jailani, peguam, ustaz, islam, syariah, undang-undang, law

SAKIT JIWA, JIWA SAKIT DAN PSYCHIATRIC DISORDER

Oleh,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

1. Perasaan saya terasa sangat sedih apabila membaca kes pembunuhan 4 sekeluarga di Gemencheh, Negeri Sembilan. Dengan jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa bunuh termasuk dipenggal kepala, adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai bahawa ianya dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.

2. Namun, setelah ahli keluarga ditemuramah oleh pemberita dan disiarkan oleh media, yang menceritakan bagaimana suspek disyakki mengalami “penyakit” tertentu kerana pernah bercakap sendirian dan seumpamanya, saya mula teringat pengalaman mengendalikan kes-kes yang melibatkan tekanan perasaan dan sakit mental termasuk schizophrenia.

3. Dalam suatu kes di sebuah mahkamah di Pulau Pinang, saya menyoal saksi pakar (seorang psychiatrist) dari sebuah hospital kerajaan, tentang symptom schizophrenia. Beliau menjawab antaranya ialah dapat mendengar suara ghaib yang memberi sesuatu “arahan”, masuk ke bilik air tanpa menutup pintu (hmm.. yg ni ramai yg buat!) dan lain-lain.

4. Isteri yang mempunyai suami berpenyakit seperti ini, atau sesiapa jua yang memiliki ahli keluarga sedemikian, hidup dalam ketakutan atau sekurang-kurangnya dalam keadaan bimbang dan tidak tenteram.

5. Cuma, sebahagian daripada kita tetap kasih kepada ahli keluarga mereka walaupun ada ketikanya golongan yang bermasalah seperti ini amat berbahaya.

6. Di sebuah masjid, seorang warga emas yang singgah solat maghrib telah dikelar lehernya dari arah belakang oleh anaknya sendiri yang mempunyai masalah mental.

7. Dunia perubatan moden tidak dapat memberi jawapan secara pasti punca sebenar kepada penyakit ini, tetapi di antara punca yang disebut sebagai dapat memberi sumbangan kepada penyakit seperti ini ialah tekanan perasaan, keturunan dan lain-lain.

8. Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan tekanan. Orang yang tidak bekerja, tertekan lantaran tiada pekerjaan. Orang yang bekerja pula tertekan dengan bebanan kerja. Kita sentiasa mengejar “due date”, menyelesaikan masalah manusia, dan sebagainya yang menyebabkan kita tertekan. Nampaknya, hidup di dunia ini seolah-olah, ada kerja susah, tiada kerja pun susah.

9. Hati dan perasaan saya amat bersimpati kepada ibu suspek pembunuhan di Gemencheh, Negeri Sembilan, tersebut. Walaupun, anak lelakinya itu disyaki membunuh kejam 4 ahli keluarganya, termasuk suami dan anak perempuannya, tetapi si ibu itu tetap mencium suspek, sambil menyatakan lebih kurang “mak ampunkan engkau”, dengan diiringi linangan air mata yang tersangat laju. Itulah kasih seorang ibu. Sama ada anaknya baik atau jahat, dia tetap anaknya.

10. Ingatan saya masih segar, ketika mengendalikan kes jenayah, adalah menjadi pemandangan biasa melihat anak-anak kecil datang ke lokap mahkamah berjumpa ayahnya disebalik batang-batang besi lokap. Isteri yang hamil datang membawa bekalan makanan untuk diberikan kepada suami yang dihalang oleh pintu lokap. Mata mereka kelihatan berlinangan air mata. Walau suami mereka jahat, tetapi mereka tetapi suami dan bapa kepada anak-anak mereka.

Ya Allah, janganlah Engkau menguji kami dengan ujian yang kami tidak mampu menanggungnya.

Sebagai bacaan tambahan:-

http://www.nhs.uk/Conditions/schizophrenia/Pages/Introduction.aspx

Schizophrenia is a chronic mental health condition that causes a range of different psychological symptoms. These include:

  • hallucinations - hearing or seeing things that do not exist, and
  • delusions - believing in things that are untrue.

Hallucinations and delusions are often referred to as psychotic symptoms or symptoms of psychosis. Psychosis is when somebody is unable to distinguish between reality and their imagination.

The exact cause of schizophrenia is unknown. However, most experts believe that the condition is caused by a combination of genetic and environmental factors.

How common is schizophrenia?

Schizophrenia is one of the most common serious mental health conditions. One in 100 people will experience at least one episode of acute schizophrenia during their lifetime. Men and women are equally affected by the condition.

In men who are affected by schizophrenia, the condition usually begins between 15 and 30 years of age. In women, schizophrenia usually occurs later, beginning between 25 and 30 years of age.

Misconceptions about schizophrenia

Schizophrenia is often a poorly understood condition and many people hold a number of misconceptions about it.

One misconception is that people with schizophrenia have a split or dual personality, acting perfectly normal one minute and then irrationally or bizarrely the next. However, this is totally untrue. Schizophrenia is a Greek word that means ‘split mind’, but the term was first used long before the condition was properly understood.

It would be more accurate to say that people with schizophrenia have a mind that can experience episodes of dysfunction and disorder.

Another misconception about schizophrenia is that people who have the condition are violent. Again, there is little evidence to back this up. Acts of violence committed by people with schizophrenia get a great deal of high-profile media coverage, and this can give the impression that such acts happen frequently when they are in fact very rare.

Sekian,

Ahmad Jailani Abdul Ghani

http://www.ustjai.wordpress.com

4 responses

  1. fadhli

    jai…secara kebetulan suspek pernah bekerja dgn saya drp 2000-2006 dulu. Dia seorang yg sangat pendiam dan suka memendam rasa…

    15/01/2010 at 6:46 am

  2. can.t help with it

    24/02/2010 at 6:27 am

  3. sy nk brtnya?..sy ade sorg abg,dia mmpnyai tkanan prasaan..dia suka buang najis ke rmah2 jiran..kkadaang dia siram asid di kereta jiran2..bila di marah atau di tnya ..dia akan jwp bkan dia yg lakukn..jadi ape yg patut sy buat skrg..ada ka ini di katakn tekanan perasaan??dan ada ka tempat unk abg sy ni berubat??tolong la sy..sbb sy dan famliy dh xtau nak buat ape lgi…dan dah xtahan dgn prbuatan nye tu..

    26/08/2010 at 6:48 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers