila baca quran…
06/07/2009 at 2:48 am
Teringat kisah saidina Umar yang mendengar adiknya membaca Quran lalu tersentuh hatinya kebenaran ayat al Quran. Di barat sana ramai saintis yg mengkaji al quran.Mereka ini mengkaji setiap inci isi Al-Quran dan memahami tafsiran Al-Quran lantas menemui keajaiban Al-Quran walaupun mereka tidak tahu menyebut alif ba taa…bahkan ramai paderi kristian yang memeluk Islam. Renungkan.
24/04/2009 at 6:45 am
Assalamualaikum ustaz,
saya ada dua persoalan,
1) bagaimana hendak melakukan sujud syukur, adakah kita perlu berdiri dan berapa kali kita sujud
2) apakah bacaan ketika kita melakukan sujud sejadah pd setiap subuh jumaat.
Wassalam dan terima kasih diucapkan
09/05/2009 at 11:46 pm
Raymee,
1. Cara sujud syukur TAK PERLU BERDIRI. Dan sujud hanya sekali shj.
2. Cara bacaan boleh rujuk dlm buku, ada byk di pasaran. Buku teks sekolah menengah pun ada. Minta maaf saya susah nak taip di sini.
22/05/2009 at 2:50 pm
Assalamualaikum
dear ust jai,
alhamdulillah, praises be to Allah SWT for giving you the knowledge, provided you the strength to continue writing in your blog. I’m one of your readers, I like to read blogs, especially concerning Islam.
I would like to point out one mistake, probably you typed it wrongly, the verse number for your quotation in Surah Al-Baqarah. It should be 216 instead of 217. Please have a look.
This is for your article “BANYAK REZEKI BUKAN BUKTI ALLAH REDHA”
Continue your great work. May Allah bless us all.
Sincerely,
-sister azah-
23/05/2009 at 3:43 pm
Thanks a lot. Correction done.
24/05/2009 at 10:20 am
Salam ustaz jai…
Saya baru mengenali ustaz lewat beberapa kes yang dikendalikan ustaz..
Dan mungkin beberapa siri ceramah ustaz yang digandingkan dengan Dr Asri Zainal Abidin,tokoh yang sudah beberapa tahun ikuti kuliyah dan ceramahnya..
untuk makluman ustaz,saya ada mendapat informasi tentang ustazdari adik ustaz yang belajar bersama saya di Bandung..
Dan besar keinginan saya,kalau suatu hari nanti kita boleh berjumpa dan berkongsi idea..Untuk makluman ustaz,saya berasal dari Kelantan juga…
Semoga terus maju jaya ustaz..
Ilal liqa’…
24/05/2009 at 2:38 pm
Alhamdulillah, adik ana juga ada beritahu hal ni. Insya Allah kita akan berjumpa nanti.
26/05/2009 at 10:53 pm
Assalamualaikum Ustaz,
Saya nak tanya satu persoalan tentang masalah rumah tangga yang dihadapi oleh sahabat saya.
Ceritanya begini, sahabat saya ada rancangan untuk berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Ini kerana, jika di beritahu kepada isteri pertamanya, sudah pasti isterinya tidak akan membenarkannya.
Baru-baru ini isteri pertamanya dapat menghidu tentang rancangannya dan terus mengugut beliau untuk membuat dua pilihan seperti berikut:
1. Jika mahu berkahwin lagi, ceraikan nya atau lupakan niat berkahwin lain jika tidak mahu ceraikan beliau? Dan isterinya terus mendesak sehingga beliau bersetuju untuk tidak berkahwin lain, jika berkahwin juga akan jatuhlah talak dan isteri beliau juga menyuruh beliau menulis apa yang diucapkannya. Perkara ini berlaku didalam kereta semasa rehat tengahari jam 1-2 ptg. Sahabat saya mengikut sahaja kehendak isterinya kerana tidak mahu memperpanjangkan lagi pertengkaran dan beliau mahu menyambung kerja beliau selepas waktu rehat. Persoalannya adalah seperti berikut:
1. Jika persetujuan itu dibuat tanpa niat, adakah sah?
2. Jika beliau berniat apa yang diucap dan ditulis itu adakah sah? Jika sah bagaimana untuk beliau menarik balik persetujuan itu.
Beliau ada mengatakan yang beliau akan meneruskan juga perkahwinan beliau tetapi beliau tidak mahu menceraik isteri pertama beliau.
Diharap ustaz dapat memberi jawapan dan jalan untuk menyelesaikan masalah sahabat saya ini?
Wassalam
28/05/2009 at 7:29 am
Awang, sebenarnya susah saya nak jawab dgn sempurna di ruangan ini, Namun secara ringkasnya, apa yg dia lakukan itu (taaliq) adalah sah. Jika dilanggar taaliq tersebut, maka berlakulah (gugur) taalaq. Soal niat, adalah memadai dgn dia sengaja melakukan taaliq tersebut kerana taaliq dia jelas. Untuk lebih tepat, isu ini perlu dibincangkan cara bersemuka. Taaliq juga x boleh ditarik balik sebagaimana kefahaman biasa masyarakat umum yg menyangka sedemikian. Kerana taaliq berbeza dgn sumpah.
02/06/2009 at 4:00 pm
salam tuan..sy seorg pljar yg mlnjutkan pljran d slh sebuah ipta d mlaysia ni dan berumur 19 thun.sy tidk thu hrus mncritkn ini pd siapa dan ingin brtnya.zamn skolah mngah sy blalu dgn sgt truk.sy hmpir mlkukn zina dgn seorg bks tman llki sy yg sy sndri tdk rela d prlkukn bgtu.tp syukur krna dia tdk mnbuk sy.sy cuba mnjauhi dr dia,tp sukar krna rkn2 dia rkn2 sy jg. sy jga rmai tman llki pd msa skolah dlu, sy hmpir mlkukn zina dgn seorg yg lain.sy tdk tau apa yg blku dgn diri sy pd msa itu.jauh d hati sy, sy sgt inginkan ketenangan dlm islam..tp stiap kli sy btaubat dgn bersungguh2, akan ada jga yg dtg mggoyahkan iman sy..lelaki yg sy rpat skrng thu hmpir sluruh crta hdup sy..dia ajar sy bpkaian mnutup aurat yg spttnya(sy mmg org yg btdg), tp stlah dia mgthui kisah lmpau hidup sy, dia sprti mgmbil ksmptn terhdp klmhan sy..tp pd yg sma dia crta agma tntg sy..dia kta sy org ptma yg bsma dia..bulan dpan dia ajk sy ke genting, sy xnak,tp dlm msa yg sma sy takut hndak mnolak..dia ugut hndak brthu hal sy pd kluarga sy, sptmna dia tlh crta aib sy pd rkan kelas sy..sy cba mjauhkn diri dr dia, tp sy takut, tiada siapa akn trima sy krana crta lampau sy, dan sy takut kesunyian.. dia mrncg untk mlkukn zina dgn sy d gnting nnti, pd ktka itu nnti, sy akn smbung pljran d tmur tnh air,dan tiada alsan untk mnolak..mlah dia bcdg hndak mjdkan sy spt ‘isteri’ ktka d sana…dia bkas rkan sklas sy..krna dia tlah d gntung sem dpan…tuan,apa yg hrus sy lkukan?sy solat, tp trsa kurg, sy berdoa tp sprti tdk ddgari, sy mgdu pd Allah agar hindari sy dr zina,sy bmohon d jmpakan bkal suami yg dpt mnrima sy..sy mhukan ktngan hdup..sy dah buntu fikir untuk mjauhi dia pula..tolonglah beri jwpan pd sy..
02/06/2009 at 5:49 pm
Aisya, Islam mengajar kita bhw lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik. Begitulah sebaliknya. Jika Aisya serius utk menjadi org baik, maka tinggalkan lelaki tersebut. Berusahalah jadi org yg baik, insya Allah akan diketemukan dgn lelaki yg baik. Aisya masih muda dan mempunyai byk masa. Ttg kisah lampau, jadikan ia sebagai rahsia besar yg takkan didedahkan kpd sesiapa jua selepas ini. Buang kisah tersebut jauh2 dan yakin diri bhw kita sekarang telah menjadi org baik. Percayalah bhw Allah Maha Pengampun, Maha Adil, Maha Pengasih, maha Penyayang. Semoga berjaya
06/06/2009 at 10:34 pm
Assalamu’alaikum
HayakALLah…salam ustaz minta pertolongan ustaz untuk menitip citer ttg sy. Umar utk tidak menghantar askarnya keluar negeri lebih dari 4 bulan meninggalkan isteri…jika ada dalam versi bahasa arab lagi baik agar dapat saya forwardkan pada majikan arab disini.
