GAMBAR NGERI TENTERA THAILAND DIPANCUNG
Oleh:-
Ahmad Jailani Abdul Ghani
17/04/9009
Saya telah menerima banyak gambar ngeri yang menunjukkan keadaan mayat tentera Thailand yang dibunuh. Saya sendiri tidak pasti sama ada gambar tersebut adalah genuine ataupun tidak. Bagi sesiapa yang merasakan bahawa gambar tersebut “terlalu” ngeri maka sepatutnya dia memadamkan gambar tersebut sebagaimana di penghujung tulisan ini. Saya hanya sertakan beberapa foto sahaja. Namun, bagi saya gambar tersebut boleh dilihat dan tidaklah akan menimbulkan sebarang kemudaratan.
Ini mengingatkan saya kepada suatu peristiwa kira-kira 15 tahun yang lalu ketika saya secara kebetulan berada bersama-sama para Imam seluruh Thailand di sebuah hotel di Kota Bangkok mengikuti suatu program anjuran Kementerian Dalam Negeri Thailand. Para Imam tersebut termasuk saya (walaupun saya bukan imam Thailand!) telah dilayan begitu baik, diberikan pelbagai hadiah, dibawa bersiar-siar di Kota Bangkok dengan diiringi kenderaan polis Thailand yang membunyikan siren, sehingga perjalanan kami langsung tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Bangkok.
Saya ditempatkan dalam bilik hotel bersama dengan seorang imam Thailand berusia lingkungan 40’an yang hanya tahu bercakap bahasa Siam dan Arab sahaja (nasib baik dia boleh berbahasa Arab, kalau tidak, jadi ayam dan itik lah kami dalam bilik tu). Dia mendapat pendidikan di Mesir.
Beliau menceritakan bagaimana orang-orang Islam di Thailand, berpecah sesama sendiri. Bagaimana tidak “relevance”nya perjuangan PULO (Patani United Liberation Organization) yang masih ingin berjuang dalam hutan, sehingga gagal mendapat sambutan anak-anak muda Islam Thailand. Dan sebagaimana yang kita tahu, kini, PULO sudah pupus kerana gagal memastikan strateginya diterima oleh masyarakat Islam.
Itulah juga yang berlaku kepada Kerajaan Thailand, yang gagal diterima oleh rakyat mereka sendiri walaupun mereka satu agama dan satu aqidah iaitu Buddha. Semua pemimpin yang naik serba tidak kena. Rusuhan demi rusuhan, sehinggakan politik Siam menjadi sangat tidak stabil.
Tetapi sekurang-kurangnya, pejuang-pejuang Islam di Selatan Thailand boleh menarik nafas buat seketika untuk membaca Surah Al-Nisaa’ : ayat 104 berikut:-
وَلاَ تَهِنُواْ فِي ابْتِغَاء الْقَوْمِ إِن تَكُونُواْ تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللّهِ مَا لاَ يَرْجُونَ وَكَانَ اللّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
Sehinggakan seorang lelaki yang tidak dikenali, menemui saya pada suatu ketika selepas saya berkhutbah berkenaan dengan kegawatan di Bangkok, beliau menyatakan, “mungkin itu balasan Allah SWT keatas mereka yang telah menzalimi orang-orang Islam di Thailand”. Kenyataannya itu menyebabkan saya terus teringatkan bilangan yang cukup ramai di kalangan pemimpin masyarakat Islam setempat di Thailand yang “hilang” dan terus “hilang”.


dalam sungai


Diangkat keluar dari sungai
Ya Allah, Kami berasa takut. Lindungilah kami dan selamatkan kami di dunia dan di akhirat. Amin
Sekian
Ahmad Jailani Abdul Ghani
17/04/9009



Quran Explorer
RECITATION OF THE QURAN
SHEIKH DR SU'UD BIN IBRAHIM AL-SHURAYM
Tafsir
FATWA JAKIM
FATWA ONLINE
ISLAM – QUESTION & ANSWER
LAJNAH DA'IMAH LIL BUHUTHIL 'ILMIYYAH WAL IFTA'
WORLD FATWA MANAGEMENT
AAOIFI
BANK NEGARA MALAYSIA
IFSB
Islamic Financial Services Directory
SECURITY COMMISSION
BBC WEATHER
CIA
Google Maps
HOWJSAY
AL-AHKAM.NET
AL-FIKRAH.NET
AL-QAYYIM.NET
ARAH KIBLAT / QIBLAH LOCATOR
DORAR.NET
ISLAMIC FINDER
ISLAMONLINE
Muslim Brotherhood
PRAYER TIME
UK MOSQUE – SEARCH
PROF MAHMOUD EL-GAMAL
PROF WAHBAH ZUHAYLI
Sheikh Al-Syanqiti
Sheikh Bin Baz
Sheikh Muhd Nasiruddin Al-Albani
Sheikh Salman Al-'Audah
Sheikh Yusuf Al Qaradawi
ATTORNEY GENERAL CHAMBERS
BAR COUNCIL
BIRO BANTUAN GUAMAN
DEPARTMENT OF SYARIAH JUDICIARY MALAYSIA
MALAYSIAN COURT OFFICIAL WEB
PENANG BAR
AGENDA DAILY
Berita Harian
Bernama
HARAKAHDAILY
HARIAN METRO
Malay Mail
Malaysiakini
NEW STRAITS TIMES
STAR ONLINE
Tranungkite
Utusan Malaysia
ASHARQ ALAWSAT
FINANCIAL TIMES
Jerusalem Post
REUTERS
THE NEW YORK TIMES
WASHINGTON POST
Jailani Jelaskan Kes Fatimah Tan
ngeri2. kjam nyer org yg wt p’bunuhan tuh. tak berhati perut lgsg.
22/04/2009 at 9:03 am
Kekejaman ini sudah pasti ada sebabnya. Pembunuhan, cara macam mana pun adalah kejam tetapi pembunuhan aqidah terhadap orang Islam samada secara tidak lansung atau lansung oleh kaum Yahudi dan Nasara adalah lebih halus dan kejam. Kita kadangkala alpa tentang kekejaman halus ini kerana ianya tak benbentuk tetapi kesannya adalah lebih teruk dari kekejaman fizikal. Orang Islam wajib mempertingkatkan ilmu mereka dalam Islam secukupnya dan bukan sekadar menerima Islam turun temurun itu secara sepintas lalu. Semangat jihad akan sendiri timbul apabila kita berilmu kerana dunia bukanlah tempat kita nak berlazat-lazat. Lupakah kita apa yang berlaku di Tak Bai sedikit masa dahulu dimana ribuan orang Islam di bunuh dan dihumban dengan kejam oleh pasukan tentera Thai.
Wallah huaklam
02/05/2009 at 3:33 pm
O MY GOD. SO SCARY PHOTOS.
27/04/2009 at 2:43 am
Sabar jela… sedih rasa tengok sampai macam 2 kat sana… Bersyukur sgat kat sini aman damai.
28/04/2009 at 2:01 am
gile arh thailand nie..xde sfat mnusia lgsg
14/03/2010 at 3:12 am
pdam muka kau siam…
kau la perampas tanah air aq….
16/01/2011 at 5:04 am