Segala kerjasama dan usaha ustaz saya junjung tinggi dan jazakaLLahukhairan kathira saya ucapkan…
Wassalam dari Negeri Anbiya’
08/06/2009 at 1:14 am
Enta tgk dlm Tarbiyatul Aulad (Abdullah Nasih Ulwan) pun ada. Kalau enta nak ana letak dlm blog ni, ana cuba.
06/07/2009 at 3:35 am
Assalamualaikum ustaz,
Masa dengar ceramah di masjid paya keladi,ustz menyebut tentang negeri Iran yang dulunya Parsi.Tentang Parsi,khabarnya Saidina Salman Al Farisi dari keturunan kerabat raja Parsi ya? kisahnya menyentuh hati mengembara mencari tauhid sampai ketemu Islam. Mcm micheal Jackson pulak yang masuk Islam..hehe. saya seorg yg agak suka sejarah dan pernah membaca tentang Konstantinople dan Muhammad al Fateh. Diharap lebih banyak cerita kepahlawanan Islam dalam kuliah Ustaz. Saya mengaguminya.
06/07/2009 at 3:37 am
jemput ke blog: shamsurie.wordpress.com
06/07/2009 at 9:35 am
alhamdulillah, dah tengok. Smlm try tak dpt, sbb ana eja tanpa “e”
06/07/2009 at 11:19 pm
Salam ustaz,
Saya ada menghantar satu email bertanyakan hukum lelong/membida di internet. Dan jugak konsep drop shipping, apakah hukumnya.
Saya paste di sini sajalah pertanyaan saya, Harap dapat membantu :
Salam Ustaz,
Merujuk kepada subjek di atas, saya inginkan bantuan ustaz dalam hal ni, sebab saya tak pasti hukumnya. Saya ada cuba mencari jawapan online tapi kebanyakkannya tak boleh nak kasi jawapan yang betul, tentang status halal atau harap konspe drop shipping (akan diterangkan kemudian untuk rujukan ustaz) dan konsep affiliate. Semoga ustaz dapat memberi sedikit penjelasan, sebab saya tak mau makan duit haram, kalau betul transaksi drop shipping ni haram.
Konsep drop shipping, ustaz boleh rujuk di web ini yang menerang secara terperinci bagaimana transaksi jual beli berlaku:
http://anuarmarzuki.com/tips-ebay/dropship-tips-ebay/tak-ada-produk-untuk-berniaga-di-ebay
Saya tak pasti hukumnya. Sebab saya baca dini blog ustaz Zaharudding kurang jelas untuk perniagaan berasaskan drop shipping ni. Ustaz boleh rujuk entry di blog ustaz zaharuddin di sini:
http://www.zaharuddin.net/content/view/664/95/
Jadi apa pendapat ustaz tentang halal haram membuat perniagaan internet menggunakan drop shipping ni?
Soalan kedua merujuk kepada program affiliate. Bermakna kita memasarkan barangan digital secara online, dan kita mendapat komisyen yg telah ditetapkan oleh penjual. Persoalannya, kalau saya mempromosikan dvd atau keahlian untuk muzik download. Saya rasa terang juga yg hukum mempromosikan hiburan adalah haram. Tapi saya nak ustaz komen sikit mengenai hal ini jugak.
Harap ustaz dapat membantu. Saya tahu ustaz sibuk tp besar harapan saya untuk mengetahui hukum perniagaan internet yg saya tulis di atas secepat mungkin sebelum yang tak elok terjadi. Jazakallah ustaz. Terima kasih..
Sekian, Terima Kasih.
07/07/2009 at 1:10 am
Saya ada terima. Cuma ramai pembaca blog ini meminta saya jawab mcm2 soalan. Beri saya masa utk penuhi hajat setiap sahabat.